November 2012 | SITI.YANG.MENAIP

08 October 2012 Isnin

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - GOODBYE AMSTERDAM. Akhirnya almost nak habis dah entry cerita ke Holland. Days passed by cepat sangat tahu-tahu dah hari nak balik. Rasa macam semalam baru sampai dah dipanggil pulang ke Malaysia. Macam tak puas saja tinggal kat sana nak pusing-pusing sana lagi. I missed the weather the most. Sejuk and windy. Something that you cannot get in Malaysia. Well somehow we still need to pack our luggage and say goodbye to Amsterdam. Malam tu memang kami punggah habis barang-barang. Bilik turned upside down and setiap ceruk ada barang. Not only me, Kak Farah pun sama. We wanted to arrange our stuffs kononnya kasi muat-muat. Nak himpit-himpit selagi boleh.






Bilik bersepah tak tahu nak cerita macam mana. Nak asingkan mana untuk luggage mana nak bawa masuk flight dan paling penting adalah souvenirs. Semua kena hantar check in tak boleh letak dalam hand carry. Aku dah ada bad feeling but I did not follow my instinct. Keluar jalan-jalan a day before dah rasa macam nak kena cari kotak sebab aku beli snack and junk food banyak sangat. Semua yang RM belas-belas terjual di Malaysia kat Cold Storage hanya 1EU (RM4.00 approx). Mau tak sakan aku beli. But then aku tak cari pun kotak sebab dah ada plastic besar. I should put all the snacks and the chocolates that I bought into boxes and checked them in. Kalau kena bayar pun aku rasa aku sanggup bayar. I did not follow my feeling. I put them in plastic bags and I brought along into the waiting area. One of the workers stopped me and said barang-barang tak boleh bawa masuk. Actually, while checking in, pekerja di kaunter ada tulis something belakang tiket aku. Tapi dia tulis dalam bahasa dia mana aku nak faham. Plus dia tak cakap apa-apa pun kat aku. Lagilah aku tak tahu apa-apa. Tetiba kena tahan bila aku tunjuk tiket flight masa nak masuk kapal terbang. How on earth she expected me to understand and noticed her memo. Up until the very last process for us to be on the plane, barulah aku faham dia tulis apa. Itu pun sebab worker tu tahan aku. Luggage aku dah terlebih 4kg. Dahlah aku spent banyak shopping kat dalam airport sebab nak habiskan syilling. Semua barang-barang aku dah plan nak kasi kat kawan-kawan. Dah cakap aku ada bad feeling dah tapi selalu tak pernah nak ikut kata hati. Memang tak ada option selain redha kena tinggal barang-barang. Kalau tak aku yang kena tinggal. Haaa jalan kakilah balik Malaysia. I needed to leave the chocolates that I bought in Belgium and the snacks. My small luggage weight was 11kg and I needed to reduce the stuffs up until it reached 7kg. Terketar-ketar weh. Semua barang-barang tu dah ada tuan. Kalau kata aku check in sekali pun tak apa. Aku rasa tak terketar mana haih nak bayar daripada kena tinggal macam ni. Kak Farah pun tak boleh bawa masuk bag yang dia bawa along with her sebab bag tu tak nampak macam hand luggage. Apa punya alasan. Orang lalu lalang tengok kami berdrama. Ada couple kena tinggalkan juga sikit barang. Itu lagilah. Habis baju kena tinggal. Muka semua dah panic dah geram merah-merah aku tengok tahan sabar.

