TRIP BALIK HARI KE CAMERON HIGHLANDS PAHANG : CAMERON LAVENDER + KEA FARM | SITI.YANG.MENAIP

TRIP BALIK HARI KE CAMERON HIGHLANDS PAHANG : CAMERON LAVENDER + KEA FARM

/
81 Comments
March 15, 2015
JALAN-JALAN TRIP BALIK HARI KE CAMERON HIGHLANDSMamiZ ambil cuti untuk hantar DediS berkursus di MRSM Lenggong. Awal pagi lagi kami bertolak supaya DediS boleh sampai sana pukul 9.00AM. Dah hantar DediS, aku dan MamiZ bergerak balik  back to Pulau Pinang. MamiZ buat drama ajak aku balik Bangi. Bukan kami tak pernah buat tapi nanti sendiri yang penat. Minum teh satu round dah nak kena patah balik. Fikir punya fikir aku pun kasi idea untuk naik ke Cameron Highlands. MamiZ bersetuju. Dari Exit Kuala Kangsar terus kami menghala ke Simpang Pulai. Satu jam setengah saja. Itu jadinya aku dan MamiZ boleh tersesat naik atas sana. Family aku kadang-kadang agak impulsive. Idea yang mengejut lebih menjadi daripada yang dah berbulan-bulan rancang. Perjalanan ke Simpang Pulai agak sesak tapi masih lancar. Untuk sampai ke Brinchang pula taklah terlalu lama. Ingat tak kejadian tanah runtuh dan banjir di Cameron Highlands, seram sungguh bila kami lalu kawasan kejadian. Kerja-kerja membaiki masih dijalankan. Kereta-kereta lalu betul-betul di tepi tebing. Sepanjang jalan ada banyak kon. Seram sejuk lemah jantung dibuatnya. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik.

CAMERON LAVENDER CAMERON HIGHLANDS

Sampai di Brinchang kami mula atur mana nak pergi. Aku nak pergi ke Cameron Lavender. MamiZ dah pernah singgah masa trip kawan-kawan sekolah. Tapi aku belum pernah jejak lagi. Time aku datang dulu, Cameron Lavender masih dalam proses pembinaan lagi. Now its my turn pula nak jelajah tempat ni. Masuk saja terus terpukau. Banyaknya bunga. Cantik sungguh. Colourful lagi. Memang waktu aku singgah kat Cameron Lavender ni adalah waktu terbaik. Bunga semua tengah blooming. Kadang-kadang nama saja taman bunga tapi bunga semua mati segan hidup tak mahu. Lavendar pun ada and first time aku tengok lavendar hidup depan mata, Tapi tak banyak sebab pekerja-pekerja tengah kutip nak keringkan. Adoi tak sempat nak tengok lavendar tumbuh penuh. Marilah aku belanja korang semua dengan gambar-gambar bunga yang indah jelita lagi rupawan.




.















Tengoklah bunga-bunga ni semua. Subhanallah. Tak sedar masa berlalu. Aku dah MamiZ spend masa yang agak lama tapi masing-masing tak sedar. Asyik layan perasaan. Memang indah ciptaan Tuhan. Orang tak ramai jadi memang rasa Cameron Lavender ni aku yang punya. Weekdays. Minah bunga juga aku rupanya. Tak sangka dalam hati ada taman. Tapi nanti sesiapa jadi boyfriend and husband aku tak payah nak kasi bunga sangatlah. Aku tak berapa minat sebab nanti aku tak tahu nak letak kat mana. 

PETIK BUNGA / PETIK STRAWBERRY DI CAMERON LAVENDER

Aku rasa Cameron Lavender adalah satu tempat yang dah complete kalau korang nak cari tempat yang menarik untuk buat banyak aktiviti di Cameron Highlands. Semua ada. Korang nak petik bunga boleh petik. Harga pun tak mahal mana. Nak petik strawberry boleh petik. Tak payah nak pergi ke Strawberry Farm. Banyak manalah korang nak petik pun. Plus, kena bayar entrance lain pula  baru boleh petik. Kat Cameron Lavender bayar entrance sekali saja dan bayar harga lain untuk petik Strawberry. Jadi memang jimat kalau masuk satu tempat tapi semua service ada. Pokok cactus saja tak ada disini. Tapi soon mungkin ada. 



