TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL 2015 TELAH MENGGEGARKAN PULAU PINANG | SITI.YANG.MENAIP

TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL 2015 TELAH MENGGEGARKAN PULAU PINANG

/
119 Comments
August 31, 2015
TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR MENGGEGARKAN PULAU PINANG, JOHOR DAN MELAKA. Tahniah diucapkan pada Enfiniti Vision Media yang telah berjaya membawa P. Ramlee The Musical ke Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Georgetown Festival yang sedang berlangsung. Khas untuk orang-orang Pulau Pinang, teater tentang anak jati Pulau Pinang yang telah berjaya mencipta nama dalam dunia seni bakal dipersembahkan. Siapa tak kenal P. Ramlee ? Satu nama yang tak asing lagi. Memang patut semua orang Pulau Pinang serbu kaunter tiket dan tonton persembahan hebat ini. Seramai tujuh orang ahli #BloggerUtara telah diberi kesempatan untuk sama-sama menyaksikan persembahan pertama P. Ramlee The Musical pada 28 Ogos 2015 yang lalu. Kalau boleh memang nak angkut semua ahli tapi masing-masing ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Terima kasih atas layanan yang diberikan oleh pihak produksi. Kami dilayan dengan baik sekali. Terharu. Ini kali kedua aku menonton teater. Kalau di Pulau Pinang memang jarang sangat ada event yang macam ni. Kalau ada pun mungkin tak dihebohkan sangat. Jadi inilah peluang yang ada untuk tengok teater. Orang Johor dan Melaka standby. Lepas ni P. Ramlee The Musical tour akan terjah tempat korang pula. Jangan lepaskan peluang ini.

PERSEMBAHAN P. RAMLEE THE MUSICAL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

Kami sepatutnya sampai pada pukul 6.30PM untuk pendaftaran Media tapi setiap pelusuk Pulau Pinang heavy traffic. Mungkin sebab ada perlawanan bola sepak juga antara sebab kenapa jalan sesak. Akhirnya hampir pukul 8.00PM baru kami sampai. Nasib baik masih berkesempatan untuk ambil tiket dan masuk menonton persembahan. Seating arrangement yang kami dapat pun memang memuaskan. Walaupun jauh tapi superb sebab boleh nampak keseluruhan pentas. Before show bermula biasalah, rutin wajib haruslah bergambar. Sementara orang masih tak ramai marilah kita posing puas-puas.

Hampir pukul. 9.15PM jugalah baru show bermula. Memang gempak dan opening saja dah buat orang ketawa. Penggunakan dialog yang senang untuk difahami dan dekat dengan masyarakat setempat. Tak adalah puitis sangat sampai pening nak hadam. Barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Tony Eusoff (P. Ramlee), Nadia Aqilah (Saloma), Tiara Jacquelina (Norizan) dan pendatang baru dunia seni teater Asmidar (Junaidah) pastinya membuatkan persembahan P. Ramlee The Musical menjadi lebih gempak. Aku kongsikan sedikit gambar-gambar sepanjang pementasan. Nak tengok full kenalah beli tiket.
























Secara keseluruhan aku paling suka susunan lagu dan backdrop. Suara artis-artis yang awesome aku tak payah puji. Memang korang pun tahu mereka semua berbakat. Thumbs up untuk Asmidar (Junaidah) kerana telah berjaya melakonkan watak Junaidah dengan baik sekali walaupun inilah pertama kali membuat persembahan teater. Boleh pergi jauh. Keep up the good work. Suara Nadia Aqilah (Saloma) memang membuatkan penonton teruja. Setiap kali habis menyanyi mesti dapat tepukan gemuruh. Tak payah cerita pasal Paknil (D Harris). Dia keluar saja orang dah bersorak. Haaa korang tak teruja ke ? Aku dah cerita macam-macam ni. Kalau nak sama-sama rasa teruja kena dapatkan tiket show cepat-cepat. Paling favourite adalah lagu pembukaan. Sangat catchy. Backdrop memang superb dan cantik-cantik belaka. Nampak lively dan meriah sangat. Aku paling suka props untuk scene perjalanan P. Ramlee ke Singapura dan ketika lagu Gelora dinyanyikan. Comel sangat. Tak ada satu scene pun yang bosan. Dalam sinis dialog yang diungkapkan masih ada mesej yang cuba disampaikan. Memang rugi kalau korang lepaskan peluang untuk tengok teater P. Ramlee The Musical ini.

