TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 3 - AKTIVITI-AKTIVITI DI BATU FERRINGHI | SITI.YANG.MENAIP

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 3 - AKTIVITI-AKTIVITI DI BATU FERRINGHI

/
6 Comments
May 25, 2014

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

Entry sebelumnya diSINI.

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG | AKTIVITI-AKTIVITI SEKITAR BATU FERRINGHI. Disebabkan terlalu penat, terlupa terus nak charge camera. Bangun pagi tengok kosong tak boleh nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Aktiviti-aktivti di hari ketiga hanyalah aktiviti-aktiviti santai sekitar Batu Ferringhi. Dah seharian semalam kehulu kehilir mengayuh basikal, hari ini tak ada yang dikejar sangat just nak melepak tepi pantai dan berendam saja. Siap pakai pakaian yang sesuai nak terjun berendam dalam air. Asalnya nak pergi breakfast di Astaka Taman Tun Sardon tapi tak kuasalah dari Batu Ferringhi nak drive kesana. Kami cari breakfast di kawasan Batu Ferringhi saja. Ada banyak kedai, pergilah mana-mana yang korang nak. Kami singgah kedai makanan arab berdekatan dengan Petronas Batu Ferringhi untuk breakfast. Ada hidangan arab tapi awal pagi sangat nak bedal nasi, masing-masing order roti naan dan ayam tandoori. Sedap !!

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI BATU FERRINGHI PULAU PINANG

BERKELAH DAN MANDI MANDA, WET WORLD WILD ADVENTURE PARK DAN BATU FERRINGHI NIGHT MARKET DAN FISH SPA

Dah kenyang, kami terus ke kawasan yang banyak aktiviti-aktiviti watersport. Berdekatan dengan Hotel Holiday Inn. Itu adalah private area jadi kawasan pantainya terjaga bersih dan ada banyak pilihan aktiviti-aktiviti sukan air. Sebelah laluan entrance ke hotel ada satu lorong kecil, masuk situ dan ada kawasan parking berbayar. Disini boleh nak sewa jet ski, banana boat, nak naik kuda pun boleh dan aktiviti parasailing. Harga pula standard harga tempat-tempat percutian. Semua bermula dari RM50.00 sekepala. Jadi pandai-pandailah pilih apa yang nak dicuba. Aku dah pernah cuba parasailing di Batu Ferringhi, best dan cantik view dari atas. Sebab dah pernah cuba aku tak rasa teringin nak cuba lagi. Kawasan ni tak berapa sesuai nak mandi berenang sebab banyak bot lalu lalang. Bahaya lagi-lagi yang bawa anak kecil. Kami tak main apa-apa pun, memang saja singgah nak duduk tengok gelagat orang ramai. Orang makin ramai kami pun beransur gerak. Nak cari port lain untuk melepak. Di Batu Ferringhi ada banyak pantai yang sesuai nak berkelah. Antara yang famous adalah Pantai Shamrock dan Pantai Miami. Dua pantai ni memang orang sentiasa penuh dan meriah. Makanan pun ada banyak dijual. Tapi taknak kesana, kami nak yang lebih tenang. Ended up kami ke pantai yang bertentang dengan Spice Garden Penang. Ada kedai jual laksa, ABC dan macam-macam lagi. Orang memang tak ramai jadi seronoklah kami main air.



Cuaca memang terik walaupun air laut sejuk. Abaikan sajalah demi nak berendam. Biasalah tu tepi laut memang macam tu bila masa saja tak terik. Hanya kami bertiga saja yang berendam dalam air. Yang lain ada yang melepak santai dan ada yang hanya singgah nak makan. Ada few yang tengah memancing atas batu-batu besar. Menarik juga.. Puas hati jugalah main air. Redha muka sunburn kami ignore saja. Kami tak bawa baju ganti pun.. Dah penat mandi kami bilas saja dengan air paip. Standby air paip bawa siap tapi disitu ada disediakan bilik salin pakaian dan air. Jadi terus bilas sajalah. Kemudian sambil makan ABC kita keringkan baju. Hotel dekat saja malas nak salin. Kami tapau makanan untuk lunch nanti tak perlu keluar dah. Sampai hotel terus pergi swimming pool sambung berenang lagi. Dah masuk waktu, kami solat dulu dan berehat. Memang relax saja sambil tunggu petang sikit nak ke Wet World Wild Adventure. Tapi semua terlajak pengsan. Kalut siap dengan harapan masih boleh masuk ke Wet World Wild Adventure. Sayangnya dah tutup untuk last admission !! Masih ada orang yang sedang bermain tapi itu adalah session terakhir. Tak boleh petang sangat sebab air laut surut. Tak ada rezeki tak apalah nanti datang lagi. Kami just main-main air sajalah tepi pantai sambil tunggu sunset.



Tengok sunset sekejap kemudian balik ke hotel nak solat dan bersiap untuk dinner. Dah janji dengan MamiZ dan DediS nak dinner sama-sama di Hammer Bay. Nak makan ikan bakar sedap dan paling penting DediS nak belanja. Hammer Bay adalah antara port makanan laut atau seafood yang famous di Penang. Ada beberapa tempat lain tapi that day kami pilih untuk ke Hammer Bay. Kenalah cepat jauh juga Batu Ferringhi nak kesana. Ingatkan Hammer Bay tu satu kedai saja, rupanya ada banyak kedai di dalam satu kawasan besar. Ada beberapa kedai jadi pilihlah nak makan di kedai yang mana. Kami order Siakap Bakar dan Siakap Masak Pedas, Udang Butter dan Sotong Goreng Tepung. Harga memang standard harga makanan laut. Semuanya berharg RM130.00 untuk lima orang makan. Aku pun tak tahulah nak cakap mahal atau tidak. Dah kenyang, MamiZ dan DediS balik rumah dan kami balik ke hotel. Kelakar pula rasa.. Selalunya kalau kawan-kawan datang nak berjalan ke Penang, aku memang akan suruh tidur hotel. Sebabnya rumah aku jauh di seberang. Rugi masa kalau hari-hari nak ulang alik. Tapi kalau nak datang singgah tu okay saja dialu-alukan. Balik ke Batu Ferringhi, singgah ke Batu Ferringhi Night Market lagi sekali sebelum balik hotel untuk cuba fish spa. Geli geleman bila ikan-ikan datang kat kaki. Menarik juga.. Dah selesai marilah pulang ke hotel. Esoknya seharian lagi nak menggunakan tenaga jadi mari berehat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

6 comments:

  1. best baca entry jalan2 nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous26 May, 2014

      hihi thanks bace wakaka..
      rajin2la datang kunjung gitu ~

      Delete
  2. Ala rindunyaaaa.akak dulu study kat penang pernah jugak g picnic kat bt feringhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mai balik tu hehe.. mengenang memori =)

      Delete
  3. kalau ke penang tak singgah ke sini tak sah.. tempat wajib ni

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.