2015 | SITI.YANG.MENAIP

THE HEAVEN ON EARTH - PENGINAPAN CONDOTEL MEWAH DI THE HAVEN LAKESIDE RESIDENCES IPOH. Sesuai dengan gelaran 'The Heaven on Earth' yang diberikan, The Haven Lakeside Residences yang terletak di Ipoh menjanjikan pengalaman berharga buat semua pengunjung yang datang menginap disini. Persekitaran yang eco friendly di pinggir bandar dikelilingi gunung batu kapur semulajadi yang berusia jutaan ribu tahun dan flora fauna yang terjaga rapi memang sangat superb. Sejuk dan damai terasa. Thanks to Sally Samsaiman who offered me to join the team and spend a night di suite room The Haven Lakeside Residences. Nak harap aku yang dapat jemputan memang taklah jadi kita pergi menempek. I made new friends too. Kawan-kawan bloggers yang famous, Ayue Idris, Naomie dan Eyzamiel. It was a splendid stay I must say.

THE HAVEN LAKESIDE RESIDENCES IPOH

The Haven Lakeside Residences menawarkan pengalaman penginapan mewah bilik suites untuk semua. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu destinasi percutian bersama yang tersayang, ahli keluarga dan juga kawan-kawan. Kalau rasa nak lari bawa diri dari kesibukan kota dan bertenang disini pun boleh. Confirm hilang semua stress dan tekanan. Masuk ke kawasan The Haven Lakeside Residences memang terus terpukau dengan keindahan sekeliling. Kawalan ketat dari pondok pengawal sangat bagus. Disapa mesra dan diterangkan serba sedikit tentang The Haven Lakeside Residences. Lagi teruja nak masuk. Tak sabar !! Jom kita masuk dan explore The Haven Lakeside Residences.





Awesome. Ternganga aku dan Sally bila lepas saja entrance sebab terpukau dengan keindahan sekeliling. Patutlah The Haven Lakeside Residences ni diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kami terus parking dan selesaikan urusan untuk check-in. Nama pun kawasan residences jadi ada unit yang owned by public. Bukan semua unit dibuka untuk pengunjung. Jadi kita kena really ikut rules yang ditetapkan. Ada tiga towers di The Haven Lakeside Residences. Aku dan Sally duduk di aras lima belas Tower Banyan. Masuk ke dalam suite dan sekali lagi terpegun. Pernah sekali merasa duduk di Suite Room Equatorial Cameron Highlands (Copthorne Cameron Highlands) tapi Suite 2 + 1 Lakeside View di sini lagi besar dan selesa. Jakun. Setiap pelusuk ruang kami terjah. Aku pandang Sally.. Sally pandang aku. Besar sangat. Memang sesuai untuk keluarga besar yang ada ramai ahli keluarga.

LOKASI THE HAVEN LAKEVIEW RESIDENCES


GPS Coordinates: 
Latitude N-4°38'14.2, Longtitude E-101°9'43.2

THE HAVEN LAKESIDE RESIDENCES
Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia

Phone : +6 05 220 9000

Hotline : +60 1700-8-1700-0

Fax : +6 05 220 9011

Web : The Haven Lakeside Residences

Email : reservations@bestwesternhaven.com.my

2 + 1 LAKESIDE VIEW SUITE

Bilik yang kami dapat memuatkan enam orang atau lebih. Pandai-pandai adjust kalau nak sumbat lebih ramai. Aku tak perlu ajar. Dua bilik tidur dan satu lagi bilik ada sofa panjang. Ruang dapur dilengkapi tempat masak dan meja makan untuk enam orang. TV flat screen dan sofa panjang turut disediakan untuk keselesaan pengunjung. Dari balcony pula jelas nampak keindahan alam semula jadi yang terpelihara. Tak perlu switch on aircond pun dah rasa nyaman. Jom kita buat tour sikit. Mesti korang pun akan fall in love dengan suite ni.

Ruang Dapur dan Ruang Makan.

