HIDANGAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN NURUL IKAN BAKAR BATU UBAN PULAU PINANG | SITI.YANG.MENAIP

HIDANGAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN NURUL IKAN BAKAR BATU UBAN PULAU PINANG

/
109 Comments
June 27, 2015
TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | NURUL IKAN BAKAR BATU UBAN. Kalau kita sembang soal tempat makan yang gempak di Pulau Pinang memang tak mampu nak kasi senarai penuh. Terlalu banyak. Setiap ceruk ada kedai makan yang menarik. Kalau aku dan family lebih kepada makanan masakan melayu. DediS dan MamiZ tak berapa gemar sangat makan Nasi Kandar. Sekali sekala ada juga makan. Bukan selalu. Nak makan masakan panas, ikan bakar atau tomyam yang sedap, Pulau Pinang pun ada menawarkan port yang menarik untuk korang cuba bersama keluarga atau kawan-kawan. Memang mana-mana tempat ada juga sediakan makanan sebegini. Tapi kalau korang sampai Penang, apa salahnya cuba makanan disini pula. Last few weeks, ada saudara dari KL datang naik ke utara. Kami bawa pergi makan ikan bakar di salah satu kawasan gerai ikan bakar menarik di Pulau Pinang. Last time aku ada kongsikan tentang Idrus Ikan Bakar, boleh baca di SINI. Tapi kali ni aku nak kongsikan tentang Nurul Ikan Bakar pula. Kedua-dua kedai ikan bakar ini adalah bersebelahan. Kami sekeluarga tak pernah makan di Nurul Ikan Bakar jadi kami nak mencuba makanan disana pula.

RESTORAN NURUL IKAN BAKAR BATU UBAN

Nurul Ikan Bakar
No. 4, Polis Marin, Batu Uban,
Pulau Pinang.
5°21'13.08"N 100°18'40.89"E

012 5625536

Ramai yang nasihat untuk telefon dulu sebelum pergi ke kedai. Jadi aku buat tempahan lebih awal. Telefon dan terus SMS makanan yang kita nak makan. Nanti tak perlu tunggu lama untuk makanan dihidangkan. Nurul Ikan Bakar ada di beberapa lokasi lain seperti di Sungai Petani, Kedah selain daripada yang terletak di Batu Uban. Jadi silalah telefon untuk kepastian dan nyatakan di lokasi mana yang kita nak pergi.


Ikan Siakap Bakar (Recommended) - Sambal sedap. Ikan dibakar elok.

Sotong Goreng Tepung (Recommended) - Rangup. Sedap.

Udang Goreng Butter (Recommended) - Udang digoreng bersama butter dan ditabur nestum. Sedap tapi aku lebih prefer yang ada carik-carik telur.

Kerabu Sotong (Recommended) - Sedap. Tapi kalau boleh jangan sejuk gedi sangat.

Makanan lain yang kami order adalah Sayur Campur, Telur Dadar dan Tomyam. Asalnya nak makan Kailan Ikan Masin tapi katanya dah habis. Ramai sungguh orang that night. Makanan di Nurul Ikan Bakar agak memuaskan. Servis pun bagus. Pekerja ramah dan gigih melayan kehendak kami sekeluarga. Sampai saja di kedai kami terus dapat meja sebab dah tempah lebih awal. Ada yang masih berdiri menanti. Bila dah duduk terus kami dihidangkan dengan makanan yang kami dah tempah. Aku ada baca di beberapa blog yang tak puas hati dengan servis Nurul Ikan Bakar. Tapi bila aku sendiri dah makan dan berpengalaman berurusan dengan pihak kedai, aku rasa tak adalah seteruk yang diperkatakan. Bila pelanggan ramai, kita pun kenalah sedia maklum. Pekerja pun tak menang tangan nak layan jadi cuba bawa bersabar. Bukan kita seorang saja yang nak makan dan dilayan. Kena ada give and take.

While I did my research tentang kedai ni, ada yang suggested untuk cuba Kerabu Sotong. Jujurnya aku sangat excited nak cuba sebab aku suka makan sotong. But it was not to my liking. Rasa semua dah cukup tapi sedikit sejuk. Macam disimpan dalam fridge pun ada juga. Jadi tak berapa terasa sangat nikmat nak makan makanan sejuk gedi. Ikan bakar saja yang dihidangkan panas. Aku rasa ada sesetengah jenis makanan yang sudah dimasak siap-siap dan terus dihidangkan bila ada pelanggan order. At least kena panaskan sikit dulu baru lebih mengancam. Kedai Nurul Ikan Bakar lagi besar daripada kedai-kedai lain yang berada di kawasan yang sama. Memang mampu menampung kapasiti pelanggan yang ramai. Ada juga kawasan kalau nak duduk bersila.

