LEPAK SANTAI SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN WESTERN FOOD SEDAP DI AB CAFE GEORGETOWN | SITI.YANG.MENAIP

LEPAK SANTAI SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN WESTERN FOOD SEDAP DI AB CAFE GEORGETOWN

/
161 Comments
August 06, 2015
TEMPAT MAKAN DAN LEPAK BEST DI GEORGETOWN | AB CAFE. Sebut saja Penang, terutamanya di Georgetown mesti pelbagai jenis makanan siap terbayang dalam kepala. Banyak gila tempat makan yang best ada around Georgetown. Mula nak telan air liur bila teringat Nasi Kandar, Cendol, Pasembur dan macam-macam lagi. Penang memang tak boleh lari dari jadi antara hub terbesar tempat orang suka melepak dan cari makan. Sekitar Georgetown memang ada banyak cafe-cafe yang super cute dan menarik. They serve cakes, coffee, pastries and western food. Aku memang minat nak pergi cuba makanan-makanan yang dihidangkan tapi kebanyakkan cafe sekitar Georgetown are operated by Chinese dan sebagai seorang Muslim, kita perlu take serious mengenai beberapa issues. Usually I will give a call first to clarify few things baru decide nak terjah or not.

AB CAFE - HIDANGAN WESTERN FOOD HALAL DI GEORGETOWN

Sekarang dah tak perlu risau. We have AB Cafe here in Georgetown. Thanks to the owner yang sudi jemput kami to have dinner in her cafe, AB Cafe. Sangat awesome. AB Cafe mula beroperasi pada bulan Mac yang lepas. Masih baru tapi sangat impressive. Mampu sudah untuk bersaing dengan cafe-cafe lain sekitar Georgetown. AB stands for Aini Bakker, pemilik cafe yang juga merupakan seorang fashion designer. Sangat meminati untuk membuka cafe sendiri. Lahir dan membesar di Penang membuatkan Aini Bakker mengambil keputusan to own a cafe in Penang. As a Penangite, aku sangat happy to have AB Cafe here in Georgetown. Cafe yang comel dan menyediakan hidangan makanan yang Halal. Gabungan warna hitam dan putih menjadi tema cafe. Simple yet elegant.


MENU-MENU DI AB CAFE GEORGETOWN

AB Cafe menyediakan hidangan makanan western dan juga hidangan selera tempatan. Menu di AB Cafe terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Starter / Soup, Main Course, Kids Menu, Side Dishes / Tapas, Local Menu dan banyak lagi. AB Cafe merancang untuk mempelbagaikan lagi jenis hidangan pada masa akan datang. Lebih banyak menu untuk dipilih boleh menarik lebih ramai pengunjung ke AB Cafe. Setengah orang suka menu western dan setengah lagi suka makanan tempatan. AB Cafe has both. Chef yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan di AB Cafe ini bukan calang-calang orang ya. Chef Nazri merupakan anak kepada pemilik Tari Cafe yang terkenal di Penang. Kalau jadi orang Penang, wajib tahu tentang Tari Cafe. Disebabkan tema cafe yang mengetengahkan warna hitam dan putih, maka menu juga adalah seringkas gabungan dua warna yang dipilih. Menu yang ringkas tapi sangat jelas.





Menariknya di AB Cafe, terdapat pelbagai jenis minuman (beverages) yang menggunakan nama yang unik seperti 'Virgo The Horse', 'Catch A Raising Star' dan Cinderella. Brilliant ideas. Pelanggan akan rasa teruja untuk cuba setiap jenis minuman. Aku pun sama. Excited nak minum semua jenis. Baru cuba beberapa saja. Nampaknya kena pergi lagi untuk cuba minuman yang lain.

