December 2014 | SITI.YANG.MENAIP

CUTI-CUTI MALAYSIA / JALAN-JALAN KE KUCHING SARAWAK

Entri sebelumnya diSINI.

KUCHING SARAWAK : KAMPUNG BUDAYA SARAWAK + BAYARAN SAMAN TRAFFIK + KEK LAPIS SARAWAK + PENERBANGAN DELAYED. Baik !! Mari kita sambung lagi kisah pengembaraan aku dan Shu yang tertangguh di bumi Sarawak. Sebelum memori aku menjadi samar-samar baik aku cepat-cepat sambung cerita. Kang info semua kelaut sebab dah lupa. Lega lepas balik ke hotel and merehatkan diri. Kaki sakit lenguh sendi semualah lepas dengan yakinnya mendaki gua. Alhamdulillah lepas bangun tidur kurang sikit sakitnya. Biasalah travel kalau tak lenguh sana sini bukan travel namanya. Bangun pagi and siap sedia nak keluar dan terus check out. Hati kembali gundah gulana sebab itinerary terpaksa diubah secara drastik. Kami mencapai kata sepakat untuk selesaikan bayaran saman sebelum pulang ke Semenanjung. Boleh baca kisah kami disaman diSINI. Lepas check-out kami terus mencari jalan untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Bersetuju untuk tidak sarapan sebab nak catch show kebudayaan yang paling awal. Perjalanan memakan masa selama 40 minit dari Kuching. Perjalanan smooth and hujan renyai sikit. Jalan tidak seteruk perjalanan nak ke Serikin. Lebar dan sekali lagi aku nak puji pemandu di Sarawak. Berhemah semuanya. Sampai di Kampung Budaya Sarawak dalam waktu yang dirancang. Pukul 9.30AM. Elok sangatlah tu sebab tempat tu baru nak beroperasi. Sebelum tu kami ada Google tentang tempat ni. Bayaran masuk adalah RM60 untuk seorang dewasa. Pada mulanya rasa macam membazir jugalah nak spend sebanyak itu sebab dah kena saman. Jadi macam tak nak buang duit lagi. Tapi orang kata wajib ke Kampung Budaya Sarawak ni kalau dah sampai ke Sarawak. Tak lengkap journey kalau tak singgah. Terletak di kaki Gunung Santubong menjadikan Kampung Budaya Sarawak ni lebih special. Cantik view Gunung Santubong. Kami ada ambil few pics jugak tapi tak berapa nak clear. Maklumlah camera memasing tak boleh nak tembak jejauh. 

Kalau bayar RM60 dapat passport boleh cop-cop bila kita dah jejak ke rumah-rumah tertentu. Jadi kami ingat bila dah bayar murah tak dapatlah passport. Tapi dia hulurkan juga satu buku passport. Kami ambil saja tanpa banyak soal. Kampung Budaya Sarawak ni tersangatlah luas. Tempat ni mengumpulkan rumah-rumah dari suku kaum yang ada di Sarawak. Ada lapan rumah kalau tak silap aku. Nak terjah satu-satu pun memakan masa. Jadi aku dengan Shu hanya jalan semampu kaki kami melangkah dan patah balik ke main building untuk tengok performance. Jujurnya aku tak larat sungguh nak pusing satu tempat ni. Kami hanya masuk empat rumah sahaja. 


















