October 2015 | SITI.YANG.MENAIP

ITINERARY PERJALANAN 7 HARI KE MELBOURNE VICTORIA AUSTRALIA

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE | PERBELANJAAN DAN BUDGET KE MELBOURNE. Akhirnya selesai pun perkongsian perjalanan ke Melbourne. Habis aku senaraikan tempat-tempat menarik di Melbourne untuk diterjah dan ceritakan tentang pengalaman sepanjang berada disana. Hampir setahun peram baru dapat habiskan. Kekangan masa dan kadang-kadang memang tak ada mood langsung.  Ini adalah senarai entries berkaitan trip ke Melbourne pada bulan September 2015. Musim bunga bakal tiba di Australia tak lama lagi, eloklah aku kongsikan dengan korang entries lama. Share idea apa yang patut. Tapi kena ingat satu perkara. Pengalaman setiap dari kita adalah berbeza dan cara juga berbeza. Apa-apa pun ikutlah kemampuan dan keselesaan masing-masing. Semoga dapat dijadikan panduan untuk merancang perjalanan ke Melbourne.










It was a blast journey and we had so much fun in Melbourne. Good food. Memang kalau ada rezeki untuk kembali memang nak pergi lagi. Banyak yang belum explore. Finally it's a wrap. Terima kasih untuk semua pihak yang membantu to make the trip possible dan sepanjang berada di Melbourne. Especially to my parents. Cik Tia, Acik Yati, Kak Sal dan AK. Thank you untuk semua kenangan dan days yang kita spent together. I am thankful enough to meet all the beautiful people while I was there in Melbourne. Harap perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan yang sedang merancang ke Melbourne. Kalau ada sebarang persoalaan boleh drop komen atau email.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

BUDGET DAN PERBELANJAAN 7 HARI KE MELBOURNE AUSTRALIA

BUDGET DAN PERBELANJAAN KE MELBOURNE VICTORIA AUSTRALIA.  Selesai sudah aku bentangkan perkongsian journey haruslah share budget dan perbelanjaan yang telah aku laburkan sepanjang berada di Melbourne. Aku bukan seorang yang berjimat cermat. Jadi kalau korang berharap untuk mengetahui tips-tips berjimat di Melbourne, korang dah salah saluran. Hahaha.. Tapi bolehlah kalau korang semua nak buat panduan. Sekurang-kurangnya ada bayangan. Aku akan cuba sedaya upaya nak ingat balik semua perbelanjaan aku di Melbourne. Maklumlah dah hampir setahun diperam.


*Tukaran mata wang RM : AUD = RM3.14 : 1.00AUD (13/09/2015)

Tiket Air Asia X Kuala Lumpur - Melbourne = RM403.00
Tiket Air Asia X Melbourne - Kuala Lumpur = RM855.66
Luggage 20KG Kuala Lumpur - Melbourne = RM89.00 / 2 = RM44.50
Luggage 25KG Melbourne - Kuala Lumpur = RM153.04 / 2 = RM76.52
Luggage 5KG Melbourne - Kuala Lumpur = RM32.30 /2 = RM16.15
In-Flight Food Melbourne - Kuala Lumpur = RM51.52
Visa Australia = RM20.00
Food = RM50.00 / 2 = RM25.00

TOTAL : RM1492.35

Tukaran mata wang AUD : RM #1 22/8/15 = 600AUD (x 3.03) = RM1818.00
Tukaran mata wang AUD : RM #2 26/8/15 = 400AUD (x 3.08) = RM1232.00
Tukaran mata wang AUD : RM #3 12/9/15 = 600AUD (x 3.13) = RM1878.00

TOTAL : RM4928.00 (1600AUD)

DAY 1 (14 September 2015)

Optus Yes (sim card) = 15.00AUD
MYKI = 6.00AUD
Top up MYKI = 7.52AUD x 4 = 30.08AUD = 31.00AUD
Package Tour Great Ocean Road = 94.00AUD
Chicken Gozleme Federation Square = 13.00AUD / 2 = 6.50AUD
Fizzy Coke 7Eleven Flinders Street Station = 3.00AUD
Mini Shopping Woolworth = 17.90AUD

TOTAL : 173.40AUD

DAY 2 (15 September 2015)

