September 2015 | SITI.YANG.MENAIP

13 September 2015 [Ahad]

Bangun pagi rasa macam tengah mimpi sampai tertidur mengadap laptop menyiapkan itinerary. Kalut sangat aku rasakan dua hari sebelum depart ke Melbourne baru ada masa untuk susun itinerary kasi kemas. Tak adalah perfect tapi sekurang-kurangnya ada panduan untuk dirujuk. Lepas breakfast masih lagi mengadap laptop. Jangan diikut perangai last minute macam ni elok prepare awal-awal. Muka aku terlalu ketat agaknya sampai anak-anak buah tak berani datang dekat. Jangan dikacau orang yang tengah stress jadi gulai masing-masing nanti. Segala documents dah print dan double check. Alhamdulillah by 5.00PM semuanya selesai dah boleh tarik nafas lega dan terus bersiap untuk ke KLIA2. Acik Yati (Cik Tia's mother) seawal 3.00PM dah Whatsapp aku baru gerak dari Taiping katanya. Kak Sal pun Whatsapp bila nak keluar rumah. Since I was from Bangi, tak terkejar-kejar sangat. Berjanji untuk berjumpa di Departure Hall KLIA2 selewat-lewatnya pukul 8.30PM. Akhirnya kami bertiga bertemu. Mula-mula sengih macam kerang busuk semuanya. Excited nak travel bersama buat pertama kali. Cepat-cepat kami pergi check-in. Aku tak reti nak online check-in jadi aku prefer secara manual. Kami nak request duduk bersebelahan jadi senang berurusan di kaunter terus. Aku dan Kak Sal check-in sekali. Timbang bag tiba-tiba exceed 4KG. Mesti sebab makanan semua berat-berat. Jadi aku terus keluarkan makanan untuk bawa as hand carry saja. Aku bawa tote yang berisi makanan menonong masuk Departure Hall. Plastik bungkusan aku simpan. Kang orang ingat minah kampung mana terlepas bawa plastik cenggitu saja masuk flight.

Back in April, bersembang dengan Cik Tia, kawan lama masa di MRSM dulu through FB. She was one of my housemates. She is now in Melbourne sambung study. Aku pernah plan untuk ke New Zealand ziarah dia tapi tak jadi. Christchurch gempa. Bila Cik Tia sudi terima aku as tetamu, I bought the ticket. Ramai yang dah tahu aku travel dengan siapa kali ini. Memang niat utama nak travel adalah untuk menjelajah meneroka bumi-Nya. Nak merasa usap kepala kangaroo dan peluk koala. Aku boleh katakan hampir 90% daripada itinerary yang disusun berjaya dicapai. Disebalik semua itu, ada yang lagi bermakna yang aku dapat. Tiny little things yang besar nilainya. Kisah jejak kasih, kisah sebuah persahabatan yang terbina dan yang pastinya adalah satu kisah pengembaraan yang cukup bermakna buat diri aku. Hebat atau tak dimata korang semua, bukan taruhan. Diri merasa cukup bersyukur dengan pengalaman kali ini. 

SOS PASTA MELAYANG DI KAUNTER IMIGRESEN

Jauh rupanya kena berjalan nak sampai departure gate. First time melalui perlepasan International di KLIA2. Pemandu kereta buggy ajak naik tapi kami menolok pada mulanya. Kemudian dah sedar yang perjalanan masih jauh, kami pula yang terjerit-jerit panggil kereta buggy. Eloklah naik buggy. Boleh perah baju kalau menapak ke gate. Lepas dah turun untuk ke Gate Q kita kena lalu pemeriksaan terakhir. Aku selamba letak tote berisi makanan untuk scan. Pegawai kastam tanya ada apa dalam tote aku jawab makanan. Dia kata ada liquid banyak. Otak aku ligat berfikir apa benda liquid aku usung dalam tote. Alamak aku lupa aku usung sos pasta. Jadi pegawai kastam suruh aku keluarkan. Dah macam mini market kat situ satu per satu aku susun. Memang dah salah sendiri jadi aku redha kalau dia nak ambil. Tiba-tiba dia pulangkan sos pasta aku dan ambil dua tin saja. Buat syarat katanya sambil mengucapkan selamat jalan buat kami. Aku memang tak ingat langsung bab liquid dan hand carry. Jadi kawan-kawan yang lain sila ambil iktibar.