Geram memang tak terkata. Sebab boleh saja diselamatkan kalau pekerja kaunter let us know earlier. Tapi untuk aku dapat masuk dalam kapal terbang lagi penting. Aku kurangkan ke 9KG and pekerja tu lepaskan aku masuk siap satu round tazkirah. I need to be alert next time. Sampai sekarang aku rasa bodoh benar sebab aku tak tanya apa yang dia tulis kat belakang ticket aku. Kalau aku tanya sure aku checked in dah semua sekali. Benda dah jadi. Pengajaranlah buat aku. Next time jangan jadi macam aku. Menangis duit burn limit luggage terlebih jauh lagi better dari menangis tak berlagu kena tinggal barang. So itulah cerita aku selama ada kat Holland. Thanks to both my parents sebab keluarkan duit untuk aku fly beribu batu menjenguk negara orang sebagai hadiah Convocation Day. Tak pernah aku terlintas pun yang aku akan jejak kaki kat Europe one day. Balik ke Malaysia aku akan terus convo. Syukur ada kawan yang tolong uruskan urusan jubah aku. Syukur juga tarikh convo tak clash dengan tarikh aku ada kat sana. Thanks to Kak Farah sebab ajak aku join sekali and because of her aku tak payah fikir hotel mana aku nak stay. Semoga ada rezeki dikesempatan yang lain untuk aku menjelajah bumi ciptaan Allah SWT ini lagi. Belajar menghargai dan bersyukur dengan apa adanya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
07 October 2012 Ahad

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - MADAME TUSSAUDS AMSTERDAM. A day before we went back to Malaysia, we visited Madame Tussauds. Terletak di tengah-tengah Amsterdam City atau lebih specific di Dam Square. Tak susah nak cari Madame Tussauds sebab lalu saja Dam Square tentu nampak building besar Madam Tussauds. In Madame Tussauds, they displayed the waxworks of the royal families, actors and actresses, sport stars and many more. Keinginan aku nak masuk Madame Tussauds dah lama ada. Sebelum aku ada kesempatan nak datang sini lagi. Dari dulu dok berangan nak masuk tempat ni. Dulu kata kalau kaya nak pi London masuk Madame Tussauds sana tapi izin-Nya aku masuk kat Amsterdam. There are several countries in Asia such as Thailand, Hong Kong and China yang ada their very own Madame Tussauds. We bought the tickets through the Tours & Tickets tour agency for cheaper prices. You can find the Tours & Ticket counter anywhere in Amsterdam. You can also buy the ticket directly at the counter but you need to que the long line. Sebab utama beli ngan Tours & Tickets sebab aku nak murah. Banyak juga beza harga yang kami dapat.  Cannot remember the exact price tapi beza around 15-20EU. Untuk aku yang semakin miskin disana, 15-20EU tu adalah sangat berharga. Kalau korang memang pengumpul entrance ticket nak buat kenang-kenangan, kena tabahlah beratur kat entrance Madame Tussauds sebab ticket from Tours & Tickets tak cantik mana pun and bukan original ticket from Madame Tussauds. Tapi yang aku suka, masuk guna lorong VIP sebab tak payah beratur panjang. Tak ada kenangan tiket nak simpan pun tak apalah janji masuk.

PATUNG KANAK-KANAK TERKENAL - ANNE FRANK

Anne Frank memang sangat sinonim dengan sejarah negara Holland. Seorang budak perempuan yang sangat terkenal. The first patung yang akan kita nampak bila dah masuk ke Madame Tussauds adalah patung Anne Frank bersama nota atau buku hasil peninggalan dirinya. I did some research before I went to Amsterdam. I came across the history of Anne Frank. In Amsterdam, they even build a special museum dedicated to Anne Frank but I did not have the opportunity to go there. Tapi kang kat bawah aku share macam mana nak ke Anne Frank house. Bolehlah jenguk rumah budak ni time perang. You can search and Google more about Anne Frank as her story was amazing. Other than that obviously ada banyak patung wax artis-artis terkenal antarabangsa dan famous people seperti Albert Einstein, Monalisa and many more. Ada banyak props boleh digunakan untuk make sure gambar-gambar yang diambil to turn out well.. They provide kalau nak posing. Enterframe ngan Monalisa pun boleh. Semuanya ikut creativity masing-masing nak posing macam mana.


















