MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY3.3 - PUFFING BILLY | SITI.YANG.MENAIP

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY3.3 - PUFFING BILLY

/
122 Comments
October 13, 2015
Entri sebelumnya di SINI.
16 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA YARRA VALLEY DANDENONG RANGERS - PUFFING BILLY. Memang rasa macam nak spend more time di Tesselaar Tulip Festival tapi tak boleh. Kena berdisiplin untuk ikut timing itinerary yang dah dibuat. Lengah sikit saja habislah semua plan tergendala. Jom cepat kita nak kejar masa naik kereta api pula. Perjalanan untuk ke Belgrave dari Tesselaar Tulip Festival tak jauh sangat. Kalau korang bercadang untuk guna idea itinerary aku, silalah spend more time untuk merancang perjalanan dari Tesselaar Tulip Festival ke Belgrave Puffing Billy. Perjalanan kami smooth dan kami sampai tepat lima minit sebelum kereta api bergerak pada pukul 2.30PM. Lepas parking terus kami memecut laju untuk beli tiket. Jauh menapak dari kawasan car park ke station. Dalam hati memang berharap tiket masih ada dan kereta api belum jalan. Thanks to AK yang belikan tiket untuk aku dan Kak Sal guna student card jadi kami dapat discount lagi. Dari 51.50AUD (RM161.19 approx) kami hanya bayar 41AUD (RM128.33 approx). Aku dan Kak Sal saja yang naik Puffing Billy. Yang lain setia menunggu dalam kereta.

LOKASI PUFFING BILLY - BELGRAVE STATION


Ada juga cara lain untuk sampai ke Belgrave. Selain dari memandu, korang boleh juga naik train dari Flinders Street Station dan turun di Station Belgrave. Guka kad MYKI saja. Boleh juga naik bus. Dah sampai di Station Belgrave ada banyak signage yang membantu untuk cari jalan ke Puffing Billy. Tak akan sesat punyalah. Jangan risau. AK dah pesan untuk ambil seat sebelah kanan dan masuk gerabak belakang. Katanya awesome jadi kami pun ikut saranan AK. Nanti baru tahu awesome atau tidak. Orang tak ramai sangat jadi tak adalah adegan berebut-rebut seat. Uncle-uncle sukarelawan yang bekerja di Puffing Billy dah buat last call. Alhamdulillah kami berjaya juga sumbatkan diri dalam train. Tepat 2.30PM terus kereta api bergerak meninggalkan Belgrave menuju Emerald.






Sangat punctual. Tak ada kesian kalau lambat. Memang kena tinggal.


PERJALANAN PUFFING BILLY DARI BELGRAVE - MENZIES CREEK - EMERALD


| CREDIT |

Laluan perjalanan untuk kereta api Puffing Billy adalah panjang sebenarnya. Bermula dari Belgrave hingga ke Gembrook. Tapi untuk trip petang hari, hanya sehingga ke Emerald. Rugi sikit for those yang datang petang sebab harga tiket sama macam orang yang naik sampai Gembrook. Seeloknya datanglah pagi tapi kami dah bersetuju untuk pergi petang. Nak merasa naik Puffing Billy. Sampai Emerald pun jadilah. Kalau tak mahu bayar mahal, boleh naik sampai Menzies Creek. Tapi tak ada apa sangat. Hanya sekadar pokok-pokok dan hutan. Untuk balik pula kena tunggu kereta api dari station akhir depart. Haaa.. berjanggut menunggu. Jangn lupa untuk always check jadual perjalanan dan harga tiket. Sentiasa berubah-ubah. Ada hari yang kereta api tak jalan langsung sampai Gembrook. Ada yang sehingga Cockatoo saja dan macam-macam lagilah. Rancang dan tentukan tarikh dan masa perjalanan korang.



Untuk kepuasan maksima, boleh duduk juntai kaki beralaskan montot seperti diatas. Inilah yang awesome. Jambatan kayu yang still kukuh. Aku terkinja-kinja nak sangat naik Puffing Billy sebab nak merasa juntai kaki dan lalu kat landasan ni. Wajib untuk duduk juntai kaki mengadap tingkap kanan. Baru ada feeling macam ni. Kalau kiri kita tak nampak Puffing Billy dalam keadaan melengkung macam diatas. Jadi ingat ya.. Make sure duduk gerabak belakang untuk dapat picture macam ni. Duduk depan okay juga tapi kena hadap asap sikit. Sambil tu boleh goyang-goyang kaki dan enjoy the sceneries. Tak terasa langsung perjalanan jauh nak sampai Menzies Creek. Ada pengumuman untuk sesiapa yang beli tiket sehingga ke Menzies Creek. Tak ada check tiket pun. Pandai sendirilah jadi jujur. 









