TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 2 - SEKITAR GEORGETOWN DAN STREET ARTS PENANG | SITI.YANG.MENAIP

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 2 - SEKITAR GEORGETOWN DAN STREET ARTS PENANG

/
17 Comments
May 23, 2014

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

Entry sebelumnya diSINI.

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART | SEKITAR GEORGETOWN DAN STREET ARTS PENANG. Hari kedua meronda sekitar Georgetown dan jadual agak padat. Kami nak terjah beberapa lokasi tempat makan yang famous - kedai roti canai yang sedap dan nasi kandar, naik basikal mencari lukisan-lukisan Street Arts Penang yang famous, lepak di Padang Kota, cari souvenirs di Chowrasta dan naik Bukit Bendera. Fuuh !! Semua sumbat dalam sehari. Lambat juga kami keluar dari hotel masing-masing kepenatan semalam. Tapi kena paksa diri kalau tak rugilah, macam-macam dah dirancang. Dah dah siap cepat !!

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN TARIKAN DI GEORGETOWN PULAU PINANG

ROTI CANAI JALAN TRANSFER, STREET ARTS PENANG, FORT CORNWALLIS, CHOWRASTA, NASI KANDAR KAPITAN, BUKIT BENDERA

Untuk breakfast kami pilih untuk makan (1) Roti Canai Jalan Tranfer yang sememangnya sangat famous di Georgetown. Aku memang tahu pasal tempat ni tapi tak pernah datang pun. Lagipun aku duduk di Nibong Tebal, tak ada kerja ke Georgetown semata-mata nak makan roti canai. Dah alang-alang ada kawan datang berjalan, kita pun pergilah cuba. Jujurnya roti canai bukanlah hidangan favourite aku. Sesekali aku makan jugalah. Dah sampai kenalah cuba baru tahu rasa macam mana. Tak ada gambar kami kelaparan jadi camera semua simpan. Tak susah nak cari lokasinya ikut GPS saja. Bersebelahan dengan Hotel Penaga. Kami sampai around pukul 09:00AM orang dah ramai. Roti canai bentuk memang macam-macam ikut dan saja. Suka hati pakcik tukang buat roti canai dia nak buat bentuk apa. Boleh makan dengan kuah ayam atau daging. RM6.00 untuk setiap set, sekeping roti canai dan kuah daging. Selain roti canai, ada menu lain seperti roti bakar dan telur separuh masak. Dah kenyang marilah kita continue dengan agenda yang seterusnya. Kami akan mengayuh basikal mengelilingi Georgetown untuk cari lukisan-lukisan (2) Penang Street Arts

Lokasi paling famous nak mula cari Penang Street Arts adalah dari Armenian Street. Nak jumpa parking memang susah maka bertabahlah. Ada beberapa kawasan parking berbayar tapi limited. Lorong kecil jadi drive carefully. Ada beberapa lorong yang ditutup pada siang hari khas untuk pelancong yang jalan kaki. Kena alert dengan semua signs. Attire pula biarlah yang santai saja dan selesa. Cuaca memang terik, bawalah topi dan pakai sunscreen. Nak pakai shades pun boleh. Sediakan air mineral siap-siap tak perlu nak beli. Harga semua mahal. Aku dah suruh Momon dan Mira bawa sneakers, biar selesa menapak jauh. Kami sewa basikal dari salah satu kedai di kawasan Armenian Street. Hanya RM8.00 untuk sebuah basikal, gunalah berapa jam, pergilah mana nak pergi janji pulangkan sebelum pukul 05:00PM. Padlock pun diberikan jadi bila nak berjalan tu jangan lupa kunci basikal. Jangan sepahkan merata. Peta kawasan Penang Street Arts juga dibekalkan bila sewa basikal. Jadi senanglah nak locate lukisan-lukisan mural yang famous. Kawasan Armenian Street ni famous sebab lukisan-lukisan mural yang mula-mula sekali dilukis ada disini. Kena creative nak bergambar disini baru jadi cantik gambarnya. Kalau sejenis yang tak photogenic macam aku, kakulah. Disebabkan orang ramai kena tabahlah tunggu giliran. Sambil beratur tu fikirlah siap-siap nak posing macam mana. Sebelum merebak ke kawasan-kawasan lain, itulah pasal ramai orang akan tumpu di kawasan Armenian Street. Kayuh basikal bawah terik matahari tak tahulah nak explain perasaan macam mana. Baru pukul 10:00AM tapi panasnya macam dah tengah hari. Kami redah jugalah demi nak meronda. Sambil cari murals kami singgah (3) Chew Jetty, boleh tengok Pengkalan Raja Tun Uda dengan lebih jelas. Nampak feri lalu lalang dari Butterworth ke Georgetown. Selain Chew Jetty, ada Clan Jetty dan Tan Jetty.










