TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 1 - TARIKAN DI BALIK PULAU DAN MADY CHAR KUEY TEOW | SITI.YANG.MENAIP

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 1 - TARIKAN DI BALIK PULAU DAN MADY CHAR KUEY TEOW

/
24 Comments
May 20, 2014

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG | LAKSA JANGGUS BALIK PULAU DAN NIGHT MARKET BATU FERRINGHI. Ini adalah perjalanan aku dan Momom ke Penang. Banyak juga tempat-tempat menarik yang kami terjah dan makan makanan-makanan yang sedap. Momon datang dengan adiknya Mira jadi bertiga kami meronda sakan dengan budget yang rendah. Pagi hari baru kelam kabut aku kemas pakaian nak pergi ambil Momon dan Mira di airport Penang. Aku duduk di seberang jadi kena gerak awal sikit nak ke pulau. Sejak ada jambatan baru relax sikit memandu, kereta tak banyak. Flight delayed pula !! Aku dah sampai jenuh menunggu. Akhirnya around pukul 02:00PM jugalah adik-beradik berdua tu sampai Penang. Aku dah siapkan itinerary (kemain nak jalan around Penang pun siap itinerary). Tak adalah pulun sangat, just sebagai panduan. Even aku membesar di Penang, aku sendiri tak pernah habis cover Penang. Setiap hari ada saja tarikan-tarikan baru. Jomlah kita mulakan journey.. To Balik Pulau we go !!

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN TARIKAN DI BALIK PULAU

LAKSA JANGGUS, PANTAI PASIR PANJANG, COUNTRYSIDE STABLES PENANG DAN SAANEN GOAT FARM

Ada tiga jalan utama nak ke Balik Pulau depending dari mana korang berada. Kami gerak dari airport jadi laluan yang paling dekat adalah dengan menggunakan laluan Teluk Kumbar - Gertak Sanggul dan akhirnya ke Balik Pulau. Down memory lane sangat sebab aku duduk dan membesar lama di Balik Pulau. Jatuh bangun nak kenal dunia semua di Balik Pulau. Destinasi pertama adalah ke (1) Laksa Janggus Balik Pulau. Laksa ni memang famous disana dan wajib singgah jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba. Aku bukan peminat laksa tapi adik-beradik dua orang tu suka makan laksa jadi aku bawa diorang pergi makan. Dulu kecil saja kedainya, sekarang bukan main besar. Alhamdulillah makin maju business. Tak sempat ambil gambar kalut order makanan dan sesak sikit orang ramai. Boleh rujuk SINI. Selain laksa ada hidangan lain. Ada Mee Th'ng, ala mee sup, pisang goreng, keledek goreng dan beberapa lagi menu. Waktu yang sesuai nak ke Laksa Janggus sebelah petang. Elok sangatlah tu petang-petang hari makan laksa..

Kemudian kami ke (2) Pantai Pasir Panjang Pulau Betong. Dekat sangat dah kalau dari Laksa Janggus tu.. Kita akan melalui perkampungan nelayan-nelayan Cina sebelum naik bukit dan seterusnya akan nampak pantai. Kawasan Pantai Pasir Panjang ni sunyi sikit jadi kalau seorang diri aku tak advice untuk singgah. Selalunya orang-orang kampung yang rajin pergi mandi disana. Cuma sejak kejadian Tsunami, bentuk muka bumi berubah dan Pantai Pasir Panjang katanya sudah tak selamat nak bermandi-manda. But locals still pergi beriadah. Drive sampai ke hujung jalan nanti jumpa Kem Bina Negara, situlah selalu orang melepak.




Tengoklah dua adik-beradik ni.. Semangat kejar ombak. Aku duduk tepi saja sambil terkenang zaman budak-budak. This beach was once a playground untuk kami yang duduk di Balik Pulau. Innocent pergi berendam dalam air laut. Selalu datang dengan DediS dan MamiZ. Cepat sangat masa berlalu. Aku ada search juga apa lagi tarikan menarik di Balik Pulau.. Mana tahu after years tak datang ada benda baru. Memang ada !! Macam-macam rupanya. Sebelum masing-masing lencun kena air, marilah kita gerak. Kita akan ke (3) Countryside Stables Penang Balik Pulau. Disini sesuai sangat untuk aktiviti keluarga dan semua lapisan usia, especially yang nak melakukan aktiviti berkuda. Boleh tunggang kuda dan kasi kuda makan. Kanak-kanak mesti suka.. Besar sungguh kuda disini takut juga kalau tak ada basic menunggang terus nak tunggang kuda. Boleh ambil kelas yang disediakan. Kalau tak mahu dan nak meronda saja pun boleh. Hanya bayar entrance fee. Murah sangat.. Hanya RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.







