China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 3.0 Oriental Pearl Tower & Shopping Souvenirs Di Yuyuan Garden | SITI.YANG.MENAIP

China | Hangzhou Shanghai 2014 Day 3.0 Oriental Pearl Tower & Shopping Souvenirs Di Yuyuan Garden

/
2 Comments
January 18, 2014
2 JANUARI 2014 [Khamis]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | ORIENTAL PEARL TOWER DAN SHOPPING SOUVENIRS DI YUYUAN GARDEN. Langit cerah menyambut kami. Pukul 8.00AM macam pukul 11.00AM. Semua ceria maklumlah tidur lena secukupnya haruslah senang hati. Berkumpul di lobby dan ambil masa around setengah jam untuk online update apa yang patut. Bilik aku, Momon dan Juju beruntung sebab ada Internet cable dapat Internet all the time. For Kak Ecah dan Kak Farah tak ada. Internet di bilik semput jadi kasi chance untuk Kekakaks. Facebook dan Twitter access memang kena block. Hanya boleh guna Instagram. Aku dan Momon siap main kejar-kejar dengan kucing kedai sebelah. Gebu sungguh. Suhu tak terlalu sejuk. Aku tertanya-tanya sebenarnya. Meneruskan misi kami di kota Shanghai menuju destinasi pertama. Walaupun aku ikut trip Kekakaks tapi these girls did not prepare anything. Syukur jugalah aku ada print few notes sebab aku paling last setuju nak join this trip. Ada tiga minggu saja sebelum fly. Lagipun aku bukan pernah travel anywhere before yang aku plan sendiri. Baru nak belajar. Aku tak mahu memandai sebab aku tumpang trip orang lain tapi bila tengok tak prepared susah hati jadinya. Huuurm.. Masing-masing ikut saja bila aku suggest nak ke Oriental Pearl TV Tower. Sempat study dengan Momon before tidur. 


Kami tak breakfast langsung that morning. Makanlah sikit makanan-makanan ringan yang dibawa dari Malaysia. Bancuh Milo and simpan dalam mini thermos. Kalau sejuk sangat boleh minum air panas. Ready untuk redah Shanghai. Harapan untuk mencari mana-mana kedai makanan halal sepanjang journey. Kami menapak ke the nearest metro station. Tak berapa terasa jauhnya that morning. Mungkin sebab tak ada luggage berat yang diusung dan mood mulakan hari baru yang berkobar-kobar. Jalan santai saja jadi pelan-pelan kami sampai ke station. Destinasi kami yang pertama adalah Oriental Pearl TV Tower. Once korang dah went through sistem metro di Shanghai mesti dah tak ada masalah. Seriously sangat senang sebenarnya. Panduan yang diberikan di setiap metro station pun mudah untuk difahami. Sebab Shanghai adalah bandar besar, jadi penggunaan Bahasa Inggeris agak banyak. Signage pun in English. Tak perlu risau. Kalau nak lebih yakin aku guna peta yang aku dah print. 




CARA UNTUK KE ORIENTAL PEARL TV TOWER

  1. Hotel kami terletak di North Zhongshan Rd di Line 1.
  2. Pergi ke People's Square untuk tukar laluan metro ke Line 2 dan turun di Lijiazui.

