HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 5.0 - MAKAN TENGAH HARI DI NORTHWEST HOME MUSLIM FLAVOR RESTAURANT + MASJID PHEONIX + SATE KAMBING DAN PAU GORENG | SITI.YANG.MENAIP

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 5.0 - MAKAN TENGAH HARI DI NORTHWEST HOME MUSLIM FLAVOR RESTAURANT + MASJID PHEONIX + SATE KAMBING DAN PAU GORENG

/
10 Comments
January 23, 2014

TRAVELOGUE CHINA | HANGZHOU SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.
3 JANUARI 2014 [Jumaat]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE HANGZHOU SHANGHAI CHINA | MAKAN TENGAH HARI DI NORTHWEST HOME MUSLIM FLAVOR RESTAURANT DAN SOLAT DI MASJID PHEONIX. Sikit lagi entry trip ke Hangzhou dan Shanghai nak habis. Simpan lama-lama takut terlupa better habiskan cepat-cepat. Sehari sebelum balik ke Malaysia finally kami dapat jumpa Shiroro dan KZatil. These two kakaks pernah tinggal di Hangzhou lama juga cannot remember kenapa but it happened to be that way. Sepatutnya diorang jadi tour guide kami tapi tak tahulah macam mana kami dibiarkan. Itulah jadinya kami tak prepare apa-apa sangat sebelum pergi sebab ingat dah ada tour guide. Rupanya they had to fly a bit later dari kami. Terpaksa belajar untuk hidup tanpa tour guides. Syukur berjaya survive. Things happened adalah hikmahnya. Jadi today kami tunggu Shiroro dan KZatil datang ke Wushanyi International Youth Hostel baru gerak. Dah confirm these two kakaks akan datang around 11:00AM jadi kami berlima sepakat untuk sambung tidur. Penat menapak shopping dan perjalanan dari Shanghai memang elok juga kami berehat. Aku turun beli pisang di kaunter sebab dah lapar sangat. Aku hanya kongsikan apa yang aku ingat saja selebihnya aku tak alert dengan nama-nama tempat yang kami pergi. Memang menonong saja ikut mana semua orang pergi diketuai oleh Shiroro dan KZatil. Untung sikit tak payah pening nak communicate cakap ayam itik. Shiroro dan KZatil boleh speak Mandarin. Suhu di Hangzhou jauh lebih sejuk berbanding di Shanghai. Disapa angin pagi yang agak ganas memang kena pakai lagi satu extra layer. Bila Shiroro and KZatil sampai riuh juga lobby hostel. We celebrated a mini reunion because we could not remember when was the last time we met each other. Out of the places in this world, kami decided untuk jumpa di Hangzhou and it was a success. Sumpah kat Malaysia nak berkumpul memang sangat susah ada saja halangan. Sejak habis belajar rasa-rasanya adalah dalam dua tahun. What a lovely moment bila semua peluk-peluk lepas rindu. We ignored other people yang pandang-pandang. Being the youngest is a true bless too. We started off our journey dengan pergi cedok air hot tea free depan hostel. Minumlah sampai kembung memang free.

 Shiroro dan KZatil.


 Muka bahagia minum free hot tea.




Semua orang tengah lapar dan eloklah kita pergi cari makanan. Suhu sejuk memang cepat sungguh lapar. Semua benda dijual sepanjang jalan nampak sedap menggoda. That day kami bersetuju untuk makan besar tanpa perlu rasa kedekut dengan duit yang tinggal. Dah nak balik pergi sajalah laburkan untuk makanan. Shiroro dan KZatil bawa kami to this one fine dining restaurant tak jauh dari hostel. Seriously aku tak tahu nama restaurant yang kami pergi tapi bila tengah menaip I did some research untuk memudahkan pencarian restaurant. Nama restaurant adalah Northwest Home Muslim Flavor Restaurant. Jangan tanya kenapa nama panjang sangat and worry not, itulah kedainya. Boleh terus check di Google Maps. Sebenarnya agak jauh menapak dari hostel tapi we had so much fun jalan ramai-ramai seronok ketawa jadi sedar-sedar dah sampai. Kami jalan sehingga jumpa Pheonix Mosque di penghujung jalan Nansongyu Street. Kami naik Zhonghe Elivated Bridge untuk cross jalan. Dari atas jambatan dah boleh nampak logo halal dipasang tinggi di restaurant. Silalah key in nama restaurant dalam GPS masing-masing. Insyallah tak sesat.


 Almost noon tapi hari masih berkabus.

 Itu hala tuju matlamat kita. Jangan sesat !!


 Welcome to the Northwest Home Muslim Flavor Restaurant.