Kedai berada dalam keadaan bersih. Lantai tak melekit dan selesa saja untuk makan di sana. Jadi sangat sesuai untuk melepak bersama keluarga. Menu di Nurul Ikan Bakar lagi banyak berbanding kedai lain. Rambang mata nak memilih. Harga bagi aku agak berpatutan. Zaman sekarang mana ada dapat harga murah sangat dah. Tapi sedikit mahal daripada Idrus Ikan Bakar. Apa-apa pun tak sampai tahap harga yang mencekik. Masih reasonable.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

109 comments:

  1. amboi bulan2 puasa ni....tengok gambar makanan pun dah terliur...nampak sedap2 pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi godaan.. saja post agak2 waktu nak berbuka.. tak adalah nanti kawan2 marah sngt hehe.. lagi satu sebab nak goda pergi makan kat kedai ni =D

      Delete
  2. sedapnya lauk pauh dio makan.... terliur kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. memey tergoda-goda ni

      Delete
    2. dekat je.. kat pulau.. abe cuti ajak la mari =P

      Delete
    3. cuti sehari tak dang nk p

      Delete
    4. heheh ronda Kulim sajalah kalau gitu..

      Delete
    5. pergi kulim beli ayam global LPs tu balik rumah xde p mana

      Delete
    6. hehehe ayam global.. penah dengar je before..

      Delete
    7. Dekat pasar kulim pagi tu g situ saja...

      Delete
    8. ayam global famous seyh kat Kulim..

      Delete
  3. alamak!..ada gambar makanan..mlm nanti baru baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lari dulu la Akak JM.. saja je ni tayang.. nak goda uols semua..

      Delete
    2. Nak nangis tengok gambar2 CT. Peyot tgh lapar huhuh

      Delete
    3. hehehe.. bukan salah ku bukan salahku (baca ikut nada lagu Kaka)

      Delete
    4. hehehe iols tak bertanggungjawab k =P

      Delete
  4. Sedapnyaaa.... da beberapa kali lalu dpn resto ni tp x penah sggh... ms g sp aritu pn x dan nk sggh

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa lepas ni sila singgah eh Annies.. sedap and memang berbaloi.. makan2 lagi syiok lah kan..

      Delete
  5. salam ramadan selamat berbuka puasa nanti...meriahnya hidangan di situ sedap nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi stakat ni CT brbuka hidangan simple saja.. beli di bazar ala kadar saja.. ni hanya utk tatapan sapa2 yg mencari idea berbuka di mana..

      Delete
  6. bln 12 ni sy becuti ke peanang ti boleh la tnya kt cik ct ek mna tmpt mkn n tmpt jln2 yg best bleh terjah ke sana ;p
    ikan bakar tu nmpk mengncam sgt! harga dia ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. mai tu habaq la awal2..
      harga ? okay saja.. x adalah mahal mana.. depends on apa yang kita ambil la.. kena pandai2 agak..

      Delete
    2. hihi ok ti apa2 kta tnya cik ct ek pasai peanang 1st time ni nk ke sana

      Delete
    3. mari mari.. sedia menanti =D

      Delete
  7. nampak rangup sotong goreng tepung tu...setakat ni akak lom jumpa sotong goreng tepung area batu pahat yang sedap dan rangup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah ni.. sedap jugak scukup rasa.. kat batu pahat tu sotong goreng tepung ke cekodok sotong ? hihihi..

      Delete
  8. Menu yang sangat menyelerakan... Bestnya kalau dapat ikan siakap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT suka ikan pari bakar lagi.. tapi sebab mak ayah tak makan sngt.. jadi amek siakap lah..

      Delete
  9. Wah! Semua makanan nampak sedap! Uargh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap2 pun Pojie.. mai la jalan Penang plak.. huahua..

