TRIP JALAN-JALAN BUDGET MURAH KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | SITI.YANG.MENAIP

TRIP JALAN-JALAN BUDGET MURAH KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

/
27 Comments
June 20, 2014

TRIP KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

TRIP JALAN-JALAN BUDGET MURAH KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI. Ini adalah trip budget murah ke Langkawi yang tak berapa dirancang dengan baik tapi banyak juga tempat-tempat menarik yang kami terjah. Time pergi ni memang tak berapa nak ada sangat tapi nak berjalan. Semuanya bermula bila aku tengok ada seal Zero Fare di website AirAsiaGo untuk ke Langkawi. Zero Fare maksudnya tiket penerbangan adalah RM0.00 dan hanya perlu bayar harga penginapan saja untuk dua malam. Kalau ikutkan tarikh yang available tak berapa nak cantik tapi aku terus contact Momon tanya dia nak pergi atau tak, setuju terus. Pilih hotel-hotel yang tersenarai yang kami minat, majoriti hotel tiga bintang tapi okaylah not bad. Maka kami pun beli deal itu dan berlepaslah ke Langkawi. Pengalaman pertama buat self check-in sebab tak ada luggage nak drop dan berlepas dari KLIA2. Besar yang amat KLIA2 patutlah kena datang awal berjam-jam sebab nak selesaikan urusan dan menapak memang ambil masa. Lagi-lagi yang first time macam kami, langsung tak tahu di dalam sana macam mana keadaannya. Singgah makan dulu di Pastamania Gateaway KLIA2 sebelum ke departure hall. Ramai orang nak ke Langkawi, penuh flight.


Perjalanan dari KLIA2 ke Langkawi International Airport hanyalah lebih kurang 45 minit saja. Sampai di Langkawi disambut hujan penuh kasih sayang. Niat asal tak nak sewa kereta dah kata budget sikit tapi dengan hari hujan makin lebat, setelah berbincang kami pun setuju nak sewa kereta. Tambang teksi untuk ke hotel pun dah mahal jadi okaylah kita sewa kereta. Dapatlah RM140.00 untuk dua hari. Kalau korang memang niat dari awal nak sewa kereta, buatlah booking lebih awal. Harga lebih murah. Kami terus ke Sandy Beach Resort yang terletak di Pantai Cenang. Sengaja pilih nak duduk di Pantai Cenang, meriah sikit. Selama ni asyik duduk di Pekan Kuah, bosan. Disebabkan hari makin petang dan hujan lebat mencurah-curah, kami terpaksa ubah itinerary yang dirancang. Tak ada apa sangat nak dibuat melainkan berehat dibilik dan keluar makan. Nak makan di Kedai Haji Ramli tapi ramainya manusia. Dengan energy yang sikit saja masih berbaki, tak mampu nak tunggu. Kami just pilih mana-mana kedai yang ada di kawasan Pantai Cenang. Boleh tahan mahal makanan-makanan di Pantai Cenang. Sepinggan nasi goreng dan satu tin Pepsi berharga RM13.00. Nak kata sedap sangat biasa-biasa saja. Pejam mata sajalah.. Masih lapar, kami bungkus burger seorang sebiji. Terus balik hotel malas nak pusing-pusing. Mood hilang bayar makanan mahal.

Esok harinya bangun dan breakfast di hotel, makanan yang disediakan tak adalah meriah sangat tapi sedap. Itu yang penting.. Kami bersiap-siap untuk ke Oriental Village di Pantai Kok, nak naik cable car ke Gunung Mat Chinchang setinggi 709M dari paras laut. Aku rasa ini adalah tarikan utama di Langkawi sejak cable car mula beroperasi. Kalau datang ke Langkawi, tak lengkap kalau tak singgah naik cable car. Kami sampai di Oriental Village pukul 11.00AM dan kereta sangat banyak. Pusing cari parking dekat satu jam baru dapat. Tak sangka orang sangat ramai, waktu weekdays bukan musim cuti sekolah. Cuaca panas memang tak boleh bawa bincang. Walaupun berkabus, tak ada maknanya janganlah tertipu. Terik sungguh !! Redah jugalah nak berjalan punya pasal. Kami terus pergi beli ticket dan kena tunggu lagi satu jam sebelum giliran dipanggil untuk beratur naik cable car. Aku sebenarnya tak adalah excited sangat nak naik cable car, dah pernah naik dua kali sebelum ni. But it was Momon's first experience jadi layankan saja. Sementara tunggu giliran, merondalah around Oriental Village. Nak beli souvenirs pun boleh banyak yang cantik-cantik tapi harga sedikit mahal.

Ini baru sekumpulan kecil yang sedang beratur.


 Berkabus tapi cuaca tetap sangat panas.










