SARAWAK | KUCHING : PART 1 - DARI KUALA LUMPUR KE KUCHING SARAWAK + CRUISE + KAMPUNG BOYAN + MAKAN MALAM SEDAP DI MY VILLAGE BAROK | SITI.YANG.MENAIP

SARAWAK | KUCHING : PART 1 - DARI KUALA LUMPUR KE KUCHING SARAWAK + CRUISE + KAMPUNG BOYAN + MAKAN MALAM SEDAP DI MY VILLAGE BAROK

/
78 Comments
November 16, 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

KUCHING SARAWAK : DARI KUALA LUMPUR KE KUCHING, CRUISE TRADISIONAL DAN MAKAN MALAM SEDAP DI MY VILLAGE BAROK. Baru ada masa dan kekuatan nak update entries. Balik dari Sarawak aku hanya duduk melepak dekat rumah tak buat apa-apa. Tiket flight ke Kuching dibeli tiga minggu awal. Sajalah tangan gatal gegodek website Air Asia. Suddenly dapat idea nak tengok harga ke Kuching. Aku pun tak pernah sampai ke Sarawak lagi, satu-satunya negeri di Malaysia yang belum pernah aku jejaki. Harga agak murah dan mampu pada ketika itu. Jadi terus ajak member and beli. Sangat drastik sebenarnya keputusan yang kami buat. Terus setuju. Mulalah aktiviti research sana sini untuk cari maklumat. Bermula dari book hotel and cari agent kereta sewa yang murah dan haruslah seterusnya aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan di sana. Alhamdulillah aku ada seorang kawan yang belajar di UNIMAS. Actually kawan childhood aku di Balik Pulau dulu. Kawan yang sama-sama satu sekolah rendah and kami terpisah sejak aku pindah ke Bukit Mertajam. Bayangkan sudah almost berbelas tahun tak jumpa and hanya berhubung melalui Facebook. Segan pun ada sebenarnya. Tapi he said dia willing nak bawak kami jalan-jalan. Yahooo !! Sekurang-kurangnya adalah jugak orang yang expert untuk bawak kami pusing-pusing.

DARI KUALA LUMPUR KE KUCHING & KERETA SEWA DI KUCHING



Alhamdulillah perjalanan pergi kami sangat smooth. Pukul 11.55AM selamat berlepas dengan jayanya dan around 2.00PM sampai di Kuching. Tak delayed and semuanya on time. Tapi waktu nak mendarat tu main kasar jugaklah pilot. Boleh pulak dia acah-acah kiri kanan swaying. Sampai di Kuching International Airport for the first time. Kena lalu imigresen. Hulur IC saja then they will give you satu kertas kecil nipis cinonet saja tulis 'Welcome to Sarawak'. Simpanlah kertas itu sebaik-baiknya sebab nanti waktu nak balik kena hulur kembali. Kalau hilang jenuh nak menjawab pula. Macam pergi Sabah. Kak Fiza (kakak kereta sewa) dah lama sampai rupanya. Aku dah SMS cakap pukul 2.30PM aku nak ambil kereta tapi bosnya suruh tunggu dari pukul 1.00PM. Bukan salah kami kak.. Bos akak yang excited terlebih. Kami selesaikan urusan kereta and buat bayaran full masa ambil kereta. So far aku survey memang Kak Fiza and bosnya Puan Hana offered the best price. Majoriti harga bermula RM80-RM100 sehari dan tak mahu kurang langsung. Kalau pergi tiga hari terus sebut RM300. Tercekik aku dengar. Tapi Puan Hana memang terbaik dia kira aku guna kereta untuk dua hari saja. Additional RM10 sahaja. Hoooih even kawan aku yang study sana pun mengakui harga yang kami dapat cukup murah. Dapat kereta bersih kemas and paling best dapat dua bar minyak tau. Kupon parking pun sudah siap tersedia di dalam kereta. Tak payah kalut nak pi beli. Sangat baik. Kalau korang berminat bolehlah contact mereka berdua. Sangat lemah lembut cakapnya. Kak Fiza - 016 8079478 / Puan Hana - 012 8952003.