Road Trip (2 Days) = 200AUD / 4 = 50.00AUD
Petrol = 100AUD /4 = 25.00AUD
Maru Koala & Animal Park Entrance Fee = 20.00AUD
Kangaroo Food = 2.00AUD
Postcards = 3.90AUD
Lunch Panny's Chocolate Factory = 23AUD / 2 = 11.50AUD
Churchill Island & Heritage Farm Entrance Fee = 12.25AUD
Dinner Bali Bagus Melbourne City = 25.00AUD

TOTAL : 149.65AUD

DAY 3 (16 September 2015)

Rayner's Stonefruit Orchard Entrance Fee = 18.00AUD
Fruits 4KG = 20AUD / 4 = 5.00AUD
Blueberry Muffin = 3.90AUD
Tesselaar Tulip Festival Entrance Fee *student price = 20.00AUD
Assorted Nuts = 15.00AUD
Souvenirs Teeselaar Tulip Festival = 6.99AUD
Puffing Billy *student price = 41.00AUD
Souvenirs Emerald = 5.99AUD
Souvenirs Puffing Billy = 7.99AUD

TOTAL : 123.87AUD

DAY 4 (17 September 2015)

Souvenirs The Great Ocean Road = 20.97AUD
Pizza = 15.00AUD / 2 = 7.50AUD


TOTAL : 28.47AUD

DAY 5 (18 September 2015)

Churros Flinders Street Station = 3.50AUD
Kebab Swanston Street =  11.00AUD
Churros Chocolateria San Churros = 12.00AUD
Bus Fare West Gate Park = 2.70AUD
Dinner Blok M = 22.00AUD

TOTAL : 51.20AUD

DAY 6 (19 September 2015)

Nutella Doughnuts = 4.00AUD
Souvenirs [Fridge Magnets + Keychains + etc] = 30.00AUD
Postcards = 4.00AUD
Stamps = 1.97AUD x 12 = 23.64AUD
Tshirt Melbourne Australia = 20.00AUD
Winter Jacket = 50.00AUD
Fruit [Strawberry + Blood Orange] = 10.00AUD
Chicken Wings + Lamb Ribs = 23.90AUD / 3 = 7.96AUD

Vans Sneakers 2 Pairs = 59.00AUD
Corelle 16 Pieces = 42.90AUD
Jumper Cotton On = 10.00AUD
Tee Esprit = 20.00AUD
Thermal Wear [Kathmandu] = 31.80AUD
Shirt & Tie = 39.90AUD

Tim Tam 2.89 x 10 = 28.90AUD
Chocolates Assorted Woolworth = 35.90AUD
Dinner Laksa Bar = 17.90AUD

TOTAL : 431.90AUD

Day 7 (20 September 2015)

Starbus Airport Shuttle = 20.00AUD
Cik Tia = 50.00AUD
Shopping Melbourne Airport (Chocolates) = 56.50AUD

TOTAL : 126.50AUD

TOTAL Perbelanjaan di Melbourne173.40149.65123.87 28.4751.20431.90126.50 = 1084.99AUD

Baki AUD : 1600.00AUD - 1084.99AUD = 515.01AUD 

TOTAL Perbelanjaan keseluruhan
1084.99AUD x 3.14 = RM3406.87 + RM1492.35 = RM4899.22

*Tukaran baki AUD ke RM sebanyak 500AUD x 3.11 = RM1555

Inilah dia perbentangan budget dan perbelanjaan sepanjang aku berada di Melbourne. Plus minus sebab ada yang aku lupa. Ada yang terlupa jot down aku anggarkan saja. Tapi baki memang aku convert balik 500AUD dan baki yang kecil aku buat kenangan. Aku banyak berbelanja sebab aku boros dan harus diakui perkara itu. Alhamdulillah thanks to Cik Tia kami tak perlu fikir about lodging because we were staying in her house. Kalau campur lodging memang lagi bertambah budget.

