IOI CITY MALL DAN DISTRICT 21 : DAYA TARIKAN BARU DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA | SITI.YANG.MENAIP

IOI CITY MALL DAN DISTRICT 21 : DAYA TARIKAN BARU DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

/
98 Comments
February 02, 2015
IOI CITY MALL | DAYA TARIKAN BARU DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. Alang-alang balik Balik terus lajak singgah IOI City Mall yang baru saja beroperasi. New perfect place untuk hangout. Daya tarikan terbaru di Putrajaya. Hari-hariku haruslah diisi dengan aktiviti yang tidak dapat dilakukan di Pulau Pinang iaitu melepak bersama kawan-kawan. Momon berbaik hati untuk datang mengambil aku di rumah nenek untuk keluar berjalan. Aku memang suka ada orang datang jemput hantar balik sampai depan rumah. Nak cuba ronda tempat baru dan dalam masa yang sama nak mencari tempat makan yang best di kawasan Putrajaya. Kisahnya kami berdua tak ada modal pun nak berjalan sakan sangat pun. Setakat nak pergi makan bolehlah. Bangunan IOI City Mall sangat besar. Penat nak berjalan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Orang sangat ramai. Tempat shopping baru. Bersempena dengan sale untuk perayaan Tahun Baru Cina. Bangsa lain turut mengambil kesempatan untuk shopping. Pilihan outlet makanan yang banyak untuk dipilih. Memang sesuai kalau nak makan sedap dan best. Banyak kedai barangan yang berjenama. Jujurnya almost semua favourite brands aku ada dibawah satu bumbung. Tapi mampu tengok cuci mata saja. Terapi jiwa. Ice skating rink pun ada tapi orang terlalu ramai. Kecil saja tapi bolehlah kalau nak cuba main. Nak ambil gambar pun susah. Kedudukannya sedikit tersorok. Kena buka mata luas-luas.

IOI City Mall
Lebuhraya Lembah Kelang Selatan,
IOI Resort,
62502 Putrajaya, Selangor.












DISTRICT 21 DI IOI CITY MALL

Dalam bangunan IOI City Mall ini  juga ada another daya tarikan yang lain dan menarik untuk pengunjung. Konsep yang lebih kurang sama saja dengan Escape yang terletak di Pulau Pinang, District 21 menawarkan kawasan seluas 70 000 kaki persegi dan beberapa aktiviti untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti Wall Climbing, Roller Glider, Go Pedal, Trampoline dan banyak lagi. Kami tak masuk pun. Aku memang tak kan punya buat aktiviti macam ni. Momon mungkin sebab dia suka. Tapi kami boleh masuk untuk jenguk apa yang ada di dalam.



 




Aku tengok sambutan agak menggalakkan. Tapi ramainya kanak-kanak. Bukan mereka yang muda remaja or dewasa. Ada tapi tidak ramai. Yang sedang mencuba nasib mempertaruhkan nyawa bergayut pada palang-palang pun ada. Jangan risau. All the safety precautions haruslah dah diambil. Jadi kalau berminat bolehlah lapangkan masa untuk mencuba. Untuk maklumat lanjut sila rujuk District 21 IOI City MallSakan pusing satu bangunan tapi kedai yang dicari masih tak jumpa. Puas belek directory dan akhirnya kami bertanyakan kepada pekerja di salah satu kedai yang ada. Rupanya kena keluar dari bangunan. Outlet diluar. Nak cari jalan keluar satu usaha pula. Akhirnya jumpa. Tapi orang terlalu ramai. Padamkan niat nak makan di Dip N Dip. Insyallah ada kesempatan lain. Tak sanggup nak tunggu giliran. Hari pula makin senja. Aku dan Momon hanya bersiar-siar di kawasan luar bangunan. Cuci mata. Ada kolam cantik macam di KLCC. Water fountain pun ada.