LOKASI AB CAFE YANG STRATEGIK DI TENGAH-TENGAH BANDAR GEORGETOWN

Berada di tengah-tengah Georgetown menjadikan AB Cafe antara daya tarikan yang menarik di Georgetown. Terletak di bawah Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Pulau Pinang, walking distance dari Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Jalan Argyll memang tak susah untuk cari AB Cafe. Memang sangat strategik. In Georgetown boleh dikatakan setiap jalan yang famous akan ada cafe-cafe yang unik. And here it is, salah satu cafe best di Georgetown yang boleh diterjah. Dalam dunia serba canggih kita boleh terus search di GPS saja guna application masing-masing

  


AB CAFE GEORGETOWN

32 Jalan Argyll,
Georgetown, Penang.

Operation Hours :
3.00 PM - 11.00 PM


Untuk sebarang pertanyaan / tempahan :

Aini Bakker
Director
h/p no : 017-3593597
email : ainibakker@gmail.com

Aini Bakker Sdn. Bhd.
32, Argyll Road,
10050 Georgetown,
Penang.
04-2642640


ANTARA PILIHAN MAKANAN-MAKANAN YANG ADA DI AB CAFE

Kami berkesempatan untuk mencuba beberapa jenis hidangan yang sedap. Tak mampu nak tahan diri dari order macam-macam jenis hidangan sebab rasa nak cuba semuanya. Dari appetizers ke main course, semua kami cuba. Memang puas hati yang amat. Secara keseluruhan harga makanan di AB Cafe adalah harga mampu milik. Sama saja dengan harga-harga makanan di cafe-cafe yang lain. Kena gaya dengan saiz hidangan. Tak terlalu mahal. Alaaa.. makanan sedap jangan berkira sangat untuk bayar. Nanti perut sendiri juga senang hati. Jom tengok antara makanan yang boleh dicuba di AB Cafe.

Mexican Soup (RM9.90) - Hidangan pilihan owner cafe yang sangat meminati makanan dari Mexico. Soup tomato bersama kacang merah dan chipotle. Makan panas-panas bersama roti yang disediakan.

Mushroom Soup (RM8.90) - Ini memang awesome punya pekat. Rich with flavors yang superb. Sempat korek rahsia dari owner AB Cafe sendiri. Katanya, mushroom soup di AB Cafe adalah gabungan rasa tiga jenis mushroom. Patutlah super thick dan laju licin semangkuk.

Smokey Meatballs Bolognese - With Wedges (RM15.90) - Antara menu yang menjadi kebanggaan owner AB Cafe. Memang sedap. Ingat portion kecil saja tapi bila hidangan dah sampai, rupanya memang mengenyangkan. Ada wedges juga.

Chicken Chop - Oriental Sauce (RM15.90) - Yang tak suka gravy pedas boleh cuba this menu. Sesuai sangat sebab memang tak pedas and just nice. Ayam yang super tender memang uuumph habis dah bila digabungkan dengan sauce yang sedap. Aku rasa anak-anak mesti suka menu ni.

Spaghetti Meatball (RM18.90) - Tahap sedap menu ni adalah, aku dan Kak Farah siap berebut-rebut nak habiskan. Arz Moha yang tak suka spaghetti pun approve menu ni sedap. Antara menu wajib cuba kalau datang singgah ke AB Cafe. Serve panas-panas mau tak terangkat. Ada meatballs sedap lagi.

Lamb Chop (RM24.90) - Ini memang buah hati kami semua on that day. Arz Moha dah reserve siap-siap Lamb Chop. Baik hati abang long kasi kami rasa. Terus macam nak order satu set lagi. Black pepper sauce pun sedap. Memang kena gaya sungguh dengan daging kambingnya. Lembut dan tak liat. Smooth saja bila potong. While menaip pun macam terbayang-bayang dah.

Fish & Chips (RM15.90) - Aku suka makan Fish & Chips jadi aku nak cuba makan Fish & Chips di AB Cafe pula so aku chose this menu as my main course. Dah semua ambil ayam dan daging, aku order ikan. Dua keping ikan Dory dimasak elok dan tak hanyir. Ada sejenis sauce unik yang datang bersama hidangan. Rasa macam sireh tapi kemudian jadi addicted dengan that sauce. Sedap pula. I could not help myself daripada terus tanya owner. Bukan sireh tapi basil. Basil Pesto namanya. 