Aku pun sama excited walaupun panas terik sebab first time juga ke Chew Jetty. Boleh duduk lepak juntai kaki sambil enjoy view perkampungan tepi laut di Georgetown. Dihujung jeti ada temple, jadi ramai jugalah yang pergi kesana untuk aktiviti keagamaan masing-masing. Menarik jugalah tengok permandangan di Chew Jetty. Bukan selalu kita pergi at least once, singgahlah. Ada juga beberapa rumah di kawasan jeti yang dijadikan tempat penginapan untuk tourists. Kedai-kedai snacks dan souvenirs pun ada tapi harga sedikit mahal. Di sepanjang Armenian Street lagi murah. They sell benda yang sama, jadi survey dulu sebelum beli. Ikutkan plan asal, kami akan ke Padang Kota at night tapi tak jadi sebab dah sewa basikal, lajak terus kesana. Hati-hati ya kayuh basikal alert dengan kenderaan lain. Tak jauh pun kayuh dari Chew Jetty ke (4) Padang Kota Lama Penang / Fort Cornwallis. Menurut MamiZ dan DediS, dulu nak masuk ke Fort Cornwallis free sekarang dah kena bayar. Tapi RM2.00 saja okaylah tak ada mahal sangat. Aku tak ingat langsung memory ke Fort Cornwallis masa kecil. Kami simpan basikal berdekatan dengan tempat beli tiket. Sebelum meronda, cari kawasan teduh sikit minum dulu hilangkan lelah. Kalau minat sejarah, bolehlah masuk ke Fort Cornwallis sebab ada banyak perkongsian sejarah yang ada dari detik Francis Light buka Penang sampailah segala penjajahan berlaku. Storyboard cantik-cantik dan kemas, lengkap dengan info. Disini ada souvenirs exclusive muka Francis Light, tak ada dijual ditempat lain. Kalau ada pun tak secantik di Fort Cornwallis. 









Lepas pulangkan basikal, kami terus ke (5) Chowrasta memborong jeruk dan souvenirs. Jeruk Madu Pak Ali memang paling famous di Penang tapi sekarang dimana-mana pun boleh beli. Cuma seronok beli di tempat asal, lebih meriah. Kami masuk ke bangunan lama Chowrasta yang masih lagi aktif digunakan. Ada kedai-kedai yang menjual pakaian dan keperluan harian. Kagumnya.. Masih bertahan sehingga ke hari ini. Singgah beli cendol tapi tak pergi yang kena beratur panjang tu.. Kalau kawan-kawan aku insisted nak cuba, aku tak halang tapi diri sendiri aku tak akan beli. Terpulang pada pendapat masing-masing tapi banyak lagi pilihan yang tak meragukan. Peminat fridge magnets, silalah borong souvenirs disini. Banyak sangat pilihan rambang mata nak pilih. Ada yang tak jumpa ditempat lain even di Night Market Batu Ferringhi. Harga standard, tak adalah mahal sangat. Berdekatan dengan Chowrasta boleh terus lajak ke Nasi Kandar Line Clear tapi kami nak pergi (6) Restoran Nasi Kandar Kapitan. Memang dari awal aim nak makan disana. Aku pun dah lama sangat tak ke makan nasi kandar, ngidam pula. Bagi aku nasi kandar mana yang paling sedap adalah subjective. Nasi Kandar di Restoran Nasi Kandar Kapitan bagi aku bukanlah yang paling sedap. Ada lagi pilihan lain tapi okaylah not bad. Dah kenyang marilah kita singgah solat di Masjid Negeri Pulau Pinang sebelum ke (7) Bukit Bendera. Memang plan nak naik ke Bukit Bendera belah petang supaya dapat enjoy view waktu cerah dan malam sekali. Aku tak pernah naik Bukit Bendera waktu malam, jadi itu pengalaman pertama aku juga. Bukit Bendera buka sampai malam, last train dari atas adalah pada pukul 10:00PM jadi boleh lepak sepuas hati dulu. Harga tiket pula hanyalah RM8.00 untuk seorang dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Wajib untuk bawa MyKad bersama untuk dapatkan harga warganegara. Tak ada MyKad kenalah bayar ikut harga pelancong. Sampai atas, kami terus pergi makan dulu. Light meal saja, Char Kuey Teow dan Nasi Putih dengan Ikan Bawal Goreng Panas. Sedap juga makanan-makanan yang ada di Bukit Bendera. Tempat makan pun dah bertambah cantik dan selesa. Sambil posing sakan dan melepak, dah masuk waktu Maghrib. Di Bukit Bendera ada surau tapi tak besar mana. Selesa tapi kalau waktu peak hour nak solat, memang sempit sangat. 









