January 2013 | SITI.YANG.MENAIP

JALAN-JALAN DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Entri sebelumnya di SINI.
DAY 3 (4 JANUARY 2013)

CUTI-CUTI MALAYSIA | CAMERON HIGHLANDS - KEA FARM, CACTUS POINT, SUNGAI PALAS BOH TEA CENTRE DAN PETIK STRAWBERRY. Hari terakhir di Cameron Highlands untuk trip kali ini. Kami keluar check-out dari hotel agak lambat. Masing-masing nak mengulat atas katil. Maklumlah bilik besar and selesa. Tambah pula udara memang fresh. Sangatlah malas untuk berkemas dan bersiap. Tapi disebabkan ada satu lagi tempat utama kami nak pergi, akhirnya masing-masing siap juga. Seperti yang dijanjikan, RaihanF nak buat sesi photoshoot untuk pasangan pengantin. Si RaihanF ada bakat terpendam. Jadi layankan saja keinginan dia. Sesuai sangatlah kawasan sekeliling hotel ni kalau nak dijadikan tempat untuk photoshoot. Setiap ceruk aku rasa cantik.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands,

KEA FARM : SHOPPING BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN DAN SOUVENIRS

Next destination adalah Kea Farm. Kami tak snap gambar pun. Masing-masing khusyuk membeli sayur-sayuran segar nak bawa balik. Memang murah dan kalau beli banyak lagilah murah. Korang kena jadi extra peramah sikit dengan peniaga-peniaga di sana. Confirm dapat extra punya. Kalau datang ke Cameron Highlands mesti nak borong strawberry. Mana sah kalau tak borong. Tapi aku lebih suka beli buah strawberry yang sudah dikeringkan. Kalau nak buat souvenirs pun aku beli yang itu juga. Daripada beli yang fresh nanti sampai bawah rosak. Selain daripada buah strawberry kering, aku akan borong buah limau. Serious buah limau di Cameron Highlands adalah sedap. Buah limau di atas sana besar-besar dan manis. MamiZ memang dari awal sudah pesan belikan limau bawa balik. Dia tak mahu benda lain. Banyak aku borong limau. MakSu pun turut sama terpengaruh memborong. Memang tak rugi. Kalau kesana jangan lupa borong limau. Di Kea Farm ni juga ada banyak peniaga yang menjual souvenirs. Mana-mana ceruk Cameron Highlands memang ramai jual souvenirs. Majoriti akan jual sebiji fridge magnet dengan harga RM3 tapi korang harus tahu kewujudan satu lot kedai di Kea Farm yang menjual segala jenis fridge magnet dengan harga RM1 saja sebiji. Mohon percaya. Selama beberapa kali aku ke Cameron Highlands inilah kali pertama aku sedar adanya kedai ini. Buka mata luas-luas dan korang akan perasan banner 'Fridge Magnet RM1'. Aku dan RaihanF bergegas pergi nak check. Manalah tahu kedai tu jual souvenirs cikai. Nope. Kedai tu jual the same exact design yang kami tengok bersepah di Cameron Highlands dengan harga RM1. Aku yang masih belum melabur duit beli souvenirs memang happy yang teramatlah. Apa lagi ? Borong jangan tak borong. Harap korang pun dapat jumpa kedai tu ya.