SISTEM METRO DI SHANGHAI YANG SISTEMATIK / PEARL ORIENTAL TV TOWER DAN LUJIAZUI RING

Station People's Square sangat besar tapi jangan risau. Guidelines yang diberikan untuk pertukaran metro adalah sangat sistematik. Hanya perlu ikut signage atau anak panah di lantai menunjukkan direction yang perlu diambil. Kalau setakat mahu tukar Line 1 ke Line 2 tak adalah jauh mana. Metro di Shanghai super cepat. Jangan risau kalau terlepas metro. Tak lama mesti another metro sampai. Memang tak perlu berebut. Kalau rasa orang ramai sangat biarkan saja metro tu berlalu. Sampai di Lujiazui terus boleh nampak signage ke Oriental Pearl TV Tower. Lujiazui Rd is famous for its tall buildings and Lujiazui Ring. Kalau korang Google tempat-tempat menarik di Shanghai mesti ada Lujiazui Ring. Aku tak ada idea pun mengenai tempat ni sampailah aku dah tengok sendiri. Aku kagum dengan creativity masyarakat China yang ada saja idea menarik nak hasilkan sesuatu. Lujiazui Ring works as a fly over untuk passengers yang nak cross jalan besar. Kalau kat Malaysia, fly over kita satu arah saja. Tapi Lujiazui Ring berbentuk bulatan dan ada banyak jalan naik dan turun. Jadi tak perlu nak susah payah lintas jalan. Mostly tourists yang datang singgah mesti nak shooting gambar bangunan besar dan tinggi yang ada di sekeliling Lujiazui Ring.  Paling best adalah semua jalan naik dan turun ada escalator. Tangga pun ada juga incase hujan. Jadi kami pun berlenggang untuk menyeberangi jalan untuk ke Oriental Pearl TV Tower. Memang keluar dari station metro dah terus nampak tower tu. Ramailah orang tengah posing sakan ambil gambar. Satu perkara yang aku noticed boleh tahan biadap juga orang China ni. Kalau di Malaysia kita nampak orang nak ambil gambar kita tak akan lintas lalu depan orang tu. Tapi kat sini dia buat tak kisah saja. Peduli apa. Kita tengah elok posing dan space dibelakang pun luas lagi tapi main bedal saja lalu. Tak semua tapi ada yang memang rude macam tu.





Akhirnya sampai pun di Oriental Pearl TV Tower. Orang ramai tengah beratur nak beli tiket. Ada sekumpulan keluarga Indonesian. Riuh. Tiba-tiba teringat komen mamat handsome yang aku jumpa dalam train dari Hangzhou. Kami tak terus beli tiket. Kami duduk dan buka bekalan makanan. Walaupun ada biskut kering dan air tin saja tapi kami makan penuh selera. Nampak sangat masing-masing tengah lapar. Sabar ya kawan-kawan. Hope nanti kita jumpa tempat makan. Inilah padah jalan main redah tak mahu study apa-apa. Kami beli tiket Package C berharga 120Yuan (RM60 approx). Kami nak pergi the Sightseeing Galleria dan Transparent Observatory. At first aku dah buang tower ni dari list kami tapi sejak tengok Pak Nil upload video di Instagram tentang tower ni terus rasa nak pergi. Untuk info lanjut mengenai Oriental Pearl TV Tower -- SINI. Jom kita masuk tower cepat. Barisan beratur tunggu turn nak naik lift sangatlah panjang. Lift pula ada satu saja. Boleh memuatkan around 30 orang sekali naik. Sepanjang nak sampai atas adalah seorang pekerja buat explanation in Mandarin dan English.







SIGHTSEEING GALLERIA ORIENTAL PEARL TV TOWER

Lift akan bawa semua orang ke Sightseeing Galleria dulu tak kira package apa pun yang dibeli. Tak jauh beza pun dengan menara tinjau KL Tower kita. Setinggi 263M dan kita boleh jenguk permandangan panorama sekeliling bandar Shanghai in one go. Pusing dan tawaf sepuas hati cuci mata kalau nak rasa pusing satu Shanghai. Boleh tengok semua bangunan-bangunan tinggi di Shanghai. Tapi nasib kami not so good that day. Hari berkabus samar-samar saja nampak. Aku tak peduli sangat pun dengan scenery sekeliling. Aku sibuk shopping souvenirs.





TRANSPARENT OBSERVATORY DECK ORIENTAL PEARL TV TOWER

Ini yang kami semua teruja sangat nak jenguk. Tapi bila dah sampai semua kecut perut. Tak bukan semua. Aku kot jadi yang paling passive. Kejung berdiri tak berani bergerak. Dengan ketinggian 259M kami hanya perlu turun ke deck dengan menggunakan tangga dari Sightseeing Galleria. Tak boleh guna lift. Hanya untuk orang yang nak naik lebih tinggi saja boleh guna lift. Transparent Observatory Deck ini adalah satu pelantar tinjau yang transparent. Maknanya kita boleh nampak bawah terus macam tak ada apa. Walaupun ada kaca tebal berlapis-lapis aku still nervous. Dahlah another pelantar tu diperbuat daripada kayu. Pijak pun berbunyi mau tak seram. Sakit jantung jadinya. Budak-budak pula berlari sana sini macam tak ada perasaan. Rasa nak cubit-cubit.. Yang paling berani memang Juju dan Kak Ecah. Sampai ke hujung perginya untuk bergambar. Aku tengok kereta pun dah sama size dengan semut. Tak seram ke Kekakaks semua. Aku dengan Momon bergambar juga tapi kaki kami di pelantar. Badan saja di kaca. Takut.