Menggunakan GPS aku mencari jalan ke Tune Hotel Waterfront Kuching. Duduk Tune sahaja tapi ada cerita menarik yang amat tentang harga yang kami dapat. Siap parking semua masuk check-in dan solat. Hari pertama di Kuching kami hanya bercadang nak bersiar-siar di sekitar kawasan Tune Hotel saja ke Kuching Waterfront. Hanya beberapa puluh langkah saja dah sampai. Niat di hati memang nak naik cruise. Rata-rata yang aku survey dari kawan-kawan bloggers menyatakan bahawa harga untuk naik cruise adalah RM60 sekepala. Boat yang exclusive dan ada free flow drinks and makanan sikit. Then ada persembahan kebudayaan while menyelusuri Sungai Sarawak. Kami terkedu juga kalau betul RM60 hanya untuk tengok sunset di hujung sungai. Kemudian kami nampak offer 50% off untuk semua orang yang menginap di Tune Hotel Waterfront. Kiranya sudah tinggal RM30. Kami pun pergi dapatkan resit di kaunter Tune Hotel and mula menapak ke Kuching Waterfront. Sengih sekejap sebab fikir hanya perlu bayar half price tapi sengih kami bertambah lebar lepas nampak iklan ini yang lagi membahagiakan.





 Ini boat yang mahal. Ada makan minum disediakan.



Hanya RM19 dan boatnya lebih klasik. Ini baru betul-betul rasa macam tradisional habis. Jadi kami pun pergilah soal selidik pekerja yang jaga ticket kaunter. Sesudah kami berjaya dipujuknya maka kami abaikan resit tiket yang kami ambil di Tune Hotel and naik boat tradisional ni. Jimat banyak kot. Aku pun tak nak tengok manusia jejoget. Bezanya hanya jenis boat. Canggih and tradisional. Boat yang kami naik namanya Boat Orang Hulu. Macam sampan yang kita dok buat pakai kertas tuh tapi ini version real punya. Nampak macam tak berapa nak stabil tapi dapat menampung aku yang berat ini dengan jayanya tanpa tergolek terbalik. Kita abaikan boat yang mahal. Motif utama nak menyelusuri sungai saja. Naik apa pun tak apa janji jimat and tak banyak belanja. Mahal sebab boat moden and makan sikit and ada jejoget.

 Jangan tiru aksi ini.


 Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru.

 Perkhidmatan River Taxi menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bergerak diantara kawasan Kampung Boyan dan Kuching Waterfront.



 Astana Negeri Sarawak.


 Kawasan kediaman penduduk tempatan.






 Melepak tepi sungai tunggu malam.

Antara hotel yang terkenal di Kuching - Grand Margherita.

KEDAI KEK LAPIS DAYANG SALHAH DAN MIRA CAKE HOUSE DI KAMPUNG BOYAN

Kami pilih pakej untuk naik cruise selama satu jam. Pergi ke dua hujung Sungai Sarawak tapi tidaklah sampai betul-betul kehujungnya. Panjang Sungai Sarawak lebih kurang 7KM jadi kami ronda mungkin suku sahaja. On the way untuk pulang ada penumpang yang minta diturunkan di Kampung Boyan. Kampung Boyan adalah antara lokasi wajib singgah sekiranya jalan-jalan ke Kuching. Aku pun tahu setelah buat research. Kalau nak beli kek lapis Sarawak yang sedap kat sinilah kawasannya. Ada dua kedai yang terkedai : Kek Lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House. Sebenarnya ada banyak kedai kek lapis di Kampung Boyan tapi yang aku nyatakan adalah yang famous dan sering disebut-sebut. Both Kek Lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House ada outlet di sekitar Kuching, khas untuk those yang tak sempat ke Kampung Boyan. Tapi kalau ada masa spend sikit meronda ke Kampung Boyan. Menarik juga.. Maaflah aku tak snap gambar apa pun sepanjang dikedua-dua kedai. Kalut isi perut makan tester free kek lapis.  Nanti kami akan datang semula dengan kereta untuk membeli jadi kita rasa dulu. Terus lupa mana camera.

