HIDANGAN ITALI PIZZA DAN SPAGHETTI DI PASTAMANIA GATEWAY KLIA2 | SITI.YANG.MENAIP

HIDANGAN ITALI PIZZA DAN SPAGHETTI DI PASTAMANIA GATEWAY KLIA2

/
65 Comments
October 11, 2014

HIDANGAN ITALI PIZZA DAN SPAGHETTI DI PASTAMANIA GATEWAY KLIA2

Aku memang sangat suka hidangan Itali especially Pizza dan Spaghetti. Tak adalah selalu makan tapi antara hidangan favourite. Siapa akan tolak sepinggan Spaghetti dengan sos yang marvelous dan pizza yang penuh cheese as toppings ? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang satu tempat makan di Gateway KLIA2 yang menyediakan hidangan Itali yang sedap. Sambil tunggu nak check-in bag atau depart, bolehlah singgah makan sekejap di Pastamania. Asalnya adalah food chain dari Singapore dan baru saja dibuka di Level 2, Gateway KLIA2. Yang kedua dibuka di Pavillion. Deco kedai sangat cantik, rasa macam di Itali. Very colourful. Hidangan pula macam-macam ada. Dari snack ringan hinggalah ke hidangan berat, semua ada. I went there to dine twice. Sekali dengan MamiShurie masa kami nak ke Kuching dan kali kedua dengan Momon masa nak ke Langkawi. Jadi in this entry, aku nak kongsikan gambar-gambar hidangan yang dah kami cuba.






MENU-MENU YANG SEDAP DAN HARGA HIDANGAN DI PASTAMANIA

Harga bagi aku standard kedai yang jual hidangan macam ni.. But the food tak adalah mahal sangat plus portion besar. Harga mampu milik. Kami makan kongsi takut tak habis. Menu sangat menarik rambang mata nak buat pilihan nak makan yang mana. Macam-macam sangat..

















Memang tergoda dengan menu-menu yang ada. Gambar makanan yang recommended pun besar-besar jadi memang jelaslah kalau nak buat rujukan. Memang awesome sebab aku memang suka tengok menu menu restoran yang cantik-cantik. Susunan gambar pun tidaklah terlalu memeningkan. Hidangan semua sedap-sedap kami berpuas hati. Makan licin pinggan kira memang sedap sungguhlah. Jadi kalau korang berada di Gateway KLIA2 dan sampai awal tak tahu nak pergi mana melepak, bolehlah ke Pastamania. Boleh makan spaghetti sambil tunggu nak fly. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

65 comments:

  1. nampak sedapp kak.... yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nampak aje dah Anizz hihi.. rasanya pun sedap. masuk tahap tak mengecewakan ^^

      Delete
  2. Sesuai ngan nama kedai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerp.. untuk peminat peminat pasta. Mama suka ke tidak ?

      Delete
  3. Tgk entry ni jadi lapaq. Terliuq semua sedap.

    Sila masukkan italy dalam vision board ye cik ct.

    Mudah mudahan tercapai impian bulan madu kat sana..ceewah..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya tu kak tengok aje entry jadi lapaq :P nanti keje asyik nak makan kikiki..

      aaaa italy bukan ngara pilihan kalau dapat travel tapi if duit mencurah curah turun dari langit apa salahnya. maaafia banyak kekekeke..

      bhahaha bulan madu tempat lain kak. tamo italy boleh dak nak memilih bhahaha..

      Delete
  4. menarik!rasa nak hop on ERL gi sana makan kat restoran ni!akak pun suka makanan Italiano ni u olls!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow untungla duduk KL bebila boleh mai singgah klia2 and makan-makan T.T tunggu iols kesana jom kita gather ramai-ramai makan pizza..

      Delete
  5. Replies
    1. ooonomnomnom.. sedap. ada kesempatan nanti jangan lepaskan peluang untuk try ya ^^

      Delete
  6. nice decor. makanan tengok pun nampak sedap, kalau dapat rasa lagi la kan? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit deco macam terasa di italy.. jom Cik Fafa ngedate kat sini makan makan.. cey cakap macam duduk sejengkal aje dengan klia2 kan..