Perbelanjaan adalah subjektif dan mengikut kehendak dan kemampuan kita. Budget aku pada asalnya hanyalah sebanyak 1000AUD saja memandangkan harga tiket kami sangat mahal. Trip yang impromptu cenggini jadinya. Harga melambung. Jadi tempah tiket penerbangan awal supaya dapat harga lagi murah. Jimat banyak. Currency exchange pun sangat teruk at that time. Aku bawa extra just incase I was in need of money. Aku tak ada credit card nak swap jadi solution adalah bawa extra cash. Apa-apa pun ikutlah cara masing-masing. Perkongsian ini adalah sekadar berkongsi dan membantu memberi bayangan kepada korang yang bakal ke Melbourne.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
20 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - GOODBYE VICTORIA DAN STARBUS AUSTRALIA. Malam sebelumnya gigih kami menyumbat everything dalam luggage. Timbang nak kira berat. Kalau exceed masih sempat untuk top up. Alhamdulillah walaupun banyak yang diborong tapi masih within berat yang dibeli. Risau juga kalau berlebihan. One thing yang aku risau masa plan itinerary adalah cara untuk pulang ke Melbourne Airport untuk balik ke Malaysia. Aku buat research dan ramai yang suggest naik Starbus tapi that day was Sunday dan waktu Starbus beroperasi agak lewat. Flight was at 9.30AM and paling busuk kena ada di airport at least pukul 8.00AM. Jarak dari rumah Cik Tia ke Melbourne Airport lebih kurang 30 minit. Dari Malaysia aku fikirkan cara macam mana sebab memang tak sempat kalau nak catch a bus dari train station ke airport. Tapi Cik Tia dah tolong selesaikan. Mudahnya.

STARBUS MELBOURNE : DARI MELBOURNE CITY KE MELBOURNE AIRPORT

Perkhidmatan service Starbus ada disediakan dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD dan juga sebaliknya. Tapi kena kaji dengan teliti laluan dan jarak dengan tempat penginapan masing-masing. Other than that, ada juga disediakan service dari pick up point tertentu khas untuk ke Melbourne Airport. Service dibawah company yang sama. Kita hanya perlu tunggu dijemput di tempat yang kita nak. Jadi two days before balik, Cik Tia dah tempahkan untuk aku dan Kak Sal. Hanya perlu buat tempahan melalui website Starbus.Au Airport Shuttle dan ikutlah arahan. Confirm masing-masing akan beli simcard Australia. Kalau tak nak booking online boleh terus call. Senang. Habis cerita.


HARGA SERVICE STARBUS DARI DAN KE MELBOURNE AIRPORT

Kita tengah bincang tentang medium nak bergerak dari dan ke Melbourne Airport. Maknanya bila kita baru sampai dan pergerakan kita untuk pulang. Perkara ni optional dan ikutlah keselesaan masing-masing. Kalau korang memang bercadang untuk naik Starbus (bus) dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD terpulanglah. Selain option Starbus (bus), ada juga option Starbus (van shuttle). Ini yang aku nak kongsikan. Yang nak naik bus kena refer pengalaman orang lain sebab aku tak naik Starbus (bus). Jadi aku tak tahu flow yang betul macam mana. Yang aku faham setelah aku godek website, harga yang sama boleh apply kalau korang nak naik Starbus (van shuttle) yang terus sampai depan tempat penginapan. Lagi mudah daripada naik Starbus (bus) dan kena naik tram pula. Bayangkan kalau bawa banyak bag. In case korang berdepan situasi yang sama macam aku, flight awal pagi dan tak ada public transport yang cepat untuk bawa ke Melbourne Airport jadi inilah dia solution yang terbaik.


Rumah Cik Tia terletak di Carlton (Zone 2), jadi harga dari pick up point ke Melbourne Airport adalah sebanyak 20AUD (RM62.80 approx) seorang. Kalau dari awal kita book service Starbus tak kisahlah bus atau van shuttle, kita hanya perlu bayar sebanyak 34AUD (RM106. 76 approx) return. Dah tak perlu risau berebut bus dan ada jaminan terus sampai depan pintu.

WAKTU OPERASI STARBUS (BUS DAN VAN SHUTTLE)

Bolehlah korang rujuk waktu operasi Starbus untuk senang buat jadual perjalanana. Ingat ya elok rancang awal supaya nanti tak gelabah. Kena ambil kira juga waktu operasi tram kalau korang bercadang untuk gunakan tram juga, especially hari Sabtu dan Ahad.




