China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 2.1 Hello Shanghai & Baolong Homelike Hotel Zhongshan Road Shanghai | SITI.YANG.MENAIP

China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 2.1 Hello Shanghai & Baolong Homelike Hotel Zhongshan Road Shanghai

/
12 Comments
January 13, 2014
1 Januari 2014 [Rabu]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | DARI SHANGHAI HONGQIO RAILWAY STATION KE BAOLONG HOMELIKE HOTEL ZHONGSHAN ROAD. Hello Shanghai akhirnya sampai juga setelah berperang cakap ayam itik semata-mata gigih mencari jalan dan nak beli tiket. Lenguh sendi duduk berhimpit dalam train. Keluar dari Shanghai Hongqio Railway Station sekali lagi kami diserbu ulat-ulat travel agensi yang nak promote pakej tour di Shanghai. Kalau korang malas nak jalan sendiri bolehlah ambil pakej dari agents. Tapi tak tahulah kenapa aku rasa semua meragukan sebab bawa papan sepanduk beriklan saja. Walaupun ada nombor lesen perniagaan dipaparkan, kalau tak yakin better cari travel agent yang betul. Kami tepis semuanya. Tak cakap apa main geleng saja walaupun ada sesetengah yang sangat memaksa. Keluar dari Arrival Hall kami menonong masuk Starbuck nak lepak sekejap tumpang guna free Wifi semak jalan mencari hotel yang terletak di Zhongshan Road. Tak ada simcard jadi terpaksa rely on free Wifi.

KENA ADA SIMCARD CHINA UNTUK ACCESS WIFI PERCUMA DI CHINA DAN PETA LALUAN METRO SHANGHAI SECARA MANUAL

Tak tahulah betul atau tak tapi inilah yang pekerja di Starbuck bagitahu kami bila kami minta password kepada free Wifi yang disediakan. Syarat utama nak dapat dan guna free Wifi yang disediakan oleh kerajaan China di Shanghai kena mempunyai sim card China dan sim card disana bukan dijual di mana-mana convenient shops macam kita. Menurut Kak Shiro kena tempah khas melalui internet. Aku ada juga masuk 7Eleven nak beli sim card tapi memang tak dijual. Jadi disebabkan kami tak tahu mana nak pergi kami belilah kopi untuk jadikan syarat duduk menumpang kat Starbuck. Beli kopi kosong tak ada susu. Takut nak guna susu kat China. Tak pasti apa dia letak dalam susu. Lepak punya lepak aku keluarkan printed map yang aku dah print siap-siap. Celaru juga ada gadget canggih tapi tak dapat membantu. Harus ada backup manual macam ni. Aku ingat dah habis lengkap map laluan metro di Shanghai yang aku dah print. Tapi nama Shanghai Hongqio Railway Station tak ada langsung dalam map. Jadi aku blur sebab tak tahu nak mula dari mana. Lama kami melepak di Starbuck lebih dari satu jam aku rasa. Dahlah Internet tak ada nak buat rujukan. Memang masing-masing mati akal disitu. Aku tunjuk address kat pekerja Starbuck tapi they did not know kat mana hotel kami. Padahal ada dah alamat in Chinese characters dalam kertas tu. At least aku just nak tahu metro mana yang berdekatan atau ada cara lain nak reach hotel. Pekerja tu suggest aku naik bus ke bandar tapi bila tanya macam mana dia pun tak tahu. Mengikut arahan yang Kak Shiro berikan macam senang kalau naik metro daripada naik bas.



Bosan duduk di Starbuck tak jumpa sebarang penyelesaian ada yang keluar meronda menjenguk kawasan. Tapi aku dan Momon tinggal di Starbuck masih lagi berusaha. Nak buka mulut tanya customers lain semua Chinese people belaka takut nanti ayam itik lagi entah kemana nanti hala tuju. Alhamdulillah Kak Farah beranikan diri approach seorang lelaki Sudan yang kebetulan ada dalam Starbuck katanya memang asyik memandang kami dari awal lagi. Kak Farah panggil aku untuk bercakap dengan that guy. Aku explained masalah kami. Dia belek peta yang aku print dan senyum. Betul dah peta yang aku print memang peta metro di Shanghai. Tapi stations Shanghai Hongqio tak ada dalam peta sebab baru saja setahun siap dibina. Maybe peta yang aku print tu tahun sebelumnya. This Sudanese guy boleh speak Mandarin. Dia study di Shanghai. Dia tengah tunggu wife dia sampai. Rupanya sebelah Shanghai Hongqio Railway Station ada airport. Tapi for domestic purposes. Jadi dia pergi tanya orang ramai bagi pihak kami. Dia tahu station metro yang kami perlu turun tapi dia nak kepastian. Jadi kawan-kawan semua, Station Shanghai Hongqio Railway Station actually berada di Line 2. Memang berpandukan peta yang aku print, hanya station ni sahaja yang tak ada dalam peta. Jadi silalah print peta yang paling latest okay. Check betul-betul version latest punya. Bila dah tahu yang kami sebenarnya berada di Line 2 pergerakan menjadi mudah. Sistem metro di Shanghai jauh lebih mudah berbanding di Hangzhou. Jauh rupanya dari tempat kami jumpa this Sudanese guy untuk ke station metro. Padahal dalam satu bangunan. Besar sungguh.