Seronok jugalah dapat pegang kuda. Aku tak berani nak naik kuda.. Untuk maklumat lanjut mengenai Countryside Stables Penang Balik Pulau boleh rujuk SINI. Then kami ke destinasi terakhir sebelum ke Batu Ferringhi iaitu ke (4) Saanen Dairy Goat Farm. Selain zirafah aku suka kambing !! Kambing comel. Bila terjumpa ladang kambing ni memang teruja teruk nak pergi. Agak keliru jugalah jalan nak kesana kena masuk jalan-jalan kecil kampung menghala ke Teluk Bahang. Tapi kami ikut saja GPS dan signage. Kami sampai dah agak lewat, tapi masih dilayan baik dan dapat masuk ladang tengok kambing. Seronok tengok kambing tapi bau adoooiyai busuk yang amat. Memang bau kambing !! Redha sajalah dah nak main sangat dengan kambing. Pekerja yang iring kami suruh kami kasi kambing makan. Semua dia provide.. Semua macam kebulur, dihulur makanan berebut-rebut. Sambil-sambil bagi kambing makan, pekerja tu explain pasal projek bela kambing dan products yang dikomersialkan dari susu kambing. Adalah macam-macam hasilnya. Kita pun tahu khasiat susu kambing.. Kambing-kambing di Saanen Dairy Goat Farm majoriti adalah betina. Memang sengaja bela betina sebab nak ambil susu. Chinese people pun suka minum susu kambing. Memang jauh lagi berkhasiat dari susu lembu. Kambing-kambing semua bukan untuk disembelih unless kalau dapat permintaan. Mainly memang untuk susu saja. 






Comel kambing-kambing ni semua dahlah warna putih bersih saja nampak. Pengiring tu sebenarnya hairan mana kami tahu tentang kewujudan Saanen Dairy Goat Farm, ramai yang datang adalah Chinese people. Entah kami agaknya Malays yang pertama sampai. Google saja semua benda ada dan memang tahu pasal ladang kambing dari blog seorang Chinese blogger pun. Terkejut pula dia sebab tak sangka exposure pasal ladang kambing tu sampai masuk ke blog. Banyak juga sebenarnya articles. Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk Facebook Page Saanen Dairy Goat Farm diSINI. Dengan bau kambing melekat kat baju, teruskan perjalanan ke Batu Ferringhi melalui jalan Balik Pulau - Teluk Bahang. Aku advice korang janganlah guna laluan ni bila dah lewat petang ke malam. Gunalah laluan lain yang lebih selamat. Sayup sangat suasana petang tu sudahlah keliling hutan, yang aku seram bukan manusia, tapi yang pelik-pelik. Memang sebiji kereta dan motor pun tak ada lalu. Terkumat-kamit aku baca segala benda terlintas dalam kepala. Seram jugalah. Alhamdulillah selamat sampai dan check-in. 




