China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 2.0 Ke Shanghai Dari Hangzhou Menaiki Kereta Api | SITI.YANG.MENAIP

China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 2.0 Ke Shanghai Dari Hangzhou Menaiki Kereta Api

/
22 Comments
January 12, 2014
01 JANUARI 2014 [Rabu]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | PERJALANAN DARI HANGZHOU KE SHANGHAI MENAIKI KERETA API. Tidur lena sungguh malam sebelumnya walaupun tak puas hati bilik sempit. Tak perlu on aircond langsung. Kami just buka tingkap itupun buka sikit saja. Momon memang dah berkelubung tak ingat apa. Siap pakai winter coat lagi. Ada heater disediakan tapi kami tak guna. Kami tak tahu nak adjust untuk dapatkan suhu yang sesuai. Bila on rasa macam dalam sauna sebab terlalu panas pula. Kami bersiap dah kemas apa patut. Kami berkumpul di lobby. Breakfast ala kadar. Minum hot milo dan makan biskut. Mission on that day agak mencabar. Kami perlu cari jalan untuk ke Shanghai. Walaupun aku dah sediakan panduan tapi masih kurang jelas. Perhatikan sekumpulan lelaki yang berkumpul belakang kami. Nampak macam duduk santai siap baca newspaper lagi. Tapi bukan guests dekat hotel pun. They are pemandu-pemandu teksi ulat. Sembang kuat suara tinggi lepas tu asyik jeling ke arah kami. Ada yang tawaf meja kami beberapa kali tapi tak cakap apa. Maybe atas faktor language barrier jadi kami tak ditegurnya. Seram juga tapi kami ramai. Ada yang berani juga buat signal nak communicate dengan kami. Kami just geleng kepala tak nak kasi ruang boleh berkomunikasi pun. Buat tak tahu saja. Aku tanya receptionist apa the nearest metro. Alhamdulillah pekerja hotel pandai speak English. Dia explain katanya dekat saja dan siap tuliskan in Chinese characters incase kami tak jumpa dan nak tanya orang sekeliling. Sangat thoughtful.


CARA UNTUK KE SHANGHAI DARI HANGZHOU MENAIKI TRAIN

  1. Naik metro dan turun di Hangzhou East Railway Station yang berada di Line 1.
  2. Turun dari station metro terus naik satu tingkat.
  3. Cari signboard 'train' dan beli tiket ke Shanghai.
  4. Station terakhir di Shanghai adalah Shanghai Hongqio Railway Station.
  5. Shanghai Hongqio Railway Station berada di Line 2 sistem metro Shanghai.
Around 9.00PM kami usunglah luggage kami. Menapak ke station metro yang berdekatan. Tak susah pun nak jumpa sebab memang sepanjang jalan utama. Tak perlu nak masuk lorong sana sini. Tapi tak adalah dekat sangat seperti yang pekerja tu cakap. Dekat setengah jam juga kami berjalan atau mungkin sebab kami jalan melenggang. Terasa lambat. Cuaca cerah cantik saja. Matahari dah mencanak atas kepala tapi tak lawan juga angin sejuk yang bertiup. Jalan jauh pun tak mengeluh. Akhirnya sampai pun ke Station Metro Wujiang Rd yang berada di Line 1. Kami perlu ke Station Metro Hangzhou East Railway Station yang juga berada di Line 1. Jadi tak perlu tukar metro. Sampai di Station Metro Hangzhou East Railway Station. Ada escalator jadi tak perlu risau macam mana nak usung luggage gabak naik turun tangga. Nama saja kawasan perkampungan tapi station metro tip top okay. Kemas dan besar. Orang pun agak ramai. Disinilah bermulanya sesi berperang cakap ayam itik yang agak menyakitkan hati.