Kalau dari Kuching Waterfront boleh naik boat untuk menyeberangi Sungai Sarawak. Harga murah saja. RM1-RM3 depends on jenis boat yang kita prefer. Jangan naik boat cruise RM19 pula kalau setakat nak ke Kampung Boyan. Nangis karang melabur banyak sangat untuk perjalanan sejengkal saja. Those yang nak bawa kereta ke seberang pun boleh tapi kena drive pusing jauh sikit. Kami cadang sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur akan singgah sekejap memborong. They can pack nicely untuk kita bawa naik flight jangan risau. Tengah sedap makan kek lapis free kawan aku Whatsapp bagitahu dia dah free dan boleh datang melepak sama. Aku yang ajak dia lepak sekali so that esoknya hari dia nak bawa aku meronda kami tak awkward. Bayangkan.. berbelas tahun tak jumpa memang layak kaku seketika. Katanya boleh saja jumpa di Kampung Boyan. Ada satu kedai yang agak famous di Kampung Boyan - My Barok Village. Ada beberapa bloggers yang suggested untuk makan disini. Sambil tunggu kawan aku sampai, aku dan Shu melepak di tepi Sungai Sarawak diseberang Kuching Waterfront. Cantik Kuching pada waktu malam meriah dan kaya dengan lampu. 

MAKAN MALAM DI MY VILLAGE BAROK KAMPUNG BOYAN KUCHING

Dah puas sakit pinggang sakit montot duduk tepi Sungai Sarawak akhirnya kami decided nak tunggu di restoran saja. Nyamuk makin banyak normal hari dah gelap. Cari tempat kosong siap-siap sebab orang boleh tahan ramainya. My Village Barok sangatlah classic sungguh. Diperbuat daripada kayu and buluh tingkat atasnya. Seram aku nak pijak. Bunyi mengerikan. Tapi alhamdulillah selamat makan dan dah balik semenanjung dah pun. Kami tak ordered makanan terus sebab tak tahu nak order apa. Tunggu kawan aku sampai baru nak order. Tunggu dalam lima belas minit akhirnya kawan aku pun sampai. Krik.. Krik.. Krik.. Tak tahu nak buat apa respond macam mana semualah. Berbelas tahun tak jumpa. Sengih senyum saja mampu for few minutes. Akhirnya kena make a move jugak. Lapar hoih. Belek-belek menu. Nasib kami sebab time tu restoran dalam process nak renovate. Jadi menu adalah limited and tak banyak choices. Tapi syukur apa yang kami nak makan ada.







Umai - Memang menjilat jari dan wajib cuba. Aku ada baca dari bloggers lain katanya isi ikan yang digunakan adalah mentah tapi yang ni macam tak mentah pun. Ataupun ikan tu dah lama diperap. Konsepnya macam kerabu tapi sedap.


Linut / Ayam Pansuh RM15 (satu hidangan untuk 2-3 orang) Ini sedap juga memang antara makanan tradisional orang Sarawak. Konsep rasa macam sup ayam. Basically tapi sebab bahan-bahan yang digunakan untuk masak hidangan ni bukan bahan-bahan nak buat sup jadi rasa unik sikit. Ada banyak pucuk ubi dan hidangan ni dimasak dalam buluh. Nanti dah siap masak pekerja akan bawa buluh tu kat kita and tuang isi dalam mangkuk depan kita.


Kambing Ketuk - Ini macam kambing bakar. Orang sana panggil 'ketuk' macam kita panggil 'penyek'. Jadi ini adalah kambing penyek. Sedap !! Sebab aku suka makan lamb jadi obviously aku suka. Boleh try. Just terlalu banyak chilli seeds. Aku menyampah sikit makanan banyak biji cili ni. Kalau aku yang masak confirm sebiji pun aku tak izinkan ada dalam masakan. Puas hati dengan kesedapan makan malam. Sehingga menjilat jari. Harga agak berbaloi. Just RM56.++ untuk berempat. Not bad.

