Trip Holland Belgium : Dari Amsterdam Ke Belgium, Brussels Sightseeing Hop On Hop Off Bus, Atomium & Mini Europe | SITI.YANG.MENAIP

Trip Holland Belgium : Dari Amsterdam Ke Belgium, Brussels Sightseeing Hop On Hop Off Bus, Atomium & Mini Europe

/
2 Comments
November 04, 2012

Amsterdam Ke Belgium, Brussels Hop On Hop Off Bus, Atomium & Mini Europe

05 October 2012 Jumaat

JALAN-JALAN TRAVELOGUE BRUSSELS BELGIUM | DARI AMSTERDAM KE BELGIUM, BRUSSELS SIGHTSEEING HOP ON HOP OFF BUS, ATOMIUM DAN MINI EUROPE. Terus lompat hari keempat sebab hari ketiga langsung tak pergi mana-mana kecuali turun ke lobby sekejap beli muffin. Sepanjang hari aku duduk dalam bilik dan tengok movie. Hari keempat baru jalan semula dan hari ini kami decided untuk ke Belgium - negara yang terletak bersebelahan saja dengan Holland. Disebabkan kami ada masa yang singkat untuk meronda, tak bolehlah kami pergi jauh jadi pergi yang dekat saja. The next day bangun awal mandi bersiap cepat sebab rancang nak naik the first train dari Amsterdam Central ke Brussels Central. Punya siap cepat sampaikan tram dari Rai pun belum mula beroperasi. Tahan sejuk gagahkan diri sementara tunggu tram mula nak gerak. Extreme pula suhu that day.. Sampai di Amsterdam Central kami terus ke kaunter untuk beli tiket ke Brussels. Alhamdulillah dapat juga naik train pertama ke Brussels setelah berlari-lari cari departure gate. Memang tercungap-cungap tapi yang penting dapat naik train. Hujan turun renyai-renyai dah memang nasib kami rezeki berjalan dalam hujan.

DARI AMSTERDAM KE BRUSSELS & BRUSSELS SIGHTSEEING HOP ON HOP OFF BUS

Perjalanan dari Amsterdam ke Brussels mengambil masa dalam dua jam ke dua jam setengah menaiki train. Sepanjang perjalanan lalu ladang bunga tulip tapi bunga tak ada sebab bukan musim. Walaupun hanya ladang yang kosong tapi pemandangan memang cantik. Banyak canals dan rumah-rumah tradisional yang comel. Disebabkan kami berdua bangun awal dan kepenatan kejar train, kami decided nak tidur sekejap top up energy supaya nanti di Brussels tak adalah penat sangat. Suhu dan Brussels adalah lagi sejuk daripada di Amsterdam ditambah pula dengan hari hujan. Aku noticed banyak pokok di Brussels dah mula togel berbanding di Amsterdam. Keluar dari Brussels Central terus cari pick-up stand untuk naik Brussels Sightseeing Hop On Hop Off (HOHO) Bus. Kami tak ada banyak masa nak meronda Brussels dengan santai jadi the best option adalah dengan menaiki Bus HOHO. Brussels Sightseeing Hop On Hop Off bus ada dua main routes - Blue Line dan Red Line. Dengan harga tiket sebanyak 20EU (RM80 approx) kita boleh meronda Brussels untuk tempoh twenty four hours tanpa had naik turun bus ikut suka hati. Bus ini akan melalui tempat-tempat menarik di sekitar Brussels dan kalau kita berminat boleh turun di stand yang sepatutnya. Sila pastikan betul-betul route yang perlu diambil untuk ke tempat yang dituju. Mungkin kerana kami terlalu kelam kabut dan kesejukan jadi kami terus melulu naik bus. Kemudian baru kami sedar dah tersalah naik bus. Plan asal nak naik bus Blue Line tapi dah tersilap naik bus Red Line. Redha sajalah meronda sekitar Brussels di laluan Red Line. Di tingkat atas adalah kawasan open deck tapi disebabkan hari hujan, kenalah tutup. Lebih kurang satu jam jugalah baru complete satu pusingan. Dah sampai di pick-up point yang pertama kami turun dan tunggu pula bus Blue Line. Rujuk SINI untuk bacaan lanjut mengenai Brussels Sightseeing Hop On Hop Off. 

Train pagi dari Amsterdam Central ke Brussels.




Hujan renyai-renyai di Brussels.

HOW TO GO TO BRUSSELS FROM AMSTERDAM
  1. Train - Operated by Thalys and boleh sampai Brussels dalam masa tiga jam. Thalys adalah high speed train yang menghubungkan beberapa buah negara di Europe. Boleh refer sini - SINI untuk maklumat lanjut mengenai Thalys dan jadual perjalanan. Dinasihatkan untuk beli tiket secara online lebih awal berbanding walk-in macam kami.
  2. Flight - Kalau nak lagi cepat boleh terus naik flight dari Holland ke Belgium. Boleh gunakan penerbangan KLM yang sememangnya famous di Europe dan bound di Brussels Airport. Service from KLM ada codeshare dengan Continental Airlines and Northwest Airlines. Boleh click sini SINI untuk maklumat lanjut.
  3. Bus (coach) - Salah satu option yang ramai orang suka buat. Dengan tiket harga lebih kurang 8EU (RM32.00 approx) kita boleh sampai ke Brussels menaiki bus. Kita hanya perlu tempah tiket secara online untuk lebih mudah. Ramai yang suggest untuk menaiki bus dari syarikat Eurolines.