Master Bedroom dan Toilet.

Bilik Kedua.

Toilet di Master Bedroom.





Besar dan luas sangat. Memang puas hati kalau nak bermalam ramai-ramai di The Haven Lakeside Residences Ipoh. Angkut adik-beradik mak ayah semua sekali mesti meriah. Asalnya bercadang nak tidur berasingan tapi masing-masing takut sebab bilik besar sangat. Jadi tidur sebilik saja. Senang nak pillow talk.

HARGA BILIK-BILIK SUITE DI THE HAVEN LAKESIDE RESIDENCES

Selain daripada Bilik Suite 2 + 1 Lakeside View yang kami dapat, ada banyak lagi jenis suites yang disediakan di The Haven Lakeside Residences. Korang boleh pilih bilik mana yang sesuai dengan jiwa. Yang bersesuaian dengan budget dan harga yang korang nak. Kalau bawa ramai ahli keluarga, kenalah bilik yang lebih besar. Kalau sekadar nak romantika cinta, cukuplah sekadar satu suite yang comel. Aku kongsikan sikit antara jenis-jenis bilik yang disediakan di The Haven Lakeside Residences.

One Bedroom Suite.

2 + 1 Lakeview Suite Standard.

2 + 1 Lakeview Deluxe.

3 Bedroom Executive Suite.

3 + 1 Bedroom Premier Suite Living Room.


Bestnya kalau dapat bercuti ramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. My honest opinion about the suites dan harga : Berbaloi. Semua services yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Worth every penny. Bolehlah korang rancang percutian dengan keluarga atau kawan-kawan ke The Haven Lakeside Residences. Escape the hustle and bustle kesibukan bandar dan bercuti di sini. Tenangkan jiwa dan hilang stress dengan kehijauan alam semulajadi. Rancang percutian awesome korang sebaik mungkin. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TEMPAT MENARIK DI GEORGETOWN PULAU PINANG - PG GOLD MUSEUM. PG Gold Museum adalah antara puluhan tarikan dan tempat menarik yang ada untuk dilawati di Pulau Pinang. Siapa yang suka emas wajib datang singgah ke PG Gold Museum. Dengar emas mulalah mata nak bling bling kaa-ching bagai. Aku jamin ramai yang suka. Korang for sure tahu apa itu Public Gold tahu. Kakak-kakak dan makcik-makcik yang kumpul emas mesti tahu punyalah. Public Gold adalah antara beberapa syarikat yang menjalankan bisnes jual beli emas kepada orang ramai. PG mengambil inisiatif dengan membina sebuah muzium emas dan menjadi yang pertama di Malaysia untuk dikunjungi oleh orang ramai pada Mac 2015. Perkongsian ilmu tentang emas, pameran barangan yang diperbuat daripada emas dan perak, mural 3D, pengalaman memegang emas tulen seberat 50KG, pengalaman melombong emas dan demonstrasi pembentukan jongkong perak dan macam-macam lagi. Jom kita mulakan ekspedisi kita.

PENERANGAN TENTANG EMAS DENGAN LEBIH MENDALAM

Melangkah masuk ke PG Gold Museum ditemani tour guide yang peramah, kita seolah-olah dibawa meneroka tapak perlombongan emas. Memang real rasanya dengan suasana lively gua yang ingin dihasilkan. Dari dinding, tangga dan juga lantai. Informasi tentang emas banyak ditampal di dinding-dinding muzium. Tour guide juga akan menerangkan kepada kita dengan lebih terperinci. Ambil sedikit masa untuk baca semua informasi. Aku sendiri tak sangka menarik rupanya bila baca tentang emas. Barulah tahu serba sedikit tentang jenis-jenis emas, cara untuk kategorikan emas, cara nak dapatkan emas dan perak dan macam-macam lagi. Emas adalah elemen yang sangat padat tapi sebenarnya sangat lembut sehinggakan kalau kita gigit sekalipun boleh tinggalkan kesan. Itulah yang senang nak bentuk jadi gelang-gelang yang kita suka pakai. Emas juga adalah konduktor haba dan elektrik yang bagus. Buka kelas sains pula. Menurut tour guide kami, di kawasan Asia Tenggara, emas paling banyak boleh didapati di Indonesia. Emas dikeluarkan dari gua-gua yang dikorek. Mana ada emas, disitu mesti ada perak juga. Kalau tak silap aku, memang ada disebut dalam Al-Quran tentang emas dan gua. Wallahualam. Betulkan kalau ada khilaf.

