Trip Holland Belgium : Kincir Angin di Zaanse Schans, Volendam & Menaiki Boat Marken Express Ke Marken | SITI.YANG.MENAIP

Trip Holland Belgium : Kincir Angin di Zaanse Schans, Volendam & Menaiki Boat Marken Express Ke Marken

/
10 Comments
October 29, 2012

Kincir Angin Di Zaanse Schans, Volendam & Menaiki Boat Marken Express


03 October 2012 Rabu

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - KAWASAN KINCIR ANGIN TRADISIONAL DI ZAANSE SCHANS, VOLENDAM DAN MENAIKI FERI MARKEN EXPRESS KE MARKEN. Lena tidur nyenyak yang amat. Pihak hotel dah tinggalkan reminder untuk buka sedikit tingkap bilik sepanjang malam untuk process pengudaraan. Bangun pagi dan bersiap awal sebab hari ini kami akan join tour ke North dan South Holland yang dah ditempah sehari sebelum dari syarikat Tours & Tickets. Seawal mungkin kami menunggu di Rai Station sedangkan driver tram pun belum sampai lagi. Sendu sikit suasana pagi itu dengan hujan turun renyai tapi tak dihiraukan. Excited nak pergi tours. Semoga hujan reda dapatlah jalan dengan tenang. Dalam entry yang lepas aku ada ceritakan tentang package tours yang kami beli melalui agent Tours & Tikets. Kami perlu berkumpul di pick-up point pada pukul 8.00AM. Kalau korang bercita-cita untuk join tours yang sama, tolong punctual. Kalau lambat memang say bye bye sajalah dan duit lebur begitu saja. Tepat pukul 8.00AM memang bus tour terus jalan dan dia tak check pun sama ada semua orang dah naik bus atau belum. Masa di pick-up point saja dia semak kehadiran lepas tu memang pandai-pandai jaga diri.

Baca : PACKAGE DAY TOUR DARI TOURS & TICKETS AMSTERDAM

KINCIR ANGIN TRADISIONAL ZAANSE SCHANS

Destinasi pertama yang bakal kami tuju adalah Zaanse Schans. Kalau ke Amsterdam tapi tak singgah Zaanse Schans memang tak lengkap rasanya. Destinasi wajib singgah jadi make sure masuk dalam list itinerary korang. Kalau tak singgah memang akan terkilan sangat. Dari awal pagi lagi langit gloomy dan hujan renyai tak ada tanda bakal reda. Sangat dramatic aku rasakan untuk berjalan dalam keadaan hujan. Baju hujan memang tak ada payung pun kami tak bawa. Memang lencun tak payah nak cerita menggigil rasa. Sepanjang perjalanan nak sampai tempat dituju aku berdoa hujan akan berhenti supaya selesa kami berjalan tapi tak ada rezeki. Memang makin lebat.. Kalau tak susah juga nak posing nak ambil gambar. Pemandangan pun mestilah sedikit terjejas. Di Zaanse Schans, we could see the collections of preserved traditional windmills and houses. Kat Zaanse Schans ni kerajaan Holland still lagi kekalkan windmills yang klasik yang sering digunakan time nenek moyang zaman dulu-dulu. Ada banyak sangat windmills di kawasan ni macam-macam bentuk, size dan colours. Nak terjah semua memang makan masa. Kalau datang sendiri bolehlah take our own sweet time. Tour guide ada buat explanation sikit dan dia suruh kami jalan-jalan di kawasan yang berdekatan saja. Jangan pergi jauh sangat. Tak apa tak boleh pergi jauh pun sebab setiap ceruk sangat cantik. But due to the rain, terhalang sedikit nak enjoy. Lagipun aku tak nak expose camera aku kepada hujan sangat. Ambil yang mana boleh saja.

ADDRESS :
Schansend 7,
1509 Aw Zaandam.