CAMERON LAVENDER INFORMATION

Cameron Lavender
Tringkap, Cameron Highlands,
39100 Pahang.

05 - 4961208

Entrance Fee
RM5.00 (Adult)
RM3.00 (Children)

Website - Cameron Lavender

BELI BUAH-BUAHAN SEGAR DI KEA FARM




Rutin wajib kami satu keluarga kalau ke Cameron Highlands adalah pergi ke Kea Farm dan borong buah limau. Kami tak teruja dengan sayur-sayuran or buah-buahan lain. Tapi kalau limau memang sangat teruja nak beli. Kalau beli banyak dapatlah sebiji RM2. Murah sangat dah tu. Besar pula. Sakanlah memilih apa lagi. Memang sedap dan terbaik. Rasa macam nak pergi lagilah. Sebab limau dah habis kena ngap. Nampak tu MamiZ senyum puas hati pilih limau. Aku lebih suka membeli di Kea Farm sebab harga selalunya lebih murah berbanding tempat lain. Souvenirs pun lebih murah. Korang nampak tak kedai yang ada kotak-kotak biru belakang MamiZ ? Semua kotak biru tu penuh dengan strawberry dan harga sekotak hanyalah RM20 saja. Dengar tu terus kami pergi menempek. Murah gila and besar-besar. Aku rasa sebab dah ranum sangat buahnya jadi dia jual murah. But still in a good condition. Bila ranum ada tendency untuk manis dan memang manis yang amat pun. Selalunya strawberry di Cameron Highlands agak masam.

Dah borong itu ini, beli snack keledek rebus dan jagung akhirnya kami beransur pulang. Langit pun dah makin gelap jadi tak berapa sedap hati nak melalui jalan yang sedang dibaiki. Cepat-cepat kami gerak. Apa yang dihajati pun dah dapat. Makan strawberry puas-puas dalam perjalanan pulang. Sedar-sedar dah tinggal beberapa bekas saja. Tak sedar. Bila lagi nak naik Cameron Highlands. Tak mustahil untuk naik dan balik hari saja. Cuma kena pilih dan rancang betul-betul aktiviti. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

81 comments:

  1. lama dah tak pegi cameron highland ni. lawanya bunga2 dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bunga2 memang cantik sebab kembang elok =D

      Delete
  2. wah..memang impulsive.sepesen family akak jugak..cantik gambar bunga-bunga ni terutama yang kemeja merah tu. akak pun suka bunga gak..kalau dapat hadiah bunga memang berbunga-bunga hati walaupun tau bunga tak boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeh bunga kemeja merah tu harusla cantik miahaha.. one and only tu Kak Sal..
      nanti bunga tu kuncup sket makin cun lew *komen cari pasal*

      bleh geng la family kita.. memang on the spot hihi..
      Kak Sal suka bunga eh.. suka jugak tapi CT prefer makanan miahaha..

      Delete
    2. Kak Sal ada adik lelaki tak? leh kenen ke CT..haha..
      (nak carik pasal)..

      Delete
    3. eeeh eeeh kenapa ngan CT ? kenaaaape ?
      tapi ada tak ? miahahaha..

      haaaai kakak =P

      Delete
    4. CT dasar pandang Korea. Dia tunggu abam Kpop.

      Delete
    5. ehehe ala abam korea x kpop pun xpe.. ada iras2 ckuplah..

      Delete
  3. pehhh jalan jalan cameron. bestnyaaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Nani.. kita buat trip kawan-kawan blogger acececeh..

