May 2015 | SITI.YANG.MENAIP

2 HARI 1 MALAM DI SWISS-INN SUNGAI PETANI. Last month aku dan family cadangnya nak bermalam dan berjalan-jalan sekitar Alor Setar. Kawan MamiZ pulang ke kampungnya dari Sepang dan bercadang untuk makan di Restoran Nasi Kandar Ayam Kampung Haji Ramli di Simpang Empat, Kedah. MamiZ dan Acik CT memang suka makan kat situ. Aku pun jadi paksa rela kena ikut. Lepas makan, kami hantar Acik CT balik ke Pendang. Cadangan asal adalah untuk naik semula ke Alor Setar dan bermalam di Hotel Seri Malaysia Alor Setar. Kami tak kisah sangat hotel murah ke apa ke janji kami dapat melingkar atas katil dengan selesa tanpa fikirkan urusan lain. Bilik pun dah dibook tapi tak tahulah macam mana mood untuk ke Alor Setar hilang. Baju semua dah pack. Memang get ready untuk pergi holiday. Akhirnya DediS kembali drive untuk pulang. Mungkin sebab kereta agak banyak menghala ke arah utara jadi MamiZ dan DediS malas untuk bersesak-sesak. Akhirnya aku cadangkan untuk tidur di Sungai Petani. Macam rugi saja dah siap-siap barang then kena balik rumah semula. Hari pun masih awal. MamiZ suka Hotel Park Avenue jadi aku gave a call nak buat reservation. Kami pernah beberapa kali bermalam disana. Dalam kereta malas nak scroll application Agoda bagai. Call saja senang. Kami nak book dua bilik. Satu untuk MamiZ dan DediS dan satu untuk aku. Rate untuk walk in agak mahal. Macam tak berbaloi pula tapi Hotel Park Avenue memang sangat-sangat selesa. Kenalah gaya dengan harga. Next aku call Swiss-Inn. Juga di Sungai Petani. Tolak tambah harga pekerja kerajaan dan sebagainya DediS kata okay. Maka kami sekeluarga bergerak ke Swiss Inn, Sungai Petani.

Swiss-Inn Sungai Petani,
Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah

+60 44223333





Bilik besar katil besar dunia ini aku yang punya. Ini bukan percutian yang havoc dan happening. Kami sekeluarga memang kadang-kadang melarikan diri ke hotel hanya untuk bersantai dalam bilik. Memang hanya untuk berehat. Bila dah ada bilik masing-masing memang aku seorang conquer bilik. Gulinglah dari satu bucu ke another bucu. Siapa pun tak kacau. Memang sedap sungguh tidur. That night aku dan DediS saja yang keluar makan. Area berdekatan hotel. MamiZ tinggal dalam bilik dan hanya pesan makanan. Memang selalu macam tu pun. Sayang nak tinggalkan bilik. Percutian sangat. Lepas balik makan masing-masing terus buat hal masing-masing. Lepas solat terus mengadap TV sampai pengsan. Tidur diulit aircond memang sungguh nikmat. Tambah pula dah few days Pulau Pinang tak hujan. Bahang sungguh. Esoknya kami turun breakfast awal. Memang percutian yang santai dah tak terkejar-kejar. Mari kita enjoy makanan kita dengan tenang.

Usually makanan di hotel tiga bintang bukan gempak mana pun. Kadang-kadang makanan yang dihidangkan sekadar ala kadar saja. Tapi aku nak kasi tepukan gemuruh untuk Swiss-Inn Sungai Petani. Walaupun makanan yang dihidangkan adalah sangat simple tapi sedap. Memang bukan memuji saja-saja. Pilihan tak banyak tak apa janji sedap. Aku cukup puas hati. Ada section untuk order segala jenis telur. Omelette ke scrambled egg ke order saja. Nasi lemak, kuey teow goreng dan few other makanan lagi. Aku bukan jenis orang yang makan pagi tapi habis semua benda aku makan dan bertambah sebab sedap. MamiZ dah sebut nak pergi lagi. Dah jatuh cinta la tu. 









Lepas makan kami lepak tepi kolam. Kolam hotel ni serious besar. Memang kalau berenang tu puas hati sangat. Menyesal tak pack sekali baju mandi. Kalau tak memang aku dah terjun. Aku pantang tengok kolam. Tergedik-gedik nak masuk. MamiZ tak habis nak perli aku sebab tak boleh masuk kolam. Sendu aku duduk meratap. Orang memang quite ramai yang datang mandi. Kolam ni open to public juga aku rasa. Sebab aku tengok ada beberapa orang yang buka kelas berenang. Dari budak kecil sampailah ke orang dewasa. Meriah jadinya. Aku naik bilik nak sambung guling-guling. Buruk perangai. Dah kenyang sambung melingkar. Nak kemas barang juga. Nak check out dah. Tapi sempat juga aku terlelap. Pukul 12.00PM terus check out. Haaa simple kan percutian kami sekeluarga ? Memang kalau aku dan family bercuti gayanya macam ni. Lebih kepada menikmati saat-saat di dalam bilik daripada keluar jalan-jalan. Family aku kecil saja kami bertiga. Tak payah susah payah nak kasi rapat memang dah sedia rapat. Pusing celah mana pun tetap bertiga. Kami bertigalah nak bermanja, bergaduh dan macam-macam lagi. Ikut gaya dan keselesaan keluarga masing-masing. Sekali sekala memang kami buat macam ni. Kalau selalu boleh rabak poket. Kadang-kadang escapism kami sekeluarga adalah bila MamiZ or DediS berkursus. Akulah paling happy sebab boleh menempek duduk hotel free. Kalau dengan kawan-kawan lain feeling. Jiwa muda. Masing-masing suka merayap panjang kaki.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook | Facebook Page |


TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG : IDRUS IKAN BAKAR BATU UBAN. Entri JJCM kini kembali. Ada yang ternanti-nanti entri makan-makan tak lama dah berdiam diri dari share any tempat makan menarik. Kali ni aku nak share tentang satu tempat makan yang agak terkenal di Pulau Pinang. Kalau hampa orang Pulau Pinang sejati memang tahu sangat dah tempat ni. Kalau tak tahu aku yang tak tahu nak habaq mai lagu mana lagi. Parah.. This time mari aku perkenalkan kedai Idrus Ikan Bakar yang terletak di Batu Uban, Pulau Pinang. Recently kami sekeluarga ada buat lawatan untuk makan disini. Lama dah tahu pasal kawasan ni yang famous dengan ikan bakar tapi tak pernah singgah. That day was my first time singgah makan di Idrus Ikan Bakar walaupun dah 24 tahun aku tinggal di bumi Pulau Pinang. Yes. You read it right.

  1. Naik Jambatan Pulau Pinang dan ambil exit ke Bayan Lepas. Turun dari jambatan sila slow down dan maintain kiri. Simpang ke kedai terletak kira-kira 100M dari susur keluar jambatan.
  2. Dari Georgetown, sila maintain kiri menuju ke Bayan Lepas. Simpang ke kedai akan berada di kiri jalan.
  3. Dari arah lain silalah rujuk application GPS canggih dalam smartphone masing-masing. Ihik..
Idrus Ikan Bakar
No.3, Batu Uban,
Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,
Lebuhraya Bayan Lepas,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

012-4528858

5.00PM - 1.30AM






Keadaan kedai super bersih. Lantai tak melekit dan kotor. Kadang-kadang ada kedai yang tak hiraukan tentang kebersihan lantai. Kalau jalan sampai boleh rasa minyak atas lantai. Tapi Idrus Ikan Bakar tak macam tu. Banyak meja means boleh tampung kuantiti pengunjung yang ramai. Kalau nak angkut satu keluarga memang boleh sangat. Ada section untuk duduk bersila juga. Kalau rasa kaki mampu tahan kebas silalah makan di section bersila yang disediakan. Surau juga ada disediakan untuk pelanggan tapi sedikit kecil. Kena ambil giliran untuk solat. Lelaki dan perempuan menggunakan ruang yang sama. Tak guna lampu warna kuning terlalu banyak. Tak suka sangat kedai lampu warna-warni especially warna kuning. Aku bet ada juga dalam kalangan korang yang sama jenis dengan aku. Kalau meriah sangat lampu warna kuning ada kemungkinan aku akan avoid kedai tu untuk next visit. Time aku singgah adalah malam hari Khamis jadi pengunjung tak ramai sangat. Kalau waktu hujung minggu atau public holiday aku sarankan korang give a call first. Book tempat untuk tak putih mata bila dah sampai ke kedai dan tengok orang penuh.

Fresh variety of makanan laut untuk dipilih. Ada ikan siakap, kerapu, pari, sotong dan semualah kiranya. Habaq saja nak makan apa. Kalau jenis suka makan macam-macam jenis siput aku tak sure ada atau tak. Aku nampak ada kerang saja. Mungkin boleh call dulu dan tanya. Aku suka kedai ni sebab ikan semua dah siap dibuang isi perut baru ditimbang. Aku berpuas hati dengan service yang diberikan. Seriously cepat dan mengagumkan. Makanan yang sampai pun panas betul bukan kiranya dipanaskan acuh tak acuh saja. Kami tunggu tak sampai dua puluh minit pun. Tapi kalau order ikan bakar usually mau dekat setengah juga baru boleh dapat makanan. Maybe atas factor orang tak ramai jadi makanan cepat siap. Kalau orang ramai mungkin lambat sikit.


Ikan siakap bakar.

Udang masak butter.

Sotong goreng tepung.

Disebabkan kami hanya makan tiga beranak, kami tak order banyak sangat. Nanti membazir saja lebih. Kami sekeluarga memang tak minat sangat untuk makan tomyam. Makan tapi bukan menjadi kegilaan. Cukup sekadar tiga jenis hidangan. Itu pun seksa nak menghabiskan. Ikan siakap bakar di sini memang sedap. Aku suka kuah sira yang dituang atas ikan. Memang kena dengan tekak aku. Udang masak butter pun sedap. Crunchy gitu. Tapi jaga-jaga. Ada banyak cili padi digoreng bersama udang. Mengalir juga air mata oooi kalau tergigit. Rasa macam hilang lidah seketika. Aku memang tak tahan pedas. Sotong goreng tepung pun yummy. Cukup rasa dan addictive. Rasa nak makan tak henti. Total damage hanya RM110 untuk semua makanan dan minuman yang kami order. Bagi aku harga dah sangat berbaloi sebab ikan yang kami dapat sangat besar. Aku rasa sesuai untuk empat orang makan sebenarnya. Kami pula masing-masing order air buah seorang dua gelas. Sekali sekala bolehlah buat family gathering macam ni. Cakap macam family members ada sepuluh orang.

Overall aku suka masakan di Idrus Ikan Bakar. Menepati citarasa. DediS dan MamiZ pun approve kedai ni untuk masuk dalam list pilihan family. Bila dah masuk list maknanya sedap lah tu. Ada kawan-kawan yang pernah singgah makan disini bolehlah kongsi pendapat. Kalau ada mari share pengalaman korang pula. Yang belum pernah datang, bolehlah consider untuk datang makan bersama keluarga atau kawan-kawan. Pulau Pinang bukan famous dengan nasi kandar dan pasembur saja tau. Kena try ikan bakar juga baru complete trip. Memang tak rugi dan sangat puas hati. Kalau dah cuba jangan lupa to let me know about it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.