NORTHWEST HOME MUSLIM FLAVOR RESTAURANT HANGZHOU - RESTORAN MAKANAN HALAL DI HANGZHOU

Maaf kalau aku tak berapa pandai bagi direction. Memang tak ambil tahu keadaan sekeliling dan hasil kajian lepas balik dari sana baru study. Semua makanan yang kami order sangat awesome sedap tak kira jadi aku nak kawan-kawan semua pun cuba kalau ada kesempatan. A bit pricey I must say tapi berbaloi. Empat hari sudah makan tak menentu jadi apa salahnya reward diri sendiri dengan good food. Kami disambut mesra oleh pekerja-pekerja restaurant. Dibawa ke tingkat atas dan dapat corner yang agak secluded dari orang lain. Besar sungguh restaurant dan nampak ada beberapa working stations. Semua tempat masak adalah di underground. Bila masuk ke dalam restaurant ada lubang-lubang kecil bawah tanah boleh kita mengintai tukang masak tengah masak. Hebat.. Kami biarkan saja Shiroro dan KZatil order makanan since both of them dah pernah makan di restaurant ni. Redha saja apa yang dipesan memang semua setuju nak bayar.

 Serahkan kepada yang pakar.


 Chicken Popcorn Sweet Sour.

 Kacang panjang goreng dengan cili kering. Ada peanuts juga.

 Ayam goreng berempah.

 Daging masak apa tak ingat. Sejuk..
  
 Sate kambing sedap yang amat !!



Tak ada niat nak seksa jiwa korang dengan gambar makanan. Sendiri tengah menaip pun telan air liur. Masih terasa-rasa sedapnya makanan-makanan diatas. Memang licin terus kami kerjakan. Paling awesome adalah sate kambing. Rasa tak cukup nak lagi dan lagi. Unik sangat rasanya memang tak pernah rasa sebelum ni. Walaupun harga satu cucuk adalah 4Yuan (RM2.00 approx) tapi tak apa memang tak kisah nak bayar. Harga sate di Malaysia pun ada yang semahal itu juga. Really worth a try dan aku tak nak berkira dengan makanan nanti aku teringat-ingat. Total makanan kami terus bahagi tujuh. Cannot remember the exact figure tapi yang pastinya bila convert duit kita dalam RM200 lebih untuk semua hidangan diatas. Berapa sangat kena bayar bila dah bahagi sama rata. Lepas makan chong cheng chong cheng bersembang catching up with each other sampai riuk restaurant barulah sedar diri nak gerak. Kami patah balik ke Pheonix Mosque untuk solat. Lokasi yang strategik sebab kawasan meriah dan ada masjid juga untuk solat.

PHEONIX MOSQUE HANGZHOU - ANTARA EMPAT MASJID TERKENAL DI CHINA

Pheonix Mosque adalah antara empat buah masjid yang terkenal di China. Yang lain jangan tanya aku tak tahu. Kedudukan yang strategik di laluan yang menjadi tumpuan penduduk dan pelancong menjadikan Pheonix Mosque terkenal. Selain menjadi tempat utama untuk Muslims di Hangzhou beribadat, binaan yang bertingkat-tingkat juga antara sebab orang selalu datang untuk bergambar. Sekali tengok dari luar memang tak sangka itu adalah masjid. Tahu pun sebab dengar azan kuat berkumandang. Dari atas jambatan Zhonghe Elivated Bridge lagi jelaslah kelihatan kubah-kubah yang ada ciri-ciri islamik. Dewan solat untuk muslimat juga disediakan. Waktu winter sejuk memang senang nak tunaikan solat sebab boleh solat terus dengan pakaian kita yang tebal dan insyallah menutup aurat. Disebabkan tiada sebarang perayaan yang membolehkan semua Muslims gather di Pheoni Mosque, ruang solat wanita dibuka satu ruangan yang kecil saja. Bertentang dengan ruangan solat wanita aku rasa macam ada sebuah hall yang sangat besar dan bertingkat-tingkat. Pintu masuk dikunci cuma nampak dari luar. Rupanya itu adalah ruangan untuk memuatkan ramai jemaah sekiranya ada perayaan besar atau waktu solat Jumaat. Selesa sangat tapi ambil wuduk dengan air yang memang sangat sejuk agak terganggu jiwa. Tak ada heater jadi pandai-pandai sendiri.

 Pintu gerbang masuk ke kawasan masjid.



 Ruang solat wanita.