The best and the most heartbreaking part. These are all the souvenirs that I bought from the souvenirs shop. I spent almost 80EU here just to buy all of these stuffs. Memang pejam mata ambil and tabahlah membayar. Bukan selalu dapat pergi. Aku seriously ambil and redha dengan harganya. Sebab lepas ni entah bila nak dapat peluang yang sama lagi. Souvenirs for MamiZ dan DediS pun tak dilupakan. Though the goods are expensive but I did not regret buying them. Sekali sekala berbelanja sakan macam ni. Kalau rasa rugi memang tak adalah nikmat berjalan-jalan dan travel. Apa-apa pun ikut kemampuan.

HOW TO GO TO THE ANNE FRANK HOUSE / TRAVEL TIPS

  1. Dari Amsterdam Central, it is just a 20 minutes walk sahaja ke Prinsengracht 263-267 kalau korang prefer nak berjalan. Tak jauh pun dari central so alang-alang nak pergi boleh meronda kawasan sekeliling cuci-cuci mata tuh.
  2. Trams 13, 14 and 17 pun menghala ke sana and you guys can take off at station Westermarkt. Dah dekat sangat dah tuh.
  3. Bus 170, 172 and 174 pun will stop nearby tapi aku tak pernah naik service bus kat Amsterdam kecuali pergi country side tours so tak tahu advice apa aku should kasi.
  4. Korang disarankan untuk beli ticket through online or Tours & Tickets counter sebab que memang akan sangat panjang. Memang orang datang Holland ni nak pi jenguk rumah budak ni jadi untuk tak buang masa, baiklah beli siap siap. Nanti click official website aku link kat bawah ni.
ADDITIONAL INFORMATION :

Official Website : The Anne Frank House
Operation Hours : Operation Hours *sebab waktu buka ikut bulan*
Admission Prices : Admission Prices *harga ikut tahun*

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
07 October 2012 Ahad

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - SHOPPING SEKITAR AMSTERDAM CITY. Kak Farah went to her conference. Aku macam biasalah malas nak keluar. Duduk melepak dalam bilik saja sambil online dan tengok TV. Orang kata bosan sungguh datang dari jauh tapi tak buat apa-apa. Actually tak bosan. Aku rasa penat sangat plus after Zohor akan keluar lagi. Better aku duduk dalam bilik saja sambil tunggu Kak Farah habis conference. That day kami just nak pusing-pusing ronda Amsterdam. Asalnya nak ke Primark untuk shopping tapi kami kena ambil another train pula untuk ke Zaandam atau Hoofddorp. Memanglah tak jauh mana tapi malas nak berjalan jauh lagi. So we decided to shop kat mana-mana kedai di Amsterdam saja. Itupun dah banyak habis rambang mata bagai. Kami jalan memang santai saja. Nampak ada cafe singgah kejap beli muffin. Rasa nak masuk kedai A kami masuk. Nak masuk kedai B kami masuk. Memang tengah hangat sale masa kami jalan-jalan. Banyak outlet barangan branded tengah on sale juga. Vans, Clarks, Forever 21, Esprit, Mango, H&M dan macam-macam lagilah. Harga pun sebenarnya jauh lebih murah bila dah convert ke duit kita. Cuma aku rasa sedih gila tengok baju-baju di H&M majoriti 'Made in China'. Aku datang jejauh pun masih kena beli goodies 'Made In China'. Yang mana ada tag 'Made In China' semua aku letak balik tak mahu beli. Kak Farah pula borong baju untuk Anas. Macam-macam dia beli. Murah-murah. Seluar for kids bermula 3EU (RM12.00 approx) jadinya memang patutlah mak-mak budak jadi tak keruan. 