Keluar dari Arrival Hall akan terus nampak signage Starbus (bus) dan kaunter tiket. Tiket boleh beli on the spot. Kalau nak gunakan service Starbus (van shuttle) kena lintas jalan sikit rasanya. Tunggu di tempat pick up passengers Melbourne Airport. Nak kepastian, silalah bertanya. Mengerti sudah sekarang jangan risau kalau terpaksa gerak awal ke Melbourne Airport. Dah ada jalan penyelesaian. Tapi sekali lagi ditegaskan, semua ini adalah optional dan pilihan keselesaan masing-masing. Tak bererti cara korang salah. Cuma memberi gambaran dan pilihan untuk dipilih. Bag dah kemas dan boarding pass pun dah dapat. Jomlah kita gerak balik. Tanah air tercinta sedang menanti walaupun ketika itu dilanda ujian jerebu yang teruk. Cerita pun dah tamat. Sekian.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
19 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - SHOPPING CORELLE MURAH DI DFO ESSENDON. Tak sah kalau ke Australia kalau tak memborong Corelle. At least kena rembat sekotak buat kenang-kenangan. Memang jiwa mak sangat aku rasa bila nak memilih design Corelle untuk MamiZ. Di Australia, harga Corelle memang jauh lebih murah berbanding yang terjual di Malaysia. Kalau di Melbourne, wajib kita masukkan DFO dalam list tempat shopping yang wajib dituju. DFO menempatkan butik-butik yang menjual barangan branded dengan harga yang lebih murah. Mungkin barangan yang sudah off season dilambakkan di DFO. Ada beberapa DFO sekitar Melbourne City, South Wharf, Homebush, Moorabin dan Essendon. Kena make sure DFO yang dituju ada jual Corelle atau tak. Tak semua DFO di Melbourne ada kedai Corelle. Since memang niat utama nak memborong Corelle, kami terus ke DFO Essendon. Boleh juga kalau nak datang guna public transport tapi kena study lebih sikit. Rujuk SINI. DFO South Wharf adalah yang paling dekat dengan Melbourne City dan boleh access through public transport tapi tak ada kedai Corelle. Balik dari Vic Mart, kami pulang untuk solat. Kemudian terus saja pecut semula ke DFO Essendon.

Aku ada baca somewhere yang Corelle boleh didapati dengan harga murah di BigW jadi kalau korang tak ada masa nak ke DFO Essendon boleh pergi BigW. Cuma harga taklah semurah di DFO but still murah dari harga di Malaysia. DFO Essendon sangat luas. Kena ada tenaga berjalan kalau nak ronda semua outlet. Terus kami mula shopping. Memang menggoda sungguh harga yang ditawarkan. Kalau convert to RM memang jauh lebih murah. Terus simpan camera sebab nak focus membazir. Thanks to Kak Sal yang sempat snap few pictures ada juga gambar nak share.

Among my favourite brands. Sepasang for 39AUD (RM122.46 approx) and dua pasang for just 59AUD (RM185.26 approx). Kat Malaysia sepasang dah RM200 plus kalau tengah sale.


Harga perfumes yang murah yakamat. Tapi aku bukanlah fan perfumes jadi tak teruja. Elok borong bekalan perfumes setahun dua kalau dah sampai ke Australia. Selain memborong di DFO, boleh juga borong di kedai MyChemist yang bersepah-sepah di sekitar Melbourne City.

Maaf tak ada gambar kedai Corelle sebab tangan penuh pegang barang. Rambang mata nak memilih. Walaupun design sangat limited tapi harga memang murah. Set 16 pieces hanya 42.90AUD (RM134.71 approx) dan selain Corelle ada juga kitchenware lain seperti Pyrex dan Corningware. Patutlah orang boleh hilang daratan seketika. Dah habis memborong kami pun beransur pulang. Hari dah gelap bila kami keluar dari DFO. Lama sungguh membazir. Kang tak muat bag nak bawa balik semua barang. Since esoknya dah nak balik, that night all of us had dinner with AK. Makan laksa versi orang Australia katanya. Will share about it later.

HASIL TUAIAN SHOPPING DI MELBOURNE

Since aku pernah dapat email dari one reader bertanyakan harga-harga barangan di Melbourne, jadi aku decided untuk share dengan korang juga. Ini bukan niat nak menayang. Just to give ideas apa yang berbaloi beli or apa yang boleh kita bawa balik dari Melbourne. Jangan fikir bukan-bukan pula. Fikir yang baik-baik saja.

