March 2014 | SITI.YANG.MENAIP

TEMPAT MAKAN BEST / SEDAP DI TAIPING CHANGKAT JERING PERAK

MAKAN MEE UDANG SEDAP DI RESTORAN MEE UDANG NURZETTY CHANGKAT JERING TAIPING PERAK. MamiZ balik kerja agak awal dan tiba-tiba ajak berjalan jauh sikit untuk cari dinner. Nak hilangkan stress kerja seharian suntuk uruskan hal-hal petadbiran sekolah. Memang satu keluarga suka berjalan jadi memang setuju. Dalam kereta tengah decide berbincang mana nak pergi sedar-sedar dah lepas RNR Gunung Semanggol Selatan. Alamak mana hala tuju sebab masing-masing tak ada idea nak makan dimana. Aku pun Google untuk cari tempat makan yang best dan sedap sekitar Taiping. Banyak tempat-tempat makan best sekitar Taiping tapi nak juga cari yang kami sekeluarga tak pernah cuba. Akhirnya jumpa satu suggestion dari sebuah blog untuk cuba makanan di Restoran Mee Udang NurZetty Changkat Jering. Melalui review yang aku baca memang berjaya menggoda kami untuk kesana. Keputusan bersama dicapai jadi marilah kita cari mee udang untuk dinner.

LOKASI RESTORAN MEE UDANG NURZETTY CHANGKAT JERING


Restoran Nur Zetty Mee Udang
No 19, Batu 7, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering, Perak

11.00 AM - 12.00 AM
ISNIN TUTUP

GPS coordinates: N 4 46.961 E 100 43.315

Kelebihan restoran ini adalah kedudukan yang sangat dekat dengan Exit Changkat Jering. Dari susur keluar exit terus ambil kiri dan boleh nampak signage restoran. Mudah sangat untuk orang cari confirm tak sesat tapi kena alert sebab kawasan laluan utama jadi ada banyak kenderaan. Mungkin bagi mereka yang kurang familiar dengan jalan sekitar Taiping dan Changkat Jering akan terlajak. Nampak saja signboard bermaksud korang dah berada di jalan yang benar. Masuklah kedalam tapi lorongnya kecil sahaja so please be careful. Biasa-biasa sahaja kedai ni tak ada extra deco yang melampau. Menarik sebab kedai ni penuh bikers punya decoration. Menurut brother dalam blog yang menjadi rujukan aku, owner restoran sangat suka motosikal berkuasa tinggi. Banyak gambar-gambar kenangan dengan geng bikers ditampal. Menarik juga sebab boleh tengok macam-macam biker punya accessories. Tak perlu risau tentang parking sebab ada kawasan lapang berdekatan restoran. Kalau datang waktu matahari mencanak pun tak apa, banyak pokok redup disekitar restoran.

MENU MAKANAN DI RESTORAN MEE UDANG NURZETTY CHANGKAT JERING













Dah nama pun kedai mee udang haruslah speciality mee udang. Mee Udang Special boleh dapat dengan harga RM13.00 semangkuk. Udang-udang yang besar pakcik kedai kasi jaminan. Tapi kitorang just order Mee Udang Biasa sahaja dengan harga RM8.00 semangkuk. Itupun dah cukup banyak udangnya. Selain itu korang boleh order Mee Sup, Mee Bandung and macam-macam lagilah. Burung puyuh ada dijual disini. Nagi Goreng Burung Puyuh atau korang boleh order Puyuh Goreng sahaja. Laicikang and ABC pun ada. Complete set dah nak menjamu selera. Saja aku upload besar-besar nak goda korang suruh mai makan mee udang yang sedap di kedai ni. Aku yang tak berapa minat sangat mee udang pun habis semangkuk. Kuahnya memang mengikut citarasa aku. Tak pekat sangat and tak ceroi sangat orang utara cakap. Just nice ditekak. Bila aku habis makan tu kira tip top lah mee udang kedai ni. Bukan senang nak tengok aku makan mee udang sampai habis. Satu lagi menu yang korang kena try adalah sate yang dijual disini. Aku suka sate kambing so aku nak recommend sate kambing untuk korang try. Jadi sesiapa yang dalam perjalanan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bolehlah singgah sekejap mencari mee udang yang sedap. Memang sangat senang nak sampai tak perlu masuk kedalam jauh-jauh. Mana tahu tiba-tiba terlajak ke Taiping atau Changkat Jering ada urusan atau jalan-jalan dapatlah makan mee udang.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.