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

PENGALAMAN MELOMBONG EMAS DI PG GOLD MUSEUM

Dengan adanya PG Gold Museum, kita boleh merasai pengalaman melombong emas secara manual macam zaman dulu-dulu. Tak perlu pergi jauh ke Sovereign Hill di Australia semata-mata untuk melombong. Mari ramai-ramai datang ke PG Gold Museum dan dulanglah emas puas-puas. Inilah antara tarikan yang PG Gold Museum sediakan untuk pengunjung yang tiada di tempat lain. Ikut nasib koranglah kalau pandai mendulang banyaklah boleh dapat. Kalau nasib tak berapa baik dapatlah seketul saja emas. Tengoklah bersusah payah aku mendulang dapatlah beberapa ketul halus-halus sebagai habuan. Boleh ambil dan bawa balik buat kenangan. Sebab itulah nilai emas sentiasa tinggi. Nak dapat sikit pun terseksa. Kalau tak ada kepakaran memang tak jadi apa. MamiZ pun sakan mendulang. Tour guide dah jauh ke depan tapi kami masih mendulang. Punyalah seronok sampai kena tinggal.

   



Lombong Emas, Mendulang Emas, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

DEMONSTRASI PEMBUATAN JONGKONG PERAK

Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,

Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Muzium Emas, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Tempat Menarik Di Penang, Jongkong Perak, Public Gold, Kedai Jual Beli Emas, Muzium Emas Pertama,


Jongkong Perak, Proses Membuat Emas, PG Gold Museum, Siti Yang Menaip, Tempat Menarik Di Penang, Tempat Menarik Di Pulau Pinang, Muzium Emas, Gold Museum, Gold Maine



Selain daripada aktiviti mendulang yang super awesome, ada juga beberapa tarikan lain lagi di PG Gold Museum termasuklah demonstrasi pembuatan jongkong perak seberat 1KG. Depan mata dia leburkan dan masuk acuan. Fresh siap depan mata dan dapatlah kita pegang dan rasa. Sambil tunggu perak cair, tour guide akan buat penerangan tentang perak dan proses untuk menghasilkan jongkong perak. Selain emas, obviously perak juga sentiasa mendapat tempat di hati peminat-peminat aksesori wanita. Ada orang suka perak dari emas. Sayangnya, perak tak laku kalau nak dijual balik. Tak ada nilai cuma cantik sajalah. Kami diberi kesempatan untuk pegang bar emas tulen yang sangat berat. Tak tahulah berapa nilaian satu bar emas kalau dijual. Nak beli yang kecil pun tak berapa mampu apatah lagi yang lain-lain. 

LOKASI PG GOLD MUSEUM


PG Gold Museum
No 95, 95A & 95B,
First Floor, Lebuh Bishop,
11200 Georgetown
Penang