DARI SHANGHAI HONGQIO RAILWAY STATION KE BAOLONG HOMELIKE HOTEL ZHONGSHAN ROAD

  1. Hotel kami berada di North Zhongshan Rd di Line 1 berwarna merah.
  2. Shanghai Hongqio Railway Station berada di Line 2 berwarna hijau.
  3. Kami perlu ke People's Square di Line 2 dan tukar metro ke Line 1.
  4. Seterusnya kami hanya perlu ke North Zhongshan Rd.
Dah sampai di North Zhongshan Rd barulah kami menjenguk dunia luar. Kalau tak sepanjang sampai Shanghai kami berada di dalam bangunan. Tak tahu hujan ke ribut ke apa ke yang terjadi kat dunia luar. Keluar tengok hari dah sayup nak senja. Baru pukul 4.00PM lebih. Huuurm.. Kena gerak cepat sikit. Sekali lagi kami tak tahu mana nak tuju tapi dah ada peta manual jalan ke hotel. Kebetulan ada few policemen berdekatan station metro. Aku approach dan dengan baik hati poena berani kalau tak aku rasa memang tak jumpa hotel. Dia tengok alamat dan suruh kami cross jalan besar dan terus ke kiri. Menapak punya menapak bayang hotel tak nampak. Ada seorang pakcik tua panggil kami. Tak reti cakap English pun tapi bersungguh nak tolong. Dia kata betul dah kami jalan tapi kena ke depan lagi. Dia siap lukiskan peta kat newspaper yang dia ada. Kalau ikut Kak Shiro punya anggaran, jarak station metro dan hotel hanya 200M sumpah menipu. Dekat 1KM rasanya kami dah berjalan  memang jauh. Tambah pula dengan luggage yang gabak. Makian sungguh dalam hati sepanjang jalan. Dekat apanya naik longgar lutut bila sampai depan hotel. Seronok tak terkira dah bila nampak nama hotel. Excited sebab tak sabar nak guling dalam bilik hilangkan lenguh betis.



BAOLONG HOMELIKE HOTEL ZHONGSHAN ROAD

Urusan check-in tak ada apa masalah. Booking kami semua ada. Jadi terus saja masuk bilik. Cuma kena bayar deposit sebanyak 200Yuan (RM100 approx) untuk dua malam. Korang kena jaga-jaga bab deposit. Aku rasa kat mana-mana hotel pun kita kena extra alert dengan bayaran deposit. Nanti aku cerita drama sakai minah jaga kaunter time kami nak check-out. While kami berkumpul depan hotel before check-in tadi, ada seorang pakcik datang tegur. Pakai kopiah mini warna. Kami agak dia muslim. Dia tanya dah makan ke belum. Obviously belum makan. Kami memang kebuluran dari pagi tak makan pakcik. Dia ajak pergi kedai makan katanya dia ada kedai makanan halal. Jadi Momon dan Kak Farah ikut pakcik ke kedai dan bungkus tiga set makanan. Masuk dalam bilik terus bedal. Tak sempat ambil gambar pun. Laju makanan masuk dalam perut. Memang nikmat dan sangat sedap. Kalau time kebuluran makanan tak sedap pun jadi sedap. Kisah makan tak berhenti disitu. Mana cukup makanan tiga set kongsi berlima sedangkan semua ada perut tong. Tak cukup. Jadi kami decided untuk mandi dan solat dulu kemudian keluar untuk mencari makanan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. salam siti. nak tanya metro kat hangzhou dh buka ke semua line tu? bc blog org mei 2013, hanya line 1 je buka yg lain under construction....tgh study pasal HZ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nanie. thank u singgah. saya tak pasti pulak sbb saya pun gunakan line 1 aja masa kat sana. tapi yg saya notice, di stesen yang saya berhenti dah ada peta utk semua connected stations. jadi saya assume dah bukak lah kot laluan lane lain. saya sarankan naik bus sbb di hangzhou sistem bus adalah yg pngangkutan terbaik. saya bnyk travel dgn taxi sbb jarak yg jauh.

      harap membantu :D

      Delete
  2. memang wah jugaklah pengalaman korang kat Shanghai ni... mengheret beg besar gedabak lagi la letih kan...plus, asyik kebulur je sebab winter kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajarannya silalah book hotel sendiri bukan suruh kawan. hotel kena dekat ngan subway kalo dak menapak la jauh macam kami hehehe.. mmg kan ? keje nak makan.. mmg pantang nampak makanan.. hahaha..

      Delete
  3. rindu nak makan lamien! sedap kan? banyak kentang & daging kambing. China ada sistem transport yang sgt efficient kan. best awak ada pengalaman travel naik turun metro. saya naik metro sekali jer. itu pun nak pegi ke shanghai hongqio railway station.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kentang banyak makanya lagi jatuh cinta hahaha.. betul tu. nak compare dengan malaysia memang jauh beza. tak perlu nak tunggu lama metro always on time. sebab metro murah tu yang naik metro saja.

      Delete
  4. Sekali lagi nak tanya...korang stay hotel mana di Shanghai ni..1km? perghh...dengan beg gedabak besar camtu..pesal jauh sngt hotel nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe dekat je sbenarnya tapi sebab ngusung beg jadi jauh trasa ahaha.. maybe around 500m je kot.. kat Shanghai kami duduk kat Baolong..

      Delete
  5. Kiranya..kalau CT ke Shanghai seklai lagi bleh jadi tour guide lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua.. nak ke yang mengikut tu ber'tour guide'kan ceq ni haaa..

      Delete
  6. dah tanya Momon dan Farah tak..nama kedai yang pakcik tu bawak..nak tahu gak cara nak ke sana

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.