Budak baru belajar nak guna Gopro. Kembang habis muka hidung pipi. Excited juga siap sedia depan Gate Q14 nak beratur masuk. Orang ramai. Patutlah pekerja di kaunter pening nak susun seat untuk kami bertiga. Kami biarkan orang lain masuk dulu memandangkan seat kami antara yang paling belakang. Seat kami terpisah dengan aisle. Kak Sal duduk sebelah Acik Yati dan aku terpisah duduk seorang diri sebelah calon jodoh. Seorang lelaki berkulit gelap from America duduk sebelah aku. Acik Yati kata handsome. Tenung senyap-senyap memang ada rupa pun. Dia duduk saja terus tidur. Siap mengigau lagi dengan aku ditepisnya. Terus aku terjaga tak boleh lena dah sampai landing.


Perjalanan selama 8 jam bermula tepat pukul 10.30PM. Alhamdulillah sangat smooth. Jujur kata hati memang cuak. Tawakal dan memang tadah tangan baca doa minta dilindungi. Lama tak naik flight long distance. Ada hujan sikit di pertengahan perjalanan tapi sekejap saja. Aku terlelap juga lepas makan tapi bila dah terjaga terus tak dapat lena sampai mendarat. Kak Sal memang terus hanyut tak sedar apa. Tabik spring boleh tidur lena. Penat sangat agaknya. Acik Yati lagi superb. Langsung tak tidur dari berlepas hingga landing. Memang katanya susah nak tidur dalam perjalanan. Jadi kami berbual-bual. Mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Gitu..

SOLAT SEMASA DI DALAM PENERBANGAN JAUH


Selepas empat jam berlepas, kami dah masuk ruang udara Australia. Jadi untuk menentukan waktu solat Subuh, kena ikut timing daratan yang paling dekat (mengikut kefahaman hasil pembacaan). Jadi wajiblah kita ikut waktu di Australia. Aku dah semak awal-awal sebelum berlepas. Boleh semak SINI untuk menentukan waktu solat. Tapi untuk kepastian, boleh tanya crew penerbangan. Kami tanya waktu solat dan crew kata waktu solat ada lagi 30 minit. Jam tangan menunjukkan baru pukul 2.30AM di Malaysia tapi sudah pukul 4.30AM di Australia. Jadi sudah boleh kalau nak solat. Nak explain lebih lanjut aku takut salah. Nanti hampa ikut jadi lain pula. Jadi bolehlah rujuk orang yang lebih pakar. Tak susah pun untuk ambil wuduk dalam toilet kapal terbang. Jadi pakailah pakaian yang selesa. Solat duduk saja di tempat duduk masing-masing.

14 September 2015 [Isnin]

HELLO MELBOURNE TULLAMARINE AIRPORT, GOSIP ANJING DAN SIMCARD YES OPTUS

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - MELBOURNE TULLAMARINE AIRPORT, KISAH ANJING DAN SIMCARD YES OPTUS. Walaupun sedikit bergegar teruk tapi alhamdulillah kami mendarat dengan selamat. Kami sampai tiga puluh minit lebih awal dari ETA dan disambut suhu sekitar 17 celcius. Excited sangat bila nampak macam-macam kapal terbang dari negara lain. Walaupun ada banyak kapal terbang yang tersadai, bila kami keluar dari flight, tak ramai pula orang di airport. Kami terus saja ke Imigresen. Disebabkan kami agak cepat, dapatlah beratur awal. Sedang sakan enjoy free Wifi yang laju, tiba-tiba seorang pegawai jerit suruh semua berdiri dalam satu barisan saja. Dua tiga kali dia jerit dan lalu lalang tepi kami. Suddenly aku nampak anjing. Jarak kami dengan anjing hanyalah dalam 5/6 orang saja. Damn. Orang ramai yang riuh bersembang semua senyap tiba-tiba. Nervous sebab makanan aku yang bawa. Terus tukar tangan kanan pegang makanan sebab anjing bakal lalu sebelah kiri. Before inspection by si anjing polis, pegawai ada terangkan yang itu merupakan procedure airport jadi semua disarankan memberi kerjasama. Aku cuba bertenang walaupun anjing tak adalah besar mana tapi seram juga.



Tiba-tiba laju saja seekor anjing berlari tepi aku. Itu saja ke caranya. Dia tak hidu pun makanan yang aku bawa. Kalau itu saja memang aku bersyukur yang amat. Tapi inspection si anjing tak selesai lagi. Lepas dah ambil luggage kami dipisahkan ke laluan yang khas sebab aku dan Acik Yati declare bawa makanan. Kak Sal hanya declare bawa ubat dan disuruh menggunakan laluan lain. Sekali lagi kami disuruh berdiri dalam satu barisan. Kali ni, segala jenis bag kena letak atas troli. Backpack aku disangkut di sebelah kiri dan handbag Acik Yati disangkut disebelah kanan. Makanan pula aku letak di ruang kecil di troli. Dari belakang dah nampak dah seekor lagi anjing. Tak sudah juga rupanya. Sekali lagi anjing berlari-lari keriangan keliling kami untuk check bag-bag yang dibawa. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Semua lepas. Katalah anjing tu berhenti lama di bag dan tak nak bergerak tinggalkan bag, barulah pegawai akan datang dan minta kita buka bag. Ada juga aku nampak pegawai bertugas angkat few bags dan dibawa ke kaunter khas. Syukur tak perlu nak melalui semua tu. Overall, segala proses pemeriksaan Imigresen makan masa almost satu jam lebih.