      Delete
  4. Aiceh..dalam ati ada taman ek..hehehe tunggu la si BEE datang hingap..tak lama dah la tu sabaq sat...

    Cik Nun banyak kali dah pi cameron tapi sekali pun tak masuk Cameron Lavendar tu..ToT

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahaha BEE ? tanaklah BEE menyengat.. kang kena sengat sakit miaaha..

      Cameron Lavender ni baru rasanya.. last CT pegi baru nampak tempat ni nak siap..
      belum buka lagi.. tahun lepas la kot rasanya bukak..

      Delete
    2. Hahaha..baik BEE dari ladybird...ngeh3!

      Masa Cik Nun p memang dah buka pun tapi tu lah...tak kesempatan nak masuk tengok bunga..

      Delete
    3. alamak ladybird macam half half saja.. menakutkanlah..

      apa lagi Cik Nun.. time to arrange lah trip ke CH.. cuti-cuti malaysia plak..

      Delete
  5. waaahhh! die pergi Cameron Highland, seronok la tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kite tak ada duit lagi nak travel jejauh..
      dalam process menabung jadi kita jalan2 dalam malaysia dulu =D

      Delete
    2. DP leh plan gi Cameron pula lepas ni utk weekend getaway :)

      Delete
    3. hehehe pegi saja duduk2 tngk pokok.. healing gateway..

      Delete
  6. Lama dah tak pergi Cameron ni. Bilalah nak dapat peluang pergi sini lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe awak tu jauh beribu batu..
      nanti balik Malaysia boleh mai okay..

      Delete
  7. Replies
    1. tengah cuti sekolah ni CN.. bleh la pi jalan-jalan..

      Delete
  8. lamanya tak pergi Cameron, ntah bila nak sampai lagi..

    ReplyDelete
  9. setahun dah berlalu trip sy ke cameron.... indah lihat bunga2 segar di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak pernah jemu kalau pegi sana kan..
      mak ayah CT mmg suka sngt ke sana..

      Delete
  10. cantik2 semua gmbr2 bunga tu... sob sob sob...sy jg yg x lps2 lg ke CH ni waaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jangan risau.. jom jom ramai2 buat trip =)

      Delete
  11. wahhh..lavendar garden...tempat ni memang baru..tapi cantik sangat kan tengok bunga2 yang berkembang... ;-) lawa sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. time dulu tak ada lagi.. dalam setahun lebih kan baru ada..
      kalau singgah sini rasanya dah tak payah singgah tempat lain pun tak apa..

      Delete
  12. sayapun tak pernah puas pergi cameron :)

    ReplyDelete
  13. Bestnya jalan2 ;D hehe

    ReplyDelete
  14. akak hr tu igt ms blk nk singgah lavender farm skali tlajak la.bl tgk pic org tu org ni....arrrggghhh...geramnya...camna leh tlajak...sobbbbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh hai signboard dia besaq kot macam mana boleh terlajak ?
      kena pi balik la macam ni..

      Delete
  15. Nak strawbery CT.. haha.. gamaknya klu pos, habis membusuk dah kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. alamak.. belum sempat post abam posmen amek dulu eheh..
      sampai terus jadi jem ehehe..

      Delete
  16. berjalan sakan kak siti weh! untung aaaa~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa cuti cuti mesia sajeeee le Kakak Sally =)

      Delete
  17. cantik! bak mai lah no phone cik adik manis..leh kita whatsapp whatsapppp kang kalau tetiba nk berjalan-jalan 012-2961984

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh CT dah save no akak nanti wasap ye.. hihi..

      Delete
  18. aduh cantiknya bunga2 semua tu bekenan snagt...

    ReplyDelete
  19. Subhanallah cantik sungguh bunga2 di CH...akk blom smp sana lg. Teringin nk pergi sana. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bungaaaa mana paling cantik ? ahahah jawab cepat Kak Sue =P

      Delete
  20. ish murah betul 1 kotak rm20 sahaja..kalau yan pi masa tu juga yan rembat 5 kotak..huhuhu..tak pernah pi lagi cameron nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aaaih nak buat gapo sampai lima kotak kak ? eheheh
      balik rumah jadi jem semua tu..

