Trip Holland Belgium : Kilang Pottery Royal Delft Holland, Peace Palace The Hague & Madurodam | SITI.YANG.MENAIP

Trip Holland Belgium : Kilang Pottery Royal Delft Holland, Peace Palace The Hague & Madurodam

/
10 Comments
November 02, 2012

Kilang Pottery Royal Delft, Peace Palace The Hague & Madurodam


03 October 2012 Rabu

JALAN-JALAN AMSTERDAM HOLLAND | DELFT - ROYAL DELFT POTTERY FACTORY. Selesai perjalanan ke Zaanse Schans, Volendam dan Marken, kami pulang ke Amsterdam. Ada gap lebih kurang satu jam lagi sebelum meneruskan perjalanan ke selatan pula - Delft, Den Haag dan Madurodam. Sempat pergi grab apa-apa kalau nak makan. Ada kedai kebab berdekatan dengan waiting point. Siapa yang beli both packages boleh tunggu jangan pergi meronda jauh sangat. Memang punctual yang amat dan kalau spesis terkedek-kedek memang hazab ada chance untuk kena tinggal. Langsung tak ada headcount lepas check ticket terus jalan. Tepat pukul 12:40PM bas terus gerak menuju Delft. Majoriti yang join trip kedua adalah muka yang sama juga. Salah satu tempat menarik di Holland yang berada di selatan negara ini adalah Delft. Perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah dan bosan sikit sebab lalu highway. Hujan mula turun rintik-rintik dah memang nasib berjalan dalam keadaan hari hujan. Tak ada yang menarik sangat di sekeliling sepanjang perjalanan kecuali ladang bunga tulip yang sangat besar. Sayangnya bukan musim tulip berbunga jadi hanya nampak ladang yang gersang. Sempatlah tidur untuk charge energy nak berjalan-jalan.

DELFT : ROYAL DELFT BLUE POTTERY FACTORY

Tempat menarik yang pertama dituju di selatan Holland adalah Delft. Delft merupakan satu bandar yang terletak di selatan Holland. Terasa jauh sungguh perjalanan tapi tour guide memang awesome sebab dia pandai crack jokes jadi penumpang rasa terhibur. Terlupa kebosanan duduk lama dalam bus. Semakin menghampiri Delft, aku nampak bentuk bangunan-bangunan semakin cantik dan nampak moden. Apartments tinggi-tinggi and lebih banyak kawasan perumahan yang tersusun kemas beri vibe yang sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Amsterdam. Bila menghala ke south, memang terasa masuk ke kawasan yang serba moden. Kami akan ke kilang membuang ceramic dan pottery yang famous di Delft. Delft memang terkenal dengan kehalusan dan kekayaan hasil seni blue pottery and beautiful canals. Selain raturan canals di Amsterdam, Delft pun ada banyak canals. Aku rasa binaan bumbung pada bangunan-bangunan di Delft macam lain sikit berbanding di Amsterdam. Bila dah balik ke Malaysia baru aku terbaca tentang bumbung rumah-rumah di Delft. Memang bumbung-bumbung bangunan di Delft adalah antara daya tarikan yang unik di Delft. Bumbung rumah-rumah sekitar Delft yang dipanggil gamble-roof houses. Orang-orang yang terlibat dalam dunia construction mesti faham. Aku tak reti nak explain jadi kalau korang berminat boleh buat pembacaan sendiri. Misi utama kami ke Delft adalah untuk melawat kilang blue pottery yang famous. Majority semua pottery klasik dan unik yang dijual serata Holland adalah made in Delft kalau original. Ada juga yang tiruan dan sila berhati-hati ketika membeli, takut nanti terbeli yang tiruan dengan harga asli. Rich people yang minat pottery memang akan pergi ke Delft semata-mata untuk dapatkan pottery asli dengan nilai seni yang halus kerana value yang agak tinggi di pasaran.