      Delete
  10. ala batu uban.. nk ke pulau yg malas tu ct. slalu p area t.air tawar ja tp serius nampak sedap sotong goreng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi area seberang CT suka kt kepala batas ja.. Din ikan bakar.. area lain tatau.. Nina slalu lepaks area mana ? jom la nnt kita plan sama2 makan ikan bakar..

      Delete
  11. kalau akak pi sana, nanti bawaklah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilaaaaaa tu ? asyik sebut ja.. mai dak pun.. huuurm..

      Delete
    2. bulan lapan kot..pas raya..haha, pape I wasap

      Delete
    3. wooot wooot.. mari mari !! kita kan ada banyak benda nak sembang =D

      Delete
  12. bab review yang tak best tu mungkin time tu pekerja dia orang lain kot.takpun kitchen bergerak lambat,banyak sangat backlog order, waiter pun jadi slow la.

    pergh, ayat akak macam Chef Ramsey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah (x kenal pun chef ramsey) tapi kita kena positive gak.. CT okeh kalo maknan siap lambat yp servce ok n pekerja pun ok.. time hidang tu atleast say sorry.. pelanggan sure sejuk hati da..

      Delete
    2. ha..ha.. setuju kena positif selalu siti.. tapi klau slalu p.. stiap masa service lambat..org x ramai pun lambat..memg nak kena maki selalu la he..he.. :P

      Delete
    3. hihi kalo selalu cenggitu even orang tak ramai pun lembab jugak.. pangkah sajalah..
      makan tempat lain.. haha mmg mintak kena maki =P

      Delete
  13. Hoihh.. Lalu tadi, penuhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe oooit pegi mana tu jalan2 pulau eh !!! mmg penuh.. tu yang kena book dulu.. kalo dak alamatnya seksa lah menunggu..

      Delete
  14. nurul ni memang sempoi.. best sbb tempat makan dia special, bleh pilih nk duduk macam mana.. bersila bleh, kerusi bleh, atas pondok bleh.. hehehe

    singgah pelan-pelan dari geng #BloggerUtara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tapi CT suka idrus lagi sebenarnya.. lebih kemas dan tak crowded sangat..
      tapi dedua pun okay.. ehehehe.. atas pondok tu menarik kan ? tapi kalo ngan kawan2 okeh la kot.. saja2 xmo la.. hehe..

      Delete
    2. Idrus ngan Nurul, prefer idrus jugak..

      Delete
    3. jujurnya suka Idrus jugak lagi.. tapi Nurul pun sedap =D

      Delete
  15. terliuq baca entry pasal makanan ni, sbb tengah berpantang makan seafood. anak k.sue ekzema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woooo breastfeed eh.. ke sebab xmo hidang seafood ? tak apa tunggu anak sembuh..
      nanti boleh makan balik..

      Delete
  16. Sedapnya nampak.. Sme macam wawa laa, tk suka sgt makan makanan bukan melayu.. Tomyam, ikan bakar, sotong celup tepung memang sedap sgt laa.. Feveret wawa tu.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan ? kita ni lari ceruk mana pun yang tu jugak kita cari..

      Delete
  17. Silap time masuk sini. Hahahha. Terliurr oiii :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha time CT karang pun tengah posa tau.. lagi rasa terliur hhahaha..

      Delete
  18. aalllaaaaaa.....tertengok gambar makanan time siang la pulakkkk...adehhhh...ujiannnnnnnnn huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh alamak.. kalo gitu kena singgah sini malam2 la pulak..
      kalo siang takot ayaq liur bertakung =P

      Delete
  19. Pernah makan kat Nurul ni kan CT.. xdak orang pun tapi tggu lmbat jgk.. dah la mntak utk 3 org dia bg satu.. kmi macam makan xckup plak.. ikan je lah besaq.. sotong goreng tepung masa kami makan tu, sejuk gedi jugak.. goreng tepung tau bukan kerabu.. rasa sedap jgk, tapi tu lah, bab lain macam malas dah nak repeat situ.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm maybe ikut nasib jugaklah tu.. time CT pergi memang full house. memang ada satu meja saja kosong and itulah meja kami.. kami book awal2.. huurm yang makanan2 sejuk tu la yg kureng sikit.. patutnya kena panas dan fresh..

      Delete
  20. akak pon klau cr ikan bakar memalam suka mkn kt sini...sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang antara port terbaik kan.. puas hati yang penting =D

      Delete
  21. Tempat favorite akak nie sym.. Kalau pergi suka ambik meja yg kt atas pokok..sbb mcm rare sikit..hehehe
    #bloggerutara

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ritu diorang kasi meja betul2 depan cashier.. takleh nak demand lah..
      orang memang ramai.. takleh nak pi sana tu..