Tepat jam 7.00PM air pancut mula berfungsi. Jam 7.30PM pula ada irama yang dimainkan dan air pancut akan bergerak seiring bersama melodi. Berwarna-warni dan menarik. Overall aku kasi empat bintang untuk IOI City Mall. Bakal pergi lagi bila poket menebal. Saingan Alamanda tapi jujurnya aku rasa Alamanda lebih sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga untuk bersantai. IOI City Mall terlalu hectic. Korang yang dah pernah datang ke IOI City Mall rasa macam mana pula. Seronok atau tak marilah kongsikan bersama pandangan masing-masing.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

98 comments:

  1. eh CT orang Bangi? Ingat kan orang Penang.. ler kesian kat Penang takde kawan ker. Jom ler lepak sama bebila jom=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung mak dibangi tapi rumah dipenang. mak ayah keje sana.. hehehe.. jom jom.. Cik Siti banje eh ? =P lagi laju on hehehe..

      Delete
  2. Kalo p bangi mmg dok lalu tepi ioi ni. Tp biasalah kan hubby x minat p tempat2 bersesak2 mcm ni. Dia lebih suka p OU awal2 pagi.

    Jadi akk hanya mampu memandang dr luar je lah. Belum ada rezeki lg nak masuk dlm ioi tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala yeee ke Kak Sue. huurm next time datang bangi hello2 iols k.. kalau ada kat bangi ni boleh pi jalan ngan akak..

      Delete
  3. saya pun pernah pegi sini. lebih besar dri mid valley. tpi time saya pegi tak banyak kedai yg bukak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar sangat semput nak menapak. hehehe.. skarang pun masih ada beberapa outlet yang belum buka.. baru sangat lagi kan..

      Delete
  4. akak baru dua kali ke sini, tapi yang kelakarnya tak jumpa lahi tesco yang dicari.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah tesco dia macam hypermart. kecik saja.. baik ke tesco betul tu kalau nak shopping.. tersorok and huhu.. kalau skali lalu memang tak perasan..

      Delete
  5. kite mnggu lepas pusing banyak kali kat situ cari magnum cafe, tapi x jmpe ponnn .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm memang semuanya terperuk. kami pun ronda punya ronda baru terperasan.. magnum cafe dah menghala ke luar bangunan..

      Delete
  6. kalau nak makan magnum tu tak payah lah pergi weekend dengan hari cuti sebab beratur punya panjang macam nak mengundi. hahahha. sabor je lahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha kalah mengundi ye. mengundi pun tak beratur lama.. tak rancang nak makan pun. just ternampak cafe magnum tu.. beli yang kat petronas ajelah hekhek..

      Delete
    2. kawan2 anis sanggup dok beratur semata2 nak makan aiskrim.. baik makan nasi je..hahah

      Delete
    3. hehehe benda tengah hot lalink.. memang gitu.
      tunggu nanti da lama lama sikit.. baru lengang.. nanti bleh try jugak..

      Delete
  7. bestnya pergi jalan2 cik CT kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan jalan cuci mata aje
      poket kering hehehe..

      Delete
    2. Mari BC entri lams hihihihi

      Delete
    3. entry lama sunggu Kak Ekin mai terjah..
      rajin hahaha..

      Delete
  8. akak yaya tag akak http://sweetsouryaya.blogspot.com/2015/02/giveaway-by-ekinrazalli-worth-rm500-to.html

    ioi mall . serius teringin nak g . tapi kitaaa jauh laaaaa ~ magnum tu siap berbaris org . xminat aiskrim magnum . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh adik manish. noted and insyallah kalau ada kelapangan.. nak cover blogwalking ni..

      itulah.. sampai beratur tapi beli tak makan disitu pun boleh. samalah akak not a big fan tapi nak juga try bebila..

      Delete
  9. syoknya sapa la nk bawak saya pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pi shopping kat penang ajelah ZF.. havoc gak queensbay tu hehehe..