Bila sebut kilang aku bayang akan ada bangunan besar dengan ratusan pekerja tapi rupanya bangunan rumah kedai-kedai biasa saja. Tengok dari luar macam rupa haunted mansion pun ada. Salah satu diantara banyak kilang blue pottery di Delft yang famous adalah Royal Delft Blue Factory. Kilang ini dah beroperasi sejak kurun ke-16 lagi. Royal Delft adalah antara beberapa saja lagi kilang blue pottery yang masih lagi menggunakan cara-cara tradisional untuk menghasilkan blue pottery yang cantik dan mengekalkan originality products porcelain yang dihasilkan. Jangan terkejut kalau zaman sekarang pun masih ramai orang yang sanggup mengeluarkan duit untuk beli porcelain dari Delft. Masuk saja ke dalam kilang kami disambut baik oleh seorang pekerja. Sesi penerangan pun dimulakan. At first aku rasa akan bosan tapi tak juga sebab menarik cuma aku dah kepenatan jadi dengar tak dengar sajalah apa yang diterangkan. Kami didedahkan dengan cara-cara penghasilan porcelain dari tanah liat dan bentuk-bentuk acuan yang ada digunakan. Wajib untuk menggunakan tanah liat berwarna putih untuk menghasilkan blue pottery. Walaupun blue pottery sangat famous di Delft, semua tanah liat yang digunakan adalah imported dari negara-negara jiran terutamanya dari Sweden dan German sebab tanah liat di Holland semua berwarna merah dan tak sesuai langsung untuk penghasilan porcelain yang berkualiti. Tanah liat merah hanya digunakan untuk pembinaan rumah - salah satu sebab kenapa rumah-rumah di Holland dinding dari bata-bata merah. Seni porcelain pula bukan asalnya dari nenek moyang orang-orang Holland tapi dari China. Idea dibawa ke Holland berkurun yang lalu dan dikembangkan menjadi business disana. Nak jadikan blue pottery sebagai product yang mempunyai identity tempatan, elements yang terkenal di Holland seperti windmills, tulips dan clog shoes adalah antara motif-motif utama yang digunakan sebagai corak.


Selesai sesi penerangan dan demonstration, kami dibawa ke bahagian artis-artis di Royal Delft melukis corak-corak pada porcelain yang telah ditempah orang customers. Semakin sukar tempahan harga akan semakin mahal. Semuanya handmade dan dilakukan dengan teliti. Hasil kerja memang sangat cantik dan patutlah harganya beribu walaupun hanya sebiji pinggan porcelain. Sebelum exit kita akan lalu kedai souvenirs dan tempat menjual hasil-hasil pottery yang cantik belaka. Memang rasa tergoda tapi mampu cuci mata sajalah. Paling murah yang aku tengok adalah 160EU (RM640.00 approx) untuk sebiji pinggan. Memang tak adalah nak beli seronok tengok ahli-ahli rombongan yang lain membeli. Dibalut kemas rapi selamat untuk dibawa dalam luggage. Kalau risau pecah jangan takut sebab ada juga service shipping ke negara masing-masing. Nak check originality product Royal Delft boleh tengok bawah product ada cop. Kalau tengok cop macam comot tak cantik saja itu bukan original gamaknya. Lebih baik beli dari kilang terus memang terjamin cantik dan asli. Selain product hiasan rumah ada juga accessories macam necklace dan bracelets. Harga pun sama mahal macam pinggan mangkuk jadi kita jeling sajalah.


Selesai urusan di kilang Royal Delft kami dibawa bersiar-siar ke bandar Delft pula. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar Delft tapi tak sempat nak terjah semua. Kena jalan sendiri baru puas pergi sana sini. Yang aku notice memang ada macam-macam jenis museums dan banyak sangat church yang pelbagai bentuk binaan. Kami diberi masa selama satu jam untuk meronda. Banyak juga souvenir shops yang ada jadi marilah kita tengok apa-apa yang menarik untuk dibeli. Harga jauh lebih murah dari di Amsterdam tapi tak boleh lawan harga murah di Volendam. Banyak kedai jual silk scarf bermotif bunga tulips. Aku tak minat nak pakai scarf macam tu..

BANDAR DELFT - BLUE HEART OF DELFT

Kami dibawa ke Delft University of Technology iaitu salah satu university yang famous di Holland. Meronda sekitar university menaiki bus saja sambil mendengar penerangan oleh tour guide. Memang nampak sangat moden dan canggih. Students ramai yang naik basikal saja untuk bergerak di dalam university. Orang disana memang guna basikal untuk commute jadi kena hati-hati sentiasa takut kena rempuh dengan basikal. Seronok tengok kawasan kampus yang kemas dan bersih. Santai duduk melepak sambil bersembang dan study. Keluar dari kawasan university kami terus saja ke arca 'Blue Heart of Delft' yang dibina khas untuk melambangkan Delft yang terkenal dengan penghasilan blue pottery. Satu replica khas berbentuk hati berwarna biru telah dibina menggunakan batu sapphire tiruan di tengah-tengah bandar Delft. Kalau dah sampai ke Delft memang wajib cari replica ini dan bergambar.