Ada perkhidmatan untuk sewa costume jugak. Kalau teringin nak bergambar and merasa pakai pakaian traditional bolehlah sewa. Tak adalah mahal sangat. Range dari RM10-RM30. Makcik tu siang-siang dah cakap size aku tak ada. Hampeh lah tempat ni. Diskriminasi. Mamat tadi pun reject bila aku suruh main gendang. Ni makcik sewa baju pula memadamkan keinginan aku. Aku pun tanak haih pakai. Seksi seksa semua ada. Kang balik Semenanjung mak aku hambat. Kawan aku pesan. Kalau masuk Kampung Budaya Sarawak kena cari Rumah Orang Penan sebab orangnya seksi and muncit cem pakcik di atas. Cute katanya sebab tutup tang tu saja. Lawak betul  bila kami sampai dan mengiyakan apa yang kawan aku cakap. Opppsie bukan part cute tapi part muncit. Tu yang kami tergedik-gedik nak cari pakcik ni dan bergambar. Sporting abes. Dia pun dah tak larat nak posing. Ramai benar nak bergambar dengan dia. Kat sini pun boleh menyumpit juga. Sumpit berat yang original tu. Bukan sumpit mainan manja-manja yang kami try di Rumah Orang Iban. Next kami ke rumah lain pula. Dah budget yang rumah tu maybe rumah yang last kami akan terjah. Waktu pun dah almost pukul 11.00 pagi. Masuk ke dalam rumah ni disambut oleh pekerja yang senyum sokmo. Ada penari-penari yang dah get ready. Comel-comel semuanya. Kat sini kitorang sempat join and tengok mini performance dari penari-penari yang memang ada. Kebetulan ada rombongan dari sekolah sains mana tah jadi suasana memang meriah. Bebudak tu semua pulak nenakal aje dok ngusik kakak-kakak comel yang dok menari jejoget. Lepas tu bolehlah uols nak bergambar ke apa ke dengan dancers tu semua.














Then dengan peluh yang semakin mencurah-curah kami menapak ke hall. Ramai dah orang yang berkumpul kat sana. Kami terpaksa beli air mineral sebab dah haus sangat-sangat. Cuaca tak adalah panas sangat. Mendung saja tapi bahangnya terasa sungguh. Bayangkan those people yang datang tengahari or petang. Dah duduk rilex kami terus masuk hall. Orang dah penuh but alhamdulillah ada seat untuk kami duduk. Agak strategik jugak seat yang kami dapat. Tak lama lepas duduk performance terus mula. Sebagai persembahan penutup semua penari naik ke pentas and jejoget lagu 1Malaysia yang versi rancak and omputih tu. Meriah and happening. Penonton pun dijemput naik untuk menari sekali. Ada ramai jugak penonton yang sporting. Sejujurnya persembahan memang tip top. Aku rasa macam aku melancong ke negara lain and kagum dengan persembahan etnik yang dipersembahkan. Itulah hakikat kita ni. Belum pun habis sebenarnya mengenali identiti negara sendiri. Aku cakap pasal diri aku ya. Nak sangat tengok tempat orang tapi yang ada kat negara sendiri belum khatam. Masih banyak yang perlu diexplore. Tengok negara orang wajib ditanam cita-cita itu sebab itu kepuasan lain. Toksah nak compare sangat bab tu. Tapi bila aku dah jejak kaki ke Sarawak aku sendiri terpegun dengan new experience yang aku dapat kat sana.

-MALAYSIA TRULY ASIA-

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
93050, Kuching, Sarawak

9.00 AM - 5.00 PM

HARGA TIKET
Dewasa : RM60
Kanak-kanak : RM30
Student Card : RM30

WAKTU PERSEMBAHAN
11.30 AM / 4.30 PM

Facebook Page - Kampung Budaya Sarawak

Persembahan ni lama juga. Almost one hour. Jadi kalau uols nak datang ke sini make sure tidak melepaskan peluang untuk tengok performance okay. Ada dua sesi persembahan dalam sehari. Lepas daripada show kami terus decide untuk keluar. Kami decided untuk balik ke Kuching and selesaikan urusan duniawi yang menghantui kami sejak tiba di bumi Sarawak. Before that kami cari tempat makan and tak ada kedai specific pun. Mana yang kitorang rasa sesuai nak makan kami just had our lunch there. Sedap juga and haruslah makan mee kolok kan.

