Trip Holland Belgium : Package Tours & Tickets Amsterdam, Dam Square, The Red Light District & Albert Cuyp Market | SITI.YANG.MENAIP

Trip Holland Belgium : Package Tours & Tickets Amsterdam, Dam Square, The Red Light District & Albert Cuyp Market

/
26 Comments
October 26, 2012

02 October 2012 Selasa

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND - PACKAGE DAY TOUR DARI TOURS & TICKETS DAN SEKITAR DAMRAK DAM SQUARE, THE RED LIGHT DISTRICT DAN ALBERT CUYP MARKET. Kami keluar dari hotel around 12.00PM mencari makanan. Kalau ikutkan dah waktu makan malam di Malaysia patutlah lapar yang amat walaupun dah bedal macam-macam dalam kapal terbang. Kami naik tram menghala ke Amsterdam Central dan turun di Dam Square. Dalam perjalanan ke Rai aku dah nampak kedai yang menjual kebab halal di Dam Square jadi kami sepakat untuk makan disana. Jangan risau tentang makanan halal sebab banyak sebenarnya kedai-kedai yang menjual hidangan makanan halal especially makanan Arab. Pakcik kedai sangat mesra ramahnya. Tersengih-sengih menjemput kami masuk sambil promote makanan-makanan yang ada. Kecil saja kedainya tapi orang agak ramai. Sebelah kedai kebab ada kedai Tours & Tickets yang offer service tours around Holland. Kami ambil pamphlet yang disediakan nak bincang mana tours yang sesuai kami join. Conference Kak Farah dan Acik Bos mula day after tomorrow jadi esok hari mereka berdua free dan boleh pergi jalan-jalan. Kak Farah asked me to decide package mana yang nak dibeli. Kami ambil package instead of berjalan sendiri sebabnya kami nak cepat dan tiada masa nak jalan-jalan sambil cari arah dan laluan mana yang perlu dituju. Dengan agent senang dan jimat masa. Kalau ikutkan hati memang nak jalan sendiri and spend time tapi kena ingat balik hakikat sebenar tujuan kami ke sana. Dah syukur banyak Kak Farah dan Acik Bos nak teman aku jalan-jalan. Package mana yang dipilih nanti kita cerita. Mari makan dulu.




Focus buat comparison package mana yang nak join.


PACKAGE TOURS & TICKETS AMSTERDAM, DAMRAK DAN DAM SQUARE

Selepas makan kami kembali ke Tours & Tickets yang berada selang beberapa outlet dari kedai makan. This time dah tersengih-sengih pekerja kat kaunter. Tadi dia dah pujuk rayu kami untuk beli package tours tapi kami kata tunggu dulu bagi kami fikir. Bila dah made up our mind jadi kami kembali untuk beli package tour yang ada. We decided to go to the North Holland and South Holland pada keesokan harinya. Package yang kami beli berharga 75EU (RM300 approx). Kalau pergi sendiri aku tak rasa dapat cover sebanyak itu dalam masa sehari. Boleh juga nak beli tiket secara berasingan. Macam-macam package yang disediakan. Tinggal untuk dipilih saja. After we bought our tickets, kami meronda di kawasan sekitar Dam Square. Ada banyak kedai souvenirs dan kedai barangan yang berjenama. Banyak lorong-lorong kecil. Masuk kedai-kedai souvenirs dan survey harga. Rata-rata souvenirs di Amsterdam harga lebih kurang sama. Sebiji fridge magnet berharga 3EU - 5EU (RM12 - RM20 approx). Memang mahal jadi aku jalan-jalan cuci mata dulu sambil mengira duit. Bila dah sampai tempat orang memang tak boleh convert ke Ringgit Malaysia. Tak jadi membeli apa-apa kalau kerja kita nak convert memanjang. Apa-apa pun kena bijak berbelanja sebab aku bawa duit sikit saja. Just nice untuk kegunaan diri sendiri sepanjang disana.