CACTUS POINT CAMERON HIGHLANDS

Lepas dah puas membeli-belah kami terus ke Cactus Point. Tempat menjual bermacam-macam jenis pokok cactus. Murah-murah dan cute semuanya. Sebut saja nak yang macam mana. Semua ada. Yang kecil yang besar yang gemuk yang tinggi. Warna-warni pun ada. Aku suka juga dengan pokok cactus sebab tak banyak songeh nak jaga. Tapi aku malas. Bukan jenis akulah nak duduk belek tanam pokok. MamiZ lainlah. Dia dan orkid berpisah tiada. Genetik tu tak melekat kat aku. Singgahlah sekejap ambil gambar. Masuk tak kena bayar pun. Kita bebas untuk berjalan di dalam kawasan Cactus Point. Ada jual souvenirs juga. Tak boleh lama melepak disini. PakSu dan Maksu saja yang shopping. Tapi bukan beli cactus. Jenuh pula nak letak dalam kereta yang kian penuh dengan barang-barang. Silap kang ada yang tercucuk. Kami gerak ke next destination. Aku belum pernah sampai ke tempat yang dituju ni. Dulu datang dengan DediS dan MamiZ mereka dua saja yang pergi. Aku duduk dalam bilik rela sambung tidur. Jadi kali ini aku pula ambil kesempatan untuk singgah.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands,

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands,

Selepas menyinggah di Cactus Point, kami meneruskan perjalanan ke BOH Tea Plantation. Inilah destination yang aku nak sangat pergi. Sebab dalam trip ke Cameron Highlands yang lepas memang aku belum pernah singgah kecuali DediS dan MamiZ saja dating berdua. Jadi kali ni aku pulalah kena pergi menjenguk. Dulu dah pernah datang tapi masih belum upgrade seperti sekarang. Dulu just ada ladang teh dan kilang memproses teh saja. Sekarang dah makin maju. Ada cafe di atas puncak bukit. Drive saja menuju ke Sungai Palas dan pandu hingga ke hujung. Ikut papan tanda. Ada kawasan parking yang agak luas disediakan. Yang pastinya memang tak ada cara lain untuk pergi ke pelantar kecuali dengan menapak. Aku yang muda ni pun semput. Memang stamina kelaut. Kenalah panjat slowly. Orang pun tak berapa ramai. Pandai sungguh pihak management. Dia tahu orang yang mendaki mesti semput dan dahaga. Eloklah buka cafe serve air teh. Memang orang akan beli punyalah. Masing-masing haus. Tenaga banyak habis guna while mendaki. Kami pun tak terlepas dari melabur membeli teh panas dan beberapa keping sandwich. Harga memang mahal tapi pejam mata sajalah. Melancong dalam negara memang macam ni. Tak boleh berkira sangat.

BOH SUNGAI PALAS TEA CENTRE

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Kea Farm, Souvenirs Murah Di Cameron Highlands, Cactus Point Cameron Highlands, BOH Tea Plantation, Sungai Palas,

Pemandangan dari atas memang cantik. Subhanallah. Sejuk mata memandang. Nak ambil gambar kena cari angle yang menarik. Tapi aku rasa setiap sudut lawa. Orang mula makin ramai. Mula sesak jadi kami pun beransur. Nak ke tempat lain pula sebelum gerak pulang ke Pulau Pinang. Sebelum sampai di BOH Tea Centre, korang akan melalui jalan simpang tiga. Ambil kanan untuk ke BOH Tea Centre dan kiri pula untuk ke Strawberry Farm. Di Cameron Highlands ada banyak Strawberry Farm. Mana-mana pun sama saja.

PETIK STRAWBERRY DI CAMERON HIGHLANDS

Aku tak pernah merasa petik strawberry sendiri jadi bila PakSu dan MakSu nak singgah dan cuba aku ikutkan saja. Kabus tebal sungguh dalam perjalanan nak ke Strawberry Farm tu dan bukan dekat. Setiap kali ada selekoh aku kena bunyikan horn. Seram pun ya juga. Tapi masing-masing nekad untuk teruskan juga. Akhirnya sampai juga dan orang memang tak ramai. Maybe sebab tempatnya tersorok jadi orang malas nak masuk ke dalam. Maka bermulalah proses memetik. Kami tak petik banyak pun. Just untuk dapatkan pengalaman. Harga bukan murah. Dah petik kena timbang pula. Harga ikut timbangan. Jauh lebih murah kalau beli yang terjual di kedai. Yang menariknya di Strawberry Farm ni ada banyak kambing. Aku memang suka kambing. Comel. Anak-anak kambing pula tu. Memang bertambah cute. Pekerja yang ada di situ kata boleh saja kalau nak pergi main or pegang kambing-kambing tu. Jangan buli. Jadi dia pun kasi aku beberapa helai daun untuk kasi kambing makan. Ada yang manja ada yang tidak. Jadi carilah mana-mana yang manja. Okay saja. Janji kita tak tempik kat telinga kambing tu then you will be fine. First time aku pegang kambing. DediS dan MamiZ memang tahu aku suka kambing. Kalau nampak ada kambing nak lintas jalan mesti berhenti kejap. Nak sakat seround dua. Bulunya sikit kesat dan sejuk. Duduk di Cameron Highlands tu jangan memain.

