HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 5.1 - WEST LAKE + SEKITAR HANGZHOU | SITI.YANG.MENAIP

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 5.1 - WEST LAKE + SEKITAR HANGZHOU

/
2 Comments
January 24, 2014

TRAVELOGUE CHINA | HANGZHOU SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.
3 JANUARI 2014 [Jumaat]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE HANGZHOU SHANGHAI CHINA | WEST LAKE DAN SEKITAR HANGZHOU. Lepas makan semua get ready nak gerak. Kena cepat juga walaupun dalam keadaan santai sebab hari cepat gelap bila winter. Kami teruskan journey untuk menghala ke West Lake. Trip ke Hangzhou akan jadi lebih lengkap kalau visit West Lake sebab ini adalah antara tarikan utama dan tempat wajib singgah di Hangzhou. Hanya around tiga puluh minit berjalan kaki dari Pheonix Mosque tapi kalau tak mahu jalan boleh naik train. Station terdekat adalah Ding'an Road Station atau Longxiangqiao Station. Macam penat menapak jauh tapi dalam suhu sejuk tak terasa sangat. Sedar-sedar dah sampai. Terpukau tengok cantiknya tasik luas terbentang depan mata. West Lake adalah tasik semula jadi yang sebesar-besar tasik wujud di China. Memang sangat besar tak tahulah ambil masa berapa lama untuk pusing sekeliling tasik. Terbahagi kepada lima bahagian dengan tiga laluan utama. Ada banyak kuil, pagoda, taman dan juga pulau-pulau mini binaan manusia. Memang tak terdaya nak pusing satu tasik dengan hari yang semakin gelap. Jadi kami jalan mana yang mampu saja.

WEST LAKE XIHU HANGZHOU, CHINA

Banyak sangat gambar kami disana setiap ceruk cantik. Hari semakin gelap transition cerah ke senja memang tak terkata cantiknya macam mana. Sekitar West Lake ada banyak tarikan menarik dan spots bergambar yang iconic. Antaranya adalah Leifeng Pagoda, Zhejiang Art Museum, Hangzhou Underwater World, Orioles Singing in the Willows, Jixianting dan Hubin Qingyu. Boleh naik boat yang ada macam-macam bentu and harga pun berbeza based on jenis boat. Dari yang moden ke tradisional semua ada. Ada beberapa tempat-tempat menarik seperti Three Pools Mirroring the Moon, Xiaoyingzhou dan Ruan Gong Islet yang hanya boleh pergi dengan menaiki boat. Package cruise pun ada tapi dah terlalu lewat untuk kami masing-masing naik cruise. Memang tak cukup sejam dua disini. Ada rezeki untuk kembali memang nak spend lebih lama disini.

 Seberang jalan terus sampai West Lake.





 Lebihan-lebihan daun musim luruh.



 Eh eh apek belakang tu.. riang ria hati dia.
  

 Restaurant terapung kalau tak silap.








Cantikan suasana di West Lake. Ini entah tak sampai suku perjalanan pun agaknya. Tak nampak mana hujungnya West Lake. Kami hanya redah mana yang termampu saja memang tak berdaya nak menapak jauh. Cari main road dan tahan teksi. Kami split kepada dua kumpulan. Satu diketuai Shiroro dan satu lagi diketuai KZatil. Tempat seterusnya yang dituju adalah rumah sewa Shiroro dan KZatil jadi senang naik teksi terus sampai. Total tambang kami bahagikan kepada tujuh juga. Senang kira. Jangan tanya aku nama tempat meman aku tak ingat sebab dalam teksi aku tidur. Biarkan KZatil yang berurusan dengan driver aku malas ambil port mata dah mengantuk sangat. Tak ada tenaga pun nak jenguk permandangan diluar. Biarkan Momon layan perasaan sendiri. Akhirnya sampai ke apartment yang disewa dan singgah ke convenience store beli snacks dan air. Baru berani nak rasa beberapa snacks di China yang boleh makan sebab dah ada translator. Di China juga ada air susu pisang tapi tak cuba sebab tak suka susu. Naik ke rumah sewa Shiroro dan KZatil kami berehat. Boleh pula electric tak ada terputus tak tahu sebab apa satu bangunan gelap. Dugaan sungguh dahlah sejuk heater tak boleh buka. Lantai tiles sumpah nak pijak rasa kejung. Bertemankan lampu handphone semata dalam gelap. Biarkan kekakaks uruskan masalah kami yang lain terbungkang kepenatan. Masalahnya sejuk yang amat jadi nak tidur pun tak selesa. Masuk toilet lagilah ditambah dengan air yang macam ais. Macam-macam pengalaman. Sejam lebih juga kami berhimpit-himpit share haba baru ada balik electric. Legaaa.. Kami singgah makan dinner dulu di kedai berdekatan dengan apartment Shiroro dan KZatil. Baru pukul 8:00PM tapi dah macam pukul 11:00PM. Cadangan asal nak ke night market tapi semua dah habis energy.









Sedap juga makanan-makanan kami for dinner. Ada yang nak makan mee tarik jadi order asing. Yang nak makan nasi dan lauk makan sekali. Total masih lagi dibahagi sama rata sebab masing-masing makan sama-sama merasa sesuap dua sebenarnya. Senang juga kira tak payah susah kira satu-satu. Insyallah bab makanan kekakaks tak berkira. Makin sayup malam hari kami tunggu bus untuk balik ke Middle Zhongshan Road. Pujuk Shiroro dan KZatil tidur di Wushanyi International Hostel akhirnya berjaya. Esoknya kami berlima nak pulang ke Malaysia jadi nak peluk-peluk lagi sambil gosip. Muat sangat sebab bilik aku, Momon dan Juju sangat besar. Kami dapat dua katil besar jadi gabungkan dua-dua tidurlah berlima. Bilik KEcah dan KFarah kecil sikit. Dua katil single saja. Kalau tak muat bentang tilam kat bawah sebab banyak blanket disediakan. Tak ada alasan untuk Shiroro dan KZatil tolak. Memang kami paksa.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

2 comments:

  1. Cantiknya pemandangan dekat sana.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cantik sangat. rasanya macam lagi cantik kalo autumn =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.