ATOMIUM - LANDMARK / ICON TERKENAL DI BRUSSELS

Berbanding laluan Red Line, laluan Blue Line adalah lebih jauh jaraknya. Perjalanan lebih jauh untuk ke satu-satu attraction point. Patutlah Red Line Bus cepat sangat pusing rupanya perjalanan lebih singkat. Hampir satu jam dalam bus baru kami sampai ke tempat pertama yang ingin dituju iaitu Atomium. Atomium sebenarnya dah lama dibina. It is a museum kalau tak silap untuk menerangkan sejarah Atomium dan beberapa section lagi seringkali bertukar-tukar jenis pameran. Tengok bentuk pun dah boleh tahu kenapalah namanya Atomium sebab berbentuk seperti atom-atom yang bercantum. Disebabkan bentuk reka cipta yang unik, Atomium menjadi salah satu monument yang penting dan terkenal di Brussels. Tak semua section boleh masuk atas faktor keselamatan. Sesetengah bahagian saja yang public boleh masuk. Memang bukan berjiwa minat sejarah jadi ambil gambar saja dari bawah.



Dari entrance Atomium, kena menapak sikit lagi untuk ke entrance Mini Europe. Ingatkan terus masuk ke Mini Europe bila dah lalu pintu gerbang rupanya kena lagi masuk ke dalam. Besar yang amat kawasan entrance Mini Europe. Lenguh juga kaki nak berjalan. Selain Atomium dan Mini Europe, kat kawasan ni ada tiga tourists attractions lagi. Ada Oceade which is their waterpark and The Village. Tempat cafe-cafe beroperasi menjual kopi dan makanan. On the way nak ke Mini Europe kena lalu The Village. Aku ingatkan Oceade tu tutuplah time hujan time autumn. Tidak ya. Oceade beroperasi seperti biasa. Dari dalam Mini Europe boleh nampak slides and tubes yang ada kat Oceade. Plus, kami boleh dengar orang menjerit sekali bermandi-manda kat situ. Mandi dengan air suam agaknya. Senarai harga masuk ke Mini Europe ada dijual secara combo atau single ticket. Boleh beli dengan package sekali lebih murah. Pilihlah nak combo yang mana. Since kami tak bercadang nak naik Atomium atau berkubang di Oceade dan kami memang dah beli package sightseeing, kami hanya beli tiket masuk ke Mini Europe saja dengan harga 13.80EU (RM55.00 approx). Concept Mini Europe adalah sama dengan concept Madurodam yang aku dah ceritakan di SINI. Scale bangunan miniature di Mini Europe lebih besar berbanding scale bangunan miniature di Madurodam. Di Mini Europe miniature bangunan-bangunan yang dipamerkan lebih menarik sebab ada banyak bangunan-bangunan yang terkenal di serata negara Eropah dikumpulkan dalam satu tempat. Bila dah masuk nanti kita akan diberikan satu buku khas menerangkan tentang bangunan-bangunan yang ada di Mini Europe. Ada banyak juga bangunan yang baru first time aku tahu namanya dan apa yang menyebabkan bangunan tu famous di sesebuah negara.












Kami kat sini dalam dua jam lebih saja. Tergendala sikit sebab hari masih hujan renyai. Kami kena juga buat tak tahu. Memang ambil gambar sakan sungguh dan orang tak berapa ramai jadi tak berebut-rebut. Kalau asyik berpayung memang alamatnya tak dapat nak enjoy betul-betul trip. Bukan senang nak dapat peluang. On the way nak keluar dari Mini Europe ada cafe. Kami stopped by beli fries dan vegetable samosa. Tak berani nak order makanan lain. Tapi ada saja muffin dan cake. Meriah cafe ni that day sebab ada rombongan sekolah. Riuh dengan suara budak-budak. Makan kentang goreng pun boleh kenyang sebab banyak. Sampai bertolak-tolak suruh habiskan. Mengah nak habiskan. Slowly kami sembang kami melepak sekejap. Mula meninggalkan Mini Europe dan menapak ke stesen pick up HOHO Bus Brussels. Kat mana turun tadi kat situ jugalah kena tunggu balik.

DARI BRUSSELS CENTRAL KE ATOMIUM DAN MINI EUROPE

  1. Bus. City Sightseeing Bus yang macam kami naik. Pick up station berada di luar Brussels Central. Boleh dapat discount sekali bila beli tiket tour bus ni. 
  2. Metro. Take Line 1 heading to Weststation dan turun di Beekkant dan tukar ke Line 6 heading to Roi Baudouin and take off at Heysel. 
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

2 comments:

  1. Replies
    1. heee ni entry lama. rosak sikit last time masa tukar layout. baru nak publish balik =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.