China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 1.0 Dari Kuala Lumpur Ke Hangzhou & Hangzhou Genting Star Hotel | SITI.YANG.MENAIP

China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 1.0 Dari Kuala Lumpur Ke Hangzhou & Hangzhou Genting Star Hotel

/
42 Comments
January 10, 2014
31 DISEMBER 2013 [Selasa]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | DARI KUALA LUMPUER KE HANGZHOU DAN HANGZHOU GENTING STAR HOTEL. Alhamdulillah syukur aku diberi kesempatan ke Hangzhou dan Shanghai yang terletak di China. Aku last minute memilih untuk ke Hangzhou dan Shanghai ikut kawan-kawan. Menarik juga walaupun dua destinasi ini tak pernah tersenarai langsung dalam destinasi pilihan. Flight tiket ke Hangzhou adalah pada pukul 05.30PM. After Zohor hari kejadian baru aku actually usung luggage dan start melipat baju. Lagi elok kalau kemas awal boleh tahu apa yang dah ready and what not. Around 3.00PM aku dah sampai di LCCT. Kawan-kawan lain dah sampai lebih awal. Kami just melepak dulu sambil bersembang. Suddenly rasa nak add on berat luggage sebab masing-masing takut banyak pula memborong. Masing-masing berkongsi duit jadi sama-sama boleh shopping sakan. Redha menanti kaunter buka.








DARI KUALA LUMPUR KE HANGZHOU CHINA

Selesai urusan check-in kami pergi makan sebab masing-masing tak beli makanan nanti di dalam penerbangan. Makan kasi kenyang nanti naik flight senang hati boleh rehat. Masuk ke Departure Hall kami berlima saja yang bertudung. Most of the passengers memang Chinese people. Sebenarnya aku takut juga nak ke sana sebab aku tak study langsung satu apa pun. Memang serah pasrah redha aku ikut kawan-kawan. Just ambil tahu sikit dimana kedudukan Hangzhou dan Shanghai. Aku paling takut bab communication. Hangzhou boleh kata kawasan kampung jugalah dan majoriti orang tak tahu speak in English. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki AirAsiaX. Alhamdulillah berlepas smoothly. Perjalanan memang rasa lancar tak ada gegar sana sini. Aku sejenis yang memang akan panic kalau naik flight. Sepanjang perjalanan mata rasa berat kuyu nak tidur tapi tak dapat lena. Bising yang amat passengers lain pun sembang apa tak tahulah. Rasa macam ada di pasar. Sumpah stress. Memang tak harmoni sungguh aku rasa sepanjang nak sampai Hangzhou. Terpaksalah bersabar.. Dua jam sebelum mendarat kami kena isi arrival form. Senang saja isi maklumat diri dan jawab apa yang patut. Pukul 11.00PM waktu tempatan kami selamat sampai di Hangzhou Xiaoshan International Airport. Ada banyak kapal terbang besar yang bound di Hangzhou dan AirAsiaX parking cantik sebelah Qatar Airways. Keluar dari kapal terbang ke terminal terus ditampar kasar angin winter. Dalam terminal pun dah rasa sejuk nak membeku. Dalam menahan sejuk hati sedikit teruja. Pengalaman pertama berjalan ketika musim sejuk. Ahamdulillah urusan di kastam cepat selesai.






Polis yang berpakaian macam komunis ada merata. Yang jeling kami pun ada. Buat tak tahu saja. Kita bukan datang nak cari masalah. Sampai giliran kami pegawai memang muka ketat sungguh. Tapi tak cakap apa pun. Just kasi arrival form dan cop apa patut. Itu saja. Kenapa lama sangat beratur pun aku tak tahu. Urusan kami selesai lewat. Hampir pukul 1.00AM baru dapat keluar.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN TEKSI SAPU / TEKSI ULAT