Baju-baju dari Cotton On dan Esprit. Hanya 10AUD (RM30.14 approx) sehelai. I bought two sneakers from Vans dan ini salah satunya. Two pairs for 59AUD (RM158.26 approx). Perfume dari Elizabeth Arden hanya 15AUD (RM47.10 approx).

T-Shirt Melbourne dibeli di Victoria Market hanya 4AUD (RM12.56 approx) sehelai. Harga adalah berbeza mengikut hari. Kalau yang printed in Australia harga sedikit mahal. Kemeja and tie for arwah DediS 39.90AUD (RM125.29 approx). DediS tak sempat pakai pun. Allah loves him more. Thermal wear from Kathmandu hanya 16.90AUD (RM53.07 approx) untuk top dan 14.90AUD (RM46.79 approx) untuk bottom. I found them cheap sebab kat Malaysia mahal but AK said, pernah juga dijual dengan harga sekitar 5AUD - 10AUD.

Hasil tuaian di Queen Victoria Market. Total damage was 150AUD (RM471 approx) including a 50AUD (RM157 approx) red winter jacket, tshirts and souvenirs. For things yang made in China usually akan lebih murah and yang originally from Australia off course a bit pricey. 

Selalunya memang aku akan borong chocolates banyak-banyak. Senang nak kasi family members yang ramai. These chocolates are all from Woolworth. Korang boleh juga beli di BigW, Coles or any other hypermarket yang lain. Range adalah sekitar 1AUD - 10AUD sepeket. Depending on the bargain. Different days ada different offers. Jadi ikut rezeki kitalah. I would recommend Cadbury Caramello Koala and Woolworth's signature Selection chocolates. Dah chocolate bentuk koala memang ideal sangat nak buat souvenirs especially for kids.

Siapa suka TimTam angkat tangan yezza kita geng. I am a die hard fan of TimTam. It is so damn cheap in Australia. Off course sebab pengeluar. Kalau dekat Malaysia especially di Cold Storage or Jaya Grocer, sebungkus will cost us more than RM15. Tapi di Australia hanyalah 3.89AUD (RM12.21 approx) Yes. Masih mahal. Hari kami memborong ada 50% off untuk semua Arnott's products. Jadi sebungkus hanyalah 1.95AUD (RM6.10 approx).

Honeycomb & Caramel by Select (Woolworth) is so good. Kalau korang pencinta caramel memang elok sangat beli. Memborong Snickers and Mars (flavors yang tak available in Malaysia) for only 1AUD (RM3.14 approx). Boleh kasi anak-anak buah seorang sebiji.

Inilah sedikit sebanyak apa yang aku beli di Melbourne. I have ramai ahli-ahli keluarga so I need to berbelanja extra. Ada juga few exclusive fridge magnets yang dibeli di tempat-tempat tertentu seperti Puffing Billy dan Great Ocean Road. Mahal but it is okay sebab dah menandakan yang kita dah sampai. Apa-apa pun berbelanjalah mengikut budget masing-masing. Mana yang dirasakan berbaloi untuk diborong silalah borong. Kalau berkira-kira sangat takut nanti teringat-ingat. Jadi belilah jika ada kemampuan. Semoga membantu memberi bayangan benda-benda yang boleh diborong dari Melbourne. Jom kemas dan timbang bag. Hopefully tak terlebih muatan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
19 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - SHOPPING SOUVENIRS MURAH DI QUEEN VICTORIA MARKET. Bangun pagi dan bersiap-siap untuk serbu Queen Victoria Market. Memang target hari keenam di Melbourne adalah hari untuk melabur saki baki duit yang tinggal memandangkan dah nak balik ke Malaysia. Queen Victoria Market merupakan tempat yang ideal untuk memborong souvenirs untuk orang-orang kampung. Other than that, ada juga street food (makanan halal pun ada), seafood, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan antik. Sila semak dulu waktu operasi Queen Victoria Market sebelum terjah. Bukan hari-hari dibuka. Nanti putih mata terus tak dapat nak membeli. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.