CONTACT :
075 681 0000
Zaanse Schans

Opening Hours : Monday - Sunday (10.00AM - 5.00PM)


Gambar pun banyak yang gegar dah tangan kesejukan. Tempat nak berteduh tak ada melainkan masuk ke kedai-kedai. Tumpang menempek dalam kedai souvenirs pura-pura tengok barang padahal nak elak daripada hujan. Tapi kami terpaksa juga beli payung takut keadaan hujan makin lebat. Melayang lah another 7EU (RM28 approx) untuk sekaki payung. Pengajaran buat semua - Pergi jalan mana-mana sekalipun sediakan payung supaya tak kena beli waktu emergency. Kalau tak hujan rasanya lagi banyak gambar aku snap. Disebabkan hari hujan, kami malas nak menapak jauh just duduk di kawasan yang berdekatan saja. Kat situ pun ada banyak windmills juga. Tak lama lepas kami dah selesai beli payung, akhirnya pintu masuk untuk ke dalam salah satu windmill pun dibuka. Memang dibuka untuk orang awam masuk dan jenguk macam mana sebenarnya windmill ni berfungsi. Inside the basement, they showed us the process of conducting the windmills. How they operated the windmills semua manual okay. Zaman dulu mana ada bekalan elektrik nak manja-manja. Kita pun boleh cuba untuk gerakkan windmills kalau larat. Seronok sebab rasa sangat klasik dan macam kembali ke zaman dulu kala. Kita tengok dari luar saja nampak binaan yang cantik tapi sekarang kita dah tahu macam mana nak conduct windmills tu. Banyak sebenarnya sumbangan pembinaan windmills ni kepada pembangunan Holland. Nak halang banjir, nak generate tenaga dan macam-macam lagilah.


Menarik tengok demonstration tapi dah lama sangat tunggu dalam basement tu. Jemu jadinya tapi terpaksa juga melepak sebab hujan belum reda. Tunggu and berlegar dalam basement. Ada dijual souvenir juga. Kat sini souvenirs lebih mahal tapi lebih unik. More to windmills design yang nampak more exclusive. Patutlah dengan harga yang mahal tapi worth it sebab cantik and kemas designnya. Ada jual mug juga yang khas tulis Zaanse Schans. Aku melabur juga sedikit di sini. Untuk diri sendiri apa salahnya. Then kami dengar tour guide dah buat announcement memanggil kami. Hari masih hujan tapi syukur dah ada payung. Senanglah hati sikit.

TIPS SEPANJANG DI ZAANSE SCHANS

  1. Payung jangan lupa. Super please jangan lupa bawa payung. Possibility untuk hujan sangat tinggi since boleh kata hari-hari hujan mendung and renyai-renyai. 
  2. Kawasan ni besar. Aku baca from websites and blogs, suggested time adalah 2-3 hours kalau uols betul-betul nak puas hati meronda kat sini. 
  3. Kat sini ada banyak sangat windmills. Ada lima saja yang betul-betul masih beroperasi. Korang boleh beli package kalau nak buat tour untuk masuk ke dalam lima windmills ni.
  4. Kalau lapar kat Zaanse Schans ni pun ada banyak restaurants. Boleh refer sini --> Where To Eat in Zaanse Schans for more info.
  5. Boleh naik basikal juga kalau nak meronda. Ada perkhidmatan sewa basikal untuk tourists. Refer sini --> Zaanse Schans Cycling Route kalau berminat.

CARA KE ZAANSE SCHANS DARI AMSTERDAM

  1. The first option is to buy your ticket through the Tours & Tickets counter and join their day trip to Zaanse Schans. But bear in mind that you will have restricted time to spend over there. Since the traditional windmills can only be found here, so wajib untuk korang datang ke sini. 
  2. Taxi. It is a bit pricey but it is the fastest way to reach Zaanse Schans. It is 25-30 minutes plus journey from Amsterdam to Zaanse Schans. You can get a taxi anywhere in the town or seek for the counter to get taxi. Look for the signs.
  3. Bus. Take Line 91 or 391 bus from Amsterdam Central which runs twice hourly. It takes around 45 minutes to reach Zaanse Schans with bus. Click sini --> Connexxion Bus Company for exact schedule information. 
  4. If you rent a car, it would be a blast. Nothing to be worried. They have spacious parking lots.
  5. Get a train. Buy a train ticket at the Amsterdam Central -- Koog-Zaandijk for a 15 minutes train ride to Zaanse Schans. Then you need to walk for another 10 minutes to reach the destination. Korang boleh refer sini --> National Railway (NS) for schedules and fare information.
Ikutkan hati memang tak puas meronda di Zaanse Schans tapi dah ikut tours kena jugalah tinggalkan Zaanse Schans dengan berat hati. Seronok tapi sedih tak dapat nak explore jauh sebab hujan. Tempat menarik seterusnya adalah ke Volendam. Hari masih hujan tapi sedikit reda dari sebelumnya. Tours & Tickets agent tak peduli itu semua. Hujan atau tak itinerary mesti diteruskan. Selepas ke Zaanse Schans, kami bergerak ke Volendam. Setengah jam juga nak sampai ke Volendam menaiki bas. Aku memang tak ada idea langsung ada apa kat Volendam. Memang tak buat research. Main beli saja package yang ada dengan harapan semua tempat yang dituju adalah menarik.

