Trip Europe 2012 Holland Belgium : 7.0 Goodbye Amsterdam | SITI.YANG.MENAIP

Trip Europe 2012 Holland Belgium : 7.0 Goodbye Amsterdam

/
16 Comments
November 20, 2012
08 October 2012 Isnin

JALAN-JALAN TRAVELOGUE AMSTERDAM HOLLAND | AMSTERDAM - GOODBYE AMSTERDAM. Akhirnya almost nak habis dah entry cerita ke Holland. Days passed by cepat sangat tahu-tahu dah hari nak balik. Rasa macam semalam baru sampai dah dipanggil pulang ke Malaysia. Macam tak puas saja tinggal kat sana nak pusing-pusing sana lagi. I missed the weather the most. Sejuk and windy. Something that you cannot get in Malaysia. Well somehow we still need to pack our luggage and say goodbye to Amsterdam. Malam tu memang kami punggah habis barang-barang. Bilik turned upside down and setiap ceruk ada barang. Not only me, Kak Farah pun sama. We wanted to arrange our stuffs kononnya kasi muat-muat. Nak himpit-himpit selagi boleh.






Bilik bersepah tak tahu nak cerita macam mana. Nak asingkan mana untuk luggage mana nak bawa masuk flight dan paling penting adalah souvenirs. Semua kena hantar check in tak boleh letak dalam hand carry. Aku dah ada bad feeling but I did not follow my instinct. Keluar jalan-jalan a day before dah rasa macam nak kena cari kotak sebab aku beli snack and junk food banyak sangat. Semua yang RM belas-belas terjual di Malaysia kat Cold Storage hanya 1EU (RM4.00 approx). Mau tak sakan aku beli. But then aku tak cari pun kotak sebab dah ada plastic besar. I should put all the snacks and the chocolates that I bought into boxes and checked them in. Kalau kena bayar pun aku rasa aku sanggup bayar. I did not follow my feeling. I put them in plastic bags and I brought along into the waiting area. One of the workers stopped me and said barang-barang tak boleh bawa masuk. Actually, while checking in, pekerja di kaunter ada tulis something belakang tiket aku. Tapi dia tulis dalam bahasa dia mana aku nak faham. Plus dia tak cakap apa-apa pun kat aku. Lagilah aku tak tahu apa-apa. Tetiba kena tahan bila aku tunjuk tiket flight masa nak masuk kapal terbang. How on earth she expected me to understand and noticed her memo. Up until the very last process for us to be on the plane, barulah aku faham dia tulis apa. Itu pun sebab worker tu tahan aku. Luggage aku dah terlebih 4kg. Dahlah aku spent banyak shopping kat dalam airport sebab nak habiskan syilling. Semua barang-barang aku dah plan nak kasi kat kawan-kawan. Dah cakap aku ada bad feeling dah tapi selalu tak pernah nak ikut kata hati. Memang tak ada option selain redha kena tinggal barang-barang. Kalau tak aku yang kena tinggal. Haaa jalan kakilah balik Malaysia. I needed to leave the chocolates that I bought in Belgium and the snacks. My small luggage weight was 11kg and I needed to reduce the stuffs up until it reached 7kg. Terketar-ketar weh. Semua barang-barang tu dah ada tuan. Kalau kata aku check in sekali pun tak apa. Aku rasa tak terketar mana haih nak bayar daripada kena tinggal macam ni. Kak Farah pun tak boleh bawa masuk bag yang dia bawa along with her sebab bag tu tak nampak macam hand luggage. Apa punya alasan. Orang lalu lalang tengok kami berdrama. Ada couple kena tinggalkan juga sikit barang. Itu lagilah. Habis baju kena tinggal. Muka semua dah panic dah geram merah-merah aku tengok tahan sabar.

Geram memang tak terkata. Sebab boleh saja diselamatkan kalau pekerja kaunter let us know earlier. Tapi untuk aku dapat masuk dalam kapal terbang lagi penting. Aku kurangkan ke 9KG and pekerja tu lepaskan aku masuk siap satu round tazkirah. I need to be alert next time. Sampai sekarang aku rasa bodoh benar sebab aku tak tanya apa yang dia tulis kat belakang ticket aku. Kalau aku tanya sure aku checked in dah semua sekali. Benda dah jadi. Pengajaranlah buat aku. Next time jangan jadi macam aku. Menangis duit burn limit luggage terlebih jauh lagi better dari menangis tak berlagu kena tinggal barang. So itulah cerita aku selama ada kat Holland. Thanks to both my parents sebab keluarkan duit untuk aku fly beribu batu menjenguk negara orang sebagai hadiah Convocation Day. Tak pernah aku terlintas pun yang aku akan jejak kaki kat Europe one day. Balik ke Malaysia aku akan terus convo. Syukur ada kawan yang tolong uruskan urusan jubah aku. Syukur juga tarikh convo tak clash dengan tarikh aku ada kat sana. Thanks to Kak Farah sebab ajak aku join sekali and because of her aku tak payah fikir hotel mana aku nak stay. Semoga ada rezeki dikesempatan yang lain untuk aku menjelajah bumi ciptaan Allah SWT ini lagi. Belajar menghargai dan bersyukur dengan apa adanya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

16 comments:

  1. huwaaaaaa, nangis kot kena tinggal barang.. food n drinks n svnir semua masuk laugage, noted. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. syukurlah cheese ke fridge magnet ke semua dah masuk luggage. yang kena tinggal tu snack snack yang ada kat malaysia tapi mahal. jadi sedey jugak lah. naik flight dok terbayang-bayang aje makanan tu semua T.T

      Delete
  2. Alamak, bc entri songsang. Kena gi part 1 dulu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. rajin menjenguk entry lelama..

      Delete
  3. sy setiap kali naik flight, memang dilema la kalau exceed berat sbb harga nak bayar mahal sngt T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tanak bayar mahal lah kena buat drama tinggal barang T.T salah communication saja sebenarnya. bukan masalah apa pun. patutnya tak payah tinggal barang..

      Delete
  4. haha baru perasan, sy pun baca entri songsang. nanti sy start ngan part 1 eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aduh Hanis.. sah sah tulis goodbye =P ahahaha..

      Delete
  5. tenkiu share byk info ni...

    ReplyDelete
  6. aduhai. kesiannya kat awk. sepatutnya pekerja kat kaunter tu inform dulu awal2. at least you can do something. hmm....takpelah, benda dah jadi. redha. moga ada rezeki lain utk awk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia inform tapi dalam bahasa dia.. mana kita nak faham..
      itulah ada pengajaran.. next time apa apa yang tak faham kena terus tanya..

      Delete
  7. kikikih. ni mmg pkai buang ni . kite pon same kalau pergi mane2 .

    ReplyDelete
  8. amboi kemasnya bilik...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha bila nak kemas balik memang selalu sepah =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.