      Delete
    2. meh la KL nanti sis JM bawak :-)

      Delete
    3. hihihi Akak JM ajak dah tu. nak belanja skali =P

      Delete
    4. betul ka ni

      saya pantang di ajak

      Delete
    5. aaaaiyark laaari =P

      Delete
  10. Daiso mmg best.. rasa situ lagi murah dari uniqlo kot.. :D
    meriahnya manusia.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memanglah. daiso semua barang rm5 hehe tapi kena belek bebetul. kekadang tak berbaloi beli kat daiso.. baik beli kat pasar malam =P

      Delete
  11. Yang ni tak pernah pergi.. Tapi, kak Ros pernah gi IOI yang kat Puchong tu.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa itu yang lama kan.. ni yang baru hehe.. up sket..

      Delete
  12. Dah bertahun2 SS tak ke sini... Rindu plak tmpt ni... Nampak dah lain skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu IOI Mall la SS.. ni IOI City Mall.. baru bukak aje bulan 12 tahun lepas..

      Delete
    2. hihi SS xmain la shopping kat KL.. dia pi singapore teruih =D

      Delete
  13. ramainya orang kan..fuh, kalau kak wana pun rambang mata tengok macam2 ni..aih, x tahan jiwa tengok..gatal ja tangan nak membeli..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe huntong jalan time poket kering Kak Wana jadi tak ada keinginan nak membeli. cuci mata saja.. kalau ada duit memang habis dah borong semua yang sale..

      Delete
    2. kannn.. memg gatal tgn membeli.kalau lah ada org bagi credit card yg limitless tp org la bayarkan..hehe, kompem pengsan shooping =)

      zinziemeewah

      Delete
    3. oh mai Kak Salihah jangan shopping guna kad kredit huhuhu.. raya kaya kalau swap kad tapi seksa nak membayar. marila shopping ikut kemampuan hihi..

      Delete
  14. Woowwww! Belum pernah sampai sini lagi. Bukan area akak. Tapi one day kita leh ngedate kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Kak Farrah nak ngedate ngan CT ke *lovesparks* hehehe.. insyallah boleh jom kita detim..

      macam ganaz aje 'bukan area akak' hehehe.. area akak mana ? heheh..

      Delete
    2. Hahaha bunyi cam abang long kawasan la pulak kan..Nanti kita detim, gi try kedai eskrim beratur panjang tu ye,..insya Allah :)

      Delete
    3. tula bunyi cem abang kawasan hihi.. yahooo jom jom. nanti CT balik sana lagi kita ngedate makan ais krim kena beratur sejam dua ni hakhak..

      Delete
  15. belum jejak kaki di sini lagi..banyak kedai2 yg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau ada kesempatan boleh terjah.. tapi manusia memang ramai..

      Delete
  16. Saya pun rasa IOI ni maca best. Banyak gila kedai yang jual brands yang saya suka. Hari tu pergi Dal.komm tak buka lagi. Kalau tak, bolehlah lepak kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah !! patbingsu kat Dal.komm tu sedap nyeeee lahai. rupanya ni memang outlet dari korea.. hihi balik malaysia jom lepak ^^

      Delete
  17. Pernah sekali masuk IOI Mall ni masa preggy anak second. Alamak, mana gambar tu ea? Akak pakai blouse soft pinky.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itu IOI Mall kot Kak Shikin.. ni baru lagi bukak.. lebih dekat dengan putrajaya..

      Delete
    2. ahakss..ramai yg confius kan antara ioi mall dan ioi city mall

      Delete
    3. hihi a ah.. ala baru lagi ni orang2 yg duduk dekat lebih tahu..

      Delete
    4. hahaha td SS.. ni kak shikin lak

      Delete
    5. hahah ZF jangan dok gelak kat orang =P

      Delete
  18. belum pergi lagi...walhal dekat jer ngan umah. nnt la. awal2 ni mst sgt ramai org sb pakat dok excited ngan new shopping mall... tgu reda sikit org. tp pernah reda ke org kt shopping mall kl ni..huhuhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kan.. sesak sungguh. orang ramai excited sebab mall baru hehe.. CT suka sebab tempat makan baaaaanyak. pilih saja nak makan kat mana..