Big Boss Burger (RM15.90) - Homemade beef patty yang lembut dan juicy. Pilihan herbs yang sesuai untuk membangkitkan rasa patty daging. Kenyang sungguh dapat makan burger besar macam ni. Memang gaya big boss bila makan. Jangan lupa swag sekali.

Menu pilihan : Fish & Chips, Wedges, Coleslow Salad, Lamb Chop, Nasi Goreng Special dan Spaghetti Meatball.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI AB CAFE, GEORGETOWN

Selain menawarkan hidangan makanan yang sedap kepada pengunjung, AB Cafe juga ada menyediakan perkhidmatan free Wifi untuk memenuhi keperluan pengunjung. Tak sah kalau tak ada Wifi. Serba tak kena kita semua sekarang kalau tak dapat internet. Selain itu, surau juga turut disediakan buat pengunjung yang ingin bersolat. Ruang yang selesa untuk berwuduk dan solat. Aku seriously sangat suka konsep yang sebegini. Mesra pelanggan dan tak perlu risau kalau takut tertinggal solat dalam asyik melayan makanan. Kalau nak buat birthday party atau small function juga boleh. Antara lokasi yang sesuai untuk conduct majlis di sekitar Georgetown. AB Cafe mampu menampung sehingga 50 lebih orang pelanggan dalam satu-satu masa. Jangan lupa, masukkan AB Cafe dalam senarai JJCM korang jika berkesempatan untuk meronda Georgetown.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

161 comments:

  1. Smokey Meatballs Bolognese - With Wedges tu sama macam CP makan kat Suka Sucre restoran Dato' Fadzley

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak yang tu itew tak pernah try lagi lew CP.. tak tahu nak komen..
      kedai gempak tu miahahaha..

      Delete
    2. Assalam uols,
      kaaaaaaaaaannnn
      CP boleh laaaaaaaaaa pi kedai gempak lagu tu kan3
      :P

      Delete
    3. hehehe CP layan kedai gempak2 je Kak Sha..

      Delete
    4. ngeh3.. sila pergi makan =D

      Delete
    5. rugi CP tak makan.. minum je. haha

      Delete
    6. awatnya ? CP diet kaaa.. rugi lew tak makan hehe..

      Delete
  2. wow, another tempat makan best.. masuk list.. mana tahu klu ada kawan2 jauh tanya, can suggest..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita nak lepak ni Syida ? rancang lama dah ni hehehe.. ajak si Aslah sekali..
      nak paw awak ni hahaha..

      Delete
    2. 2. ek elehh, tuari wak pi penang, xdok sape nak lepak2 dgn waklu nih., huhu2

      Delete
    3. hahaha dah balik baru heboh datang penang memang lah xde orang nak lepak ngan Wak.. kalo Wak cakap nak belanja lagi laju kami p hahaha..

      Delete
  3. Penang memang banyak tempat makam best2 kan..akak lom sempat explore lg even adik akak duk kat area epot tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah adik Kak Suria dok sini.. marila jalan sini hehe.. ada family sini lagi senang nak jalan.. tempat makan best2 mesti lagi banyak dia tahu..

      Delete
  4. mesti terjah pasni
    harga pun ok ok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. harga best.. yang pasti tak terlalu mahal..
      bila nak terjah tu El ? nak ikut..

      Delete
  5. lamb chop tu mengoda betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3. lamb chop yg sedap mak kann ;p

      Delete
    2. haaaa ? lamb chop mak ? apa tu Wak ? hehehe..

      Delete
  6. serving size dia worth the value....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4. worth the value., and sediakan duit dalam poket jeee;p

      Delete
    2. hehehe betul tu.. kenyang dan sesuai dengan harga..
      eeeh Wak ni.. kalo makan kat kedai memang la kena sediakan duit..

      Delete
  7. Sedapnya siti...")

    nasib baru lps makan open house... hehe

    wawa ade buat segmen tau, jemput join ye..")

    http://vitaminwawa.blogspot.com/2015/08/saya-nak-masuk-bloglist-vitamin-wawa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5. wahhh, sempat promosi bloglist lagik., hikhik2

      Delete
    2. hehehe.. Wawa jemput join segmen lah Wak.. alamak CT baru tengok saja hari ni..
      baru dapat reply..