Kami kumpulkan bag di suatu sudut. Aku dengan yakin ke information counter. Pekerja pun macam yakin saja sedia terima aku nak tanya apa. Memang seksa nak berkomunikasi. Few times sebut 'Shanghai' tetap geleng kepala. Kalau hang tak reti tak faham English sekali pun tak mungkin perkataan 'Shanghai' hang tak faham. Berapa lama dah duduk lahir makan tidur kat China memang panas hati jadinya. Memang geram jugalah hati ni. Aku guna basic English kot. Aku blah dari information counter tu. Tak ada any info boleh dapat kat situ. Aku menapak ke satu peta besar laluan station metro when there was this one lady datang tegur aku. Finally aku dapat cakap dengan orang yang tahu English. Walaupun tak berapa betul tapi sekurang-kurangnya aku faham apa yang dia cakap. Dia beratur kat belakang aku rupanya jadi dia tengok scene serabut aku tadi. Memang tak boleh beli tiket ke Shanghai kalau kat station metro. Aku kena naik atas. Ada station bullet train. That lady pun gigih tunjukkan jalan nak naik tingkat atas. Aku pun mengerti. Mungkin pekerja di information counter tu ingat aku nak beli tiket ke Shanghai jadi memang tak ada. Dia geleng. Tapi bengap sangat kenapa. Tunjuk sajalah kat aku kena naik atas. Lorong nak naik atas sebelah counter saja. Salam lah seround dua tanda thank you. Aku dengan Momon naik ke tingkat atas terus terkedu ternganga kagum. Bangunan tu besar gila. Besar dari KL Sentral. Ada lagi beberapa tingkat rupanya kat atas sana.

PERJALANAN KE SHANGHAI MENAIKI BULLET TRAIN DARI HANGZHOU

Kami tengok signage ke arah bullet train. Tak nak buang masa berperang dengan mesin tiket kami terus ke counter. Haaa kali ni tak ada masalah communication. Direct saja aku cakap nak tiket untuk lima orang. Dia angguk. Then dia minta kelima-lima passport. Damn !! Ada passport aku dengan Momon saja. Kenalah menapak turun pula dan alang-alang tu teruslah sekali bawa luggage ke atas. Masing-masing teruja tengok bangunan besar bertingkat-tingkat di atas station metro yang berada di tingkat bawah. Kalau bawa anak-anak datang main kat station tu takut mak ayah yang tak larat kejar. Selesai beli tiket ke Shanghai. Rupanya kami naik train yang tak berapa nak laju. Patutlah murah. Train nak ke Shanghai ada tiga jenis. Jenis K, D dan yang paling laju Jenis G. Kami dapat Jenis D since itu paling cepat nak bertolak. Tiket harga 38Yuan (RM19 approx). Aaaargh yang lain belakang kira. Janji sampai Shanghai.




Lepas beli tiket kami terus ke tempat menunggu. Sekali lagi kami ke information counter sebab tiket memang totally in Chinese characters. Bagus saja semua pekerja. Berebut pula nak tolong kami. Sampai lima orang nak explain serentak. Bangunan terminal memang besar teramat lah. Aku rasa adalah dalam 5x ganda KL Sentral. Jauh gila kami menapak dari satu area ke satu area. Orang agak ramai juga nak naik train ke Shanghai. Ooops lupa. Kalau train Class D yang kami dapat ni bukan direct terus ke Shanghai. Ada stop di several stations. Sebab tu journey makan masa almost dua jam. Dahlah dapat Class D punya tiket, seat pula yang third class. Seksa tau third class punya seat. Kena berhimpit dengan sesiapa saja. Walaupun tulis dalam tiket kami berlima dapat duduk sekali dalam satu coach tapi minah apek China ni peduli apa. Dia buat selamba saja usung anak-anak masuk coach kami dan menempek. Aku rasa semak so aku pindah pi coach sebelah. Lagi best walaupun terpisah dengan kawan-kawan. Bayangan train macam coach dalam cerita Harry Potter. Tapi langsung tak ada privacy. Next time kalau korang nak naik train Class D ni mohon pilih first class punya seat. Dia ingat kami tak ada duit kot nak beli tiket first class. Dicampaknya kami ke third class. Selain daripada duduk dalam coach, kita boleh jalan-jalan di corridor juga. Boleh tengok permandangan luar. Lenguh juga duduk berhimpit selama dua jam. Jadi bolehlah regangkan urat saraf sendi berdiri sekejap. Ada juga disediakan kerusi di corridor kalau rasa nak duduk. Pemandangan pun gersang saja. Pokok togel dimana-mana. Tapi menarik sebab kita dapat tengok perubahan struktur binaan. Makin dekat dengan Shanghai makin moden rumah-rumah yang dibina. Hangzhou lebih kepada pertanian. Sebab tu rumah di kawasan pedalaman Hangzhou jarak jauh-jauh. Tanah memang besar untuk tanam pelbagai tanaman.