Aku pesan kat Kak Farah ambil gambar aku cepat-cepat. Aku nak berdiri then aku nak lari ke pelantar balik. Kena juga bergambar. Beranikan diri beberapa saat. Dah bayar mahal-mahal jangan dilayan sangat takut tu. Cewah pandailah aku kasi nasihat. Diri sendiri pucat lesi. Dapatlah few pictures tapi tak nak share. Muka jelas tengah cuak. Jealous aku tengok Kekakaks bergambar tapi aku surrender. Aku ambil few pictures tunjuk dekat DediS dan MamiZ. Lama juga kami kat sini. Aku dah duduk santai kat tempat lain. Biarkan Kekakaks posing tak habis-habis lagi. Tengok jam memang dah elok benar kena beransur. Ada destination lain yang ingin dituju. Takut nanti hari dah gelap susah nak cari jalan.




Paling berani.







Selain daripada menara tinjau yang menarik, ada banyak lagi tarikan di Oriental Pearl TV Tower ni. Antaranya cermin dimensi macam gambar diatas. Kami nak cuba tapi tengoklah orang yang tunggu turn ramai mana. Ada rombongan sekolah agaknya. Malas nak buang masa. Di basement Oriental Pearl TV Tower ada banyak kedai makan. Tapi tak ada restoran halal. Poor tummy. Kami terus berjalan untuk keluar dari tower. Ada banyak kedai menjual souvenirs tapi harga range dari 5Yuan - 15Yuan (RM2 - RM8 approx). Aku ada juga beli beberapa fridge magnets yang unik bentuknya. Walaupun harga sebiji fridge magnet adalah 10Yuan (RM5 approx) tapi aku tak menyesal sebab memang aku tak jumpa di tempat lain. Selesai membeli dan memborong. Di perkarangan Oriental Pearl TV Tower pun ada ramai orang jual souvenirs. Kami saja cuba nasib nak bargain. Yes kami dapat. Keychain yang berharga 8Yuan - 10Yuan (RM4 - RM5 approx) berjaya dibeli dengan harga 3Yuan (RM1.50 approx). Bila peniaga dah diturunkan harga jangan pula korang tak beli. Kesian peniaga tu semua. Jangan lah beli sebiji saja bila dah berusaha bersungguh-sungguh minta kurang. Belilah banyak sikit. Its time to say goodbye to the tower. Kami perlu gerak ke next destination. Nak shopping lagi lagi dan lagi.

Kalau ikut hati mahu saja menapak ke next destination. Ikut peta tengok tak jauh pun. Tapi masing-masing tak mahu menapak. Aku pun ikut saja. Tak adalah kaki lenguh sangat nanti. Kami bercadang untuk ke Yuyuan Garden. Wajib untuk semua orang yang jejak ke Shanghai untuk singgah di Yuyuan Garden yang terkenal sebagai tempat memborong souvenirs. Lagipun dah sampai China memang wajib aktiviti shopping. Tak boleh terlepas dari shopping. Semua benda di pelusuk dunia 'Made in China'. Dari Oriental Pearl TV Tower, kami patah balik ke metro station Lujiazui di Line 2 dan ke East Nanjing Rd untuk menukar laluan ke Yuyuan Garden yang berada di Line 10. Semuanya selang satu station saja tapi tahap pemalas nak jalan kaki tak dapat dibendung.