      Delete
  8. Semua makanan pun nampak sedap! Kalau pergi Penang suatu hari nanti, boleh singgah sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6. nyum nyum, makan makan sedap

      Delete
    2. hehehe memang sedap =D part mana makanan dak sedap ? miahaha..

      Delete
  9. bl nk ajak mkn kt situ lg...#EH :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7. kat situ memey makanan nmpk sedap mak kann

      Delete
    2. Assalam uols,
      haaaaaaaaaaaa
      jangan lupa ajak iols sekali lagi
      #eh jugaks he3

      Delete
    3. hahaha Wak memang panggil semua orang mak ke apa ? wakakaka..
      jom kita pergi lagi.. kita makan menu yang tak rasa lagi..

      Delete
  10. wow memang mengancam.. nanti nak terjah jugak laa kalau ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8. terjah mak jangan tak terjah., hehe2

      Delete
    2. hehehe okay memang semua Wak panggil mak hahaha..
      jom Kak Eyda.. sama2 serang AB Cafe.. dapnyee..

      Delete
  11. oh..baca dah review kat blog Farrah hari tu..Oriental Sauce tu nampak unik..ni kalau ke Penang memang wajib singgah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak mai ? huhu.. jom makan sampai pengsan hehe..

      Delete
  12. Replies
    1. hahaha betul memula rasa macam sireh.. tu yang tanya owner tu..
      kang main sedap je tibai cakap sireh..

      Delete
  13. cafe ni own by Muslim, so tak payah risau bab halal..kan CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9. kena gantung logo Jakim kot orang leh pecaya., huhu2

      Delete
    2. insyallah halal.. owner mementingkan bab tu.. makanan yang dari luar pun
      dia make sure orang islam yang buat..

      Delete
  14. lamb chop tu tak tahan kak wana tengok tau..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang itu jadi rebutan.. tak rugi order lamb chop =D

      Delete
  15. tengok gambar makanan sambil telan air liur nih siti..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bukan niatku untuk menyeksamu Kak Wana.. tidak =P

      Delete
  16. semua nampak sedap2 CT :) nanti belanja kak ana makan sini kalau kak ana mai utara kay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10. kak ana jgn risau, sediakan perut kosong je, siti yang menaip nnti jadi siti yang belanja lah pulak., hehe2

      Delete
    2. hehehe alamak =D insyallah kalau ada rezeki kita lepak2 boleh CT belanja.. eeeh Wak.. Wak lah kena belanja.. baru gentleman..

      Delete
    3. kah kah kah...WAk komen 10x dalam 1 entri

      Delete
    4. bhahahaa itu pun sebab kena paksa Kak JM.. kalo dak mana Wak sudi..

      Delete
  17. akak, terlapar mushroom sup.. cane nih.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe boleh pulak ada ter lapar eh Husna ? hehehe.. cane ? apa lagi..
      jomlah serbu AB Cafe lagi hehe..

      Delete
  18. teruja pulak tgk mexican soup tuhh....mcm nk carik jugak la kot2 kat area sini ada jual....leh try....coz xpernah lagi try menu tuhhh....adehhh...pepgi tgk gmbr mmg menguji perasaanbetul laa hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari kedai makanan mexico la DM hehehe.. okay lagi pagi2 DM.. kalau time menjelang lunch hour tu ? mesti berkira2 detik nak keluar opis ngeh2..

      Delete
  19. Arrggghhh tengok spaghetti dia terus teringat akan kelazatan dia.. jom ct kita pi terjah AB Cafe lagi...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam farah,
      kaaaaaaaaannnn
      naaaaakkkk
      ish3
      haru biru dah ni haaaaaaaaa

      Delete
    2. hehehe tingat gak kita berebut2 nak makan spageti tu wakakaka.. padahal perut dah penuh tapi still nak sumbat lagi.. jom kitaaa pergi lagi =D

      Delete
  20. harga dia not bad. reasonable la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sesuai dengan harga dan size hidangan. memang kenyang boleh
      kongsi2 lagi hehe..