Ambil booklet ni di Arrival Hall. Ada discounts menarik untuk several tourist spots.

SIMCARD DAN PLAN PREPAID INTERNET OPTUS PILIHAN TERBAIK

Aku sumpah tak boleh senang duduk kalau tak ada Internet. Kisahnya, kami dah book Pocket Wifi Wiyo dari Malaysia dengan pakej sebanyak RM196 untuk seminggu tapi hanya dapat 2.5GB saja. Bila aku terjumpa pakej yang ditawarkan oleh Optus, aku terus cancel booking. Beza sangat harganya. Beli simcard lagi senang hati. Mujur tak bayar apa-apa lagi. Hanya 15AUD (RM48 approx) termasuk simcard dan data untuk tujuh hari dan setiap hari akan dapat 500MB data. Kalau buat international call hanya ditolak 5 sen saja untuk setiap minit panggilan. Memang berbaloi sangat. Boleh check SINI untuk pakej Optus yang lain. Ada banyak syarikat telekomunikasi yang lain tapi aku suggest korang guna Optus. Senang pun senang untuk dapatkan simcard sebab keluar saja dari Arrival Hall, berjalan ke hujung pintu keluar sebelah kanan dah ada sebuah kedai Optus disitu. Pekerja sangatlah ramah. Salah seorang pekerja adalah dari Malaysia. Dah selesai semua apa tunggu lagi. Marilah kita berhuhuhu..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
KARTUN ANIMASI UPIN IPIN FIESTA DI DPULZE CYBERJAYA. Ini bukan sebarang pemberitahuan. Event pun dah lama berlalu. Aku just nak kongsikan cerita dan gambar sebelum aku delete. Aku tak tahu menahu pun pasal Upin Ipin Fiesta yang berlangsung di DPulze. DPulze berada kat mana pun aku tak tahu. Selepas selesai majlis bertunang Momon, dengan berbaju kurung bagai terus shoot ke Cyberjaya cari port nak melepak. Akhirnya kami pilih untuk ke DPulze. Lepas makan kami pergi solat. Since aku boleh Jama' and Qasar, aku malas nak bersesak dalam surau yang sempit. Aku tunggu yang lain solat. Kat bawah memang ada booth jualan barangan Upin Ipin. Lepas tu ada dua MC naik stage dan mula kasi soalan quiz untuk orang yang mula berkerumun. Soalan-soalan quiz untuk budak-budak kecil. Kalau jawab betul dapatlah goodies. Tiba-tiba MC jerit panggil keluar mascot. Aku ingat acah saja sekali betul pula seketul 'Ehsan' keluar dari entah mana. Makin ramailah budak-budak kat depan stage tu. Joget-joget si Ehsan atas pentas. Aku dah jeling Momon memberi signal nak turun. Terus aku cepat-cepat turun tinggal Momon kat atas. Age is no guarantee of maturity. Sama-sama excited dengan budak-budak kecil yang bersorak bila nampak Upin Ipin. Padahal bukan peminat pun. Sekadar tahu nama watak saja. Ada Ehsan, Jarjit, Upin dan Ipin.
















Watak-watak adalah jejoget beberapa lagu before adik-adik dijemput naik ke pentas untuk sama-sama menari. Aku bukan tak nak naik cuma takut rosak event orang. Lepas dah semput jejoget atas pentas, mulalah sesi bergambar dengan watak-watak terkenal animasi Upin Upin. Kami gigih tunggu sampai ke sudah sebab nak bergambar punya pasal. Dahlah tak dapat naik atas pentas menari, tak kan nak pergi macam tu saja. At least kena ada juga bahan bukti dah berpeluk-pelukan dengan Upin Ipin. Abaikan saja siapa kat dalam mascots. Janji dapat bergambar dengan riang ria. Kekakaks pun dah sama naik. Sama-sama lupa diri.Haaa puas kami kejar semua mascots. Siap main tarik lagi suruh pandang camera. Mascots pun sporting habis. Siap kasi idea nak posing macam mana. Kami tak pedulikan orang lain yang tengok kami atas bawah. Tunggu turn masing-masing baru bergambar. Kami pun beratur juga. Sesekali buat perangai childish macam ni seronok. Boleh release tension dan lupakan seketika masalah duniawi yang melanda. Okay itu saja nak kongsikan kali ini.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.