Sambil makan kami bincang-bincang untuk journey esok. Kawan aku willing nak bawa ronda-ronda. Padahal the next day ada exam. Keluarlah habis list yang aku dah buat dari semenanjung lagi. Sekali lagi arrange perjalanan supaya bersesuaian dengan masa yang kami ada. Done dan kawan aku pun hantar kami balik ke hotel. Tak payahlah kami naik bot untuk menyeberangi sungai. Selesai hari pertama di Kuching yang penuh santai. Penat perjalanan terubat dengan pengalaman baru yang kami dapat di Sarawak. Selamat berehat dan goodnight Kuching.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

78 comments:

  1. Betul ke susah nak cari info?
    Akak pun xpernah sampai Sarawak ni.
    Boleh lah share experiences CT ni.
    Thanx tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cari yang specific kak.. majoriti cerita gitu gitu aja. kita nak tahu lebih detail..

      boleh masuk carta rasa nak pergi lagi. jatuh cinta ngan srawak kekeke..

      Delete
    2. Nak pergi lagi?
      Waaahhh..nampak macam best ni!

      Delete
    3. yes kak shikin.. kalau boleh nak pi lagi. trip makan makan and makan sepuasnya hehehe..

      Delete
    4. saya pn blum pnah jejak kaki ke sabah sarawak kak syikin... tengok ct bercerita best la pula..hehe

      zinziemeewah

      Delete
    5. seronok =D jom kita pergi hehehe..
      kalo ada kesempatan memang CT rasa nak pergi lagi..

      Delete
  2. Hahaha.. part lucu, "tak sayang tangan ke" kehkeh.. macam best je trav travel ni. Hehe.. Jangan jemu nak datang lagi ke Sarawak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucu la lepas tak jadi apa-apa hahaha. time dengar tu berderau jugak darah ni.
      eyh ehh yang duduk sarawak pun rasa seronok ? pi la jalan kuching sana..

      tak serik !! rasa nak pergi lagi. nak makan macam macam lagi..

      Delete
  3. Seronok baca kak! Saya bookmarked entri ni supaya jadi panduan bila nak ke Sarawak. Mak saya teringin sangat nak ke Sarawak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah nanti bawak mak jalan-jalan ke sarawak. tapi stamina kena kuat kalau nak jalan-jalan ke area yang jejauh. sebab memang jauh.. hihi.. alhamdulillah kalau dapat membantu i loooike..

      Delete
  4. bestnya. baca entry ni ja pun dah rasa macam ada kat sarawak.
    terliur tengok kambing ketuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow macam dah terbayang berada di srawak eyh kak.. kekeke.. kalo cemtu CT nak bayangkan slalu sebab hakikatnya memang sronok.

      kambing ketuk sedap ^^

      Delete
  5. Kucing ni masih byk tanah kosong . klu lah pemerintahnya berjaya bawa pelabur asing masuk n blh jadikan pembangunan yg ada banguanan mencakar langit dan happening cam kat korea tu kan bagus ... ayam pansuh tu sis ada tgk kat tv camna dia masak . klu balik kg , lupa jer nak cuba sbb kat kg ada buluh ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi jujurnya CT suka kuching dari kota kinabalu. pelaburan yang terancang kiranya ni. tak apalah.. pelan pelan bangunkan hehe.. ayam pansuh tu macam sup ayam aje CT rasa tapi sedap sebab kuahnya tak rasa sup biasa.

      sila try hooookay..

      Delete
  6. yeay..bestnya bila dah sampai sarawak..wana pun baru sekali pegi kuching..tapi kan, wana suka makan mi kolok..hanya ada di sarawak ja..lebih kurang macam kon lau mi..yang istimewanya mi sanggul yang digunakan tu homemade..pergh..terliur la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun suka mee kolok and itu umai sedapnye. kalau pegi lagi memang nak cari mee kolok and makan puas puas.

      Delete
  7. Kt sg tu dah x de buaya, knp pakcik tu x bg celup tgn dlm air?hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kat semua sungai kat srawak ade buaya kak.. mungkin ade sekor dua tapi kebarangkalian tu tak banyak sebab buaya ni x boleh hidup dalam keadaan yang stress. kalau macam kat kuching kan dah ada pembangunan and orang ramai. jadi diorang larilah..