      Delete
  21. rasa nak pi lagi....boleh kongsi kat kawan-kawan yang nak mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak pi lagi tu ? nak ikutttt sebab nak paw lamb chop hahaha..

      Delete
  22. seronok baca penulisan SYM

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ni puji nak mintak belanja ke ni ?

      Delete
  23. Jeles.. jeles.. hehehe..Sukalah baca review siti..
    Rasa cam nak terjah skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom kita pergi =)
      memang nak seru orang semua pegi terjah..

      Delete
  24. sedapnyaaa! dahla belum makan lagi ni hukhuk. portion makanan pun nmpk banyak sgt. suka tengok fish n chips dia. gemuk betul XD slalu fish n chips leper je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yep.. akak kalo leper pun okay jugaklah boleh makan lagi. kalau yang hanyir tu memang kenot go.. mencik tol kalau dapat yang macam tu.. ni sedap =D

      special sauce tu sedap.. unik..

      Delete
  25. yum3..nak pi nanti..rugi xdpt join ritu..hihi..

    ReplyDelete
  26. Bilalah Wardah nak sampai ke sana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah jalan-jalan Penang.. kita boleh pergi singgah sini =D

      Delete
  27. wowwww menarik ni. so nanti bila turun penang bolehla pi cafe ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tu nak naik utara ? ehehe.. jangan lupa singgah k..

      Delete
  28. AB Cafe jek? CD tak de?
    * Carik pasal tanya mende yang tak de... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe owner dia simpan buat bisness lain pulak.. soalan ngade2 memang nak kena ni..

      Delete
  29. Ok... Boleh letak 'bookmark' ini tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. HH kata dah masuk list hehe..

      Delete
  30. Fish and chip dia perghhh! Merembesss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. fish and chip.. lamb chop.. isk time nak reply
      pun dok terbayang-bayang hehe..

      Delete
  31. SS pernah makan Mushroom Soup yang pekat camtu... Lagi kasar Mushroom tu lagi sedap... Cicah roti... Mmg mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu roti tu pulak kena ada garlic spread.. panas2 and crunchy..
      peeeergh terbaik lah kalo gitu =D

      Delete
  32. menarik menu2 di sini..sedap2 pulak..n cafe nya pun menarik..bila lah nak gi Penang lagi..huhu..food hunting + cafe hunting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila datang tu hello2 k.. CT nak ekot sama hehehe..

      Delete
  33. Harga ok la x mhai mna kn nmpk pn sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga standard lah.. zaman skrang tak logik juga harga terlalu murah kan..
      janji sedap.. so orang tak kisah nak bayar.. bilaaa nak mai sini ?

      Delete
  34. tengok harga, buat tempat lepak sekali sekala boleh la.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lah sekali sekala.. hari2 elok kita sendiri bukak cafe lah =P

      Delete
  35. semua nampak sedap.. kena terjah nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilaaaa tu Nina ? amek laaa kite sekali.. nak itot sob sob..

      Delete
    2. nina pi semalam. hahaha
      jangan jeles tgk muka2 kami ber 3 :P

      Delete
  36. wah siti...
    nice review.. kafe tu nampak mcm hipster gak?
    org2 skrg kan suka p tempat konsep mcm ni.. nice place..
    insaallah klau ada rezeki p penang lg..leh la p sini L)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. skrang ni orang suka konsep macam ni.. ala2 style gini kan..
      banyak kat Georgetown tapi kita pula meragui status halal.. now ada yang halal.. x ada apa nak risau.. haaa tu la.. nanti datang Penang roger2.. kalo makan CT laju jee hahaha..

      Delete
  37. Replies
    1. ngeh2.. Nani dah makan ke belum tu ? hehe..