Open Daily :
9.00AM - 6.00PM

Entrance Fee :
Adult RM28
Children / Senior Citizen RM15

Contact :
+604261 9999 / +60124408916

Email :
enquiry@publicgold.com.my

Facebook - PG Gold Museum

More reviews about PG Gold Museum on TripAdvisor - SINI

Secara keseluruhan memang satu pengalaman yang seronok di PG Gold Museum. Penerangan yang terbaik dan informatif. Tour guise yang sangat mesra. Terima kasih diucapkan kepada pihak PG Gold Museum Georgetown kerana sudi menerima kunjunga kami. Kalau korang ada kesempatan melepak dan meronda around Georgetown dan tak tahu nak kemana, boleh juga consider untuk spend time di PG Gold Museum. Rasai sendiri macam-macam pengalaman unik yang disediakan untuk korang. Boleh beli emas juga kalau korang nak. Sediakan duit saja. Kalau dapat melombong banyak-banyak boleh kita kongsi sama-sama.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG | MELOMPAT BEBAS DI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK BAYAN LEPAS PULAU PINANG. Selepas pembukaan Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya, Jump Street Asia kini dah buka another trampoline park di Pulau Pinang. Ini adalah berita gembira buat orang-orang Pulau Pinang sekalian yang sukakan aktiviti lasak. Antara tarikan terbaru di Pulau Pinang sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Next akan dibuka di Johor pula tak lama lagi. Musim cuti sekolah ni mesti anak-anak mula merengek ajak mak ayah berjalan. Pening kepala dibuatnya. Kalau korang tak tahu mana nak bawa anak-anak bercuti dan beriadah, bawa saja anak-anak ke Jump Street Trampoline Park Penang dan sama-sama melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan. Jump Street Trampoline Park adalah satu playground yang gempak dibina khas dan sesuai untuk orang-orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ada banyak trampolines disediakan dengan kesesuaian jarak tinggi tertentu dari lantai dan juga di dinding untuk dicuba. Jangan risau kalau korang baru first time nak cuba lompat atas trampoline. This is the chance untuk korang cuba dan cabar keberanian diri sendiri. Ajak ramai-ramai join sekali. Angkut satu keluarga dan kawan-kawan datang cuba. Mesti seronok.

AKTIVITI-AKTIVITI DI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG




Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Tower Jump
Foam Pit
Battle Beam

Banyak aktiviti yang ditawarkan di Jump Street Trampoline Park untuk korang cuba. Ada sembilan semuanya. Dari level yang senang hinggalah ke tahap professional. Selain itu ada juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan secara berkala seperti Jump Camp, Jump School dan Jump Aerobic. Jump Street Trampoline Park juga menawarkan perkhidmatan lain seperti Birthday Party Celebration dan Cheerleading. Korang jangan risau sangat. Akan ada seorang dua Jump Referees yang jaga kita while melompat. Janji korang ikut arahan dan jangan tunjuk pandai walaupun korang rasa korang dah hebat. Safety kena always alert dan pakailah pakaian yang sesuai. Kita lebih tahu diri kita sendiri. Kalau korang ada slip disc macam aku, janganlah korang over excited sangat sampai tak ingat yang diri tu sakit. Boleh lompat tapi berpada-pada. Korang akan diberikan sepasang stokin yang khas untuk melompat atas trampoline. Tak adalah licin dan tercedera ketika melompat. Buat senaman regangan dulu sebelum mulakan aktiviti. 

Aku dan beberapa orang bloggers lain telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman melompat di Jump Street Trampoline Park Penang. Teruja sangat sebab aku jarang buat aktiviti-aktiviti macam ni sejak sakit. Dah ada peluang, kita grab. Mari kita uji tahap kecergasan dan ketahanan diri. Bila semua dah berkumpul, ada taklimat dari Jump Referees. Diingatkan tentang keselamatan dan sebagainya. Beberapa rules yang penting diingatkan supaya nanti tak ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Dah mengeliat dan stretching apa lagi. Jom kita lompat..










Masa yang diberikan untuk satu sesi adalah selama satu jam saja. Dalam tempoh satu jam itulah kita akan dibawa untuk merasai pengalaman melompat sakan di atas trampoline. 

1. Ice Breaker/Main Court
Safety briefing yang diketuai oleh Jump Referees dan safety briefing. Lima jenis tricks akan diajar oleh Jump Referees di Main Court untuk dicuba adalah Straddle Jump, Tuck Jump, Pike Jump, Knee Drop dan Seat Drop.