Selesai short trip ke Delft yang merupakan one of the tourists spots di south Holland. Aku baca from various websites and blog bloggers yang dah pernah sampai sini, they suggested untuk spend sekurang-kurangnya satu hari suntuk untuk enjoy Delft. Kalau nak express tak perlu bermalam hanya gerak awal pagi dari Amsterdam saja. Delft juga terletak berdekatan dengan The Hague dan Rotterdam. Kalau nak extend perjalanan pun boleh sangat adh alang-alang sampai biar jalan sungguh-sungguh.

TIPS BERADA DI DELFT

  1. A visit to the Royal Delft atau mana-mana kilang blue pottery di Delft adalah wajib. Kena selit dalam itinerary sebab itulah identity Delft. Banyak benda boleh belajar mengenai process pembuatan blue potter.
  2. Sekitar Holland memang ada banyak museum. Kalau korang adalah pencinta sejarah boleh singgah. Untuk memudahkan kerja, search dulu museums mana yang berbaloi untuk terjah.
  3. Delft merupakan tempat lahir salah seorang painter terkenal di Holland iaitu Vermeer.
  4. More information boleh click sini Things To Do in Delft.

CARA UNTUK KE DELFT DARI AMSTERDAM

  1. Car / Taxi. Kalau sewa kereta boleh drive saja ke sini. Masuk highway dan ikut sahaja signboards. Type dalam GPS mana nak pi.
  2. Bus. Aku ikut trip dari Tours & Tickets jadinya aku datang sini naik bus. Kalau nak join bolehlah beli package yang company ni offer.
  3. Train. Ini memang suggested by many people. Hanya satu jam saja dari Amsterdam Central. Sama lamanya dengan naik bus. Beli sahaja ticket train and turun di Delft. Boleh click sini Getting There : Delft for more information and harga tiket train sekali.
Trip diteruskan lagi ke destinasi seterusnya dan aku rasa untuk trip ke selatan Holland banyak masa dihabiskan dalam bas. Mengantuk jugalah rasa tapi sayang kalau tidur - tak dapat nak cuci mata tengok view sekeliling. Mungkin kerana jarak antara satu tempat and another agak jauh. Destinasi seterusnya adalah Den Haag atau The Hague. The Hague is the third largest city di Holland after Amsterdam and Rotterdam. The Hague adalah tempat segala jenis parliament buildings and all sorts of political agencies and societies are situated at. Macam Putrajaya kalau di Malaysia tapi aku rasa tempat ni lagi besar. Umat manusia pun sesak kat sini. Satu tempat yang sangat sibuk. Banyak bangunan tinggi and banyak offices kerajaan ada kat sini. Sebiji membangun dan sibuk macam Kuala Lumpur in fact nampak lagi moden. The Hague ada sistem tram yang tersendiri. Walaupun nampak sesak dan sibuk tapi tak banyak pun kereta yang ada atas jalanraya. Aku rasa semua orang guna tram untuk bergerak sana sini. Sama saja bentuk tram di The Hague dan di Amsterdam. If I am not mistaken, tram ni boleh juga nak naik pergi ke Delft.