CARA UNTUK KE YUYUAN GARDEN DARI ORIENTAL PEARL TV TOWER

  1. Naik metro di Lujiazui ke East Nanjing Rd di Line 2.
  2. Tukar laluan ke Line 10 dan teruskan perjalanan ke Yuyuan Garden.
Boleh juga nak jalan kaki terpulanglah. Ikut stamina masing-masing. Sampai di station Yuyuan Garden hanya perlu ikut signage. Senang saja. Boleh nampak Oriental Pearl TV Tower di kejauhan bila dah keluar dari exit. At that time aku merasakan keputusan untuk naik metro adalah yang terbaik. Melihat pada jarak kedudukan aku memang tak sanggup nak berjalan. Kami menapak untuk ke Yuyuan Garden. Sepanjang perjalanan nak sampai Yuyuan Garden ada orang jual macam-macam barangan yang comel. Bersesuaian dengan musim. Geram sungguh. Rasa nak beli tapi tahan diri. Tunggu sampai ke Yuyuan Garden dulu. Syurga membeli-belah di Shanghai. Jalan terus saja. Ikut orang ramai sampailah korang jumpa pintu gerbang seperti dibawah. Apa dia tulis aku tak tahu tapi inilah landmark paling senang menunjukkan yang kita sudah berjaya sampai ke Yuyuan Garden. Siap sedia keluarkan wallet sebab duit-duit bakal dilaburkan disini.












HATI-HATI DENGAN PENIAGA ULAT

Disini juga terjadinya satu kejadian yang tidak diingini. Aku nasihatkan janganlah berpecah dengan kawan-kawan. Stick together. Orang sangat ramai dan dalam kalangan tourists ini semua ada peniaga-peniaga ulat. Kita panggil ulat sebab they will come to you dan tiba-tiba keluarkan catalog entah dari mana. Approach kita datang tiba-tiba dan paksa-paksa. Kita mesti berhenti bila kena tahan dan tertanya-tanya kenapa. Jadi kita secara automatik dah melayan peniaga-peniaga ulat ni semua. Buat tak tahu saja. Say no. Strictly no lepas tu pergi jauh cepat-cepat. You need to be extra careful. Sekali kita dah 'ter' bersembang dengan peniaga ulat memang mana kita pergi dia akan ikut. Juju disapa oleh peniaga ulat dan this uncle keluarkan catalog dan paksa-paksa Juju ikut dia. Aku dan Momon dah ke depan. Tak noticed apa yang jadi. Until Kak Farah jerit panggil kami. Aku patah balik and say 'NO' banyak kali. Dia still memaksa untuk ikut dia. Akhirnya kawan-kawan mula terpengaruh dan nak ikut uncle ulat. Dibawanya kami ke satu building tinggi dan suruh kami naik lift. Dari luar aku tengok bangunan entah rupa apa saja. Baru yang lain-lain mula rasa takut. This time aku cakap lagi tak mahu dan terus ajak semua pergi. Lantaklah. Maki hamun la orang tua tu kat kami. Dah dia bawa jalan jauh-jauh kami tak mahu ikut. Pedulikan dia bukan kita faham pun dia cakap apa. Our safety lagi penting jangan nak berani sangat. Entah ada apa kat dalam building tu pun kita tak tahu. Entah betul atau tak tempat jual barang. Eloklah buruk sangka dulu dari berlaku yang tidak-tidak. Uncle tu still follow kami. Sambil menjerit-jerit suruh kami ikut dia. Aku pula tak tahu mana pintu masuk untuk ke Yuyuan Garden. Tempat ni super besar weh. Banyak sangat lorong.

At last aku ternampak satu peta yang agak besar. Okay dah tahu mana pintu masuk. Tanpa mempedulikan uncle tu kami terus berjalan. Kami proceed untuk ke pintu masuk Yuyuan Garden. Bila dah masuk ke lorong menuju ke Yuyuan Garden, aku dah tak dengar uncle menjerit. Dia lesap dan tak ikut kami dah. Aku mula faham. Peniaga-peniaga ulat hanya akan ada di luar kawasan building Yuyuan Garden. Bila dah masuk ke kawasan Yuyuan Garden, semua peniaga mesti ada lesen perniagaan. Hanya ada kedai-kedai yang beroperasi. Rasa selamat. Jadi ingat kawan-kawan semua. Jangan jadi extra peramah nak melayan orang tak tentu hala. Especially if kita dalam small group. Dalam nak seronok kena beringat juga. Katalah aku paranoid ke penakut ke apa ke tapi aku dah went through jadi dah tahu perasaan tu macam mana. Cukup cerita uncle kaki paksa. Standby untuk melabur. Kami tak masuk pun ke Yuyuan Garden. I mean the real Yuyuan Garden. Tengok review macam cantik tamannya tapi kena beli tiket asing. Aku tak berminat untuk masuk. Kami just bergambar di luar saja. Kalau rajin bolehlah Google kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Yuyuan Garden. Cantik juga. Lagi tak sabar untuk shopping adalah.