Lepas sakan peluk kambing, kami akhirnya gerak meninggalkan Cameron Highlands. Rasanya around pukul 4.00PM jugalah baru gerak pulang. Singgah di RNR Bukit Merah untuk solat dan meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah trip kali ini terisi dengan baik. Trip yang santai jadi no rush untuk melawat banyak tempat pun. Cukuplah mana yang sempat saja. Bila nak pergi Cameron Highlands lagi ? Insyallah bakal kembali ke Cameron Highlands. Memang setiap tahun akan pergi. DediS dan MamiZ punya tempat favourite and escape dan bercuti. Antara tempat yang tidak pernah jemu untuk dikunjungi.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

JALAN-JALAN DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS : MARDI AGRO PARK

DAY 2 (3 JANUARY 2013)

CUTI-CUTI MALAYSIA | CAMERON HIGHLANDS - MARDI AGRO PARK. Bangun awal pagi bersiap-siap untuk keluar. Perlu awal untuk cari breakfast di Pekan Brinchang. Aku tak book breakfast di hotel. Tak perlu risau sangat. Senang saja nak cari makanan di Cameron Highlands. Sebelum kami mula gerak, sempat juga aku dan RaihanF meronda sekitar hotel. Biasalah pengantin siap lambat. Malas nak tunggu jadi kami berdua saja yang pusing-pusing. Posing sana sini ambil gambar. Ramai yang kata suhu di Cameron Highlands dah tak sejuk macam dulu. Banyak pembangunan dah naik jadi sudah semakin panas. Tapi pada pendapat aku suhu sejuk juga sebenarnya. Konon aku jiwa kental dengan hanya memakai cardigan. Ada kalanya bila angin bertiup ohoooi seram sejuk jadinya.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands,

Seronok si RaihanF posing. Lepas saja pengantin bersiap, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Brinchang. Kali ini suasana taklah seseram semalam. Ceria dan havoc. Lebih ramai manusia dan meriah tapi tak sesak. Kalau waktu cuti sekolah memang aku jamin traffic akan sedikit terganggu. Mesti stress sepanjang percutian. Jadi datanglah ketika bukan peak holiday season. Kami makan di salah satu kedai mamak yang ada. Makan roti canai. Kalau tak mahu roti canai, ada kedai yang jual nasi lemak dan makanan-makanan lain. Banyak pilihan untuk dipilih. Lepas dah kenyang kami kemudiannya menuju ke MARDI yang terletak di Tanah Rata. Pandu dari arah Brinchang ke Tanah Rata dan belok ke kiri setelah nampak papan tanda penunjuk arah. MARDI adalah stesen kajian bidang agricultural dan dikendalikan oleh pihak kerajaan. Tapi tempat ini dibuka untuk kunjungan orang ramai jadi sesiapa saja boleh singgah. Setiap kali aku ke Cameron Highlands mesti akan singgah di MARDI without fail. Bukan ada amusement park atau shopping mall yang hebat pun tapi kami sekeluarga suka dengan suasana nyaman dan sejuk disini. Kali ini aku bawa PakSu dan MakSu pula sebab masing-masing belum pernah singgah.