 


Berhenti sekejap 15 minit di Menzies Creek. Disediakan meja sebuah dua untuk lepak. Other than that memang tak ada apa melainkan hutan. Kalau sekadar nak merasa naik Puffing Billy, bolehlah beli tiket sehingga ke Menzies Creek. Tapi macam sendu saja. Baik teruskan journey. At first aku dan Kak Sal macam nak beli ke Menzies Creek tapi syukur kami teruskan ke Emerald. Kalau tak memang tak tahu nak buat apa di Menzies Creek. Jom kita terus ke Emerald. Kereta api berhenti around 45 minit di Station Emerald. Nak duduk tunggu boleh nak merayap ke pekan Emerald boleh. Ikut suka nak buat apa. Aku dan Kak Sal obviously tak akan duduk saja. Panjang kaki merayap meneroka pekan Emerald. Not bad. Still meriah walaupun hanya pekan kecil. Ada kedai makan, kedai souvenirs, marts dan playground. Gaya kampung style yang penuh ketenangan. Aku dan Kak Sal strolled around pekan Emerald. Masuk kedai souvenirs beli postcards. Quite pricey tapi cantik. Maka pejam mata dan bayar. Masuk mart cuci mata tengok buah-buahan yang gebu tapi tak beli pun. Setiap hari Ahad minggu ketiga pula ada Emerald Market. More information di SINI. Dah penat kami decided untuk balik ke kereta api dan tunggu.










Journey balik ke Belgrave langsung tak terasa lama. Tapi rasa lebih romantik. Sebab hari pun makin senja dan sayup. Sunyi sepi dan tak riuh macam journey ke Emerald Station. Ramai tengah layan perasaan agaknya. Hanyut dalam angan-angan. Tahu dah sampai. Duduk juntai kaki sekejap. Lenguh. Dah sampai balik ke Belgrave. At first aku fikir naik Puffing Billy akan bosan sebab duduk saja but I was wrong. It was so much fun. Kalau korang berkesempatan untuk naik hingga ke Gembrook silalah naik. Gembrook is nice. Tapi nak buat macam mana. Its going to take one day, if ada rezeki kembali ke Melbourne, I will be back and spend more time untuk ke Gembrook.

Cancel plan untuk ke Mornington Peninsula. Hari dah gelap and energy pun dah semakin berkurang. Aku dan Kak Sal ada another trip the next following day. Eloklah sedar diri dan berehat pula. At first memang dalam itinerary nak ke Mornington Peninsula. Ada few places juga yang menarik nak terjah tapi apakan daya. Tapi semua sepakat untuk balik ke Melbourne. Cukup dah dua hari AK jadi tour guide. We had so much fun. Thank you AK sebab melayan perangai kakak-kakak ni. Bid goodbye to AK but worry not people AK akan menjelma lagi di kemudian hari.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

122 comments:

  1. Bila tengok kereta api ni kan, Nani teringat cerita Thomas and friends tu. Hahahahaha. Dah kenapa Nani:D Tapi serius macam samaaa. Kahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh Nani !! memang ada pun kat sini keretapi kepala Thomas.. tapi sesekali saja keluar ikut situasi tertentu..

      Delete
    2. ketapi thomas tu special event

      Delete
    3. kalau nak celebrate birthday ke apa ke.. ehehe sesuai la..

      Delete
  2. seriau tgk juntai kaki.. laju x train?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memula seriau tapi lama-lama best je.. ehehe.. tak laju sangatlah.. train zaman dedulu.. ehehe..

      Delete
    2. slow je train, tengok la gambar kitorang, tak gigil pun

      Delete
    3. ehehe kalo laju jangan kata kaki.. tangan pun tak hulur =D

      Delete
  3. Wah, syoknya duduk dlm kereta api mcm tu. Amazing experience.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. ingatkan akan bosan rupanya seronok =)

      Delete
  4. Bestnya merasa naik keretapi klasik macamni! >< kak siti pegi Melbourne ni berapa hari eh? Nmpk cam lama je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. total pergi 7 hari saja yang ehehe.. nampak banyak sebab entry pecah2 to few parts kot.. kalo akak cerita semua memang berbuih mulut hampa nak baca..

      Delete
    2. lama sebab entry tak habis-habis..kah kah

      Delete
    3. bhahaha orang pun da bosan nak baca.. bila nak habis haih =P

      Delete
  5. Rugi tak sempat ke sini dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh ok la tu PLM.. ada reason untuk kembali =)

      Delete
  6. