TRIP BUDGET 24 JAM KE PENANG | SITI.YANG.MENAIP

TRIP BUDGET 24 JAM KE PENANG

/
22 Comments
August 05, 2014
TRIP MENGEJUT 24 JAM TANPA DIRANCANG KE PENANG - PADANG KOTA LAMA, 1926 HERITAGE HOTEL, ROTI CANAI JALAN TRANSFER, PENANG STREET ARTS DAN CHEW JETTY. Bila kau tengah sedang elok lepak santai dirumah, tiba-tiba dapat message dari kawan-kawan KL diorang dah on the way memang gelabah teruk. Inilah yang terjadi hari tu bila kawan-kawan aku bagitau nak ajak aku ke Penang jalan-jalan and diorang dah nak sampai. Aku ingatkan bergurau, betul pula sebenarnya siap suruh aku masak. Memang tak lah dah lewat malas nak masuk dapur. Aku bagitau MamiZ dan DediS nak keluar makan dengan kawan-kawan. Aku call Sass Cafe tempah meja dan set steamboat. Tak payah lepak rumah aku, terus pergi kedai. Lepas tu nak ikut diorang ke Penang. Isk !! Korang jangan buat perangai macam ni ya.. Tak ada angin ribut terus menjelma. Kami jumpa di roundabout Bandar Baharu terus ke Parit Buntar. Syukur buat tempahan dulu, ramai pula orang that night. Dah kenyang kami terus gerak ke pulau. Kami duduk melepak di Padang Kota Lama sambil menyembang macam-macam cerita. Dah hampir pukul 11:00PM kakak-kakak semua rupanya tak book hotel pun. Konon nak walk-in haaa.. Walk-in sangat hampir semua hotel yang kami call penuh. Yang tinggal di Booking.com semua mahal. Lain kali rancang betul-betul jangan terjah saja. Penang ni hari-hari ramai orang. Syukur lepas hampir satu jam akhirnya jumpa hotel. Kami menginap di 1926 Heritage Hotel di Georgetown. Dulu pernah beberapa kali menginap disana ikut MamiZ dan DediS meeting. Sampai terus check-in dan tidur. Kepenatan sangat..


 Muka bahagia masing-masing tidur lena.








Dekat pukul 10:00AM jugalah baru kami check-out. Lambat sikitlah dari yang dirancang masing-masing liat nak bangun. Previous trip dengan Momon dan Mira, aku dah bawa pergi makan roti canai di Jalan Transfer, this time kakak-kakak request benda yang sama juga. Nak cuba roti canai disana. Baiklah mari kita pergi.. Sebenarnya tak sure masih ada roti canai atau tak, tapi pergi jugalah tengok. Memang rezeki diorang, ada lagi rotinya dan pelanggan masih ramai. Siap kena tunggu sekejap baru dapat meja. Lepas tu pergi Armenian Street pula cari Penang Street Arts. Memang itulah aktiviti kalau datang Penang. Disebabkan baru pergi, aku tak adalah excited sangat. Layankan sajalah kakak-kakak kesayangan..






 Pelanggan masih ramai walaupun dah pukul 10:30AM.





 Ais Kepal Armenian Street.






Hari panas terik tak usah nak cerita. Memang berpeluh-peluh.. Gigihlah kami menapak sampai ke Chew Jetty. Sampai tengah hari saja kami meronda, kakak-kakak kena balik ke KL. Singgah Exit Bandar Baharu turunkan aku, MamiZ dan DediS dah tunggu. Senang nak drop di exit, tak banyak kereta. Walaupun sekejap tapi puas hati jugalah dapat pusing beberapa tempat menarik di Penang. Lain kali datang biarlah ada rancangan yang elok, tak adalah berterabur sangat schedule. Kena ada proper planning tak kiralah nak pergi mana sekalipun. I hope they had fun.. Next time datang lagi ya. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. bestnyee dapat beraya dengn member2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok. kalau dapat stay KL lagi lama lagi seronok sebab kawan-kawan ramai kat sana T.T

      Delete
  2. Replies
    1. gambar biasa saja bukan pro.. edit saja lebih hihiks..

      Delete
  3. wah..meriah! akak pun dah lama tak jalan-jalan Penang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah diorang ni memang geng kecoh :p hahahaks.. mai la jenguk penang Kak Sal.. meh meh sini kita plan trip lepak-lepak makan-makan jalan-jalan..

      Delete
  4. Seronok bila kekawan datang reramai beraya kat rumah ye CT..
    Meriah sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang tak datang rumah pun kak.. tak muat nak sumbat diorang berempat..
      rumah CT dahla penuh barang penuh kotak hihiks.. tu yang bawak pi makan kat kedai saja.

      Delete
  5. woww...dari jauh mereka datang...mesti lah di sambut dgn meriah...kalau akak ke sana gak2..CT nak tak bawak akak JM round penang..leh hajak Cik Nun sekali..pegi mkn pasembor ke,,mee udang ke...dgr khabar mcm sedap je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boooleh bisa aja akak JM.. tulah asyik pi obersea saja mai lah jenguk Penang pulak.. CT ngan Cik Nun ada sini boleh jadi tour guide. habaq mai lah nak makan apa semua ada kat Penang ni.. bukan dengar khabar aja akak JM oooi tapi memang sedap.

      Delete
    2. nak ikut boleh? :3

      Delete
    3. boleh yaang ooi. nanti roger roger leee kalo nak mai penang jalan jalan..

      Delete
  6. Siti masak! Akak pon nak mai mkn steamboat... *tetiba* haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaks mai mai sila sila.. sapa nak mai memang CT nak bawak makan steamboat saja sebab rumah memang tak terima tetamu. nanti tetamu pening kepala kotak buku banyak sangat.

      Delete
  7. Hehehe menggelabah kawan mai mengejut.. Aaauuummmmm.. Hari tu masa raya keberapa, ena pergi jalan jalan kat penang juga.. Tak ada hala tuju.. ngeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaks kan.. nasib baik diorang memang tak tahu rumah kat mana. kalau tetiba muncul menjelma depan pintu lagi gelabah. amboi diaaa mai Penang senyap saja eyh. bukan nak hello hello..

      Delete
  8. bestnya kwn kwn dtg beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi geram sebab datang mengejut hahaha..

      Delete
  9. wah.. bestnya dapat join unexpected journey macam ni. ^^,

    siap buat rawatan reflexology ye. bagus2. saya x penah lg wat macam tu. heee...

    itu mat saleh ke yang berdiri macam tiang tu? hahaha. syoknya. saya teringin nak bergambar dengan random people. weird but whatever. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang very unexpected. tapi jangan laaa mai terjah rumah orang nak beraya cenggitu saja. ni at least gitau few hours before. dibuatnya tetiba menjelma depan pintu.. hahaha menggelabah itik nanti..

      yep. sebab diorang tengok akak dah pergi situ dulu buat reflexology kul 2 3 pagi itu yang diorang konfiden saja tu ajak meronda sana. lagipun waktu gitu batu fringi still ada orang lagi eventho tak ramai.. mai laaa penang jalan-jalan..

      iyeee. dia berdiri kat situ saja saja aje. kawan akak yang pi berani approach dia. hihiks.. epic dengan pakaian dia yang quite weird tu yang syok sangat nak ambil gambar..

      Delete
  10. jelesnya cik nur tengok...bestnya....nak jugak...hik..hik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nur nak apa ? Hihiks steamboat ke nak mai penang jalan-jalan.. mai mai joom kita pergi jalan-jalan :P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.