LOKASI MARDI AGRO PARK DI TANAH RATA

 Stesen MARDI Cameron Highlands
   Jalan Dayang Endah
   Tanah Rata 39007
Cameron Highlands
Pahang

Admission Fee
Adult : RM5
Children : RM3

Dengan bayaran masuk ke MARDI yang murah, kita dapat meneroka taman seluas empat puluh dua hektar yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Boleh cuci mata tengok bunga, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai jenis tanaman buah-buahan. Sekarang MARDI sudah semakin maju. Setiap kali datang mesti ada pembaharuan yang dilakukan. Sebab tu tak pernah jemu. Each visit memberi pengalaman yang berbeza. Sudah ada bahagian untuk binatang-binatang reptilia dan juga taman arnab. Terkejut aku tengok iguana sebesar-besarnya dalam sangkar. Tak kuasa nak ambil gambar. Seram. Macam kena tenung saja each time nak angkat camera. Baik ambil gambar tempat lain. Dalam kawasan MARDI ini juga ada hotel yang berkonsepkan English cottage. Sesuai untuk sesiapa yang nak buat trip sambil meeting atau perhimpunan keluarga. 

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands,

Adalah dalam tiga jam lamanya kami di MARDI. Luas tempat ni jadi makan masa juga nak meronda. Aku dan RaihanF jalan berdua dan kami biarkan pasangan pengantin pergi bawa diri jalan berdua. Tak mahulah mengganggu. Penat pusing-pusing aku dan RaihanF singgah di satu kawasan yang ada buaian. Dulu datang tak ada pun buaian. Jadilah kalau nak lepas lelah penat meronda. Jakun nampak buaian sebenarnya. Entahlah bila kali terakhir naik buaian pun aku tak ingat. Sejak dah makin dewasa lagilah tak naik buaian. Jadi sesekali acted macam budak-budak seronok juga. Orang tak ramai jadi tak perlu nak berebut. Buaian itu kami yang punya. Sempat juga singgah di Bharat Tea House arah Tapah. Duduk santai. Seronok juga jalan-jalan free and easy. Tak rasa terburu-buru. RaihanF memang bertuah. Sepanjang malam aku ingat dia charge camera rupanya dia lupa nak switch on plug jadi sia-sia saja tak dapat nak snap gambar posing sakan. Berbekalkan telefon masing-masing yang tak berapa nak canggih. Jangan ikut perangai kami. Sila pastikan camera full battery before meronda.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

JALAN-JALAN DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

CUTI-CUTI MALAYSIA | CAMERON HIGHLANDS - BHARAT PLANTATIONS TEA HOUSE, BUTTERFLY FARM DAN MAKAN MALAM DI PEKAN BRINCHANG  | Cameron Highlands merupakan salah satu tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Antara tempat yang tidak pernah putus menerima kedatangan pelancong. Cameron Highlands menawarkan pemandangan yang indah dengan bentangan ladang-ladang teh atau tea plantations yang luas serta banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang mendamaikan jiwa. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan ke Cameron Highlands. Cameron Highlands adalah antara tempat favourite DediS dan MamiZ untuk bercuti. Sebagai anak haruslah aku ikut saja mana mereka pergi. Aku sendiri suka ke tempat yang sejuk. Di Cameron Highlands bolehlah juga berangan berada di luar negara. Hembus nafas keluar asap dan pakai baju tebal. Laluan untuk ke Cameron Highlands dah semakin cantik dan mudah. Dulu hanya ada satu saja pilihan. Itulah jalan naik itulah jalan turun. Sekarang dah ada banyak pilihan untuk memudahkan perjalanan. Kita hanya perlu merancang saja pergerakan dengan sebaik mungkin.