Dah penat meneroka kedai-kedai berdekatan Dam Square kami akhirnya bercadang untuk melepak di Dam Square sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang ada disitu. Dam Square terletak di tengah-tengah Amsterdam dan menjadi tempat tumpuan pelancong untuk duduk santai dan melepak. Di kawasan Dam Square ada banyak juga tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah Royal Palace, Nieuwe Kerk (New Church), National Monument dan Madame Tussauds. Di sekitar Dam Square pula ada banyak cafe dan kedai-kedai yang menjual pastries. Di Dam Square ada banyak statue menarik. Mereka actually adalah orang yang menyolek diri mereka untuk jadi macam-macam character yang menarik. Those yang nak ambil gambar dengan mereka kena bayar. Yang ambil gambar curi-curi tu jaga-jaga jangan sampai mereka notice. Kalau tak nanti kena kejar. Paling tak pun kena maki seround dua. Aku tak berani nak dekat pun. Ambil gambar dari kejauhan. Curi-curi atau kalau nak bergambar tu bayar sajalah. They are all sporting sebenarnya aku tengok. Bila ada orang nak bergambar memang dilayan sebaik mungkin. Posing macam-macam gaya. Salah satu cara nak cari makan. Sebab tu diorang marah benar kalau orang ambil gambar curi-curi. Dah habis setiap ceruk kami bergambar. Scene main kejar-kejar dengan merpati pun ada. Boleh beli makanan untuk kasi burung makan juga. Tapi aku takut. Jadi aku tengok sajalah orang-orang yang beli makanan then bermanja-manja dengan merpati. Seronok merpati tu kenyang sentiasa. Aku dengar Kak Farah dan Acik Bos bercadang nak cari Red Light District. Tempat hot di Amsterdam. Walaupun tak berapa proper untuk pergi tapi dah sampai haruslah pergi jenguk apa jenis tempat Red Light District tu. Tak adalah nanti orang tanya kita tak tahu. Tak lengkap trip kalau tak pergi. Bahaya sangat ke sampai MamiZ langsung tak bagi pergi tapi aku tak dengar cakap pun. Tak bagi pergi pun aku pergi juga..

Dari Dam Square, kami menapak ke The Red Light District. Kak Farah dan Acik Bos yang punya idea jadi they figured out jalan. Tak jauh sebenarnya dari Dam Square cuma jalannya sedikit mengelirukan. Semua nampak sama saja lorong-lorong yang ada. Sepanjang perjalanan ke The Red Light District, kami lalu banyak canals yang cantik. Tak lekang mata memandang. Pandang kiri cantik pandang kanan cantik. Tambah dengan pokok-pokok sepanjang jalan yang dah mula bertukar warna. Aku langsung tak ambil peduli dengan urusan mencari jalan. Menonong saja mana Kak Farah dan Acik Bos menapak. Stop sekejap-sekejap untuk ambil gambar. Yang tak menarik kat kawasan ni adalah toilet-toilet mini yang disediakan sepanjang jalan khas untuk lelaki. That thing covers part nak membuang saja. Part lain orang boleh tengok. Not a decent scene untuk public tengok. Aku terkedu bila ada this one guy masuk that place and terus membuang. Pergh.. gila open dia relax saja melepas dan kemudian terus berlalu pergi. Cannot brain apa yang baru saja terjadi. Rugi pula aku tak snap that mini toilet jadi kalau korang ternampak while jalan-jalan tak adalah jakun dan terkena culture shock macam aku.



Baca peta cari jalan.


Kedai souvenirs 100% Holland - barang souvenirs semua made in Holland. Harga mahal sedikit tapi authenticity terjamin dan berkualiti.




Subhanallah cantik sangat !!




Apa yang ada sebenarnya di kawasan The Red Light District sampai MamiZ larang aku sama sekali untuk pergi. Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan yang korang boleh jumpa ramai pelacur dan macam-macam benda yang related to sex. Semua dah dewasa untuk hadam apa yang aku bakal kongsikan mohon berfikiran terbuka. Aku bukan ajar korang buat benda yang bukan-bukan. Di Holland, prostitution adalah legal dan tak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Dunia prostitution memberi modal pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi Holland. Holland ni negara yang kecil jadi untuk jana pendapatan yang berterusan, kerajaan Holland jadikan industri pelacuran sebagai aset ekonomi. Sebab itu Holland mendapat gelaran antara negara yang terkenal dengan 'Sex Tourism'. Haaa.. Pandailah korang nak digest sendiri.