Tak lama pun kami naik sebab sangat panas. Tak ada angin dan orang sangat ramai. Nak sambung ke platform satu lagi pun kena beratur panjang. Tak tahulah bila pula dapat naik. Langkawi Sky Bridge pun tengah ditutup untuk process penyelenggaraan. Nak cari sudut nak duduk bertenang minum air pun susah. Memang wrong timing sungguh pergi. Dah bergambar satu dua round terus saja turun. Marilah kita pergi tempat lain.. Kami singgah Telaga Harbour Marina sekejap ambil gambar. Lawa juga tempatnya banyak kapal layar tempat orang-orang kaya. Tak adalah nak berlama melepak, hangus nanti. Terus saja kami ke Telaga Air Hangat dan Pantai Pasir Hitam. Lebih sepuluh kali pergi Langkawi, that was my first visit ke Pantai Pasir Hitam. Pantai Pasir Hitam sangat unik, pasirnya berwarna hitam terbentuk hasil minerals semula jadi tak ada di pantai-pantai lain. Disini, ada notice board yang menceritakan mitos dan lagenda yang dipercayai turun-temurun tapi tak tahu sahih atau tak. Tak ramai orang, adalah dua tiga orang kanak-kanak sedang bermain. Tak ada yang picnic juga, mungkin ramai orang suka ke Pantai Cenang, lebih meriah. Tapi bagus juga, sudahlah baru berdepan lautan manusia di Oriental Village, eloklah kami duduk bertenang di Pantai Pasir Hitam. Penat berjalan, minum air kelapa sebiji. Haaaih !! Alhamdulillah nikmat.








Dah lega basah tekak, laju drive ke Telaga Air Hangat pula. Tapi pergi meronda ke Tanjung Rhu dulu. Kawasan pantai yang cantik. Ramai penduduk tempatan tengah main layang-layang. Sekejap saja singgah sebab nak kejar masa. Sampai di Telaga Air Hangat, elok ada satu jam lagi sebelum ditutup. Ada beberapa buah kereta dan dengar juga suara kanak-kanak menjerit. Teruja nak tengok apa yang ada. Masuk lalu main building tapi tak ada orang jaga. Kami tak pasti nak kena beli ticket atau masuk memang percuma. Dah blur pandang kiri kanan tak ada orang juga, kami redah sajalah. Lepas saja dari pagar ada kolam besar. Aku celup kaki ingatkan panas, sejuk !! Rupanya bukan itu kolam air panasnya, ada dibelakang. Woooho.. Kami memang dah standby dengan pakaian yang mesra kalau tiba-tiba nak mandi laut atau berendam dimana-mana. Kecil saja kolamnya kalau masuk dua tiga orang dah sempit. Sesuai nak rendam kaki saja. Ada juga service mengurut disediakan kalau berminat silalah.






Sedap elok rendam kaki, ada seorang Minah Arab datang. Selamba dia berendam mandi dalam kolam panas tu.. Siap berkuak lentang. Tak selesa jadinya kami pun bangun. Haaa.. Berendamlah puas-puas. Tapi tak lama lepas tu ada staff suruh that girl keluar dari kolam. Kami terus gerak ke Pekan Kuah. Nak pergi kedai Idaman Suri, tempat kegemaran makcik-makcik shopping barang dapur yang murah di Langkawi. Untuk pengetahuan semua, Idaman Suri dah tak jual chocolates ya.. Mainly hanya pinggan mangkuk saja. Kami pun pusing-pusing cuci mata, cari juga apa yang menarik nak bawa balik. Memang niat nak belikan something untuk makcik. Dah pilih mana yang berkenan, kami gerak ke Haji Ismail Group di Haji Ismail Kompleks. Siap ada kompleks dah sekarang.. Makin maju. Kami memang nak borong chocolates di HIG sebab murah. Chocolates import yang harga mahal di luar dijual dengan harga yang murah di Langkawi. Tak adalah murah sangat, tapi murahlah berbanding di tempat lain. Banyak Cadbury dari Australia dan chocolates lain yang sedap.

Selesai memborong kami terus balik ke hotel. Singgah pasar malam sekejap beli dinner. Tak larat dah nak keluar cari makanan. Tapau sajalah apa yang ada di pasar malam. Meriah juga macam-macam pilihan ada. Penat weh.. Seharian suntuk berjalan-jalan. Lega dapat berehat dan mula packing sikit-sikit. Memang bawa pakaian sikit saja sebab nak bawa balik chocolates. Mujur muat sebab rasa terlebih muatan sangat dah..