      Delete
  7. akak siti yang disayangi, anda di tag! http://jindrisska.blogspot.de/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip Aisya ni nak kena babap.. dia mai singgah nak tepek link aje eh.. taceng ar gini.. T.T

      btw thank you. insyallah kalau ada kerajinan akak join.

      Delete
    2. hahahahha...tak moh taceng2...tengok, kite dtg lagi dekat post yang same... :D

      Delete
    3. bhahaha haaaa tak mrajuk dah. nasib baik mai balik. kalo dak seminggu taceng..

      Delete
  8. wowww.. hani memang suka jalan2 cari makan ni tau! semua jenis makanan hani nak cuba. inshaAllah, hani akan ke sana :). selalu hani pegi KLIA 2, tapi belum berkesempatan untuk singgah merasai makanan di sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Hani.. sebab tu dok bolat tak kecik kecik lagi ni haaa asyik ngap aje makanan sana sini. yezza next visit Hani kena pi try makanan kat sini k.. lepas tu jangan lupa share ngan CT tau menu yang Hani pilih..

      Delete
  9. Nah Proton iriz !

    Syiokkk nau kau CT..... hakakkk jelessss dengan gambar2 yang kau letak ni..... rasa nak telan racun tikus tau..... nampak sangat marvelessss... ai is soooo jelesssssssss.....!! huwaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cis ingatkan nak banje iriz sebijik kekeke..

      bhahaha awatnya nak telan racun kak oi.. kang dengan pasta pasta takleh makan dah. dok kat wad makan makanan spital.. masak le buat sos sesimple aje dah cukup hihi..

      Delete
  10. Ohhh pasta! Akak suka! Akak suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuuu geng.. sep sep ^^ Kak Farrah kalo ada recipe pasta boleh lah share..

      Delete
    2. Huhu resepi pasta akak resepi orang malas. Tak lalu CT nak mamam nanti.

      Delete
    3. hehe janji sedap masuk tekak kiraaaa layan..

      Delete
  11. alahai, seronoknya review makan2 :)
    dah maklum sangat dah favorite food awak. haha.
    Best kan kalau dapat pizza ade cheese leleh. macam mana la kalo pregnant nanti kan. haha. berfikiran jauh tak aku? haha.

    klik RHB kak CT jap. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke jaaaaangan disebut cheese banyak banyak Budak !! kang akak mintak Budak banje kang masyuk tu CPUV banyak kekeke.. isk sedapnyeee cheeseee banyak. kalau pizza and then ade cheese saja pun sedap
      agaknye kan.

      oit jauh fikir Budak kekeke.. tapi orang cakap.. time mengandung kekadang kita ngidam benda yang kita tak
      berapa nak minat..

      Delete
  12. aha....cantik!!..sis JM mmg suka hitalian style ni...nampaknya next 2 week akan pertama kali jejak ke KLIA2..haruslah pegi awak nk mkn di sini sebelum departure..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeaaah selalunya ladies memang suka punyalah spageti semua ni. jarang tak suka ^^ wow huntonglaaah nak jalan jalan lagi.. nak tinggal CT kat mesia ni sob sob.. datang awal je Akak JM ke klia2 tu sebab godaan banyak kang check in lambat kang.. safe journey and ingatlah adikmu yang ditinggalkan di mesia ini..

      Delete
  13. tak pernah try lagi pastamania nie..
    kene cube jugak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep harus cubaaa.. jangan lepaskan peluang untuk cuba. mesti jatuh cinta kekeke..

      Delete
  14. Thanx for sharing these kind of food.
    Akak pun suka sangat yang cheesy2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi yezza !! ada geng tekak sama citarasa ni. apa lagi kak ? mai pecut pi klia2 dari seremban tu bukan jauh mana haaih.. weekend ke mai terjah ^^

      Delete
  15. Wahhh klau trbng ke kl blh la singah mkn cne ni..nmpk sdp menunya owhhmay

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep yep yep !! kalau ada kat klia2 memang harus mencuba makanan kat sini. semuanyaa sangat menggoda ^^

      Delete
  16. memang menarik nampak menunya.
    Tapi macam jauh nak pergi. melainkan memang turun kat KLIA2 boleh la mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau tengok menunya jadi rambang mata. tak tahu nak pilih mana satu nak try.. kena belek satu satu.. kalau ada kesempatan ke klia2 nanti bolehlah cuba. CT pun di kejauhan jugak kebetulan berada di sana..