VOLENDAM - KAMPUNG NELAYAN & SOUVENIRS MURAH

Volendam memang satu tempat yang menarik dan gempak gila. Kalau korang berkesempatan untuk singgah ke Volendam, silalah singgah jangan tak singgah. Spend masa duduk lama pun tak apa sebab view memang superb. Aku paling suka Volendam daripada semua tempat yang kami pergi dengan Tours & Tickets. Volendam is well known for its fishing village and The Netherlands' traditional costume shops. Kalau nak cuba pakaian traditional orang Dutch boleh cuba disini. It is one of the famous harbours di Holland selain Rotterdam. Volendam has been just perfect. The scenic views and the panoramic beautiful sceneries boleh mencairkan hati sesiapa saja. Memang melting tak sudah hati ni terpaut dengan keindahan Volendam. Tebing sama level dengan air laut. Subhanallah memang cantik dan tempat yang kemas dan bersih. Disebabkan hari masih lagi hujan renyai-renyai, orang tak berapa nak ramai kat kawasan ni. Before we reached Volendam, we walked through beberapa kawasan perumahan. Design semua rumah sangat comel. Memang geram. Punya berangan nak dapat tinggal kat tempat macam ni. Kalaulah boleh tangkap mana-mana abang mata biru memang sanggup migrate. Besar sungguh cita-cita. Nak tangkap gambar kena cepat-cepat. Kalau tak nanti tour agent tinggal. Drawbacks kalau join tour cengginilah jadinya. Kena pandai cari ruang dan dalam masa yang sama masih lagi berada dalam group.

Sepanjang jalan ada lebih dari dua museum aku nampak. Memang orang Holland suka sejarah agaknya. Setiap ceruk ada bangunan tulis museum. Aku bukan rajin nak jejak museum. Sampai di kawasan pelabuhan Volendam hujan dah mula nak berhenti. Payung dah boleh put aside. Baju memang dah lencun hasil daripada mandi hujan di Zaanse Schans. Buat tak tahu sajalah. Aku actually bawa satu lagi jacket tapi aku malas nak salin sebab takut nanti hari hujan lagi. Jacket tu pula lencun. Disebabkan awan gelap mula berlalu pergi, kami managed to snap more pictures. Tapi tangan memang terketar-ketar lagi sebab sejuk. And raindrops pun asyik tempias kat camera. Redha sajalah snap and berharap tak teruk sangat gambarnya. 


Dah balik Malaysia pun aku tak habis-habis cerita pasal Volendam kat DediS dan MamiZ. Tak sudah-sudah isu Volendam sebab terbayang-bayang tempat ni. Aku setuju that Malaysia pun ada juga pantai-pantai yang cantik with perfect crystal clear water tapi Volendam has it own charms. Memang perfect tak payah nak deny lagi. Even recently, my friend who is studying in Russia pergi menjenguk to Volendam pun setuju bila aku cakap Volendam sangat cantik. If you are about to visit Holland, tolong add Volendam in your list. Tolonglah datang jangan tak datang. Kalau korang ada budget lebih boleh bermalam kat kawasan ni. Cute chalets banyak dan sangat lovely. Aku kalau kaya memang nak pergi lagi Volendam bawa DediS dan MamiZ. Kat kawasan ni ada banyak cafe and you guys can go and eat. But for us Muslims, silalah berhati-hati memilih makanan. Cari kedai yang meyakinkan. Ada saja kedai yang jual makanan untuk vegetarian dan hidangan seafood so korang boleh pergi tanya untuk kepastian. Aku tanya ada any wine ke alcohol ke or animal fats before aku beli makanan. They will say ada kalau ada and no kalau tak ada. Kalau beli makanan berbungkus, lagi senang. Baca saja ingredients. Apa-apa pun kalau dah was-was better jangan makan. Option paling senang adalah bawa bekalan makanan sendiri.