BAYAR SAMAN TRAFIK DI KUCHING SARAWAK

Untuk bayar saman di Kuching Sarawak bukan kena pergi ke Balai Polis. Ada bangunan khas untuk bayaran saman saja jadi kenalah kesana. Dengan redha aku bayar saman malas nak question lagi. Kalau betul aku salah baiklah aku bayar kalau saja-saja pandai-pandailah tuhan balas. Redha dengan apa yang terjadi dan duit yang tiba-tiba melayang pergi, aku dengan Shu menapak keluar and duduk dalam kereta bertafakur seketika. Masing-masing merenung and terdiam. Ingatkan dapatlah merayu kat kaunter bayaran sebab kami memang tidak bersalah. Tak apalah jadikan pengajaran. Kena perhati betul-betul kalau nak parking di Sarawak. Tengok jam dah almost 3.00PM. Kami janji nak pulangkan kereta pukul. 5.30PM di kawasan airport. Walaupun masih ada few hours tapi tak boleh temenung lama-lama. Kami decide untuk ke Kampung Boyan sekali lagi untuk beli kek lapis. Dalam pada sayu duit melayang kena juga letak tepi and shopping kek lapis untuk mereka-mereka yang ada dirumah. Kali ni kami tak naik bot kami bawa kereta terus kesana senang nak angkut semua hasil tuaian. Masih berpandukan GPS and alhamdulillah sampai ke destinasi yang dituju.

KEK LAPIS DAYANG SALHAH DAN MIRA CAKE HOUSE DAN IKAN TERUBUK MASIN KAMPUNG BOYAN

Hari sebelumnya kami dah rasa puas-puas kek lapis di dua kedai yang famous iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah. Aku jujurnya lebih suka kek di Mira Cake House sebab lebih moist. Tapi ikut tekak dan selera masing-masing jugalah. Jadi aku beli ikut kemampuan dan terpaksa aku limitkan pembelian. Pada asalnya nak masukkan kek lapis sebagai hadiah untuk giveaway tapi terus jadi tak mampu. Rata-rata harga kek lapis adalah RM10 sebungkus tapi ada juga yang berharga RM20 dan kalau nak lagi besar RM60. Aku jatuh cinta abadi dengan Kek Insang Pari. Bukan kek lapis pun tapi kek buah. Dah memang peminat kek buah jadi dimana-mana pun tetap menjadi pujaan hati. Aku beli kek lapis untuk ahli-ahli keluarga di Bangi. Bila berbelanja banyak di Mira Cake House dapatlah kotak untuk membungkus kek-kek yang dibeli dan disusun dibalut dengan rapi. Senang nak bawa naik flight. Ditepi kedai Mira Cake House dah siap ada kedai ikan terubuk masin. Selain kek-kek lapis yang sedap, Sarawak juga terkenal dengan ikan terubuk masin. Kongsi dengan Shu kami ambil 10 ekor yang sederhana besar dengan harga RM50 sahaja. Asalnya seekor RM8 tapi dah diturunkan harga. Wajib jugalah beli sebab memang sedap. Kalau peminat ikan masin mesti suka. Aku tak ada mood nak ambil gambar sebab hati masih gloomy dengan pelaburan saman. Sebab tu tak ada gambar aku nak provide untuk korang. Jujurnya sampai ke hari ni masih tak goreng-goreng lagi ikan terubuk masin tu. Dok kepam dalam fridge kat rumah nenek. Apa makcik aku nak buat pun aku tak tahu. Selesai melabur di Kampung Boyan kami teruskan perjalanan ke airport. Pukul 5.00PM kami dah sampai di airport. Drop luggage dan aku pergi parking. Tunggu untuk Kak Fiza datang ambil kereta. Pada asalnya flight balik adalah pada pukul 7.30PM jadi elok sangatlah untuk drop luggage. Bila sampai di kaunter check-in tetiba staff Air Asia tak bagi drop luggage lagi. Katanya tunggu dulu. Kami pun berdirilah di one corner sampailah satu SMS masuk. Penerbangan ditunda ke pukul 8.10PM katanya. Jadi kaunter check-in untuk ke Kuala Lumpur dibuka pada pukul 7.10PM. Alamak rasa resah sangat sebab aku dahlah minta tolong kawan aku ambil di KLIA2. Kesianlah kawan aku kalau lambat esoknya dia kerja. Memang tak jadi apa nak buat macam mana kena tunggu jugalah. Kami melepak di surau alhamdulillah selesa. Selesai menguruskan urusan kereta dengan Kak Fiza dan kasi surat saman dan resit bayaran. 