SHOPPING SOUVENIRS MURAH DI YUYUAN GARDEN

Disebabkan kami memang tak study mana lagi ceruk di Shanghai yang ada lubuk souvenirs, kami dah rasakan di Yuyuan Garden barangan dah murah. Tak tahulah kalau ada di tempat lain yang lebih murah. Cadangan asal kami nak berpecah di sini dan kembali berkumpul selepas satu jam. Tapi masing-masing dah fobia dengan kes uncle tadi jadi kami stick together saja. Kami tak meronda jauh. Satu kedai dan semua borong souvenirs di kedai yang sama. Ada kedai yang dapat kalau minta murah ada yang kedekut. Aku tanya harga seketul fridge magnet cikai harganya 10Yuan (RM5 approx). Gila ke apa. Macam tu je 10Yuan saja nak caras. Aku minta kurang lagi tapi kena halau. Aku tak pergi jauh. Singgah ke kedai betul-betul bertentang dengan kedai tadi. Tanya dan penjual letak harga 8Yuan (RM4 approx). Aku minta kurang lagi. Dia kata tak boleh. Aku cakap aku nak beli banyak. Dia tanya nak banyak mana. Aku cakap 100 ketul. Terus terkejut. 100 ketul bukan aku seorang saja. Gabung kami berlima. Hihihi.. Terus excited aunty tu dan turunkan harga ke 3Yuan (RM1.50 approx). Okaylah. 'Made in China' jadi tak payah nak demand quality tinggi sangat. Aku panggil Kekakaks mai borong sama. Rupanya Kak Farrah pun dah kena halau dari kedai depan sebab minta murah nak beli gelang. Bersila kami kat depan kedai kecil tu. Aunty tu siap keluarkan fridge magnet yang dalam kotak baru. Aunty yang kedekut kedai depan mai menjenguk kami yang tengah bersila memilih fridge magnet. Padan muka hang. Tadi hang sombong sangat. Dah lari rezeki. Muncung sedepa. Puas hati aku.




Aku seorang pun dah borong dekat 50 ketul fridge magnets. Baru 150Yuan (RM75 approx) dan settle hadiah untuk mereka yang menanti di Malaysia. Boleh kasi semua orang seketul fridge magnet. Dekat kedai aunty ni juga kami borong tshirt. Dari harga 40Yuan (RM20 approx) dikurangkan menjadi 15Yuan (RM7.50 approx). Pujuk punya pujuk tapi tak berapa nak berjaya juga. Tak banyak pun aku beli tapi borong dengan Kekakaks adalah around 20 tshirts kami beli. Aku pun dah tak ingat berapa helai aku beli. Tapi ada masalah sikit. Size tshirt macam pelik saja. Kalau orang yang pakai 'S' silalah belikan tshirt size 'M'. Kena beli satu size besar daripada size asal. Kecil sikit sizenya dari normal. Orang China kecil-kecil. Other than that okay saja. Kualiti barangan China jangan nak complain sangat.  

Selesai memborong dan melabur sampai kering. Perut sebenarnya memang tengah lapar dari pagi tapi sakan shopping sampai lupa nak isi. Dah habis membuang duit mulalah ingat lapar balik. Tanya pekerja di information counter mana-mana kedai makanan halal yang ada di sekitar Yuyuan Garden. Katanya tak ada tapi ada gerai makanan yang menjual makanan khas untuk vegetarians. Tapi kami still tak yakin. At this moment aku rasa Allah SWT hantar bantuan super cepat buat kami. Suddenly dalam kecewa tak jumpa kedai makan aku 'ter' buat eye contact dengan this one guy yang pakai kopiah. Maksudnya dia seorang muslim. With him ada seorang lady tengah dukung baby. Wife dia pakai scarf dan anak dia. Dia pun pandang aku lama macam serba salah. Automatic kami macam berjalan ke arah yang sama tapi still pandang each other. Ni bukan scene dari mata turun ke hati tau. Aku tak reti nak describe macam mana tapi it happened just like that. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Dia cakap dia Muslim kami angguk saja. Dia keluarkan phone aku ingatkan dia nak minta tolong. Rupanya dia tanya kami lapar ke.. Aik !! Memang jelas agaknya muka kebulur. 

