SITI.YANG.MENAIP

 


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. Kadang-kadang bila rindu scroll juga baca entries kawan-kawan semua. Hobi menaip yang dah lama tak dapat nak dilayan.

Alhamdulillah.. Saya telah selesai menyempurnakan manasik Haji bersama-sama jemaah-jemaah Malaysia yang lain bagi tahun 1444H. Semoga Allah SWT menerima ibadah kami. Pantas masa berlalu terasa macam semalam baru sampai ke Tanah Suci ehhh dah menghitung hari nak balik. Insyallah.. Nanti akan cari masa kongsikan perjalanan dan mungkin sedikit tips dan ibrah dari perjalanan ini.

Saya titipkan juga doa kesejahteraan keafiatan kesihatan buat semua kawan-kawan. Tidak kira sama ada yang kenal secara personal atau juga yang tidak pernah bertemu. Buat semua saya mohon kepadaNya. Semoga kita menjadi orang berjaya dunia akhirat. Ameen.

Okay. I shall stop here.
Menaip lagi nanti ~

Happy New Year 2023

Walaupun dah masuk minggu keempat bulan Januari, aku rasa belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 buat semua kawan-kawan Bloggers. Semoga tahun baru ini mendatangkan lebih kebahagiaan. Masih ada ke yang sudi menunggu khabar dari aku? Masih ada ke yang menanti entry terbaru SitiYangMenaip ni? Cerita travel pun tergendala separuh jalan. Hihihi.. Ke kawan-kawan dah mula lupa? Maklumlah lama sangat menyepi. Rindu.. Rindu amat nak kongsikan macam-macam disini seperti dulu. Rindu nak berkomunikasi dengan kawan-kawan Bloggers semua. Banyak perkara yang dah terjadi - baik buruk pahit manis. Penghijrahan dalam hidup dan rezeki serta ujian dariNya. Banyak cerita nak dikongsikan tapi entah bila aku dapat nak kongsi dengan semua. Pelan-pelan kayuh yaaa..


SitiYangMenaip MASIH ADA. Aku masih disini.
Sambung lagi nanti. Awkward pula rasa kembali menaip. Heee..


 

I'm here. Ada je ni haaa.. Menjadi seorang pemerhati..
Tengoklah kalau hati dah okay nanti.. Sambung kongsi apa patut..





Alhamdulillah after dua bulan tunggu akhirnya dapat tarikh untuk suntikan kedua vaccine Astra Zeneca. Minor side effect tidak seteruk selepas first dose. Pening sikit dan lenguh sendi dalam sehari dua. Selesa makan tetap ada hihihi.. Alhamdulillah syukur MamiZ pun tak ada side effect teruk. Semua urusan went smoothly sangat cepat cekap dan tak sempat tunggu lama dah terus kena cucuk. Tak sempat berdebar nervous tau-tau dah selesai. Semoga kawan-kawan yang masih belum dapat vaccine dipercepatkan dan dipermudahkan urusan. Insyallah soon.. sikit lagi sikit lagi tunggu. Tak kisah vaccine apa pun tak ada kasta janji dapat vaccine secepat mungkin.

I do not want to comment keadaan politik negara pada ketika tapi untuk urusan vaccination, I think we have to thank our government sebab berikan kita vaccine percuma. Dalam kekalutan dunia, masih kita tak dipinggirkan. To all frontliners.. thank you so much. Pengorbanan kalian hanya Allah SWT yang dapat balas. Insyallah banyak asset akhirat kalian dengan semua perkara dan usaha kalian untuk melindungi dan menyelamatkan kami. Guys, kita masih belum menang. Bila nak selesai ? Masih tak nampak cahaya. Tapi kita boleh usaha tolong dengan betul-betul ikut SOP dan jaga diri baik-baik. Keluar hanya bila perlu dan ada urusan penting.

Take care semua..
May Allah ease..



 


Alhamdulillah selesai post parcel kawan-kawan semua yang menang NZ Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip. Baru dapat post hari ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan beberapa hari lepas. Terima kasih banyak-banyak kerana sabar menanti dan masih setia support SitiYangMenaip. Alhamdulillah tak ada yang serang ingat aku scammer tipu nak kasi hadiah. Terima kasih yang amat juga kerana memahami segala kekangan yang wujud lagi-lagi musim PKP ni.

Mucha gracias !!

Tunggu ya hadiah sampai rumah.. Ini parcel pink penuh kasih sayang tau..
Bukan gelang pink..

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.