LALUAN UNTUK KE CAMERON HIGHLANDS

(1) Lebuhraya Utara-Selatan - Exit Tapah - Cameron Highlands
(2) Lebuhraya Utara-Selatan - Exit Simpang Pulai - Cameron Highlands
(3) Gua Musang - Kampung Raja - Cameron Highlands

Laluan kedua adalah yang terbaik untuk digunakan ke Cameron Highlands sekiranya korang dari arah utara. Bagi mereka yang datang dari arah selatan, laluan pertama adalah yang terbaik. Aku tetap suka laluan Simpang Pulai kerana lebih selesa dan perjalanan lebih kemas. Aku sarankan untuk guna laluan ini berbanding laluan lain. Dari Gua Musang pun akan akhirnya bertembung dengan laluan yang sama untuk naik ke Cameron Highlands. Kali ini aku ke Cameron Highlands lagi tapi bukan dengan DediS dan MamiZ. Dengan PakSu dan MakSu yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka beberapa bulan lalu. Pulak dah aku menyebuk trip orang baru berkahwin. PakSu akulah yang gigih mengajak aku dan RaihanF bersama-sama. Katanya 'the more the merrier' Orang baru kahwin selalunya nak privacy. Rupa-rupanya PakSu nak aku jadi tour guide sepanjang di Cameron Highlands. RaihanF pula ditugaskan untuk mengambil gambar. Tangan dia lebih berseni kalau nak dibandingan dengan tangan aku. Selesai booking bilik melalui Agoda. Dulu tak tahu macam mana nak buat online booking, sejak dua tiga menjak saja baru pandai. Mulalah aku rancang perjalanan. Kena fikirkan kesesuaian orang baru kahwin. Keinginan aku dan RaihanF tak penting sangat. Kami kena make sure kehadiran kami actually tidak mengganggu newlyweds.

DAY 1 (2 JANUARY 2013)

DARI PULAU PINANG KE CAMERON HIGHLANDS SINGGAH DI TEA PLANTATION BHARAT TEA

Bertolak pada pukul 09:00AM dari Nibong Tebal dan sampai di Bharat Plantations Tea House pada pukul 11:30AM. Kami hanya boleh check-in pada pukul 15:00PM jadi kami mengambil keputusan untuk melepak santai saja tanpa terburu-buru. Wajib untuk singgah di Bharat Tea Plantation - salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands, pekena air teh tarik satu dua round sebelum meneruskan perjalanan. Duduk dulu sembang-sembang. Orang tak ramai pun. Adalah dua tiga keluarga. Mungkin sebab cuti sekolah baru habis jadi semua sudah pulang ke lubuk masing-masing. Lama kami melepak di Bharat Plantations Tea House. Sambil minum sambil cuci mata tengok keindahan alam tanpa sedar masa yang berlalu. Memang niat untuk kill time sebelum check-in. Boleh khayal duduk melepak kat sini. Tea House Bharat Tea ada tea stop di dua-dua jalan utama ke Cameron Highlands. Mereka yang dari Simpang Pulai boleh singgah di Tea Shop Bharat Tea dan mereka yang dari Tapah juga boleh singgah di Tea Shop Bharat Tea dari arah sana. Fair enough untuk pelancong. Tak adalah kena jalan jauh semata-mata nak melepak kat sini. Makanan dan minuman boleh tahan mahal. Tapi dah namanya bercuti haruslah tak berkira. 

Kami teruskan perjalanan. Dah tak guna aircond buka tingkap pula. Nyamannya angin yang masuk. Sejuk yang tak terlalu sejuk. Sampai di Equatorial Hotel Cameron Highlands. Hotel favourite kami sekeluarga kalau ke Cameron Highlands. Hotel ini luas dan cantik. Parking pun senang. Tak perlu nak berebut dengan pengunjung lain. Siap angkut luggage dan terus ke lobby tapi receptionist kata bilik belum habis kemas. Masih belum boleh masuk. Hurmm.. Aku memanglah dah senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh pergi tapi aku ingat nak mulakan lawatan lepas masing-masing dah masuk bilik dan solat. Apa boleh buat. Jadi aku grab peta mini Cameron Highlands yang ada di kaunter dan bermesyuarat seketika dengan yang lain. Akhirnya kami bersetuju untuk ke Butterfly Farm yang berada berdekatan dengan hotel. Aku dah senaraikan dalam list antara tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang akan kami terjah. Entrance untuk ke Cameron Highlands Butterfly Farm memang bersebelahan saja dengan jalan masuk ke hotel. Bila bilik dah ready senang untuk kami balik ke hotel. Tak perlu jalan jauh. Walking distance juga jaraknya dari hotel yang kami duduk tapi aku sarankan untuk naik kenderaan. Lebih selesa.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands,