We communicated through Google Translate. Dia taip then translate aku baca aku reply pula. Dia sudi nak tunjuk tempat makanan halal tapi jauh sikit dari kawasan Yuyuan Garden. Dalam kekurangan serba serbi masih lagi dia gigih nak tolong. Subhanallah. Aku speechless gila at that time. Nak nangis pun ada. Tapi control macho Kekakaks dok tengok. Jatuh saham nanti hati tisu. Macam mana itu the first conversation yang dia boleh tanya aku. How Allah SWT mendengar rintihan hati kami yang tengah kebulur. 

Inilah that guy and his family members.


KEDAI MAKANAN HALAL DI YUYUAN GARDEN

Dia bukan from Shanghai. Dia dari province lain dan dia datang Shanghai ikut tour. Ada satu jam untuk ronda jadi tak ada masalah untuk bawa kami pergi kedai makan. Memang jauh sikit dari kawasan Yuyuan Garden. Agak tersorok dan aku ragu-ragu juga. Fobia dengan uncle gila yang kami jumpa. That guy yakinkan kami selamat tempatnya. Katanya memang itu saja satu kedai muslim yang ada di kawasan Yuyuan Garden. Minta maaf awal-awal. Aku memang tak ingat direction nak ke kedai tu laju gila mamat ni tunjuk jalan. Tak sempat nak noticed any landmarks. Memang masuk banyak sangat lorong plus hari dah senja. Baru pukul 4.30PM tapi hari dah kelabu. Sampai kat kedai makan dia chong cheng chong cheng dengan pekerja kedai terus pekerja tu meriah sambut kami masuk. Ajak makan sekali. Nak belanja tapi dia gosok-gosok perut. Dah kenyang agaknya. Salam dengan wife dia and they walked away. Kedai makan tu tak jauh beza dengan kedai mee tarik yang ada sebelah hotel kami duduk. Cakap ayam itik juga. They could not speak English that well pun. Senang cerita kami main tunjuk sajalah makanan apa yang kami nak. Tak ada istilah kongsi makanan. Semua order satu hidangan seorang. Aku nak makan nasi. Ada yang order mee. Ikut selera tekak masing-masing. Makanan yang kami order semua sedap walaupun nampak macam tak menarik. Pekerja kedai tanya kami banyak kali makanan okay ke tidak. Kalau hang tengok pinggan kami licin tak ada satu benda pun tinggal maknanya sedap sungguh la hang masak. Plus kami memang lapar. Dari pagi okay tak makan. 

Sambil makan kami disapa oleh seorang uncle yang duduk meja belakang kami. Dia boleh speak English. Tak ada masalah kami nak bersembang. Dia bukan muslim tapi dia suka makan kat kedai tu. Katanya muslim masak bersih. Tak payah ragu. Wife dia pun angguk-angguk. Katanya excited tengok how muslims people boleh united sampai macam ni sekali. Mungkin dia perhatikan that guy yang tolong kami tadi. Dia kagum dengan semangat assabiyah orang muslims. Excited uncle tu. Siap keluarkan camera nak bergambar dengan kami. Kami pun bergambar lah sekali. Orang berbudi kita berbahasa.