PRESS CONFERENCE P. RAMLEE THE MUSICAL


Lepas habis persembahan teater P. Ramlee The Musical, kami dijemput menyertai PC pula. Sedang jam dah menunjukkan pukul 12.00AM kami masih berkampung di Dewan Sri Pinang. Tapi tak apalah. Nak jumpa barisan pelakon-pelakon terkenal. Berkorban sikit. Tapi tak sempat nak tahan Tony Eusoff dan bergambar. Menangis tak berlagu sebab P. Ramlee dah melarikan diri. Sesi soal jawab bersama wartawan bermula. Macam-macam yang ditanya. Kami dengar saja. Malu untuk mencelah. Lagipun masing-masing berpuas hati dengan persembahan jadi nak tanya apa lagi ? Ada juga dua tiga soalan yang menarik seperti cabaran dan rintangan untuk buat persembahan di Pulau Pinang dan sebagainya. Memang orang di Pulau Pinang tak begitu didedahkan dengan persembahan teater jadi mesti ada sedikit gusar bila persembahan besar seperti ini hendak dimainkan di Pulau Pinang. Datin Tiara kita sangat optimistik. Berfikiran positif sentiasa. Dengar kata untuk beberapa persembahan akan datang dah ada yang full house. Korang better cepat ya kalau bercadang untuk tengok teater P. Ramlee The Musical ini.

JADUAL PERSEMBAHAN TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR

JOHOR BAHRU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor

4 September 2015 - 8.00pm
5 September 2015 - 3.00pm
5 September 2015 - 8.00pm
6 September 2015 - 3.00pm

MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca

11 September 2015 - 8.00pm
12 September 2015 - 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 - 8.00pm

Tiket-tiket telah dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli secara online di ( www.ticketpro.com.my ) atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut. Haaa.. ini adalah senarai persembahan teater P. Ramlee The Musical yang bakal berlangsung di Johor dan Melaka. Jadi kalau korang ada berdekatan silalah make yourself available. Tak rugi punyalah. Boleh rujuk entri INI untuk maklumat lebih lanjut.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

119 comments:

  1. hebatnya teater musical p.ramlee ni puas hati siti menontonnya ya...tahniah kejayaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehe memang puas hati.. two thumbs up kita kasi ngeh3 =)

      Delete
    2. ni yang pernah tayang kat istana budaya tu ke?tak pernah berpeluang tengok. Akak suka gila tengok teater!

      Delete
    3. hehehe tak sure yang tu kak.. cuma skrang tengah tour to several states..
      kat melaka next ehehe.. best best =)

      Delete
  2. Seronoknya dapat tengok teater macam ni. Teringin! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah pun last time pegi tengok teater kat sana kan ? cumanya bila tengok
      yang made in Malaysia lebih dekat dengan budaya..

      Delete
  3. perghh!!! dapat bergambar dengan Pak Nil lah...adus!!! jelez berganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahaha.. buat muka tak malu kami ni.. nak up dalam entry punya pasal =P

      Delete
    2. SS dah bergambar dua kali dgn pak nil.. Zaman umur ku 19 tahun... keh keh keh...

      Delete
    3. tudia haaaih.. umur 19 dah bergambar ngan PakNil.. skrang umur brapa eh ?
      agak2 PakNil ingat tak ?

      Delete
    4. baru Aznil dah jeles, belum Azwan lagi..haha

      Delete
    5. ahaha ahahah yang tu iols is mampu gelak saja kot =P

      Delete
    6. huhu jangan jelly2 la.. tak baik.. nak yang positive2 saja =D

      Delete
  4. boleh ambil gambar semasa show teater ni eh...smlm sis JM tgk magic show di genting highland dorang x benarkan tapi paling best dpt bergambar dgn magician u oulsss...ada gambar sis JM dgn magician dari Korea..One Gun...cute sgt...jgn jeles ahaahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak.. tapi jangan guna flash. diorang tak kasi.. lagipun nanti mengganggu..
      kalo tak amek gambar takde benda pula nak citer nanti kan.. amboi jumpa magician ya..
      cute One Gun Akak JM tu CT kena tengok dulu baru boleh tau jeles ke tidak =P

      Delete
    2. mana cute? One Gun ke SS? Kah Kah Kah...

      Delete
    3. jawab JM jawaaaaaab !! sila buat solat istikarah dulu nak jawab tu..

      Delete
    4. amboi, kak JM...gambar ngan pakwe Korea ye

      Delete
    5. tu yang bizi tu.. pegi genting wooo pegi deting =P

      Delete
  5. ramai juga bloggerUtara yg join pergi tgk teater ni eh...perghh....tinggi betul nurzafirah tu,,,nina pun ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh nak angkut semua.. kasi penuh dewan hahaha..
      tapi ramai duduk dikejauhan and ada komitmen masing2.. memang pun Akak JM..
      Zafirah memang tinggi ngeh3.. Nina pun ada yeay =)

      Delete
    2. kenal nina ngan Arz je..