BANDAR THE HAGUE DAN THE PEACE PALACE

Dari hasil pembacaan yang aku buat, tarikan yang ada di The Hague bukan saja semata-mata tempat kerajaan politik dan bangunan-bangunan kerajaan tapi juga sebagai tempat terletaknya seaside resort paling terkenal di Holland. Jadi kalau nak datang sini boleh pergi sekali ke kawasaan seaside yang ada di The Hague. Kalau kita Google memang macam-macam sebenarnya boleh buat di The Hague. Aku kesana without any knowledge dan ikut package jadi aku redha mana tour guide bawa pergi. Balik Malaysia baru buat research sikit. Kami tak ada kesempatan nak pergi meronda sakan pun di The Hague tapi tour guide ada terangkan about each and every inch of The Hague. Sebabnya tak practical nak turun dan meronda kat sini unless kita ada urusan. Nak jalan tengok tempat-tempat menarik yang cantik pun limited. Masa aku kesana tengah musim luruh jadi pokok-pokok memang tengah cantik kekuningan. Puas pusing-pusing puas kagum dengan rumah besar cantik jelita, bus berhenti at this one place nampak macam istana. Memang palace pun sebenarnya - Peace Palace. Tour guide kata Peace Palace terkenal dan menjadi spot menarik untuk tourist datang bergambar. Memang ramai pun orang posing sakan depan palace. Mula-mula rasa macam malas nak turun dan bergambar sebab clueless tak tahu apa function Peace Palace dan kenapa jadi famous sangat. Balik ke Malaysia baru cari info sikit. Kecil saja surrounding sekitar Peace Palace muat-muat untuk dua tiga buses parking and orang turun ambil gambar dan naik balik bas. Kawasan memang cantiklah dengan pokok-pokok bunga yang banyak. Peace Palace mempunyai kaitan dengan event yang membawa keamanan - International Court of Justice. Menurut bacaan aku, tempat ni boleh masuk tapi tak tahulah kenapa hari tu kami tak dibenarkan masuk. Masam mencuka muka pengawal-pengawal yang jaga entrance. Peace Palace pernah jadi tempat tinggal orang-orang ternama kat Holland satu ketika dahulu.


TIPS BERADA DI THE HAGUE / TEMPAT MENARIK DI THE HAGUE

  1. Louwman Automuseum - Museum untuk display model cars dari zaman datuk nenek moyang sampai sekarang yang guna hybrid. Seronoknya kalau dapat pi sana. Aku minat jugalah kereta-kereta dan mesti unik dapat tengok kereta-kereta klasik. The cars are all in good conditions. Boleh refer link INI untuk pembacaan lanjut.
  2. The Hague Tower. Ini pun aku discover bila dah balik. Tower ni diambil inspiration dari Flat Iron Building kat New York. Boleh naik and ambil gambar the whole city dari tower ni. Rujuk SINI.

CARA UNTUK KE THE HAGUE DARI AMSTERDAM

  1. Selain bound kat Schiphol kita boleh terus bound kat airport yang dekat dengan The Hague. The Hague shares airport dengan Rotterdam and can be reached from The Hague Central Station by RandstadRail Line E dengan menggunakan airport shuttle. Tapi selalunya orang akan turun di Schiphol jadi dari sana boleh terus ambil train.
  2. Train. Satu jam perjalanan dari Amsterdam Central. The central connects trains from various countries tau. Kalau search schedule, dari The Hague ni boleh terus pergi Brussels, Cologne, Berlin and banyak lagi.
  3. Car / Taxi. Kalau rajin nak drive, boleh lalu guna jalan free-toll motorways. Bagus kerajaan sana tak charge toll jadi kita set sajalah GPS. Nah click sini - Getting There : The Hague untuk more options. Sangat banyak options lain yang boleh dipilih.

MADURODAM : THE MINIATURES OF HOLLAND

Dah selesai bersiar-siar di The Hague kami terus ke Madurodam. Salah satu tempat menarik untuk dilawati kalau berkesempatan ke The Hague. Terletak tak jauh pun dari Peace Palace tapi kena cepat jugalah sebab nak kejar waktu sebelum ditutup. Madurodam adalah satu taman yang menyimpan binaan the miniature of the bangunan-bangunan yang terkenal di Holland. It contains the replicas of the buildings yang menjadi signature Holland. Mini Holland kiranya. It covers the whole of Holland dengan binaan miniature dengan scale ratio of 1:25. Masuk saja ke dalam Madurodam terus nampak peta kawasan untuk dijadikan rujukan. Other than that, they will give you satu buku panduan pilihlah ikut language apa yang difahami. Senang sebab dalam buku ada explanation secara ringkas tentang miniature yang dipamerkan. Agak-agak blur boleh rujuk buku. Tiket nak masuk ke Madurodam dah dikira sekali dengan package yang kami beli dari Tours & Tickets. Jadi kami tak payah bayar apa-apa dah. Madurodam tak adalah besar mana tapi banyak juga gambar aku snap kat sini. Disebabkan aku tak berapa minat sejarah aku tak peduli sangat history tempat tu or significant event kenapa tempat tu famous. Lebih kurang satu jam lebih juga kalau nak meronda ke seluruh kawasan. Tambah pula time petang-petang macam ni hujan mula nak renyai balik. Rezeki kami sungguh asyik dapat mandi air hujan. Miniature kat sini aku rasa taklah besar sangat. Tapi kalau nak berdrama konon jadi raksasa nak hancurkan rumah-rumah memang boleh sangat. Korang boleh nak main gerak model-model orang or kereta yang ada kat sini. Ada kawasan yang boleh masuk and pijak ada yang tak boleh.