Selesai makan kami ikut balik jalan kami datang. Lagi seram oooi hari dah gelap. Memang jenuh tawakal dalam hati. Sunyi sepi lorong-lorong yang kami lalu tadi. Nampak public toilet and Kekakaks nak pergi toilet. Singgah toilet dan bertentang dengan public toilet tu ada another lorong berbumbung. Port shopping lagi kawan-kawan sekalian. Sambung shopping walaupun hari dah malam. This time aku beli souvenirs yang sesuai untuk keluarga macam alas meja dan sarung cushion. Aku beli yang mahal sikit. Souvenirs untuk makcik-makcik tersayang dan sepupu sepapat yang dah ada families dan rumah sendiri. Tak berkira sebab they all ada juga hulur duit untuk aku travel. Tak pesan pun suruh beli souvenirs. Katanya buat belanja tapi aku memang nak belikan something pun. Cantik-cantik tau alas meja sulam yang terjual. Kalau yang murah range harga boleh dapat around 15Yuan - 50Yuan (RM7.50 - RM25 approx) ikut size dan design. Yang murah pun cantik juga. Kiranya jahitan still kemas walaupun murah. Kalau yang mahal sikit dan lebih berkualiti boleh dapat dalam range 70Yuan - 150Yuan (RM35 - RM75 approx). Aku beli beberapa alas meja makan dan sarung cushion. Kak Ecah siap beli luggage baru. Memang murah sungguh dia dapat. Aku tak ingat berapa tapi aku agak tergoda untuk beli juga sebiji. Selepas berfikir secara waras aku tak jadi beli. Nak usung satu luggage pun dah terkial-kial. Ada hati nak tambah luggage.

Ada satu kedai kami jumpa jual tshirt harga sehelai 10Yuan (RM5 approx). Menyesal tak sudah. Walaupun tak jauh beza tapi rasa juga terkilan. Jadi pastikan korang kenalah walk around dulu before mula membeli. Tak adalah makan hati macam kami. Ooops. Kalau rasa nak borong fridge magnet dengan harga yang paling murah serendah 2Yuan (RM1 approx) silalah ke kedai 2Yuan yang berada berdekatan dengan pintu gerbang besar sebelum masuk kawasan Yuyuan Garden. Dah balik ke Hangzhou baru Kak Shiro nak kasi tahu. Jadi aku sampaikan supaya korang boleh borong di tempat yang sepatutnya. Lepas dah habis shopping kami pun beransur pulang. Sumbat semua hasil belian dalam luggage baru Kak Ecah. Buli Kak Ecah usung luggage seorang diri. Kami jalan berlenggang. Time to go back to the hotel. Haaa dari cerah sampai hari gelap kami kat Yuyuan Garden.




At night Yuyuan Garden tak semeriah siang hari. Mana pergi semua peniaga-peniaga ulat aku pun tak tahu. Balik rehat agaknya. Masih banyak kedai yang dibuka tapi tak serancak siang. Lagi tenang nak shopping tak payah berebut. Aku nampak lebih ramai policemen yang ada menunggu di kawasan ni at night. Hampir setiap lorong ada kereta police dan abang-abang police berjaga. Siang tak nampak pun. Pelik. Malas nak duduk lama di kawasan tu kami cepatkan langkah. By 9.00PM jugalah kami tinggalkan Yuyuan Garden. Sempat singgah join makcik-makcik menari aerobic on the way back ke metro station. Aku pergi join dulu lepas tu baru ada few tourists ikut join sama. Amalan gaya hidup sihat. Time winter buat kelas aerobic tepi jalan. 


Tahniah untuk diri sendiri dan Kekakaks yang berjaya survived seharian di Shanghai. Lain kali tak boleh buat macam ni. Kena prepare segala-galanya dari awal. Bukan sampai sana study. Kita semua belajar dari kesilapan insyallah tak buat lagi. Abaikan aku dan Juju yang dah buka kasut. Memang sengal tapak kaki jadi kami decided nak menapak beralaskan socks. Tapi dalam metro station saja. Dah keluar dari station kami pakai kasut balik. Tak rela nak berkaki ayam. Selamat sampai di hotel dan tunaikan apa yang wajib. Sesi urutan kaki bermula. Thanks to Momon yang sudi mengurut kaki aku dan Juju. Esok dah nak pulang ke Hangzhou semula but before that kita singgah melabur lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
















SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

2 comments:

  1. wow.. mcm klcc la ye.. seronoknya berjalan2 di negara orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe KLCC ada eh cermin transparent mcm ni ? tingin nak lalu kat jambatan KLCC tu..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.