THE RED LIGHT DISTRICT : THE INTERNATIONAL SEX TOURISM

Akhirnya kami semakin hampir dengan The Red Light District. Senang sangat nak tahu sama ada dah nak sampai atau belum. Bila dah masuk ke kawasan The Red Light District, korang akan notice makin banyak kedai menjual barangan sex oriented businesses. Di Amsterdam pun ada tapi di The Red Light District lagi banyak. Kiri kanan memang banyak sungguh kedai-kedai yang pelik dibuka. Di kawasan ini juga ada banyak hotel dan hostel. The Red Light District ni adalah satu kawasan urban yang terkenal di Amsterdam. Tersenarai sebagai salah satu daya tarikan untuk menarik pelancong masuk ke Holland. Di sepanjang The Red Light District ni ada banyak Sex Shop yang menjual barangan-barangan yang pelik yang orang guna (seksa nak buat explanation). Okay kalau korang curious boleh saja kita nak masuk ke dalam sex shop dan tinjau. Ada kawan aku yang pernah masuk siap bertudung lagi. It is safe sebab itu hanyalah kedai yang menjual barang-barangan berkaitan sex. Kawan aku masuk sebab dia nak tengok ada apa dalam tu. Selain tu ada banyak Strip Clubs. Korang janganlah masuk sini pula. Pening kepala nanti luruh terus iman. Dalam club ni hanya adults yang boleh masuk jangan gatal usung budak kecil pula. Terjojol biji mata tengok show lucah. Biasanya akan ada erotic shows. Sendiri faham sudahlah. Ada banyak juga adult movie theater. Ini adalah tempat untuk tengok porn movie.




Kat sini tak disarankan untuk angkat camera dan ambil gambar. Sorok sikit camera. Jangan sesuka hati snap gambar especially gambar mereka-mereka yang sedang meliuk-lentok di cermin-cermin sepanjang jalan. Kalau korang snap pepandai tanggung sendiri. Bodyguard ramai berjaga depan kedai. By the time kami lalu ada seorang lelaki kena kejar dengan dua lelaki berbadan besar. Tak tahulah kenapa. Seram tengok lepas tu kami jalan buat selamba saja. Orang memang pandang kami atas bawah atas bawah. Pelik agaknya tengok orang bertudung lalu-lalang kat kawasan macam ni. Apa yang aku tahu tentang kawasan ni juga, business untuk melanggan pelacur usually hangat bermula pada waktu malam. Kalau tengok gambar-gambar yang boleh didapati di Google, memang suasana waktu malam penuh dengan lampu-lampu berwarna merah. Sebab itulah namanya jadi The Red Light District. Those yang meliuk-lentok di cermin adalah pelacur dan mereka akan menggoda orang ramai yang lalu-lalang untuk masuk ke kedai mereka dan melakukan hubungan sexual. Bila ada pelanggan, langsir akan ditutup. Bila dah selesai langsir akan dibuka balik dan perempuan itu boleh mula meliuk-lentok lagi untuk menarik perhatian next customer. Bukan seorang dua okay. Sangat ramai dan sepanjang kawasan ada bangunan yang banyak cermin. Semakin malam hari, semakin mahal bayaran. Kiranya, pelacur first class akan mula bekerja pada waktu malam. Mereka yang kerja pada waktu malam kononnya otai-otai. Kami meronda kawasan ni dalam pukul 4.00PM. Itu pun dah ada beberapa club yang beroperasi. Dapatlah tengok adegan meliuk-lentok di depan cermin kaca. Kalau nak datang waktu malam untuk meninjau make sure tidak keseorangan. Mencurigakan sungguh. It was a good experience though.

ALBERT CUYP MARKET - PASAR MALAM DI AMSTERDAM

Puas menonong di The Red Light District, kami kembali ke Dam Square. Lorong-lorong di Amsterdam semuanya connected to one another. Jadi tak perlu risau. Signboard pun ada banyak jadi ikut saja. Hari masih cerah kalau nak pulang ke hotel. Orang kata tak feel kalau tak go through night life kat sesebuah tempat. Tapi mata kami masing-masing dah mula nak rabak. Asyik menguap tak sudah. Memang dah lepas waktu tidur pun kalau di Malaysia. Jadi kami bersetuju untuk balik ke hotel. Kami sempat singgah di Albert Cuyp Market. Albert Cuyp Market adalah street market yang terbesar di Amsterdam. Meriah dan panjang sungguh pasar ni. Tak sanggup nak menapak sampai ke hujung. Macam pasar malam sungguh. Ada macam-macam yang dijual disini. Disebabkan aku terlalu penat jadi aku tak larat nak snap banyak-banyak. 