      Delete
  21. Boleh hanyut dalam cameron lavender tu. Selfie je laaahhh and ambik gambar! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. duduk situ satu hari pun boleh =)
      duduk saja lepak..

      Delete
  22. G cameron memang wajib beli strawbery.........;-)

    ReplyDelete
  23. Bilalah dapat jejak kaki kat sini...suka tengok bunga2 tu :)

    ReplyDelete
  24. lama dah tak pergi cameron . mesti banyak perubahan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. banyak sangat dah perubahan..

      Delete
  25. Pernah pergi sekali je Cmeron. tu pun tak pergi tengok bunga-bunga tu..alahai cantiknya yang warna purple tu..favourite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hanyut tengok bunga-bunga ni..
      duduk seharian pun boleh =)

      Delete
  26. Assalam siti,
    hamboih3
    meghahnyer mak ngah
    orennya limau :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha hai kak.. kelas kenal warna ke..
      harusla merah mak ngah.. bleh blend in dengan mungee..

      Delete
  27. dah 3 kali ke sana still sampai Brinchang...bunga2 tu cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Akak JM.. memangla sampai Brinchang..
      nak sampai mano lagi..

      Delete
    2. ehh..salahh..ahah 3 kali ke sana 3 kali x sampai Brinchang tu..asyik tanah rata je ahahah

      Delete
    3. laaaahai napenyee smpai tanah rata je ? sikit lagi da smpai brinchang ehehe..

      Delete
    4. Bestnya kak JM pergi 3 kali..ekin xsampai2 lagi sana

      Delete
    5. Akak JM p tak sampai atas.. napela tu agaknya ehehe..

      Delete
  28. a ah memang murah.. dari kotak besar tu dapat
    6 paket besar.. kedai lain jual lagi mahal..

    ReplyDelete
  29. Bestnya tgk bunga2 kembang mekar!
    Akak pun kadang2 suka pergi jalan2 tak plan macam tu. Plan2 selalu tak jadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalo plan mcm2 alasan n ada je benda nak halang plan. senang impromptu saja.. nak ikut.. ikut tanak sudah..

      Delete
    2. Sama la kita kak farah ekin tengok bunga teruja sangat...rasa dalam mimpi pulak sampai sana...

      Delete
    3. kat cameron tu sejuk.. tanam bunga segar je.. kalo kat bawah.. huurm kena lah slalu siram.. kalo dak layu.

      Delete
  30. terpana sat tgk bunga2 tu . sis mmg suka bunga . mau sehari dok perhati bunga je nanti klu di sana ... heheheee ... telan air liur bila kabaq strawberi rm20 je sebyk tu ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bunga semua kembang elok.. cuaca sejuk kan..
      betul tu.. bleh spend masa lama-lama kat sini.. duduk saja kan.. yes stroberi tu murah..

      Delete
  31. Dah lama tak pergi cameron. Syoknya dapat petik buah strawberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo petik mahal la kak.. beli je senang. murah daripada kalo petik..

      Delete
  32. tengok strawberrry teringat
    petik strawberry kt farm dan bunga bungaan kat taman area gohtong jaya
    sebelum naik cable car ke genting

    ReplyDelete
    Replies
    1. woaah CT last pegi sana rasanya time sek menengah.. mak ayah x suka sngt area genting tu..
      tu jadinya kurang ke sana..

      Delete
  33. Anonymous16 July, 2022

    antara kedai strawberry kat cameron ni, kedai mana yang jual strawberi manis? hari tu saya beli kat lavender garden cameron highlands, masam je lolz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saya pun tak pasti. rasanya stroberi cameron mmg masam kot masam2 manis gitu. orang cakap kalau beli makan kat atas manis bawak turun jadi masam.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.