Kami decided nak makan seafood platter. Dah tanya siap minyak apa yang digunakan - vegetables oil siap tunjuk botol minyak masak. Plus they did not sell any daging. Yakin untuk makan. Ada beberapa gerai saja yang beroperasi. Mungkin sebab hari hujan jadi peniaga malas nak buka kedai. Harganya 10EU (RM40.00 approx) tapi banyak. Kenyang kami bertiga makan. Kawasan Volendam adalah kawasan fishing village so semua ikan dan seafood adalah fresh. Harga makanan laut disini akan jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Dalam platter yang kami beli ada ikan ada sotong ada udang and ada isi ketam. Puas hati makan. Sandwich tuna pun ada tapi dah kenyang makan seafood platter tak jadi beli.


Sepanjang aku berada di Holland, aku rasa kat kawasan Volendam inilah tempat paling murah jual souvenirs. Kalau kat Amsterdam, rata-rata harga souvenirs for example fridge magnet paling murah pun 2EU (RM8.00 approx) seketul. Kalau beli banyak ketul pun untuk 5EU (RM20.00 approx). Tapi kat Volendam ni syurga souvenirs kalau korang berhasrat nak beli souvenirs banyak-banyak. Seketul fridge magnet di Volendam boleh dapat dalam 1EU (RM4.00 approx) and keychain clog shoes boleh dapat 0.50EU (RM2.00 approx) kat sini. Aku kenyit-kenyit mata kat tukang kedai tu aku dapat dengan harga yang lebih murah memang aku borong habis-habisan kat sini and lepas tu aku tak pandang dah souvenir kat Amsterdam. T-Shirt pun murah kat sini. Senang cerita semua murah. Jadi kalau korang akan datang ke sini mohon jangan tamak haloba dan shopping di Amsterdam. Kalau tak dapat singgah ke Volendam, bolehlah pergi Albert Cuyp Market di Amsterdam City. Boleh naik tram terus sampai depan pintu market.


PAKAI PAKAIAN TRADITIONAL DUTCH

Another thing that you must try while being in Volendam - try the Dutch traditional costumes and take photos with it. Pengalaman mencuba pakaian tradisional orang Dutch adalah sangat menarik. Di Volendam, there will be more than one shop that offers the service. Kak Farah dah dua kali datang ke Volendam tapi menyesal sebab tak pernah cuba pakai pakaian traditional Dutch. Harga untuk bergambar bersama pakaian tradisional Dutch tak terlalu mahal. Untuk pengalaman seumur hidup jangan berkira sangat. If you want to take the photo alone, it will cost you around 7EU or 9EU, depends on the size. Aku dan Kak Farah decided to take the second package where kami berdua ada dalam satu gambar and cuci dua keping. It costs us around 12EU (RM48.00 approx). Much cheaper. Jangan risau tentang size sebab plus size macam aku pun ada pilihan dan boleh cuba. Diorang akan tolong kita pakai kemas dan cantik kemudian posing ikut arahan yang diberikan. Kalau korang join trip bersama Tours & Tickets macam aku pun jangan risau sempat atau tak sebab process ambil gambar cuci semua cepat sangat. Tak perlu nak tunggu lama. Trying the costume was so much fun. We could try the clog shoes. It was very comfortable to wear those shoes. No wonder it becomes part of the traditional costume. Memang ada dijual clog shoes tu tapi aku tak terasa nak beli. Bila balik Malaysia rasa menyesal pula. Sekurang-kurangnya boleh juga buat kenangan. So it is a must thing to be done if you are here. Jangan lepaskan peluang cuba pakaian tradisional orang Dutch. Yang aku notice, tak nampak pula kedai service macam ni di Amsterdam. Mungkin ada tapi aku yang tak nampak.