Kak Shiro (noted that Kak Shiro adalah kawan aku yang pernah tinggal di Hangzhou) dah pesan pada kami awal-awal lagi. Jangan naik teksi ulat. Korang pun mesti dah tahu apa teksi ulat kan ? Keluar dari Arrival Hall mesti punya korang akan disapa oleh pemandu teksi ulat. Ramai okay. Jenuh menepis. Padahal tak boleh cakap English pun. Tibai saja chong cheng chong cheng bahasa dia. Aku pun geleng saja. Jangan pula cakap apa-apa. Berjalan keluar dari airport akan ada teksi bermeter. Di badan teksi akan ada lambang 'Hangzhou'. Sama ada warna biru atau hijau. Haaa yang ni kita boleh naik. Ada seorang pegawai perempuan yang tunggu di kawasan berdekatan. Aku datang dekat tapi dia macam takut-takut pula. Maybe takut nak guna bahasa apa dengan aku. Malas nak buat drama aku terus tunjuk alamat hotel yang sudah siap ditulis dalam chinese characters. Pihak hotel memang dah kirimkan alamat siap-siap. Kak Shiro pun ada tuliskan incase kami ada masalah communication. Pegawai perempuan tu belek few minutes dan terus panggil dua teksi. Kami berlima jadi kami kena guna dua teksi dan teruskan chong cheng chong cheng dengan pemandu teksi dan terus suruh kami naik.

HANGZHOU GENTING STAR HOTEL

Jauh juga rupanya nak sampai ke hotel yang kami tempah. Kak Shiro yang tempah dua bilik di hotel tu. Dia uruskan tapi sebenarnya ada beberapa masalah yang terjadi while kami nak check-in. Pihak hotel tak dapat nak trace booking number. Satu bilik lepas sebab kami book melalui Agoda. Jadi untuk tak memanjangkan drama di pagi buta hari, kami ambil saja another bilik dengan rate yang memang disediakan since tak jauh beza sangat pun. Dan untuk memudahkan pengiraan pembayaran kami sum up semuanya dan bahagi lima tak payah nak beratkan kepala. Bilik yang kami dapat sumpah kecil yang amat. Masuk luggage masing-masing nak jalan pun seksa. Muat-muat katil besar dan tak selesa. Tak tahulah bilik-bilik lain macam mana. Yang membuatkan kami masih okay adalah cuaca yang sejuk jadi tak sesak dalam bilik. Memang aku tak nak recommend Hangzhou Genting Star Hotel pada sesiapa. Lagipun aku tak terlibat langsung dalam process pemilihan lodging jadi tak boleh nak bersuara. Syukur hanya one night. Ended up kami tawakal letak luggage diluar bilik. Barang-barang berharga saja diambil bersama.



Almost pukul 2.00AM juga baru selesai segala urusan. Masuk bilik salin baju dan solat aku ajak Juju turun ke lobby teman aku nak guna wifi. Aku jenis susah hati kalau tak dapat Internet. Yang lain dah terbungkang pengsan. Aku nak inform parents yang aku dah selamat sampai. Sambil hantar beberapa bahan bukti bergambar yang aku selamat. Nanti MamiZ sebu perut tak lalu makan pula. Tak lama pun online. Mata kuyup. Aku and Juju perlu rehat. Dalam keadaan bilik yang sempit dapat juga kami tidur. Terpaksa paksa diri untuk tidur. Esoknya perjalanan kami masih jauh.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

42 comments:

  1. hello sana , teringinnya nak travel juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cute aje.. hello sana :D
      jom sama sama.. tapi meanwhile CT kena menabung dulu.

      Delete
  2. sejak kes mh370 akak pun dah tak berani berangan nak ke Beijing...tapi tetap dlm impian tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. mak pun dok menakutkan CT cakap jangan pergi semua. tapi negara tu cantik hehe.. nak pi beijing gak. nak main snow hahaha.. pi China best sebab duit murah hehe..

      Delete
  3. taxi kat hangzhou mmg tak tau jalan. saya pun pernah kena pusing-pusing cari jalan. siap call lah semua. seram jugak kat situ. tapi masa kat pudong, shanghai kitaorg tak kena spot check polis tuh. cuma kena tahan sbb muka passport n real tak sama hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya pemandu yang brusia sikit aje kot cemtu.. time jalan kami naik taxi pemandu muda dia boleh speaking english sikit. tapi banyak main bahasa isyarat and simple words. hahaha kalo isu gambar memanglah hazab sket.. kena letak gambar recent hehe.. polis tak cek pun tapi pandang kita muka ketat macam apa je..

      Delete
  4. Siap bawak livita lagi... Huh! Betul2 nak tenaga nih... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bawak untuk diri sendiri tapi kat sana tak berapa minom pun..

      Delete
    2. No good laa livita... Minum air masak byk2...

      Delete
    3. minom sebotol aje. tak sedap aahaha.. rasanya ni first time beli kot..