      Delete
  22. batu uban tu memang port favourite aku kalau nak makan ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aswadz penah try kedai lain sama tak ? CT baru cuba dua kedai..
      nak tau gak yang lain macam mana..

      Delete
  23. rasa nak g penang, nak dok dgn ct je..hahahaha...senang hidup kita :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe marilah Sally.. plan la bebila mai jalan sini =D

      Delete
  24. menguji keimanan betul ni
    nampak sedap aje menu dia
    malangnya be;um penah sampai sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. apa lagi ? boleh plan mai singgah makan hehehe..

      Delete
  25. telan ailio tgk menu2 kt sini

    salam kenal dr el group utara

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. memang kalo time2 posa cenggini la kan..
      tengok gambar makanan semua teruja..

      Delete
  26. Menangis tengok gambar makanan ni masa sahur. Tsk tsk tsk T____________________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Farah hahaha.. tak dapek nak nolong..
      mai balik lekaih..

      Delete
  27. terlalu byk katanya kedai mkan best di PP..nampak sis JM perlu buat JJCM..tapi sis ni jenis mkn sikit huhuhhu...rugi lah kan...lain lah kalau CT yg temankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kalau ajak sy gerenti berbaloi hahhahaha....kapasiti tong dram

      Delete
    2. heheheh kan.. tak apalah kalo gitu.. kita pegi je makan.. tak habis kami boleh habiskan..
      alaaaa akak tu.. itew ajak lepak malu malu tuceng..

      Delete
  28. Nurul dan Idrus tu suami isteri ke buka kedai bersebelahan hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha ini sangat win hehe.. mungkin jugaklah tapi CT rasa bukan..
      baik sekalikan saja kedainya hahaha..

      Delete
  29. sambil tgk semua maknanan sambil telan air liur..iskkk

    ReplyDelete

  30. maybe org yg complain di blog dia x buat tempahan lebih awal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah mungkin jugak.. sebab CT dah baca dulu jadi memang
      elok kalau book awal2.. baru tak lama tunggu..

      Delete
  31. part masakan yg sejuk tu mmg potong stim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. part tu diorang kena improve..
      memang macam hilang mood tetiba dapat sejuk..

      Delete
  32. berapa total cost mkn tu CT....berapa org mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap around 200 plus untuk tujuh orang..

      Delete
    2. eh, murah gak tu..

      Delete
    3. yup.. padahal ikan dua ekor.. sotong lah udang lah..
      budget around 300 lebih.. owner tngh senang hati tu.. pengunjung ramai =D

      Delete
  33. alamak haihh terliur nye.. sotong tepung tu.. feveret

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe samalah kita =D boley geng ehehhe..

      Delete
  34. Sedapny tgk semua makanan tu :) Harga dia ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga okay.. biasalah kalau dah makan kat kedai macam ni..
      mesti 100 lebih ke 200 jugak.. ni makan untuk 7 orang..

      Delete
  35. sedap tuh.. selalu tengok member post gambar makan kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang port famous ni Kak Eyda.. hehehe..

      Delete
  36. pernah nampk kedai nurul ikan bakar nie nt boleh la try,....yeaahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak cawangan.. ada kawan kata kat SP punya kedai besaq yang amat..
      macam nampak baru..

      Delete
  37. udang goreng butter tu adohai...dh lama cari kedai yg jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe banyak je kedai yang jual ZF oooi.. tak payah cari jejauh..

      Delete
    2. tapi saya dok cari area kedah masakan tu payah nk jumpa..

      Delete
    3. Nurul Ikan Bakar ni kat kedah pun ada lah ZF..

      Delete
  38. terliuq bulan2 posa ni
    tgk posting udang n sotong itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe alamak.. kena blogwalking memalam =P
      time perut kenyang hehehe..

      Delete
  39. best Nye .. tengok gambar pun terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu maksudnya.. Akak DP kena datang jalan sini =D

      Delete
  40. Menguji tekak betul bila nengok gambar makanan ni lah. Asal tgk makanan jer mesti terliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh samalah Kak Fiza.. yang tukang taip pun sambil menaip sambil telan air lioq..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.