DARI VOLENDAM KE MARKEN MENAIKI MARKEN EXPRESS

Lama kami di Volendam sempat makan sempat ambil gambar sempat shopping. Next destination adalah Marken. Dari Volendam kita boleh naik boat ke Marken. Memang orang Volendam dan Marken selalu ulang-alik naik boat between these two places. Boleh saja guna jalan darat tapi lebih jimat masa kalau naik boat. Sebab tu boat bersepah kat kawasan ni dan semua comel-comel pula tu. Awal-awal lagi before mula journey dari Amsterdam kami dah diberikan tiket nak naik boat Marken Express. Simpan baik-baik kalau hilang kang terpaksa berenang ke Marken. Kami pun naik boat dan sementara nak gerak tu bolehlah ambil gambar dulu. Sejuk yang amat diluar deck. Angin pun kuat terbang tudung. Journey ke Marken menggunakan Marken Express lebih kurang dalam 25 minutes saja. Boat tak laju sangat and tak slow sangat. Dalam boat ada mini cafe kalau lapar boleh beli makanan. Air and chocolates and sandwiches and fruits so bolehlah nak ngap ngap.


TIPS BERADA DI VOLENDAM

  1. It is suggested that this place is best explored by foot or bicycle. Volendam ni kawasannya luas and nak jenguk sehari memang tak puas. Jadi ada banyak services menarik yang ada untuk berminat nak tawaf Volendam. Boleh rent boat untuk keliling Volendam and sewa basikal atau willing nak berjalan.
  2. Shopping : Go into several shops first then decide nak shopping kat kedai mana. I bought the souvenirs kat kedai yang sama I took photo pakai traditional costumes. Maybe sebab tu dia kasi lagi murah.
  3. Bring your umbrella together with you all the time. 90% of the days kat Holland ni memang kerja hujan saja. Ini apa yang tour agent tu cakap. Aku quote balik untuk korang prepare.
  4. For more information, click here -- Volendam.

CARA UNTUK KE VOLENDAM DARI AMSTERDAM

  1. Tours & Tickets. You can buy the deals that they offer at the counters that can be found anywhere in Amsterdam. You can buy the package macam aku beli dan tak perlu susah payah fikir cari jalan nak reach Volendam.
  2. Car. It is an approximately 25 minutes drive from Amsterdam.
  3. Bus. You can find your route to Gouwzee Bay and take a bus to reach this place. Bus line (110, 112, 118 and 373) You can choose salah satu.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. siti.. cantiknya tempat ni.. mahai tak food and accomodation dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini tak sure accomodation berapa sebab tak stay kat sini. makanan CT tak beli kat sini. CT makan kat area Volendam ada jual ikan and seafood lain. platter around 6-8 euro ikut size. kenyang jugak sebab banyak boleh share share.

      Delete
  2. wajib pegi sini..bleh naik bas jugak eh..tpi tulah pakai pakej lagi senang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang pakej tu tapi sekejap saja dapat singgah sini.. kalo nak explore lagi lama kena mai sendiri..

      Delete
  3. Lari tajuk jap. Ct, perasan tak setiap entri Ct,..akak macam dah 'auto share'/ 'auto like' pakai google +? Hikhikhik. Zumal pun. Akak buat camner eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT tak pernah tahu cara nak guna G+ tu kak.. tatau nak explain macam mana. entry CT ada share ke x ? hahah..

      Delete
  4. Yeayyyyy! Merasa tengok gambar kincir angin kat sini :)
    Kira kebanyakan masa CT di sana hujan lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. negara ni 80% setahun ada taburan hujan. kalo x lebat renyai2 skejap2. rezeki nak hujan memanjang merasa hehe.. lencun !!

      Delete
  5. dapat naik basikal ronda - ronda lagi puas hati rasanya tapi hujan kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohooo betol2.. kalaula dapat sewa basikal ronda2 area tu bestnya..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.