      Delete
  38. Untungnya makan2 dengan geng blogger

    ReplyDelete
  39. dah lama saya tak ke penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi Akak DP.. masa untuk kembali ke Penang =)

      Delete
  40. tak pernah p penang ! teringin nak p penang

    ReplyDelete
  41. Replies
    1. betullah.. jangan jeles2.. kalo kata satu team patut sapport each other =)

      Delete
    2. betul laaa.. kena sepakat and saling suport..
      baru jadi satu team..

      Delete
  42. Bila la nak sampai nak join emmmmm

    ReplyDelete
  43. Kalau sampai Penang kena p cafe nie, nampak sangat menarik dan harga pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep yep Zumal.. mai le Penang ni..
      kalo free boleh bawak Zumal pusing2..

      Delete
  44. wah. makan sokmo. lapar dibuatnyaa (╯︵╰,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe akak memang keje makan je Neddy =D

      Delete
  45. tengok harga tgk menu semua mampu ditelannnnnn ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe harga sangat berpatutan dah.. makanan sedap..
      so memang a go =)

      Delete
  46. CN lapar...
    okay nak comment tu je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT hari hari pun lapar..

      Delete
    2. hehe... kalau CN buat lg trip ke Penang, nak try singgah sini la

      Delete
    3. hehe... kalau CN buat lg trip ke Penang, nak try singgah sini la

      Delete
    4. bilaaaa lah CN nak datang lagi tu.. sebok memanjang jew i tengok..

      Delete
  47. lapar kak oiii tgk semua ini.. salah masuk entry la plak...adehh.. lapa oooo lapaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe akak ni pun sentiasa lapar bila dok reply komen korang..
      terbayang2 makanan hehe..

      Delete
  48. Dlu praktikal kat penang. Skrg dh x . Kalau x boleh serbu ab cafe jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bebila mai la jalan sini lagi.. boleh makan2 puas2 lagi..

      Delete
  49. AB cafe? mcm pernah baca review di blog Arz kalau x salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3.. pi ngan dia sama.. dia makan kambing tak pandang orang sebelah dah..

      Delete
  50. "owner yang sudi jemput beberapa orang ahli #BloggerUtara to have dinner in her cafe? "perghh..ini kira Blogger Review lah ni eh

    ReplyDelete
  51. berapa org yg pegi mkn kat sini CT..aRz pun ada jugak?...kalau sis JM turun Penang...kita g mkn sini nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang pegi ada enam orang hehehe.. boleh Akak JM.. marilah dulu baru sembang nak makan apa eheheh..

      Delete
  52. senang doh nak cari makanan kat penang klu sampai sana . blh je korek blog ct ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe boleh boleh.. harap2 membantu kawan2 semua =)

      Delete
  53. Heellooooo CT..baru sempat nk singgah boom sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. helloo Cik Mimie.. uhuk uhuk.. maceh la datang jenguk itew..

      Delete
  54. y...y...y...u selalu mendera jiwa raga i dengan gambar-gambar makanan ni semua...huuaarggghh! tak tahan dengan godaan ini...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha jiwa i yang menaip pun kadang2 terseksa jugak bila nak taip entry haha..
      sama-samalah kita tepis godaan ini Cik Mimie..

      Delete
  55. seronoknya ada tempat lepak n makan2 macam ni..Segamat xde pe yg menarik pun..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit jauhnya segamat tu.. eh Cik Mimie selalu je pegi makan2.. mesti ada
      port baik punya kat sana kan..

      Delete
  56. Eh2, kenapa dekat google maps tu ada dp Cik Mimie..hahaha..skodeng Cik Mimie eh? kantoi...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. ahaha memang sapa ada account Google.. otometik ada gambar dia kuar kat situ..

      Delete
  57. telan air liur tengok korang update gambar makanan huwaaaaaa nanges la cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jangan la nangis gitu kakak.. jom kita pergi makan sama..

      Delete
  58. nice review! nnt blnja bole?

    ReplyDelete
  59. Arghhhhh...kejam nya. Kecur ailio tau. Kita tak pernah sampai PP lagi. Kesian kan.

    ReplyDelete
  60. skrg ni makanan dh tak sedap.. APTB

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.