      Delete
  8. bestnyaaaaaaa. boleh tahan jugak harga naik sampan tu pun. better dari naik boat besar tu ya dak?jimat jugak tu. makanan pulak semua nampak sedap. harap sangat someday dapat pi sarawak. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bot besar tu exclusive sket tapi tercekik dengar harganya. naik sampan aje best lagi sebab macam traditional rasanya. boleh main main air hahaha.. makanan memang sedap. jom Cik Fafa.. kita pergi lagi.

      Delete
  9. lawak ayat kak siti, gelak2 kite bace... hahahahah... nasib baik buaya tak ngap tangan kk siti... betul2 dah hijarah ke semua buaya dia tuh? kire selamat lah skrg yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seram kot time pakcik tu cakap cemtu. time main air xde plak terpikir ada buaya ke hapa. tak tahula da abes hijrah ke tidak. kalau tak pun adela sekor dua kot. maybe tengah tido ke mcm mana taktau.. heheh..

      Delete
  10. waahh.. dah start dah entry trip sarawak..! =D

    tadi mase tengok gmba yang CT n kawan dok maen air... baru je tepikir nk komen "tak takut kne gigit buaye" skali rupenye mmg dah kne sound ngan pakcik boat! hahahahhaa... knapelah bila kite ckp pasal sungai sarawak je.. mesti ingat buaya kan... haishh..!

    anyway... makanan tu sume nampak sedap... jelesss!! nak jugak!! tetibe je jadik lapa nihh... hahahhaa =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ada beberapa part lagi ni. mencari masa nak type.

      dah kena seround da sound dengan pakcik bot. dia cakap semua sungai kat srawak ni ada possibility ada buaya. memang tempat asalnya jadi tak boleh buat apa. ada yang naik ke atas jalan raya tau..

      ya Allah.. makanan memang semua sedap.

      Delete
  11. bestnye...tempat die pun cantik..suka gambar yang siti snap tu..nampak classic :)
    makanan pun nmpk sedap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tempatnya. personally rasa kuching lagi best dari kota kinabalu. drivers sangat berhemah. kagum hehe.. CT kena improve gaya ambil gambar makanan. selalu kureng sket..

      Delete
  12. haha..sungai Sarawak memang terkenal dengan buayanya.masa gi Miri dulu pun ada signboard besar-besar sebelum naik bot, so tak berani langsung nak celup tangan cam CT buat..hihihi.thanks dear, good sharing untuk orang yang nak ke Kuching!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi orang cakap kat miri lagi banyak kan kak.. seram plak bila diingat balik amboi braninyalah aku ni mencelup tangan. nauzubillah lepas ni jangan buat dah naaa hahaa..

      Delete
  13. okay, aku baca dari mula sampai habis. teringin nak pergi sarawak. hehe. camne la rasa kan jumpa kawan yang dah lama gila tak jumpa. mula-mula mesti rasa awkward je kan. hehe. gambo makan kek lapis xde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay ada jugak yang sudi bace dari mula sampai abes.. nah *flyingkiss* hihi.. okwerd la ofcoz hahaha. krik krik aje time memula jumpa. mujur memasing cepat blend in jadi kejap aje krik krik..

      kek lapis..? tak ada gambar hahaha semua masuk mulut.

      Delete
  14. wah...menarik entrini. rajin menaip panjang2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hobi. kalau pendek rasa tak puas. ala gambar pun banyak buat panjang heheh..

      Delete
  15. wahh..timing sama ke Kuching, 8/11-10/11, flight sama 11.55am dari KLIA2..

    akak menyeberang jg Sungai Sarawak ni petang hari Sabtu, guna bot tambang bayar 50sen, gi kedai kek lapis Dayang Salhah di Kampung Gersik...rugi tak duduk di Grand Margherita tu..view cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah iye ke.. satu flight lah kita time ke sarawak kalo gitu. kami duduk belakang kak oi dah autoseat kan hahaha. tak ada jodoh nak berjumpa :D

      nak ke kg boyan tu memang 50sen aje kan.. kami pi pusing pusing dulu hehehe.