Esoknya lepas breakfast, kami pergi ke Pantai Cenang nak berendam mandi air laut. Orang tak ramai sangat masih awal pagi. Tenang saja kami main air. Dah penat balik bilik mandi dan siap untuk check-out. Kami singgah Makam Mahsuri, singgah beli minyak gamat kemudian terus pulangkan kereta semula di airport. Memang saja sampai awal walaupun ada tiga jam lagi sebelum departure. Nak selesaikan urusan luggage dan makan tengah hari. Makan lunch di airport saja sebab tak order in-flight food. Biarlah awal daripada nanti terkejar-kejar. Alhamdulillah semua urusan okay tak ada terlebih muatan dan selamat sampai di KLIA2. Secara keseluruhan, aku habiskan kurang dari RM500 untuk perbelanjaan kami sepanjang disana. Habis banyak sebab borong chocolates tapi untuk ahli keluarga, apa salahnya sesekali. Tak adalah susah pun untuk travel dengan budget yang rendah ke Langkawi. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

27 comments:

  1. betul tu siti...setakat nak shopping, banyak je tempat dalam negara ni..wah..winter trip.nak main salji kat mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      kan.. kalau nak meniaga tu lainlah ceritanya kot.. setakat nak beli selai dua baik tak payah.
      hihi still dalam perancangan. korea salah satu tempat yang dirancang :P

      Delete
  2. baca cerita langkawi.... teringin nak makan bronok..... ct pernah makan tak....??? ramai kawan hakak yang mak2 orang ni kata pergi langkawi.... try bronok.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      tak pernah dengar. ni first time saya dengar.. okeh kalau ada rezeki pi langkawi lagi boleh try test.
      apa mende tu pun tak tahu :P

      Delete
  3. hoeee..hoeee hoyeeee akak JM lompat bintang nih..nk tahu kenapa? sbbb dh lama aim blog ni nak komen tapi segan risau tuan blog x sudi pulak heeee..pastu tertunggu2 CT singgah d blog akak tu akhirnyaaa heeee suka sgt...terus jadi follower yg ke #146

    lepas meeting jap lagi nk sambung baca entri ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      aaaih akak JM ni.. kite penah comment lah kat blog akak dulu.. wakaka..
      selalu jugak jenguk blog akak tuh bace bace.. kenapalah tak sudi akak hahaha.. ni terkejut gak ni akak JM singgah komen kat sini :D

      weeeee ~ thank you.

      Delete
    2. JM blogger glamer tu...don't play-play....:)

      Delete
    3. Pak lang mie, jaga2 nanti Phua chu kang kasut boot kuning sampai ahahahaPak

      Delete
    4. Anonymous21 June, 2014

      eeeh betul lah.. akak JM yang pemes :D

      Delete
    5. dedua blogger femes heheh

      Delete
  4. Panjangnya cik CT bebel...mana fotonya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      biasalah memang kaki bebel :p tak boleh kalau tak membebel.
      fotonya hahaha ada tapi tak seberapa. bukan pro nye photographer pun.
      tunggu ya next entry.. :D

      Delete
  5. seronoknya bercuti...bila lah Cik Nur nak sampai Langkawi nie..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      jom Cik Nur.. janji jangan time cuti sekolah..
      kalau tidak memang sarat dengan manusia.. hihi

      Delete
  6. mcm nk g honeymoon blik ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      wah wah.. terkenang kenangan ye kak :)
      alaaaa honeymoon lagi apa salahnya.. ihiks..

      Delete
  7. Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      hihi itu as guideline je kak..
      tak ikut sangat pun hihi.. yang pastinya da sampai langkawi
      semua rombak balik..

      Delete
  8. Dah lama tak pergi Langkawi.. Mohon bawa ena next time kalau nak pergi memana. Hahahahahaha Gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous20 June, 2014

      boleh je.. next time kalo akak jenjalan lagi akak roger :D

      Delete
  9. klu kat tpt byk mata biru , haruslah harga makan pun standard pelancong ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous21 June, 2014

      harga mencekik standard mata-mata biru.. :P

      Delete
  10. lama tak ke langkawi, bestnyer bercuti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous21 June, 2014

      hihi.. CN kena pegi time cuti sekolah :D kekeke..

      Delete
  11. Akak plan nak join adik gi Vietnam Dec nanti. Kat sane shopping kain ke yang best? Tak survey lagi. Duit untuk soping2 pun tak simpan lagi. Takut lebur kad kredit jugak ler nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous21 June, 2014

      mmg kat sana nyopping kain le yang best. itulah saya kensel trip ke vetnam sebab tanak terlebur terlebih lebih sangat. tapi kalau mmg niat utama nak nyopping apa salahnya :D

      p/s : souvenir peeelish..

      Delete
  12. Dok Alor Setar ja pun tapi tak singgah pun langkawi..ni kembar dah besar boleh plan pi sana..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.