2. Trampoline Dodgeball/Dodge Ball Courts
Perlawanan Dodgeball diantara 2 pasukan menggunakan format Round Robin dan ada kiraan mata untuk menentukan pemenang. Hanya tiga minit saja masa yang diberikan untuk bermain.

3. NBA Sharp Shooter/Slam Dunk Lane
Berminat dengan sukan basketball atau fan anime Slam Dunk korang wajib cuba aktiviti ini. Semua orang akan diberikan peluang untuk mencuba. Objektif permainan adalah untuk skor sebanyak mungkin dan jumlah dalam tempoh dua minit.

4. Foam Pit Relay/Foam Pit
Dua kumpulan akan lompat serentak ke dalam Foam Pit dan perlu cepat keluar untuk tag pemain lain. Ulang langkah yang sama sehingga semua pemain selesai membuat lompatan.

Semua court kami bolot dari yang pertama sampailah untuk orang-orang high performance. Aku suka the first court (Main Court) daripada court lain. Di Main Court nanti Jump Referees akan ajar several jump tricks. Ada duduk dan lompat, ada pusing ada angkat kaki dan banyak lagilah. Aku rasa ada yang senang dan ada yang agak mencabar untuk buat. Bila tukar ke court lain, cabaran lagi susah dan aku tak berapa mampu dan berani nak buat. Ada court untuk berlawanan Dodge Ball, ada untuk test kepakaran main basketball dan macam-macam lagi. Aku banyak duduk tepi sebab tak mahu lompat sakan. Enjoy sajalah tengok orang lain lompat dan pusing. Yang mana aku rasa aku boleh buat aku cuba. Not bad. Memang seronok. Kalau dapat buat stunt macam orang lain lagilah seronok.

LOKASI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG


Venue :
70, D'Piazza, D'piazza Mall, Jalan Mahsuri, 
Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

Business Hours :
Monday - Thursday & Sunday : 10.00AM - 9.00PM
Friday & Saturday : 10.00AM - 10.00PM

Entry Fee :
Total Price (Monday to Wednesday): RM 22/Pax (Incl 6% GST)
                  (1 Hour Jumping + Reusable Socks )

Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
                  (1 Hour Jumping + Reusable Socks)

Facebook - Jump Street Asia
Instagram - Jump Street Asia
Youtube - Jump Street Asia

Register as a member - SINI

Korang tunggu apa lagi bolehlah plan untuk bawa anak-anak korang datang dan melompat di Jump Street Trampoline Park. Aktiviti yang mencergaskan badan. Kalau berminat untuk belajar skill melompat atas trampoline dengan lebih advance, boleh daftar untuk ikut beberapa kelas yang dianjurkan. Nanti boleh lompat macam orang professional. Sambil pejam mata pun dah boleh lompat. Terima kasih pihak Jump Street Trampoline Park untuk peluang ini. I had so much fun.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
CADANGAN TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | ROCKSTARZ BURGER : BURGER ROCKERS SEJATI YANG AWESOME. Are you ready to rock and roll. Tiba-tiba aku pun berjiwa kental seorang rocker. Semua sebab makan burger di Rockstarz Burger pada hari Ahad lepas. Layan burger gempak boleh masuk list Tempat Makan Best Penang untuk korang semua terjah. Tak kisahlah sama ada jiwa rockers atau sekadar mengaku rockers tapi dalam hati ada taman, semua pun boleh menikmati burger sedap di Rockstarz Burger. Jom kita sama-sama telan air liur sambil teruskan membaca.