      Delete
  16. Syoknya CT santap food org Sarawak. Akak baca entri ni sambil gelak sorang2 tgh2 malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit kak.. gelak pelan pelan naaa dah malam tu. awat gelak ? si aisya pun gelak gelak hahaha.. sedap kak.. jom kita pi sarawak makan makan..

      Delete
    2. heheh gelak baca part CT gemuruh takut buaya,..tang makan kek lapis kamera tak tau kat mana :D

      Delete
    3. hahaha.. bila makan kan tummy comes first hehehe ^^

      Delete
  17. okey, part ada buaya lam sungai tu sentap.. hehehhe..
    nice sharing.. nak usha2 tmpat narik from ur journey and boleh la decide untuk school holiday nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentap seram seriau semua ada. tak terpikir pun sebenarnha padahal tahu banyak buaya kat sarawak. pakcik tu memang.. serious aje muka dia tau..

      alhamdulillah kalau ada entry yang membantu.

      Delete
  18. Okayy pakcik tu sangatlah sporting. haha. nasib baik jumpa pilihan yg lebih bagus. suka baca CT punya pengalaman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik tu sporting kan.. siap posing lagi. ramah dia bercerita itu ini ngan kami. ke sebab kami aje yang melayan dia hehehe.. time dia cakap ade buaya tu je muka dia serious.

      Delete
  19. Hanya crocodile hunter je berani hulur tangan... Itu pon dah arwah... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha SS ni.. ironicnya mati bukan sebab crocodile pun. arwah baik orangnya..

      Delete
  20. CT g sarawak bila eh? ntah2 kita terjumpa memana ke time ronda2 serawak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi ritu 8/11-10/11 hehehe.. itulah tah ade kat memane kita selisih kan..

      Delete
  21. my barok village ni prnah masuk jjcm dulu..hoho..sebb tu rmai suka g situ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sebab dah famous lagilah orang ramai datang. tapi makanan dia memang sedap pun. tak rugi kalau datang..

      Delete
  22. boleh pi sarawak lepas nie kak..hihi... detail.. nsib baik tgn xkena gigit buaya..hihi... ayam pansuh tu nampak sedap..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Anis jom kita ke sarawak lagi. akak nak aje pegi lagi nak pi makan hahaha. ooi syukur tak ada buaya bebetul tau. pakcik tu gurau kasar betoi. sedap oooi ayam pansuh. semuaaaa sedap.

      Delete
  23. kena repeat gi Sarawak lagi sebab tak sempat ke Serikin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kak kena repeat. kena pegi serikin memborong kain kak.. super duper cheap..!!!

      Delete
  24. mesti cuak bila pakcik "xsayang tangan ke?" kehkeh
    cantek sungguh view kat sarawak ni. xpna lg jejak sana. wuuu
    adoii makanan2 ni buat kite terliuq tau. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuak and terus lepas tu tak hulur tangan dah. oooi buaya bleh ngap cepat aje oi seram sejuk aje rasanya. cantik kan.. kiranya akak pun jatuh cinta dah ngan sarawak hehe.

      Delete
  25. untung lah ada kawan kat sana..jimat duit sewa kereta. Ye..kalau ke sarawak..perlu sewa kereta kan..setiap destinasi mana ada tren spt di Seoul ni...Seoul lagi di compare nye hiks..x lama kena lepuk ngan dak CT heeee

    Okey Noted..kalau akak tersalah beli tix ke sana boleh call mereka berdua utk sewa kereta

    Bila lagi nk merasa boat traditional tu kan..hamoii siap main air lagi...bersih kew hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kereta sewa CT yang sewa kak.. kawan tu bukan duduk sana dia semenanjung gak so tak bawak kereta pun. so kami sewa dia tour guide hahaha. hahaha memang tak abes abes dengan seoul nya. tersiat hatiku hahaha..

      kalo tersalah beli roger k.. nak ikut sebab nak pi sana makan hahaha.. berani tak bertempat namanya ni kak.. jangan tiru k.. yup yang tradisional lagi best.