Lama juga kami di Cameron Highlands Butterfly Farm. Bayaran masuk murah saja. Kebanyakan tempat-tempat menarik di Cameron Highlands semuanya murah-murah. Selama beberapa kali ke Cameron Highlands tak pernah pula aku teringin nak masuk ke Cameron Highlands Butterfly Farm. Jadi elok sangatlah pergi menjenguk bila dah ada kesempatan. Seronok juga sebenarnya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti rumah rama-rama yang menempatkan lebih daripada empat puluh spesis rama-rama, pameran serangga, binatang-binatang reptilia dan amfibia, taman bunga, kedai souvenirs dan cafe. Rama-rama ada pelbagai jenis. Yang besar yang kecil yang colourful yang hitam putih semua ada. Yang dah mati kena pijak pun ada. Jadi sila jaga langkah kaki masing-masing. Nak menapak kena buka mata luas-luas tengok sekeliling. Kesian nanti kalau ada yang jadi arwah. Bukan setakat ada rama-rama saja. Ada juga binatang lain untuk kita tengok. Binatang-binatang reptiles ada banyak juga disini. Seram sejuk aku tengok. Tak berkenan sangat. Sesuai untuk bawa anak-anak datang. Boleh kenalkan anak-anak dengan jenis-jenis binatang reptiles.

CAMERON HIGHLANDS BUTTERFLY FARM

Adult - RM5
Children - RM3

Tengah sedap-sedap cuci mata tengok rama-rama pihak hotel call dan inform yang bilik dah siap kemas. Bolehlah kalau nak masuk. Syukur. Aku memang kepenatan sebab aku yang memandu. I need to lay down sekejap. Jadi beransurlah kami ke hotel dan menguruskan urusan check-in. Aku lupa nak snap gambar bilik tapi memang superb. Rasanya tak pernah lagi aku dapat bilik yang seluas itu. Ada satu katil besar dan ruang bilik yang luas. Macam boleh muat around lima atau enam orang. Memang puas kalau nak berguling-guling.

MAKAN MALAM DI PEKAN BRINCHANG CAMERON HIGHLANDS

Waktu petang kami hanya spend time dalam bilik sebab masing-masing kepenatan. Dah puas berehat sure perut pun lapar. Bersiap lepas solat and ready for dinner. Kami ke Pekan Brinchang which is around 15-20 minutes saja dari hotel. Memang orang akan cari makanan di Brinchang. Ada banyak kedai makan. But this time, kawasan Brinchang agak sunyi dan orang tak terlalu ramai. Kedai juga tak banyak yang buka dan tak semeriah selalu. Pusing punya pusing akhirnya ternampak satu kedai makan yang beroperasi. Sebelum kedai makan tu pula yang tutup haruslah kami cepat singgah dan order makanan. Alhamdulillah makanan sedap dan harga pun berbaloi. Lebih kurang saja dengan harga di kedai makan lain. So we enjoyed our food and lepas tu kami terus balik semula ke hotel. Masing-masing layan perasaan. Memang tak banyak pun aktiviti yang aku rancang untuk hari pertama. Kita balik hotel dan recharge energy diri dan apa yang patut. Lena tidur aku dan RaihanF. Seronok dibuai-buai angin nyaman Cameron Highlands. Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.