      Delete
  17. nampak menariknya menu dia. kalau dekat, bolehlah pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah itulah.. jauh sangat letaknya. kalau CT balik kampung baru boleh pi kalau nak makan lagi. tapi kalau sesaja pegi nak makan huurm.. macam kemalasan.

      Delete
  18. Assalam.. tq singgah dan komen di blog kak Alycia.. eh, mcm best la tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi saje jenjalan sana. tinggalkan jejak berblogwalking ^^ best kak.. ade chance boleh jenguk makan makan..

      Delete
  19. air yg meletup dalam mulut tu ek? hehe. nak try lahhh. harga pun not bad jugakk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa ah. dalam bubble bubble tu ada another juice. jakun tau CT first time try hihi.. betul. harga pun not bad.

      Delete
  20. Haih. Kita punya taste memang samalah akak. T.T tapi itulah duduk dekat ceruk kedah ni hah. Nak jumpa kedai cam ni satu dalam sejuta. T.T

    Boleh buat cuci mata je lah. Sob. Sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah cerita ceruk kedah Aina oooi. yang duduk penang ni pun sama aja. yang ada dekat rumah pun pizza hut aje. kalau nak dominos kenalah rajinkan diri drive ke seberang jaya nun.. so sekali sekala jalan jalan jauh dapatlah makan cemni. tak apa awak kecik lagi.. nanti ada peluang explore !! sila explore !!

      Delete
  21. perghhh... saya dah terliur dah ni.. tengoklah kalau ada duit, in shaa ALLAH saya g sana! semata nak makan kat situ je. ehehehehe... harap2 kawan interested la nk g situ. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa Amy ade dekat dekat kan ? bolehlah ajak kawan-kawan pegi nyinggah klia2 tu. saja jalan cuci cuci mata pun okay sebab kedai banyak dah macam shopping mall dah..

      Delete
  22. pop...pop meletup..kalo Lisa minum air tu konpem melatah..boleh la try nie,,thanks Ct::)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak Lisa melatah ke ? huurm agak tak sesuai la kalo ceemtu kang melatah latah while minum.. sebab memang terkejut sikit.. ke memain ni hihihi.. nanti kalo dah try roger eh..

      Delete
    2. melatah occasionally jer.sekarang dh kurang dh.hehehe

      Delete
    3. hehe baguslah kalau cemtu. tapi anak buah CT yang kecik tak masuk sekolah pun
      dah pandai nak melatah. mana belajar pun tak tahula..

      Delete
  23. Sedapnya :)... semua makanan kegemaran ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi samalah. boleh geng la kiteee cemni.

      Delete
  24. Menggoda betul gambar2 makanan tu.. 😋😋😋

    ReplyDelete
  25. Semuanya nampak sedap. Akak pun suka masakan ala western ni, tak susah sangat nak sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 tu as simple as campak2 goreng2 siap kan ?

      Delete
  26. Oh wow the place looks very comfy and cute
    and the food looks super yummy
    xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. the best part about the place is the deco. pretty amazing and
      we could feel like we are in Italy =)

      Delete
  27. Sedapnya semua makanan tu siti. Tergoda pulak kak ana tgk. Kalau ada rezeki naik flight nanti boleh lah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Kak Ana semua ni sedap. insyallah rezeki pasti sampai kan..

      Delete
  28. Meriah betul menu dia.. seronok bila dia sajikan dengan gambar macam ini.. senang nak buat pilihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. antara point yang patut diberi markah. sebab gambar jelas jadi tak adalah pelanggan tertanya2 apa benda kan..

      Delete
  29. Kelihatan nikmat sekali itu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.