      Delete
    2. aishh...ct ni menggoda betul ..awat sebut perkataan makan??? hehehe...xleh lena tidoq dh ni =)

      zinziemeewah

      Delete
    3. hihi jom pi ioi city mall jalan2 cari makan hihihi.. sedapnye hihihi..

      Delete
  19. Wanie duduk bangi jugak, tapi sampai la ni xpernah dapat jenguk lagi IOI tu..baru jugak dia bukak kan..ada masa boleh pergi sana nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa ye ke Wanie ? nanti akak balik sana bolehlah lepak. nanti nanti pergi sekarang orang tengah ramai. best tu best hehe..

      Delete
  20. kalau akak teringin nak sini sebab District 21 tu kot..tapi orang memanjang ramai..mungkin kena ambil cuti hari biasa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Kak Sal memang sukalah yang lasak-lasak tu semua kan.. CT tengok dari kejauhan sajalah hihi.. ala tak perlu ambil cuti Kak Sal. sebab mall ni baru jadi orang semua nak serbu.. nanti nanti okaylah tu..

      Delete
  21. baru je balik dari ioi city mall ni.. temankan anak sedara pi beli toys ... ya ampun orgnye ramai yg amat.. queue nak masuk magnum cafe pun panjang berjela... infact semua tempat makan full house

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi rajinnya temankan beli toys. ke kena belanja beli toys ? hihihi.. itula terbantut niat nak try makan kat magnum cafe tu. tengok ada orang beli makan kat luar. beratur panjang isk isk..

      Delete
  22. Macam menarik. ioi resort ja pernah pi. Mall hat ni tak besa lagi. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish tudia Cik Fafa pi ioi resort tuh.. tidoq sana ka ?

      Delete
  23. nampaj menarik. dari segi kemudahan parking mudah tak CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking space memang banyak tapi pintu exit nak masuk building tak banyak. macam CT parking di ujung building kena menapak jauh untuk masuk bangunan. CT suka parking di The Curve. celah2 mana pun boleh panjat naik ke bangunan =)

      Delete
  24. Amboii. beso IOI Mall ni yee...ekslusif giteww! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi besar sampai tak larat nak jalan hahhaa.. exclusive butik mahai mahai ada sini..
      CT mampu masuk cuci mata saja..

      Delete
  25. Laaa...kg kat bangi ker? Bangi kat mana? Saya kat seksyen 7 ☺

    IOI city mall tu memang besar. Tapi kerusi tak banyak yg ada. Pastu sentiasa full.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi iyee kampung kat bangi. dekat dengan ktm bangi tu bukan bandar baru bangi =)

      owh yes betul. CT ada perasan yang kawasan tak banyak tempat duduk. isk itulah lenguh bagai tapi tempat duduk tak ada. depan magnum cafe tu pun ada sikit aje haih.. tiga empat orang saja boleh duduk..

      Delete
  26. nak pg sini tapi tk berkesempatan lagi...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak apa tak apa.. nanti nanti plan mai okay Cik Viva ^^

      Delete
  27. Bestnye..belum ada kesempatan lagi nak terjah IOI mall ni..jauh sgt ler..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak apa Cik Mimie.. datang KL nanti masukkan dalam list okay ^^

      Delete
  28. Laa... awat tak ajak CN. Hehe... Nak joinnn jgk. Hehe... tp monday CN kerja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh eleh tu CN keje isnin.. ajak pun bukan free hihi.. next time kita plan k.. tapi kiteeee malu >.<

      Delete
    2. hikhik.. tu la kan, sibuk je CN ni nak ikot tp keje. hehe.. nnt kt plan yer. jgn malu2 CT, kalau x nnt CN pun malu jgk :D

      Delete
    3. hihi sama sama malu la nak jumpa >.< haaha..