  • Monday - Closed
  • Tuesday - 6:00AM - 2:00PM
  • Wednesday - 5:00PM - 10:00PM 
  • Thursday - 6:00AM - 2:00PM
  • Friday - 6:00AM - 5:00PM
  • Saturday - 6:00AM - 3:00PM
  • Sunday - 9:00AM - 4:00PM

  • Queen Victoria Market ada banyak pintu masuk. Ikut koranglah masuk pintu mana. Aku cadangkan, janganlah korang rasa korang mampu spend dua atau tiga jam disini. Mesti lebih punya because tempatnya sangat luas dan makan masa untuk berjalan dan membelek barangan yang ada. Aku tulis dalam itinerary nak spend dua jam saja ended up almost lima jam kami disini. Ada kedai yang menjual snack yang halal. Lupa pula nak snap gambar-gambar kedai yang menjual makanan halal. Majoriti adalah kedai-kedai yang diusahakan oleh orang-orang Arab. Jadi tanya sajalah untuk kepastian. Kami sempat juga bungkus chicken bawa balik for lunch. Lepas meronda kawasan seafood dan makanan, kami terjumpa kawasan buah-buahan dan sayur-sayuran pula. Fresh betul nampak semuanya. Buah-buahan pula ada yang aku rasa sangat murah seperti strawberry dan ada juga yang aku rasa terlampau mahal. Kalau setakat buah-buahan tropikal kita balik makan kat Malaysia sajalah. Jangan membazir.

    Dah melepasi segala sections barulah kita gerak ke bahagian yang hendak dituju. Kita kena keluar dan berjalan ke next building tapi masih lagi di bangunan Queen Victoria Market. Bertentang saja dengan bangunan yang menjual barang-barang basah.

    Telan ailio saja mampu bila dah tengok harganya.



    Cik Tia suruh cuba. So damn good. Menyesal beli dua ketul saja.



     

    Cik Ijan mengusung bag shopping yang kempis. Misi belum mula nampaknya.

    Suasana di luar bangunan Queen Victoria Market adalah lebih meriah dah riuh.

    I read somewhere ada kawan-kawan bloggers yang dah cuba doughnuts ni. Famous di Queen Victoria Market but Cik Tia said recently sijil halal ditarik balik due to penggunaan minyak berunsurkan haiwan.

    Bangunan inilah semua souvenirs dijual. Cross the road first and jom kita melabur.

    Mula rambang mata tengok souvenirs. Kiri kanan memanggi dan menyeru. Jangan terus beli. Compare dulu harga.

    Jaket kulit dijual dengan harga yang murah berbanding di branded outlet. Tak berjenama tapi kualiti sama saja. Cheaper dari yang terjual di Malaysia.

    Pusing punya pusing akhirnya terjumpa kedai Uncle ni. Dialah yang menjual souvenirs dengan harga yang paling murah that day. Terus masing-masing memilih barang yang nak dibawa balik.


    Sehelai t-shirt dewasa hanya 4AUD (RM12.72 approx). Harga akan bertukar kepada 5AUD (RM15.90 approx) selepas pukul 12.00PM. Maka kami borong cepat-cepat. Itulah permainan peniaga-peniaga disini. Harga berbeza mengikut rezeki kita juga.

    Cubaan Cik Ijan tawar menawar.

    Tengok tu.. bag yang tadinya kempis sudah kembung. Bahaya tempat ni.

    Antara barang-barangan yang berbaloi dibeli adalah keychain, fridge magnets, jackets, winter gear dan carpet kulit binatang. Seriously harga memang berbeza from one kedai to another walaupun berniaga kedai bersebelahan. Itulah sebabnya kena survey dulu unless korang bawa seguni duit. Winter gear sangat murah. Winter coat semurah 50AUD (RM159 approx). Boleh dapat lagi murah depends on the style yang korang nak. Jahitan kemas and yes super comfy. Apa lagi tibai sepasang. Lepas dah memborong kami just melepak sekitar Queen Victoria Market. Enjoying our moment in Melbourne sambil tengok gelagat orang. We encountered this one band, Woodlock yang tengah buat performance tepi jalan. Fresh music ramai orang kerumun. Kami tak lepaskan peluang. Tried to merge with the locals. Jadilah pendengar music jalanan juga. But I guess Woodlock ada quite a reputation in Australia.