Aku ada terlelap sekejap dalam train. Tapi terjaga sebab announcement yang dibuat boleh kasi pecah telinga. Hazab dari mula naik tak aman langsung. Mamat handsome siap gelak lagi tengok aku terkejut. Katanya memang macam tu kalau naik train Class D. Dah alang-alang terjaga sembanglah dengan dia. Kampung dia kat Hangzhou tapi study kat Shanghai. Jadi dah perkara biasa untuk ulang-alik Hangzhou-Shanghai-Hangzhou. Lepas tu dia tanya kami dari mana. Dia ingat kami Indonesians tapi dia tertanya-tanya kenapa tak riuh. Usually dia kata kalau Indonesians naik train sama kecoh dengan Chinese. Bising dan suka sembang kuat-kuat. Aku pun cakaplah kami Malaysians dan dia pun angguk-angguk sambil buat thumbs up. Kalau dia mengutuk dalam hati aku tak tahulah. Tapi aku mengutuk bangsa dia banyak juga sejak sampai. Lepas almost dua jam kami selamat sampai di Shanghai Hongqio Railway Station dan mula mencari arah ke hotel untuk check-in.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. salam. sonoknyerr letteww ., ;p hebatts

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaahai Pakcik Lalat ni.. dia pun sakan jalan..
      CT ni skali skala saja tau..

      Delete
  2. bestnye .. ssh betol kat negara orang ni . nk cakap pon ssh. nak nak yg x tau english. tapi teringin jugak nak shoping kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat bandar besar mungkin okay sikit kot.. kalau kat Shanghai ada signboards banyak in English so tak susah sngt.. kat tempat yang tak ada ni seksa hahaha..

      shopping kat China kita boleh miskin weh !!

      Delete
  3. seronok naik flight. tapi lepas bnyk kes flight ni, dah tak dibenarkan naik lagi dah . teringin sngt nk g china. brg murah kate org

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun susah hati jugak.. tapi tu satu cara saja ada nak travel..
      kita tawakal saja mampu moga Allah lindung kita..

      Delete
  4. Seronoknya travel naik train, enjoying the view.
    Tapi bab himpit2 bersesak-sesak tu tak gemar sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhimpit-himpit dengan kawan sendiri tak apa lagi.. kalau aci aci tu yang tak boleh terima ahaha..

      Delete
  5. klu tgk kat drama n filem cina , mrk mmg suka sembang kuat2 dan suka buat ikut kepala mrk je ... sabar kat tpt org ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang riuh. setiap ceruk diorang riuk.. fikir kat tempat orang je tu yang jaga mulut ehehe.. takot =P

      Delete
  6. Lahh...dah buat panduan dari Hangzhou ke Guangzhou pun masih belum jelas? camna nk minta tolong buat itie this coming trip ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun first time travel sendiri kak.. mana ada pengalaman hebat2..
      for sure ada benda yang tak berapa jelas..

      Delete
  7. Teksi ulat? agak2 ulat apa? ulat bulu? ulat gonggok or ulat beluncas hihihhi

    ReplyDelete
  8. kalau CT nak tak...kalau nak ke Hongqio Railway Stn di Shanghai tu sebenarnya boleh naik dari Hangzhou Railway dan juga Hangzhou East Railway Stn..kedua2nya akan stop Hongqio Railway Stn..pemilihan stn bergantung kepada lokasi subway terdekat..choice on your hand :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutla mana2 jalan pun.. dedua pun sampai jugak kan ? depends on dari mana kita gerak kan ? huhu kami ekot apa yang receptionist suggest maka itulah saja option yang ada..

      Delete
  9. korang jalan ke Stn Wujiang Road? its mean korang stay di Genting Star Hotel Guangzhou eh?

    kalau stay sana...naik je dari Hangzhou Railway Stn lagi dengan metro Wujiang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh tu kak kalo jalan dari Guangzhou.. ehehe.. memang Hangzhou Railway Station tu dekat tapi jalan dia ada masuk simpang sikit.. kalau ke Wujiang terus jalan lurus saja ehehe..

      Delete
  10. itu sbb perlu guna cara SS..hulurkan kad KOD RAHSIA tu..tulisan cina dan translator..mmg org cina di China..BI (dah masuk kubur)..itu sbb org dlm flight pandang korang semacam sbb dorang mesti pleik..(tahu ke budak2 ni cakap bahasa Cina) ;p

    ReplyDelete
  11. kalau nak lagi selamat..beli online..pilih jenis G for bullet train dalam 1 jam lebih dah sampai Shanghai..sampai kaunter collect je tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. ehehe dulu tak reti apa2.. pengalaman baru nak rasa =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.