SEJARAH ROCKSTARZ BURGER

Sempat bersembang dengan owner Rockstarz Burger, Encik Saiful Danial dan Encik Saiful Irwan berjaya juga korek macam-macam. Tiga tahun dah sebenarnya Rockstarz Burger berada dalam industri pem'burger'an di Penang bukan sehari dua baru mencipta nama. Pernah menjadi tempat makan pilihan program TV popular iaitu 'Jalan-Jalan Cari Makan' pada tahun 2014. Asalnya buka gerai tepi jalan saja tapi disebabkan demand yang tinggi daripada masyarakat setempat, dua adik-beradik ini akhirnya dapat buka kedai. Lebih selesa dan more people can come untuk rasa burger rockers resepi rahsia mereka berdua. Memang tabik spring. Kedai pun super cool dengan deco yang menarik terasa sungguh aura rockers dalam diri masing-masing. Kemudahan seperti surau dan tandas juga ada disediakan. 








LOKASI KEDAI ROCKSTARZ BURGER


Rockstarz Burger
118, Taman Tunas Muda,
Jalan Dato' Ismail Hashim,
11900 Sungai Ara,
Pulau Pinang

 019-429 9309 (Sungai Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam / Greenlane)

5.00PM - 1.00AM
Isnin - Ahad

Facebok Page - Rockstarz Burger
Instagram - Rockstarz Burger
Twitter - Rockstarz Burger

Orang Penang especially yang tinggal di Sungai Ara memang mohong sangat kalau tak tahu kedai ni terletak dimana. Yang lain jangan risau sekarang dunia dah canggih. Orang jauh pun kalau tenyeh phone masing-masing mesti jumpa kedai Rockstarz Burger. Aku dah check dalam Waze alamat dan lokasi semua betul confirm tak sesat. Parking pun senang nak dapat. Kedudukan kedai pun tak adalah jauh sangat dari tempat tumpuan pelancong seperti Georgetown. Mengikut pemerhatian aku, orang mula ramai datang ke Rockstarz Burger bermula pukul 8.00PM. Memang sibuk habis pekerja-pekerja Rockstarz Burger nak melayan pelanggan. Tak menang tangan. Kalau ada yang terlambat seminit dua tu bawa bersabar jangan marah-marah.





MENU / BURGER-BURGER YANG ADA DI ROCKSTARZ BURGER







Rockstarz Burger menawarkan pilihan burger yang pelbagai untuk pelanggan. Menu-menu akan bertukar atau bersilih ganti supaya tak jemu. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba pilihan burger berubah. Sajalah sesekali nak tukar selera pula. Asyik yang sama nanti cepat bosan. Ada juga burger yang khas untuk musim perayaan saja. Jadi korang boleh pilih dan rasa different burger setiap kali datang ke Rockstarz Burger. Hampa sebut saja nak berapa layer. Setakat satu dua dah biasa sangat. Tiga pun boleh. Make sure perut korang ada space untuk terima burger heavy metal tiga layers dari Rockstarz Burger. Nama-nama burger juga diberikan berdasarkan nama-nama band rock terkenal tanah air dan antarabangsa. Pssst.. Burger khas untuk vegetarian pun bakal diperkenalkan tak lama lagi. Burger pilihan aku adalah The Metallicheeze, The Rockstarz, The Wings dan The Red Hot Curry Chilleez. 

Tak guna korang telan air liur mengadap screen. Cepat-cepat ajak kawan-kawan datang serbu Rockstarz Burger. Mesti korang tergoda tengok beef dan chicken patty yang juicy dan lembut. Semua patties adalah 'homemade' recipe. Tak ada yang sejuk beku. On the spot minced beef and chicken akan dibentuk menjadi patty burger. Memang flavour pun original dan thumbs up. Selain menu utama iaitu burger, ada juga beberapa side menu yang lain seperti fries, meatballs, curly fries dan onion rings. Aku suggest korang cuba meatballs dan curly fries. Sedap.



Habis riuh kedai Rockstarz Burger bila geng kami dapat berkumpul bersama ramai-ramai. Terima kasih kepada owner yang sangat baik hati menjemput dan melayan kehendak kami. Kami sangat menghargai semuanya. Semoga perniagaan semakin maju dari hari ke hari mendatang dan dapat dikembangkan dengan lebih luas. Terima kasih daun keladi, lepas ni boleh jemput kami lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.