TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 4 - PENGALAMAN KE ESCAPE THEME PARK PENANG | SITI.YANG.MENAIP

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART 4 - PENGALAMAN KE ESCAPE THEME PARK PENANG

/
10 Comments
May 28, 2014

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

Entry sebelumnya diSINI.

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG | PENGALAMAN PERTAMA KE ESCAPE THEME PARK PENANG. Hari terakhir meronda di Penang dengan Momon dan Mira, kami ke Escape Penang sebelum adik-beradik berdua balik ke KL. Dah lama Escape dibuka tapi baru ada chance nak pergi. Escape adalah theme park yang menawarkan aktiviti-aktiviti lasak seperti high ropes course, zip lines dan a climbing tower. Pakai pakaian yang sesuai nak berlasak. Kasut yang selesa. Jangan pakai skirt pula !! Untuk harga ticket masuk ke Escape Theme Park boleh rujuk SINI. Harga berbeza-beza mengikut hari dan season. Sesiapa yang suka aktiviti-aktiviti lasak sesuai ke Escape. Aku memang dah lama retire buat aktiviti-aktiviti lasak sejak injured tapi bila tengok courses di Escape, teringin pula jadinya. Kami check-out dari hotel pergi breakfast dulu. Breakfast area Batu Ferringhi saja ada kedai jual roti canai.

ESCAPE THEME PARK PENANG : TAMAN TEMA AKTIVITI-AKTIVITI LASAK DI PULAU PINANG

Dari pagi sebenarnya cuaca gloomy hari nak hujan. Tapi misi ke Escape tetap diteruskan. Semoga semua baik-baik saja. Kami beli ticket dan masuk selesaikan hal locker tiba-tiba hujan mencurah-curah lebat. Aku tengok yang tengah selesaikan misi 'Monkey Business' teruskan saja jadi kami pun redah hujan. 'Monkey Business' adalah main attraction di Escape, ada tiga level kesukaran. Kena selesaikan satu level dulu baru boleh proceed ke level seterusnya. Aku dah siap nak pakai safety harness tapi semuanya terbantut bila dengar explanation dari pekerja. Those yang ada back pain tak dinasihatkan untuk cuba. Alaa.. Berat maximum untuk cuba 'Monkey Business' adalah 120KG jadi jangan risau. Kalau rasa takut dan nak berhenti tengah jalan, nanti staff akan tolong kita. Momon dan Mira habiskan ketiga-tiga level aku sajalah kena duduk tunggu jadi tukang ambil gambar. Tapi tak selesa nak usung camera sepanjang berada di Escape sebab kita nak buat aktiviti jadi mengganggu pula kena fikir camera nak letak mana. Jadi lepas ambil gambar sikit aku simpan saja dalam locker. Tak banyaklah gambar yang diambil. Macam-macam aktiviti ada tapi sayangnya semua aku tak boleh cuba. Tak apalah atas faktor-faktor keselamatan. Cuma sayanglah.. Aku dah bayar ticket.










Selesai main kami terus mandi dan salin baju. Ada beberapa aktiviti yang tak beroperasi sebab hari hujan. Tak apalah.. Ada rezeki boleh pergi lagi. Lepas solat Zohor dan Asar kami terus gerak keluar. Singgah sekejap di Batu Ferringhi untuk lunch dan terus pecut ke airport. Biarlah sampai awal walaupun flight ke KL ada lagi beberapa jam. Perjalanan dari Teluk Bahang ke Bayan Lepas agak jauh dan traffic kita tak boleh jangka macam mana. Alhamdulillah gerak awal, memang sangkut sikit dalam heavy traffic. Sampai di Penang International Airport, aku singgah solat dan kemudian peluk cium hantar Momon dan Mira ke Departure Hall. Muka masing-masing kepenatan tapi seronok. Macam-macam aktiviti kami buat sepanjang empat hari meronda Pulau Pinang. Sebenarnya banyak lagi yang menarik tapi tak sempat nak cover. Insyallah dalam entry yang lain akan kongsikan lebih banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh diterjah. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. escape.. xpenah taw lak ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous28 May, 2014

      hihi baru lagi tempat ni. nanti nak ada waterpark pulak
      entah bila siap yang tuh.

      Delete
  2. waaaa..malu nya...CT dah p escape...cik nun tak bpeluang pun pergi lagi..padahal 30min dari rumah jer..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous28 May, 2014

      hihi nanti ingat nak repeat pergi lagi. tapi kena kental dulu.
      sakit sakit badan kang lepas main..

      Delete
  3. bestnya aktiviti dia.. busyra teringin nak ke escape dri dlu lg. tp tak kesampaian. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. kalo jenis fit memang lagu seronoklah pergi. xpee nanti ada rezeki mai.. singgah k pergi main di Escape ^^

      Delete
  4. Sya pon bru p penang hujung thn hr tu... p mkn2 ja, short getaway. Dh bnyk kli p penang tp x pnh p escape theme park ni.. ank2 kite mesti suka sngt ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak2 memang akan sukalah kalo ke Escape ni.. tengok budak2 kecik pun buat aktiviti lasak2 tu hehehe ada orang pantau so insyallah okay. mai Penang len kali rogerla ^^

      Delete
  5. bestnyaaa dgn aktiviti2 nya. ni termsuk list of travel sy jgk ni. InshaAllah klau ad rezeki, smpai jgk kt sni nt.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.