Masa kami sedang solat ada seorang lagi perempuan tengah sama-sama solat. Rupanya kakak jual kekacang dan buah-buahan kering depan masjid. Ditinggalkan saja barang-barang jualan dan pergi solat. Allah.. Hina sungguh rasa diri sendiri. Kami main-main depan masjid sementara nak tunggu yang lain-lain selesai solat. Kakak jual kekacang rimas agaknya terus dia bagi rasa kacang almond yang masih berkulit disalut madu dan garam. Sedapnya terus jatuh cinta. Memang sedap sangat tak pernah rasa before. Tak pernah tengok pun almond dengan kulit macam mana rupanya. Sebiji bentuk kadang almond tapi menggerutu sikit. Keras tapi boleh digigit untuk keluarkan kacang. Sama sedap dengan rasa almond. Bungkus sekali untuk bawa balik Malaysia as souvenirs. Ohh.. Kalau di Malaysia nak dapatkan bekalan almond yang masih berkulit pun ada di Cold Storage dan yang seangkatan. Jomlah kita teruskan perjalanan. Kami singgah makan lagi.. Ya. Kami singgah makan lagi di kedai lain pula.

SATE KAMBING DAN PAU GORENG YANG HALAL DAN SEDAP DI HANGZHOU

Not far from the Pheonix Mosque, ada satu lagi kedai yang menjual makanan halal just right after keluar dari Exit D Ding'An Road Station. Kedai kecil saja tak ada dalam Google Maps tapi logo halal besar senang nampak. Kami dah perasan kedai makanan halal sejak sampai Hangzhou tapi kedai dah tutup. Target untuk cuba makanan disini sebelum balik. Menjual mee tarik dan beberapa snack ringan. Kami tersangkut pada sate kambing yang dibakar didepan kedai. Menggoda sangat. Hanya 1Yuan (RM0.50 approx) secucuk dan lebih kecil. Masing-masing order tak cukup makan di restaurant. Kami order juga kuih pau yang digoreng. Sedap intinya ada ayam dan cendawan.

 Masih jelas Pheonix Mosque dibelakang. Dekat sangat..

 Pintu masuk ke kedai.



 Tak tahan godaan. Beli jangan tak beli.




Tak tahulah perut apa masing-masing ada. Kerja makan tak berhenti. Senang juga nak jumpa makanan halal di Hangzhou. Lagilah kerja nak makan cuba itu ini. Sate kambing tetap yang terbaik. Patutlah ramai orang suka sangat dengan sate kambing di China. Memang tip top rasanya. Nak kidnap recipe cuba buat di Malaysia pun belum tentu jadi. Kena belajar rahsia masakan dulu. Kami melepak sambil makan dan bersembang baru sambung lagi journey. Kami nak ke West Lake yang terkenal di Hangzhou. Tak sah trip ke Hangzhou kalau tak singgah dan jejak kaki ke West Lake. Hanya walking distance saja dari Xihu Avenue dan Ding'An Road Station. Kalau tak tinggal di kawasan berdekatan, the nearest metro station adalah Longxiangqiao Station. Hari hampir senja jadi kami berharap dapat tengok suasana sunset di West Lake.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. CT...kak percaya review jagung rebus tu sebab dah pernah makan kat Shenzen...ya ampun, tawar takde rasa...liat keras plak tu...memang tak abis then buang dlm tong sampah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang dah rasa mesti percaya peritnya nak makan jagung rebus kat china haha. tapi orang sana makan sungguh2 betul.. mcm sedap sangat. diorang letak jagung tu dalam plastik then tebuk lobang then stim.. huurm.. x faham x faham..

      Delete
  2. Nak komen lagi....teruja betulla tengok pics West Lake tu..korang pegi time winter kan.nak pegi bulan Mac ni, tak tau la seindah winter ke tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mac spring eh ? okay laaa tu nanti penuh teratai kat tasik ni kak.. kalo based on gambar yang kami tengok. akak naik bot pegi ke tengah tasik ada pulau tau.. kat pulau tu ada pagoda cina caaaantik. kami x sempat nak pi da nak gelap. takut plak.. plus hangzhou ni xde snow so dalam bulan tiga cemtu kan snow cair.. dia x dela kotor selut bagai. pegi pegi beeeeest hehehe.. kalau boleh rasa nak ikut ^^

      Delete
  3. satay kambing kat sama memang terbaikkk. pegi hangzhou kejap jer. 1 hari day trip. west lake pun kejap jer. kalau nak pegi west lake nih better pegi bulan 4 cos masa tuh bunga dah berbunga2. kalau pegi bulan 3 belum banyak sgt cos baru nak masuk spring

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT tengok kat blog awak.. huish lawa haih west lake ada banyak lotus.. dahla cantik gila. pi time winter memang pokok togel hakhak.. bilalah nak repeat hangzhou ni.. tunggu duit turun dari langit..

      Delete
  4. siti !! apsal gambar seme cantik2 ? lagi2 gambar makanan.. tu.. kan kakak dah lapar ni.. adei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar cantik tu pakai dslr kawan.. pastu edit sket hehe..

      Delete
  5. Part senang dapat makan itu paling penting.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mudah. kebetulan memang stay di kawasan ramai muslim =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.