SEJARAH HANSJE BRINKER DI MADURODAM

Salah satu sejarah yang terkenal yang ada di Madurodam adalah patung seorang budak lelaki bernama Hansje Brinker. Jangan tanya aku macam mana nak sebut aku pun tak tahu. Dia pernah buat sumbangan besar untuk negara tercinta dan sememangnya layak untuk kekal diingati dalam sejarah. Kalau tengok dalam gambar, dia tengah prevent air daripada keluar dari lubang. Itulah apa yang dia buat untuk selamatkan negara. Menurut sejarah, he wanted to prevent two villages di Haarlem daripada tenggelam dengan banjir jadi dia tutup air yang masuk ke kampung tu dengan jari dia. Lama sangat dia bertahan sehingga dia rasa keadaan dah selamat. Cerita mengenai Hansje Brinker ada diceritakan menjadi satu novel kanak-kanak yang terkenal hasil penulisan seorang penulis America. Click sini kalau nak tahu sejarah budak ni dengan lebih lanjut - Hansje Brinker The Hero.


Sebelum keluar sempat jugalah shopping sikit di souvenirs shop. Fridge magnet tulis Madurodam sangatlah mahal aku tak mampu nak spend banyak semata-mata nak beli fridge magnet. Paling murah pun 10EU (RM40 approx) tapi tak berapa cantik jadi memang taklah nak beli. I just bought several postcards jadilah bukti aku dah sampai Madurodam. Model miniatures kecil pun ada dijual dan comel semuanya. Tapi disebabkan aku pun tak tahu bangunan-bangunan yang famous di Holland, tak rasalah nak beli pun. Hari dah nak gelap jadi kami pun gerak balik ke Amsterdam semula. Dalam perjalanan pulang ada lalu IKEA Holland. Besar yang amat mungkin dalam tiga kali ganda besar IKEA Malaysia sebab memang sumpah besar sangat. Kami lalu juga kilang-kilang chocolates famous seperti Snickers, Mars dan Milky Way. Penat yang amat aku rasa seharian suntuk berjalan. Tak peduli dah orang lain dalam bus yang aku tahu nak rehat saja. Kami sampai balik ke Amsterdam dalam pukul 9:00PM. Singgah Subway beli sandwich tuna buat dinner dan bekal balik hotel. Singgah HEMA shopping snack and air juice bermacam jenis buat bekal juga. Esoknya conference Kak Farah dah bermula jadi aku perlu makanan. Aku tak dibenarkan keluar seorang diri jadi apa-apa pun kena tunggu juga 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. boleh tahan jugak yea harga pottery Holland nih. Part yang tak leh tahan tu, uncle tu bleh pulak pi bkak cerita kata the idea tu curik dari china, just masih guna windmill, tulips and clog shoe sbgai sumber inspirasi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi orang china memang kretip kita kena akui. otak diorang ada saja idea nak berniaga la bisness and macam-macam. bosan gila uncle tu bercerita. syukur accent dia tak pelik.. paham la jugak.

      Delete
  2. Akak memang suka seni pottery ni. Tapi, klu dah dok harganya begitu tinggi, tak delah namanya nak beli kan. Boleh rabalk poket dibuatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe nak beli kononnya tapi tak jadi. letak balik.. sbijik pinggan macam harga tiket flight nak pergi sana. ohhhhh no..

      Delete
  3. Mana gambar CT? CT tak posing ke dgn Heart of Delft tu? :)

    ReplyDelete
  4. BILA LAH AHKAK NAK SAMPAI NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day. CT pun tak penah berhasrat nak datang sana tapi Allah izin rezeki. dulu brangan yang dekat2 je..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.