  


Next kami ke De Bijenkorf iaitu salah satu shopping mall yang terkenal di Amsterdam. Menjual barangan berjenama dan berkualiti. Sambil jalan-jalan cuci mata kami sebenarnya nak pergi makan. Top level ada food court dan kami nak cari apa-apa yang boleh dimakan. Kena hati-hati juga meneliti ya. Tanya kalau perlu jangan takut. Konsep makan di food court ni macam makan di IKEA. Ambil then nanti bayar. Ada banyak kaunter makanan. Aku dan Kak Farah pilih nak makan grilled salmon. Itu pun kami kongsi berdua. Licin makan dengan bawang pun sekali kami telan. Lapar benar gayanya. Then kami sambung shopping. Aku tak beli apa-apa pun disini. Just Kak Farah beli new handbag. Memang sale sakan sungguh. While pusing-pusing kami terjumpa sign ke Amsterdam Museum. Memang tersorok di celah-celah bangunan. Kalau dari jalan utama memang tak nampak aku rasa. Berhasrat untuk masuk tapi sayangnya dah tutup. Kalau belek tengok jam memang dah almost pukul 6.00PM pun. Memang patutlah museum pun dah tutup. Jadi bergambar sajalah buat kenangan dah sampai dah pintu masuk tapi tak ada rezeki nak masuk. Then kami masing-masing setuju untuk balik. Esoknya Kak Farah punya last day conference. Aku memang malas nak berjalan sampai malam since dia nak kena kerja. Nanti penat. Dah few days Kak Farah melayan aku bawa jalan sana sini balik malam. Biarlah kami balik awal nak melepak dalam bilik saja. 

TIPS
  1. Dalam De Bijenkorf ada banyak anjing. Yes orang-orang tempatan yang pergi shopping mesti bawa anjing sekali. Adus bayangkan anjing-anjing tu jalan celah-celah baju. Terus aku tak ada niat nak belek-belek tengok baju. Tak ada restriction. Mana-mana pun anjing ada.
  2. Di Amsterdam ada banyak outlet H&M, Mango, Esprit dan Forever21. Tapi setiap satu-satu butik ada konsep yang berlainan. H&M A hanya jual pakaian lelaki. H&M B hanya jual pakaian kanak-kanak dan seterusnya. Jadi memang kena menapak untuk pergi ke butik yang kita nak masuk. 
  3. Beware dengan kasut from pig skin ya kawan-kawan. Kat sini bukan ada awareness nak put up sign ke apa. Main bedal saja. Nak selamat silalah bertanya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
06 October 2012 Sabtu

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - I AM AMSTERDAM SIGN DAN BLOEMENMARKT | In the morning Kak Farah pergi conference. Memang purpose pergi sana pun untuk dia pergi conference dan buat kerja. Tak bolehlah nak demand macam-macam. Cuma belah petang dia cakap nak keluar jalan-jalan. Dia suruh aku standby siap-siap around pukul 2.00PM. Tengok-tengok pukul 11.00AM dia dah terpacak depan pintu bilik. Aku ingat housekeeping malaslah nak buka pintu hihihi. Baru pukul 8.00AM tadi aku bye bye dah tiba-tiba muncul balik. Lepas tu menonong masuk bilik terus dia ajak keluar. Obviously tak siap lagi mujur dah mandi. Kata lepas Zohor. Alasan sebenar sebab dia tak nak join conference sesi petang. Dia cabut lari. Paling best Acik Bos pun join sekaki. Kami target nak cari sign I AMSTERDAM yang orang kata kalau tak ambil gambar kat situ tak sah. Kena ada bukti bergambar kat situ baru betul dah sampai Holland. Siap keluar and payung mahal ad hoc jangan lupa. Nanti kena beli payung lagi. Lebur sesaja duit beli payung.