      Delete
  29. sejak ioi city mall ni siap try gak terjah sekali manalah tahu kalau org tanya pernah pegi ke tak...tak de lah malu nk jawab x pernah so one day tu pegi lah...lebih kurang jam 10 pagi camtu mmg org x ramau bila injak ke jam 12 tgh...wahh...ramainya manusia terutama org melayu..ishhh byk jugak duit dorang ye...bila skodeng harga brg dalam tu mmg sis JM x mampu beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang melayu memang ramai kalo kat shopping mall. x kire sambutan apa pun mlayula paling ramai hihi.. amek kesempatan nak nyopping. CT pegi ni lepas zohor kak.. nak masuk amek tiket parking pun jem hehe.. kejutan budaya tengok orang ramai. memang le barang situ banyak branded nye. kita boleh cuci mata sajalah hihi..

      Delete
  30. tempat mmg luas..just jala2 pusing tgk kedai....then makan di Johny's pastu balik..ada gak cari tempat ice skating tapi x jumpa..adik lak dh sakit kaki so terus chow..kalau x de hal x pegi kot sana..cam ada yg kurang menarik di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ice skating rink dia tersorok sket. and kecik aje Akak JM.. kalo nak main elokla ke bintang o sunway. dahla orang boleh tengok dari tepi2 tu kalo jatuh trgolek memang hazab malunya hahaha.. best sebab banyak pilihan makanan.. nomnom..

      Delete
    2. xpernah try lagi ice skating..huhu

      Delete
    3. best.. kalau tak jatuh cem nangka busuk la =D

      Delete
  31. kalau di tanya nk pegi lagi tak...hurmm....kalau ada hal sgt pegi kalau x ...x pegi kot mcm x ada menda yg menarik di hati kecuali gi mkn kat SEoul Garden tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT suka alamanda lagi tapi kedai2 kat sini best hihi.. cumanya keadaan orang yang bersesak2 tu aje yang malas. akak jumpa ke seoul garden ? kami dak jumpa hahaha.. sesat bagai dalam bangunan ni..

      Delete
  32. scha dh pergi. sampai sakit kaki lah jgak. hahaha. tak habis explore lagi. kemain besorr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguhlah. lenguh kaki nak ronda.. CT pusing2 cari jalan keluar hahaha..
      syukur ingat kereta park kat mana. kalau dak.. tawaf lah tak abes abes..

      Delete
  33. Tak pernah sampai lagi IOI Mall bangi ni. Kalau IOI Mall kat puchong tu selalu la jugak pergi. Kiranya wajib la kalau singgah rumah adik ipar kat puchong tu. Kat situ pun boleh tahan besar jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua besar kat KL nun Mama hehe.. lepas ni boleh lajak ke IOI City Mall pula.. kena tabah menapak. besar yang amat. hehehe..

      Delete
    2. hahaha...selalunya tak pernah habis tawaf. Surrender awai-awai lagi. Penat main kejar-kejar dengan anak-anak.

      Delete
    3. hehehe main kejar-kejar ngan anak-anak tu menarik hehehe.. boleh mengah mak pak jadinya kan.
      terus rasa nak lari balik rumah =P

      Delete
  34. ala kak CT!! nape x cakap datang bangi? sobs T______T ini merajuk gila2 ni. saya pun busy sangat sampai xtahu akak datang bangi. sedihnya x dapat jumpa... maybe one day..

    saya yang duduk dekat dengan ioi pun pergi makan dekat texas chicken je. tak meronda satu mall lagi. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi akak selalu saja balik kampung lah next time insyallah boleh jumpa. akak tak pernah makan kat texas chicken lagi. adus nak meronda tu yang tak berapa nak sanggup hehe..

      Delete
  35. Alamanda pn x pernah sampai lg inikan ioi mall. Hehe. Sehari tawaf pn tak habis ni. Besar betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sehari boleh kot.. tapi pada lah kaki tu nak menapak ahak ahak..
      mai mai kita lepak kat alamanda..

      Delete
  36. menarik juga rupanya. Saya lalu je belum sempat lagi nak menyinggah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik.. kanak2 mesti suka ni..
      bolehlah singgah lepas ni =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.