Ada souvenirs dijual disini juga tapi kami tak belek-belek pun. Just lalu dan tengok gitu saja. Ada banyak baju sejuk dan sweater yang cantik-cantik terjual disini dengan harga yang murah. Aku rasa kalau kami masih ada tenaga maybe lama juga kami singgah tapi masing-masing dah serupa zombi. Acik Bos ada beli secawan kopi harga 1EU (RM4 approx). Pergh.. warna hitam pekat tak payah nak cerita tengok pun takut tapi Acik Bos kata sedap. Memang banyak orang jual kopi cenggitu kat sini. Kat Albert Cuyp Market ni korang boleh beli borong kacang-kacang pelbagai jenis. Memula aku ingat nak beli juga tapi sebab orang terlalu ramai terus tak jadi. Banyak makanan street food juga dijual dan pastinya tak halal. Maybe ada yang halal tapi kami tak ronda habis. Makanan tradisional seperti Herring Fish yang dimakan mentah dan macam-macam jenis cheese pun ada terjual. Usually orang tempatan akan datang dan beli barang disini. Kalau ikut review, barangan di Albert Cuyp Market adalah antara tempat jualan yang termurah.

Albert Cuyp Market
Monday - Saturday 09:00AM - 05:00PM

From Amsterdam Central - Tram : 4, 16, 24, 25


Station tram dekat sangat dengan Albert Cuyp Market jadi tak perlu menapak jauh. Tengok ni ada tram ke Rai dah sampai. Apa lagi jom naik dan balik ke hotel. Kak Farah reminded supaya jangan terus tidur. Waktu tempatan baru pukul 7.00PM. Masih awal. Kalau tidur takut nanti tak dapat adjust waktu dengan baik. Jadi kami pulun berjaga sehingga nearly 10.00PM. Kak Farah yang semangat nak berjaga dah pengsan dulu. Aku pula melayan internet yang super laju dan update DediS dan MamiZ dengan macam-macam cerita tapi bab ke The Red Light District aku diam dulu. Balik ke Malaysia baru sembang. Redha sajalah MamiZ dengan seorang anak yang degil ni. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang diingini berlaku.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |




You may also like

26 comments:

  1. Replies
    1. seronok.. time ada duit seronok..
      time tak ada duduk menyepi hehehe..

      Delete
    2. statue hidup..menarik tu.

      Delete
    3. menarik kan.. tapi jaga jaga.. kalo ambil gambar kena curi curi..

      Delete
  2. Fuhyoooo. Tapi part orang yang make up tu macam takut je tengok diorang :/ sbb nampak real haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau tengok depan depan tak menakutkan sangat pun..
      kagum tengok gitu skali diorang sanggup buat nak dapatkan duit..
      kretif.. pakai kulit kerang saja..

      Delete
  3. Amsterdam !! cantik sangat bangunan2 dekat sana. hope one day akan sampai sana jugak.. haha.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bangunan semua cantik2 dan masih klasik..
      insyallah ada rezeki sampai =)

      Delete
  4. syoknya baca pengalaman pi travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan bila menaip pun tringat-ingat..
      pengalaman CT ciput saja.. orang lain dah serata dunia..

      Delete
  5. bestnyeeeee CTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
    alah sgt jelly wey

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus awok.. janganlah gitu..
      ni entry lama-lama ni.. abaikan hehehe..

      Delete
  6. CT, once entries CT dah jadi draft, komen2 semua hilang lenyap lah ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak.. komen semua ada lagi..
      just dia save jadi draft saja.. bila CT publish nanti ada balik lah komen tu semua..

      pelik kan.. memang CT pun tak tahu nak explain macam mana ahaha..

      Delete
  7. memang unik sangat orang2 tu..best juga kalau dapat bergambar kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo amek gambar kena bayar.. kasilah around 2-5E baru diorang puas hati..

      Delete
  8. Apa nama makanan tu ya, kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaorma if im not mistaken.. yang satu lagi kebab saja..
      adus Farah.. ahaha tiga tahun dah berlalu ahaha..

      Delete
    2. Akak pun tergoda tengok food tu. Nampak yummy bebenor! Ke sebab skrg ni akak tengah lapar? ;)

      Delete
    3. hahaha kita kalau tengok gambar makanan tak lapar pun jadi lapar =D

      Delete
  9. Replies
    1. yup yup.. majoriti bangunan kat europe lebih kurang sama saja kan..

      Delete
  10. seronok kan tgk gelagat manusia . blh jadi lupa nak buat benda lain ... byk banguan lama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. macam-macam ragam depa ni dari negara lain2.. seram pun ada jugak sebab ada yang ganaz sket hehe..

      Delete
  11. Amsterdam tu bandaraya pelacuran terbesar di dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kita abaikan yang tu jangan carik pasai =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.