I AMSTERDAM SIGN

Dari RAI kami gerak menghala ke Amsterdam. Aku serah kat Kak Farah cari route since dia pun pernah sampai Amsterdam. Sure dia ingat sikit-sikit. Then bergabung tenaga dengan Acik Bos cari route. Aku iku saja mana pergi. Since kami dah keliru dengan route tram yang berselirat, kami decided untuk ke Amsterdam Central and cari tram nombor tram yang kami nak naik dari sana. Senang cerita daripada tenung map tram tu sampai nak tembus baik terus saja ke sana. From Amsterdam Central, kita boleh jumpa semua nombor tram and tempat mana yang nak pergi. Agak-agak tersesat, carilah tram yang tulis Amsterdam Central. Senang cerita. Kami nak menghala ke Museumplein. Kat sinilah sign I AMSTERDAM terletak. Jadi aku tak ingat tram nombor berapa tapi kat depan tram ada tulis Museumplein. Yakin dan terus kami naik tanpa ragu-ragu. Kalau uols tengah jalan-jalan kat Amsterdam ni and terbaca tram yang tulis Museumplein, naik saja. Nanti dia pusing-pusing bawa sampai kat Museumplein. Reached Museumplein. Museumplein ni sort of a park where you can see the citizens play with their dogs. Beware..!! Dogs are running here and there jadi jaga-jaga. Dari jauh nampak pokok cantik-cantik saja tersusun. Belum completely tukar warna lagi. It is a nice place to snap photos. Berkeping keping snap kat sini. Aku perasan kat Museumplein, angin agak kuat dari tempat lain yang aku pergi. Sejuk and aku rasa pakai baju macam tak pakai baju. Pakai selapis saja padan muka. Turun saja dari tram dah boleh nampak sign I AMSTERDAM.











Kalau rasa nak panjat atas wordings tu pun boleh silakan. Tak ada masalah tapi apa-apa jadi tanggung sendiri. Ramai yang panjat sampai betul-betul atas words. Tapi aku masuk dalam category pendek so terima sajalah seadanya. Aku berdiri ngam-ngam tinggi aku kat space bentuk M. So macam mana nak panjat pun aku tak sure. Wajib tau ambil gambar kat sini. Orang memang ramai snap photo kat sini. Kekadang tu sampai penuh tak nampak dah words ni. Tapi bila nampak aku berdiri kat situ seorang, ada pula some of them yang kasi space untuk aku ambil gambar. Gentlemen okay. Sebab tu aku dapat snap photo without orang lain menyibuk dalam picture aku. Thanks untuk Kak Farah yang melayan aku nak ambil gambar here and there. Dia pun kalut suruh aku posing. Nak panjat memang aku say no siap-siap. This sign is a proud tourist spot kat Holland. Kat sini ada salah satu museum famous iaitu Rijksmuesum. Betul-betul kat belakang I AMSTERDAM ni. Kalau berminat boleh singgah. Kak Farah dan Acik Bos dapat free passes dari pihak pengurusan conference tapi both of them tak nak masuk. Jadi kami berlalu pergi begitu saja.







We did not have any heavy food dari pagi and kami tersangatlah lapar. Around I AMSTERDAM sign ada banyak kedai-kedai kecil yang jual snack murah-murah. We did not want to miss the chance. Aku memang laju saja nak pi try. We bought waffles dengan harga 1EU (RM4.00 approx) each. Waffles yang besar and memang sesuai nak buat alas perut sebelum jumpa heavy food. Aku pilih nak waffle and nuttela. Cousin aku pilih nak ice cream vanilla yang sangat sedap. Home made katanya and sumpah terbaik. Terkenang-kenang aku akan rasa ice cream vanilla itu. Kami memang tak ada memana tempat yang specific nak pergi. Lastnya kami jumpa satu street ni yang aku found out later adalah antara street yang famous kat Amsterdam. Sebab banyak tempat makan. We went through the street, Aku tak ingat lah nama street tu. Kat sinilah kalau nak dapat lebih banyak option makanan halal. Tak jauh dari Museumplein. Kami masuk kedai jual buah-buahan sebab tertarik dengan buah grapefruits yang dijual. Banyak buah aku borong. Uncle yang kerja kat kedai tu tanya kami dah makan ke belum. Allah izin eloklah sangat kami memang tengah lapar. Dia cakap ada kedai yang jual makanan Indonesia. Dia suruh kami pi sana makan kenyang-kenyang. 