Seharian berjalan haruslah lapar. Aku rujuk entry diSINI untuk cari tempat makan yang menarik dan sedap di kawasan Batu Ferringhi. Kena juga rujuk entry orang lain, tak familiar sangat dengan tempat-tempat disana. Marilah kita ke (5) Mady Char Kuey Teow Batu Ferringhi untuk dinner. Simple yet mengenyangkan dah kata jalan secara budget kan.. Senang saja nak cari Mady Char Kuey Teow, lokasi terletak di tengah-tengah Batu Ferringhi. Cari Petronas Batu Ferringhi, ada deretan kedai-kedai tepi jalan, salah satu kedai itu adalah kedai Mady Char Kuey Teow. Not bad rasanya boleh dikategorikan sebagai sedap. Kami ambil yang normal dan special. Momon cuba Mee Ketam dalam claypot. Nampak inviting sangat. Licin kami makan nampak sangat tengah kelaparan. Sebelum balik ke hotel, kami singgah ke (6) Night Market Batu Ferringhi. Saja jalan cuci mata tengok apa yang patut. Memang ramai orang penuh tourist. Buka sampai tengah malam especially tempat mengurut reflexology dan fish spa. Memang banyak jadi kalau berminat bolehlah singgah ngurut sekejap. Kami tak beli apa-apa pun hanya jalan-jalan meronda. Mahal juga souvenirs yang dijual, biasalah tempat ramai tourist especially mat mat minah minah orang putih. Penat berjalan, marilah kita pulang ke hotel. Berehat untuk recharge tenaga. Esok nak berjalan sakan lagi kenalah ada energy yang cukup. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. woww menarik sgt tempatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 May, 2014

      penang memang syiok..
      sy pun x penah habis pusing.

      Delete
  2. Bgus betul plan awal awal macam tu. Ena pun nanti nak ikut jejak macam akk la. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 May, 2014

      hahaha akak pun belajar dari trip2 lepas and
      tngk blogger lain nye tips travel..
      even dlm negeri sndiri pun trasa mcm dah terbang p europe wah..

      Delete
  3. nti nak pi lah kadang kambing tu nk bw anak2 iols pergi tgk kambing sure depa seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 May, 2014

      mesti punya bebudak suka.. jinak2 pulak tu..
      yang bertanduk tu je jejaga sikit..

      Delete
  4. Norh pun dh lama tak pusing island..teringat kena waktu sekolahkat balik pula 20 thn lepas..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous22 May, 2014

      hihi tulah saya sek rendah aja kat balik pulau. mmg trkenang-kenanglah zaman bebudak..
      sek mana tuh..

      Delete
  5. Akak rindu penang !!!! Dulu belajar kat usm...habis seluruh pelusuk pulau kami jelajah ngan motor. Paling tak boleh lupa char koey teow kat area sunshine square...perggghhh !!! tengah malam sanggup cari, makan ngan cabai jeruk.. Meleleh air liur tengok char koey teow tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous22 May, 2014

      waaa sunshine square kat bayan baru tu ke.. hihi dulu duduk balik pulau slalu gak ni..
      skarang da ada macam-macam kat sana..

      Delete
  6. comelnye pony tu...comel gila kot...kalau saya ada kat situ..mau peluk2 dia...kalo xda org la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 May, 2014

      eeerk nak ke pelok.. busuk haaha.
      bulu diorang kesat jugak tapi ada yang lembut jugak..
      pony beranilah nak pegang kuda besar tak..

      Delete
  7. ladang kambing tu best bawa Imani.. dia emmang suka dengan haiwan tu.. Kikiki.. Banyak juga tempat menarik.. Tak tahulah bila nak ke Penang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat kambing dengan kuda tu best. boleh pet animals memang budak2 suka punyalah. yang dewasa pun excited hehe..

      Delete
  8. Ni yang buat rasa nak kena repeat jalan dekat penang ni. Hari tu pergi tak sempat nak cover byk tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe makin hari makin banyak benda baru.. yang dok Penang ni pun xdan nak cover semua tempat kak hehe..

      Delete
  9. Balik pulau ada gerai kari kepala ikan sedap.. Kwn pernah bawak kesana.. Tp lupa nk save lokasi.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu duduk sana pun xtau juga lokasi best2 nak makan mana.. selalu gitula. yang dok situ tatau hehehe..

      Delete
  10. lamanya x ke sanaaaaaa... kalu trn penang jrg dpt terjah sana... terasa cm sedap laa plak CKT tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa len kaliii naik ke utara ni mehlaaa bagitau. ni mai senyap2 ja..

      Delete
  11. seronoknya dapat ke sana..last pergi time form 3, nak kena JJCM jugak la ke sana,Penang memamg banyak tempat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. JJCM Penang memang best. takleh diet kalo nak makan2 kat sini hehe..

      Delete
  12. bab makan char kuey teow tu juga yang heaven...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe simple je Char Kuey Teow tapi sedap =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.