      Delete
    3. CT ? CT ? apakah kekanda tidak mengenali diriku ? T.T

      Delete
    4. Ekin sis jm x kenal hahaha

      Delete
    5. cepat jawab soalan cepumas Kak Ekin =D

      Delete
  6. Tak pernah tengok teater, macam mana lakonan tony eusoff?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe opcoz osem.. sayang takdan bergambar dengan dia..
      tah kemana dia pergi lepas PC tu hehehe.. x dapat jejak..

      Delete
  7. bestnya..suka tengok backdrop yg colourful, bikin persembahan bertambah lively..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. memang backdrop sangat great.. colour pun cantik2 jadi
      kita always rasa macam ternanti2.. whats next gitu..

      Delete
    2. Backdrop teater memang best! Arghhhhh nakkkkk tengokkkkk!!!!

      Delete
    3. kan ada kat JB sekarang..gi lah tengok SS

      Delete
    4. ehehe SS dah selamat menonton dah Kak Sal =D

      Delete
  8. syoknya ct...

    ReplyDelete
  9. Huhuhu..sedihnya x dapat joint kowang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3.. jangan gitu.. insyallah next time okay =)

      Delete
  10. Asalamualaikum ct...bestnya...akak tak berpeluang pi kat jb....coz mahal beno tiketnya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa kamon kakak.. kenyit2 mata kat abam mintak belanja =P
      hahaha pandaila CT kan.. ok kita tunggu RTM main citer P. Ramlee nanti tengok k..

      Delete
    2. tiket mahal tapi berbaloi...

      Delete
    3. itu dia.. review dari orang yang dah pergi tengok =P

      Delete
  11. Mmg terbaik kan ct.. sbb tue kak farah sanggup jugak pi tgk jugak.. bukan selalu berpeluang nak tengok teater sehebat nie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah.. mesti lagi havoc kalo dapat duduk dekat2..
      akak lagilah dengan nak pecut ke Krabi nya.. CT plak terus shoot pi KL..
      memang ting tong =P

      Delete
  12. i see uols having fun kat teater tu
    siap dpt bergambar ngan paknil lagi
    kerlasss

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahaha.. kami kena menyuakan diri nak bergambar.. kalo dak memang
      xde gambar..

      Delete
  13. menariknya.. rugi xdapat join.. waktu tyangan ni bertembung dgn macam2.. super busy la pulau time tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Suida ni.. orang ajak dia ritu dia tanak gak.. tak sudi katakan tak sudi.. sob sob..
      sedih hatiku gini.. miahaha..

      Delete
    2. ada tiket free tak CT????? Ha ha ha....

      Delete
    3. miahaha kena mai Penang la ritu SS.. sapa suruh duduk jejauh =P

      Delete
  14. huihhh...bestnyer leh nonton teater.....musical lagi haaa......sy xpernah ada pengalaman nonton teater live...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sebab live.. tak apa nanti bebila ajaklah abam pi IB.. ada banyak teater sepanjang tahun..

      Delete
  15. namy tak pernah tgk teater.. =/

    ReplyDelete
    Replies
    1. atotototo.. nanti ada chance pergi tengok k Namy =)

      Delete
  16. nampak begitu menarik..! Insya Allah kalo ada masa budget bole g tengok ni..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe menarik sngat ni.. kalau ada kesempatan jenguk la =D

      Delete
  17. hai. first time aida terjah sini :)

    da tgk entry pasal ni kat blog zai.
    menarik!
    nak ajak mr.asben gi la next next week kat ayer keroh.
    x pernah seumur idup gi tgk teater :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe hai.. thank you sudi jenguk =)
      nanti CT ke sana pula yeee..

      ajak ajak jangan tak ajak.. book tiket awal2 tau.. full house nanti melepas..

      Delete
  18. seronoknyaaaaaa....teringin nak tengok teater..

    ReplyDelete
  19. perrhhhh... g tgk teater.
    teringin nak tgk teater kt istana budaya.
    siapa lah nak teman kan...siapalah nak belanja ni...
    hihihihi....

    salam singgah dik siti ...

    will continue exploring ur blog... Insya Allah.

    dah letak kat blog list...

    suka blog ni sebab kaler pink n tanah putih... sedap mata memandang tulisan...
    hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jom kita tengok teater joom.. tapi kakak la belanja..
      adik ni tak de kerja lagi xleh nak belanja.. ke jom kita paw Kakak Farrah hahaha..

      maceh maceh.. nanti kita letak kat bloglist jugak.. takdan nak godek2 blog..
      reply komen pun lambat..

      Delete
  20. tak pernah terjah teater.. memang best kan dapat tengok live..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala menarik kak.. kalo selalu rabak gak poket..
      tengok teater best sebab real contact..

      Delete
  21. Replies
    1. superb sampai sakit sakit perut gelak haha..

      Delete
  22. Adussss... Baru terbaca entry ni.. Kat JB ada roperrrrnyeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dengarnya ada orang pulun beli tiket yang nak sold out tu..