Ramai Indonesians kat sini. Naik tram pun kadang-kadang dengan orang bersembang dalam bahasa Indonesia. Masuk kedai terus terbau masakan orang-orang kita. Nampak dah lauk terhidang. Jangan main-main, tempe pun ada. Ala sorrylah tak ada gambar kedai or what sebab time tu aku lapar sangat dah so I was not in my right mind. Terus masuk dunia lain tengok makanan. Cakap saja nak ayam masak merah, daging goreng ke telur sambal ke semua ada. Terbaik. Yang jual pula memang orang Indonesia so tak payah nak speaking berabuk sangat. Tiga hari aku cakap English dengan accent British bagai sampai nak terbelit-belit lidah. So dalam kedai ni aku jumpa freedom. Tu yang aku lupa terus nak snap gambar. Total aku makan nasi berlauk adalah 7EU (RM28.00 approx). Mahal..?? Pedulikan sebab aku lapar. Aku makan kentang, sambal ikan bilis goreng rangup baik punya and telur sambal. Aku tak ambil ayam sebab aku tengok besar semacam saja kang dia charge aku 10EU kang untuk ayam saja. Jadi aku ambil lauk lain. Alhamdulillah sedap. Tengah lapar semua sedap.



Menarik dalam kedai ni. Macam-macam orang aku jumpa aku nampak. Ada orang muka macam penduduk tempatan tapi ngomongnya bahasa Indonesia. Ada orang Indonesia yang cakap ikut bahasa sana. Tak perlu nak heran. Belanda pernah jajah Indonesia suatu ketika dahulu. Ni kes nenek moyang orang sanalah kot. Kalau nampak friendly bolehlah kalau nak mintak tunjukkan jalan. Lama juga kami melepak kat situ. Tak rushing pun sebab hari masih cerah and memang kami tak ada hala tuju. Jadi kami duduk melepak dah sembang kosong.

TRAVEL TIPS / HOW TO GET THERE
  1. Untuk senang nak bergerak kat Amsterdam, uols boleh siap-siap print out route tram yang ada kat sana. Boleh refer sini --> Amsterdam Tram Route untuk download route tram. Dah siap dalam bentuk PDF untuk print out. Boleh juga dapatkan route tram kat Amsterdam Central tapi kena gigih sikit cari counter kat dalam building tuh. Berselirat aku tengok dalam dengan orang yang ramai.
  2. Untuk info about the I AMSTERDAM sign boleh refer sini --> I AMSTERDAM SIGN untuk tau route apa yang patut diambil nak sampai situ. 
  3. Seriously kena prepare Yokoyoko sebotol sepanjang journey. Kena menapak jauh and kesian muscle kita tiba-tiba terkejut kena jalan banyak. Bawalah sebotol.
  4. Sila jangan lepaskan peluang untuk makan street food di Holland. Kalau was-was boleh tanya ingredients kat penjual. They will let you know sebab setakat aku berada kat sana aku rasa orang sana memang respect orang Islam.

BLOEMENMARKT

Lepas dah kenyang makan kami mula menapak lagi. Masih awal untuk balik ke hotel. Pusing punya pusing kami just berjalan tanpa ada hala tuju yang specific. Asal ada scenery yang cantik kami berhenti bergambar. Ada kedai yang menarik kami masuk menyinggah. Jalan punya jalan sampailah kami terjumpa satu lorong tepi canal yang ramai sangat orang. Itu lah dia Bio Mart yang terkenal di Amsterdam atau nama lainnya adalah Bloemenmarkt yang bermaksud Flower Market. 'Bloenmen' adalah 'Bloom' yang merujuk kepada bunga dan 'Markt' adalah 'Market'. Sepanjang lorong ni ramai peniaga yang menjual bulb bunga tulip dalam skala yang besar. Those yang nak beli banyak bulb bunga tulip jangan risau. Memang ada perkhidmatan shipping bulb bunga tulip. Majoriti kedai-kedai di sepanjang Bloemenmarkt ni menjual bulb bunga tulip. Aku tengok macam bawang pun ada juga rupanya. Selain tu ada juga bunga-bunga kering yang dijual. Nanti bila dah completely layu boleh tanam untuk musim spring nanti. Siapa yang alah dengan debunga aku tak suggest untuk ke sini. Memang akan ada banyak yang berterbangan.



