    Dan kita pun bergambarlah bersama mereka =)

    So that was it. Our story while in Queen Victoria Market memborong barang-barang untuk orang kampung yang menanti di Malaysia. We went back to Cik Tia's house and solat. Masih ada satu lagi tempat yang hendak dituju before berusaha menyumbat semuanya dalam luggage dan berfikir sama ada enough muatan or not. Itu fikir lain. Yang penting pergi borong dulu.

    SITI YANG MENAIP
    sitiyangmenaip@gmail.com
    Entri sebelumnya di SINI.
    18 September 2015

    JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - PINK LAKE WESTGATE PARK. Dalam entri lepas asyik cerita mengenai itinerary yang bertukar. Rancangan asal adalah untuk ke Williamstown iaitu salah satu suburb di Melbourne. Kami nak naik cruise tapi semuanya berubah bila AK kasi cadangan lain. Kami pulang ke rumah Cik Tia dan bertemu dengan Cik Ijan (kawan Cik Tia baru sampai dari Malaysia). Janji dengan AK untuk berjumpa di Southern Cross Station selepas Zohor. Since tempat yang bakal dituju tak ada dalam itinerary, aku sedikit blur mengenai route yang sepatutnya kami ambil. Tapi Cik Tia dah ibarat local. Semua jalan ada dalam kepala. Apa nak risau. Kami sebenarnya nak ke Pink Lake di Westgate Park yang terletak di pinggir Melbourne CBD. Curious. Setahu aku, Pink Lake yang terkenal ada di Western Australia. Victoria pun ada sebiji Pink Lake di The Murray tapi jauh dari Melbourne CBD. Dengan perasaan ingin tahu maka kami pun mengatur langkah. Untuk ke Westgate Park, kita perlu naik bus. Tempat menunggu bus adalah bertentang dengan bangunan The Age.


    Cik Ijan Cik Tia Kak Sal Acik Yati.

    Company surat khabar Melbourne. Bersebelahan dengan Southern Cross Station.

    SOUTHERN CROSS STATION KE WESTGATE PARK

    Ada tiga options yang aku boleh kongsikan. Naik bus, kereta atau jalan kaki. Naiklah bus paling senang. Naik bus No. 235 dan turun di Westgate Park. Kami salah naik bus No. 215 kalau tak silap. Turun di Westgate Park juga tapi pintu lain. Maka gigihlah menapak sedikit untuk ke Pink Lake. Westgate Park bukanlah taman botanical or taman apa-apa yang cantik sangat. Just nice. It is just a park yang dibuat di tengah-tengah kawasan perindustrian Melbourne. Banyak sangat kilang di kawasan Westgate Park ni. Berdekatan juga dengan port jadi banyak juga kapal-kapal besar yang ada.





    Menapak mencari kewujudan Pink Lake di Melbourne.

    Menapak dan menapak akhirnya kami pun sampai di kawasan Pink Lake. Masing-masing hanya mampu memandang diantara satu sama lain. Bunyi gagak saja yang kedengaran. Kelakar pun ada. Tasiknya dah tak pink. Meraung disitu juga. Pink Lake di Westgate Park hanya akan bertukar warna hanya di musim panas. Alert ya kawan-kawan. Hanya sepanjang musim panas saja baru Pink Lake di Westgate Park bertukar warna. Musim lain airnya kembali seperti biasa. Okay. Different pula dengan Pink Lake di Australia yang lain. Pink Lake lain adalah natural phenomenon yang kekal tapi di Westgate Park, reaction hanya berlaku during summer saja. Rujuk SINI untuk penjelasan lebih lanjut mengenai Pink Lake di Westgate Park. Jadi apa ceritanya bila Pink Lake yang ingin dijejaki tidak lagi pink. Marilah kita beransur pulang isi tangki perut.

    Pink Lake di Westgate Park yang hanya pink during summer.

    Kami singgah di DFO South Wharf sekejap jenguk-jenguk apa yang menarik. Mood nak shopping dah mula ada. Perform solat di Melbourne Convention Centre. Ada prayer room and available untuk semua orang guna. Selesai semua we were good to go. Dinner menanti. Balik rehat because esoknya adalah hari untuk melabur semua wang yang ada. Kira dulu berapa baki yang tinggal.

    SITI YANG MENAIP
    sitiyangmenaip@gmail.com

    DISCLAIMER

    All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.