On the way balik ke hotel, singgah sekejap cari Pasembor di (8) Pasembor Menari Gurney Drive. Dah makan di Bukit Bendera, jadi nak makan Pasembor pula. Tapau saja kami makan di hotel. Pakcik yang jual pasembor ni sangat famous, beberapa kali masuk surat khabar. Sambil dia potong pasembor dan hidang pada pelanggan, dia akan menari joget. Itulah jadi namanya Pasembor Menari. Lagu Hindustan memang sedaplah nak menari. Berpusing-pusing dulu satu dua round. Itulah tarikan dan bagi aku rasa pun sedap. Bolehlah masuk kategori pasembor sedap di Pulau Pinang. Nak parking agak susah area Gurney Drive. Waktu malam memang ramai orang. Tabahlah pusing dua tiga kali itu normal. Sebelah kawasan peniaga-peniaga Melayu, ada food court khas untuk Chinese people. Siap diasingkan. Selain pasembor, ada banyak lagi hidangan - Char Kuey Teow, Nasi Lemak, makanan panas dan bergoreng dan Satay. Kami konon nak beli sikit saja tapi akhirnya banyak juga dan harga hanyalah RM10.00. Selalunya kalau tak ambil sotong dan udang, standard harga begitu. Kalau ada sotong dan udang, standby saja nak bayar mahal. Syukur kami memang kelaparan jadi tak membazir. Lega.. dah sampai hotel dah boleh berehat. Seharian yang sangat panjang penuh aktiviti dan kepenatan tapi seronok. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

17 comments:

  1. Bestnyaaa. Nak ke penang tak berkesempatan lagi. huhu. Nampak sedap aih roti canai. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 May, 2014

      hihi bila dah ada kesempatan nanti make sure..
      roti canai jalan transfer masuk list ok..
      tidur malam terkenang-kenang..

      Delete
  2. bestnye.. sll jugak p penang tp tempat2 ni semua tak p lagi... warghh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 May, 2014

      hihi boleh lah lepas ni masukkan tempat-tempat ni semua
      dalam itinerary.. explore penang =D

      Delete
  3. bestnya bercuti kat penang.... ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 May, 2014

      bercuti kat negeri sendiri..
      jakun kekeke.. macam tourist..

      Delete
  4. haha..saya anak jati penang pun tak habis pusing art2 tu semua,,banyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous23 May, 2014

      haaa jomla cik nun kita jalan sesama..
      banyak lagi tempat saya pun x pi lagi..

      Delete
    2. CT Humairah orang mana??jom..hehe

      Delete
    3. Anonymous23 May, 2014

      duduk kat nibong tebal.. awok..?? hihi..
      boleh je bebila kita plan.. banyak lagi tempat saya tak gi..

      Delete
    4. Lorh...dekat sini jer la...kita dok dkt area masjid negri ja haaa..
      Ct Humairah..nak alamat umah leh?
      nanti email kan k...

      Delete
    5. Anonymous24 May, 2014

      masjid negeri kat pulau kan..?? hurm sejak sy pindah seberang ni mmg jarang p pulau..
      boleh la nanti kita reroger..
      instagram jom :D

      Delete
  5. Replies
    1. Anonymous24 May, 2014

      yes tapi ada yang dah luntur T.T

      Delete
  6. menarikan...dah lama xkesana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah jalan2 ke Penang. hello2 CT k nanti =)

      Delete
  7. smua tempat2 ni menarik.. nice sharing akak. :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.