Di Bloemenmarkt ni ada banyak kedai yang menjual souvenirs juga. Harga lebih murah tapi kena pandai pilih. Ada yang sangat low quality tapi ada yang okay. Jadi kenalah jalan dulu dan survey. Kak Farrah borong souvenirs disini. Dia lagi banyak nak kena bagi kawan-kawan. Ramai yang tahu dia tengah berjalan-jalan sekarang. Jadi haruslah belikan buah tangan. Aku pula dah borong di Volendam dan aku tak menyesal kerana harga lebih murah disana dan lebih cantik. Ada kedai yang menjual baju jersey bola sepak pasukan Holland dengan pelbagai size. Aku tengok memang lebih murah berbanding di tempat lain. Selain tu kat kawasan Bloemenmarkt ni ada jual banyak totes yang menarik. Dengan harga 3EU (RM12.00 approx) untuk satu tote aku rembat juga beberapa untuk diberikan kepada kakak-kakak sepupu. Ada kedai yang menjual t-shirt dengan harga 5EU (RM20.00 approx). Ini sudah dianggap sangat murah sebab kat kedai lain rata-ratanya bermula dengan harga 10EU (RM40.00 approx). Jadi aku beli beberapa helai untuk family members.













Sayangnya Bloemenmarkt tutup awal. Pukul 6.00 PM dah nampak semua peniaga mula mengemas. Orang pun mula berkurangan. Tapi kedai-kedai ada lagi yang masih beroperasi. Tengah-tengah sakan shopping kenalah stop juga. Cepat-cepat grab apa yang patut. Nanti kena halau pula. Dalam nak cepat-cepat tuh banyak juga kami memborong. Seronok Kak Farrah shopping sakan. Aku pula lega dah jumpa souvenirs nak kasi kat sepupu-sepupu yang lain. Tak kan nak kasi fridge magnet seorang sebiji bila semua actually duduk serumah. Jadi kena cari something yang boleh digunakan. Lepas sakan melabur di Bloemenmarkt kami meronda lagi sampai hari makin gelap. Kami seperti biasa kena patah balik ke Amsterdam Central untuk ambil tram ke RAI dari sana. Tapau makanan dan terus balik ke hotel. That night masing-masing susun souvenirs yang dah dibeli untuk check sama ada cukup atau tidak untuk diberikan kepada mereka di Malaysia. Habis semua nama keluar dan siap check list. Tak mahu ada yang tertinggal. Lepas dah check Kak Farrah kata nanti nak ke Bloenmenmarkt lagi sebab dia nak borong lagi souvenirs. Nampak tak betapa Kak Farrah aku dah jatuh cinta dengan Bloenmenmarkt ? Rasanya dia nak kasi kat semua staff di hospital kot. Sebab memang murah. Aku pula tak adalah sakan sangat. Mana yang mampu saja.

  1. Naik tram dari Amsterdam Central yang melalui station Muntplein. Pintu masuk ke Bloemenmarkt ada berdekatan. Cari sign 'Bio Mart' dan ikut saja papan tanda.
  2. Beroperasi sehingga pukul 5.30PM saja jadi uols kenalah rancang betul-betul perjalanan kalau nak singgah ke sini.
  3. Majority menjual barangan yang sama jadi eloklah kalau kita compare dulu harga. Tak payah bertanya pun sebab they display the prices. Jadi jeling-jeling kedai A lepas tu jeling-jeling kedai B pula before decide nak beli di kedai mana.
  4. Fridge magnets disini memang murah. Tapi ada banyak yang tak bertulis nama seperti Holland, Amsterdam dan sebagainya. Ada jenis yang bergambar tapi itu cantik juga. Ada orang yang minat fridge magnet seperti itu.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.