      Delete
    2. JM.... spesies la kita ni. blik2 nk compare kn ngan Seoul..hehe.. so, nnt kalo nk pi sarawak bolhla guna no yg ct bg ni.. tenkiu ct =)

      zinziemeewah

      Delete
    3. alahai jangan le gitu.. CT dak sampai korea lagi.. CT nak compare jugak huhuhu..
      nanti dah pergi korea bolehlah CT pula compare eh eh hehehe..

      Delete
  26. mcm mana kalau tiba2 si buaya dtg ngap tgn tue... hehhehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuuish nauzubillah. kami main celup kejap kejap aje sebab nak posing. bukan rendam lelama. tapi seram gaklah..

      Delete
    2. hehehe... tgk boya kt pic Ct tu pon seram..

      Delete
    3. tapi bila tengok dedepan macam cute pun hado.. tangan pendek kekeke..

      Delete
  27. Rase entry ct ni cm lengkap je.. kalu g sane mmg takde la tekial2... 1st time dgr pnglaman org ke sarawak.. sbb mbe pergi sane sume kate xbest... part best bile nek boat ng pakcik sporting tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm sebenarnya rasa macam tak berapa nak best jugak bila baca review orang lain. tapi bila da experience sendiri seronok rupaaanya hehe. itulah kita kena rasa sendiri baru kita tahu. lain orang lain pengalaman.

      Delete
  28. wah, sedapnya tengok makanan tu.. nak nak nak!! saya try nak buat entri pasal traveling, tapi masih belajar lagi.. boleh lah lepas ni try buat lebih detail.

    akak, agoda memang boleh percaya erk? saya takut gak nak try agoda tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu entry agak sloppy jugak tapi dok bace entry travellers lain sikit sikit belajar. tapi still tak macam orang lain yang lebih teratur. akak more kepada bercerita nye konsep hehehe..

      oooi makanan heaven oi. semuanya terbaik menjilat jari. kalau sminggu duduk sana tah makin gemok hehe..
      alhamdulillah agoda stakat ni dipercayai.

      Delete
  29. kenapa tak tanya cn klu nk pergi srawak ? CN 4 thn kat sana, byk gak tempat dah terjah..klu mkn best dekat seberang sungai tu ada byk kedai mkn, murah2 pulak tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN study sana eh dulu.. hehe mana nak tahu :D yup bab makan paling murah and sedap. memang seronok hatikuu..

      Delete
  30. umai tu isi ikan apa tu... tgk mcm sotong ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa itu masih menjadi misteri. masak atau tak masak pun masih menjadi misteri tapi kesedapannya bukan misteri.. thumbs up hahaha..

      Delete
  31. Wah dah menjejak Sarawak kan. Orang yang duk negeri jiran ni pun xsampai2 lagi. Hahaha one day insha Allah. Akak kena gi waktu tenang, kalau kalut2 kang jadi ntah pape je trip nanti. Eh dah macam buaya pula kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe akak tu kejenya nak balik ke kampung halaman aje.. mane pandang sarawak heheh.. iols tak mampu nak fly jejauh pegi sarawak sajalah..

      Delete
  32. ok... pasni kalo plan nk g sarwak blog ct akn jd ref. tp ayat pakcik drebar bot tu serramm sguh. terus buat akak terpikir kot2 tetiba buaya melompat masuk bot cmna...huhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT plak bayangkan time dok memain air tu yang buaya dah aaaaim nak ngap. uuuish seram haha. pakcik tu gelak2 saja. lepas tu baru dia cakap bukan ada pun tapi siapa tahu kan.. sungai sepanjang2 tu kot terlepas sekor dua..

      Delete
  33. Bagus perkongsian info mengenai jalan-jalan sarawak siti ini.. Part kek lapis tu memang boleh buat tak ingat kamera ye.. kikikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak ingat sebab kalut nak merasa kek lapis tu.. tester dia habis dikerjakan. kongsi semoga ada manfaat buat semua =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.