      Delete
  23. SS lebih ske tgk teater banding wayang... Dah pernah layan citer badai semalam dan bidasar kat Istana Budayai! Tiket memang mahal tapi berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang le teater best lagi.. tapi tengok selalu tak mampu lew kakak oooi..
      kaya cem SS taperla hahaha..

      Delete
  24. Now tgh riki kat JB tak tahu laa ada lg tak tiket.. sob sob sob....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat nonton kan kan.. iols tak dan nak terjah entry SS lagi..
      sabaq naaa nanti i pi rumah you..

      Delete
  25. eh nanty ade kat melaka laaa, ta[i xdapat pergi masih ade kat Kelantan ^^ :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. eehehe adik Wardah bizi eh.. praktikal kan skrang ? takpe.. dulukan mana yang penting..

      Delete
  26. wah bestnya. tak pernah berkesempatan tengok teater

    ReplyDelete
  27. pestime tgk teater...naseb la best...mmg x rugi bkorban masa smpai tgh mlm dok bkampung kt Dewan Sri Pinang hr tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe berkampung tu tak menahan tu ehehe.. tapi dalam tengok abam Ramlee so
      okaylah berkampung pun =D

      Delete
  28. Baca entry ni pun dah buat Cik Mimie teruja nak tengok... Bestnye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ada beli tiket tak Cik Mimie ? hehe Melaka kan dekat..

      Delete
  29. x yah g jauh2 smpi istana budaya dpt tgk teater yg awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tapi jarang-jarang ada kat tempat lain.. memang selalu
      kat IB je la yang diorang selalu buat..

      Delete
  30. Wah bestnya...teringin sgt2 nak p hari ty..tp x sehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kalo ada kesempatan lain.. kita pi ramai2.. kasi serbu =)

      Delete
  31. amboiiiii seronoknya korang haaaa. tak sempat pun nak pegi tengok hari tu huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe skali skala.. nanti bebila ada lagi kita p okay =D

      Delete
    2. pasti!!! itu pun kalau tak clash date dengan pape nya sobsss. nasib orang duduk luar kawasan ni huwaaaaa

      Delete
    3. ehehe CT luar kawasan jugak Kak Kira.. tapi nak tengok punya pasal..
      insyallah nanti kita cari yang semua boleh join =)

      Delete
  32. last tengok, SuperMokh..tu pun tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ookay tu Kak Sal.. CT tengok time study dulu.. tu la skali hahaha..

      Delete
  33. Teringin nak tengok.... bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom Kak Ros.. dapatkan tiket.. skarang show dah kat Melaka..

      Delete
    2. Payah nak pi tengok.. huhu

      Delete
    3. Payah nak pi tengok. Huhu.

      Delete
    4. alaaaa nape.. okay Kak Ros tengok gambar2 yang CT share k..
      trasa macam dah pegi tengok jugak kan.. hihi..

      Delete
  34. kalau dapat join best nie..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe insyallah ada kesempatan lain.. kita serbu ramai2 k..

      Delete
  35. bestnya.. lagenda! klu kt png leh tgok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. kalo Ty balik memang wajib suruh Ty ekot skali..

      Delete
  36. Meriahnya nengok teater ramai². Dah lama tak tgk teater, Dulu masa anak dara ada gak gi tengok. Last tgk dulu teater Cindai kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe fuiyiooo ni first time CT dngr teater Cindai.. CT pun ni kali kedua ke ketiga tah tengok..
      samalah dulu time belajar adalah pegi tengok..

      Delete
  37. yeahhh semoga berjaya di lain teater buat TJ. memang have fun. org singapore pon turun JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TJ memang osem lah buat teater2.. lagi gempak teater daripada film cuma penat..
      sebab live kan.. hehehe memang.. sebab production gempak.. haruslah turun..

      Delete
    2. yeahhh kazen stay singapore pon turun JB.. memang hebat

      Delete
  38. wahhh.. bestnya... jeles! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaip namo jelly2 hahaha.. jom kita plan tengok teater sama2..
      bestnya kalau ada yang sudi belanja..

      Delete
  39. Sayangnya KL takde dalam routes dia kali ni kan...apapun, teater mmg terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mungkin next tour ada.. sebab tengok P. Ramlee ni macam dah lama ada..
      pelakon dok tukar2 ganti hehe.. hope buat kat KL plak..

      Delete
  40. nampak kelibat arzmoha di situ....

    ReplyDelete
  41. Kita yang jelez sebab x dapat joint.. huhuhu..

    ReplyDelete
  42. Jeles sangat tak dapat join tengok teater

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jeles jeles lah !! tak baik untuk perkembangan diri hahaha..

      Delete
  43. Wah bestnyer..untunglaaa ct..hehehee nampak arz moha kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Arz tu paling cepat sekali sampai kak.. paling excited..

      Delete
  44. rindu pulak nak tgk muka Asmidar..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.