      Delete
  5. naik Air Asia kena pulas sendiri aircond kat atas... tak cukup sejuk pulas orang sebelah punya... or... org depan or belakang punya hala kat kite.. baru sejuk.. ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS hahaha malu nak mengaku ni tapi sebenarnya CT baru tahu tau yang aircond AA kena pulas sendiri hahaha. itu pun ritu naik nak balik KL. tercakap kuat kata panaslah.. then uncle yang duduk sebelah adjust aircond. sumpah tak pernah tahu rupanya mende kat atas tu boleh adjust T.T

      Delete
    2. Ha Ha Ha... Pasni dah tahu jangan komplen2 lagi ok... He He He...

      Delete
    3. aiseh aiseh bikin malu saja =P

      Delete
    4. Kalau betul2 panas, kena ikut taktik SS. Rompak dan pulas airconsd orang kiri kanan depan belakang :)

      Delete
    5. ehehe kalau orang sebelah tido bolehla buat jahat gitu.. tapi next next trip after that tak panas da Kak Farrah.. siap boleh cover badan lagi sebab sejuk ehehe..

      Delete
  6. Boleh percaya ke taxi driver kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh aje SS.. naik yang memang kat kereta diorang ada cop hangzhou n majoriti kaler ijau. kalau kaler lain maybe meragukan..

      Delete
    2. So yg kaler ijau aje laa ek yg boleh percya skit?

      Delete
    3. ada kaler kuning jugak kalau tak silap. tapi yang registered punya ada lambang hangzhou kat pintu tempat duduk penumpang. asal nampak yang tu okaylah..

      Delete
  7. Salam. Hee sonoknye gi shanghai. ;p

    ReplyDelete
  8. Khatam baca entri ni. Dah selamat mendarat, selamat menjejak bumi Hangzhou, selamat dapatkan lodging :)

    ReplyDelete
  9. kes mh370 kot mrk jadi mcm tu ... alhamdulillah , x de apa yg berlaku .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe time CT pergi ni sebelum kejadian.. negara ni memang special sikit bab-bab gitu.. strict x kena gaya..

      Delete
  10. Mana entry review hotel? mana? mana??????? wasap me....

    ReplyDelete
  11. "Tangan dan kaki memang dah gatal nak berjalan sana sini. Those yang kaki travel mesti faham sungguh perasaan aku macam mana" <-- YE!!! faham sangat..ni pun baru balik dari Seoul - busan hari tu, hati dah tergedik2 tggu sale dari AA..aduh! penyakit betul..kalau lah duit berjuta dalam account mmg berhenti kerja dan buat trip every month...fuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kata ada sale tapi tak ada sale pun.. harga semua huurm sedih je tengok.. tak mampu ehehe.. kita teruskan saving sajalah..

      Delete
  12. Bab packing ni sis JM biasa packing sikit-sikit 2-3 hari before..pastu siap buat list risau ada barang tertinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau CT buat list pun akan ada punya barang yang tinggal jugak =P

      Delete
  13. ahaks!!! CT..check in online is better but kalau manual pun no prob..cuma kalau check in online boleh pilih seat but still perlu ke kaunter gak kalau nk drop luggage..jika x drop luggage leh terus masuk gate je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab pilih seat tu best jugakla.. kot ada tepi window yang still available.. tapi malas tu yang pegi je terus kat kaunter =P

      Delete
  14. itulah sikap org cina di china eh..mmg KASAR..kalau cakap perlahan tu bukan Cina namanya..ke dorang mmg masing2 'pekak' hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha memang gitu kot.. ingat tak yang kita jumpa kat Yongpyong tu.. Ya Rabbi !! macam nak kick je turun slide tu ahahaha..

      Delete
  15. 'Di Hangzhou Xiaoshan International Airport, kita kena melepasi imigresen dulu baru kutip luggage" <--bukan ke semua airport procedur nye nye mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm.. rasanya macam kat Melbourne macam amek beg dulu then baru check yang anjing tu.. eh entahlah tak ingat. ke kastam dulu baru amek bag ? wakaka..

      abaaaikan sajalah da short term memory..

      Delete
  16. pegawai memang muka ketat sbb hari2 cop passport je ce kalau keje cop duit hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha kalo cop duit mata memang kaching kaching =D

      Delete
  17. CT n the geng stay hotel mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Genting Star.. Baolong.. Youth.. ada entry tapi takdan nak edit lagi kak..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.