Elok kami dah masuk ke departure hall aku dapat satu lagi SMS. Kali ini penerbangan ditunda lagi ke 8.45PM pula. Ya Rabbi dah kenapa macam ni. Aku terpaksa call sana sini nak inform macam-macam. Nak nangis dah rasa masa kat airport. Kalau boleh aku tak naklah susahkan orang ambil aku tengah malam. Duduk termenung di departure hall and perut mula lapar. Discuss dengan Shu nak makan apa and finally makan di Merry Brown. Elok duduk boleh pula dapat satu lagi SMS dari Air Asia. Penerbangan ditunda ke pukul 9.10PM pula. Serious aku memang dah bergenang air mata. Yup emotional sebab aku dah terpaksa call sana sini nak make sure ada orang boleh tolong ambil aku. Penerbangan dahlah makan masa dua jam nak sampai Kuala Lumpur. Call sepupu and they said boleh tolong ambilkan. Eventhough dah sedikit senang hati disitu tapi still rasa tak puas hati sebab dah kena susahkan orang. Makanlah suap bubur nasi pelan-pelan dengan tak ada seleranya tapi kebuluran. While makan kami dengar announcement yang passengers untuk penerbangan ke Kuala Lumpur sila ke gate untuk penerbangan segera. Waktu tu baru pukul 8.15PM jadi aku ingatkan adalah flight awal sikit untuk balik ke Kuala Lumpur. Tapau makanan and berlari-lari ke gate perlepasan. Orang dah ramai beratur. Aku ingat memang dah nak naik flight. Lepas tu one final announcement. Penerbangan ditunda lagi ke 9.45PM pula. Dah kenapa ni main-main dengan passengers ? Kita punyalah kelam kabut berlari. Dah naik mengantuk rasanya menunggu. Waktu dah melepasi pukul 9.45PM seperti yang dijanjikan tapi tiada sebarang pengumuman pun dibuat. Passengers yang lain dah nampak makin resah. Ada yang dah mula jalan kehulu kehilir. Aku dengan Shu muka dah sememeh redha and duduk menunggu. Menjelang 10.15PM akhirnya sebiji kapal terbang telah mendarat dengan jayanya. Orang lain dah mula berdiri tapi aku dengan Shu masih duduk dulu kasi passengers yang kat dalam tu keluar. Akhirnya lepas dah beratur dah bermasam muka mencuka around 10.45PM kami berlepas dari Kuching International Airport dan mendarat di KLIA2 dua jam berikutnya. Keadaan di KLIA2 dah macam zombiland. Tak ada selera rasanya nak singgah mana-mana kedai even just to buy a cup of coffee. Kak Ecah dah sedia menanti di luar and kami merempit pulang ke Putrajaya. Lepas dah sampai rumah Kak Ecah sepupu aku dah tunggu nearby Alamanda and kami konvoi pulang ke Bangi. Ramainya yang terpaksa aku susahkan. Lepas ni aku rasa nak pergi mana-mana tinggal sajalah kereta di airport bayar sikit daripada terpaksa macam ni. 

THANK YOU KUCHING.. I HAD FUN

Alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Lumpur walaupun delayed berjam-jam lamanya. Adalah hikmah tersembunyi percaturan terbaik dari-Nya. Salah satu bucket list untuk tahun 2014 berjaya tercapai. Aku memang berhasrat nak menjejakkan kaki ke semua negeri yang ada di Malaysia. Syukur dengan izin-Nya aku dapat melawat Kuching.  Walaupun aku tak merantau setiap pelusuk negeri Sarawak, tapi adalah kiranya aku tinggalkan jejak dan memori di sesebuah tempat dan negeri yang aku dah pergi. Lepas ini tak adalah istilah 'negara sendiri belum habis pusing dah berangan nak pusing negara orang lain..' Dah berjaya mengelilingi Malaysia. I am a proud Malaysian gituuu.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.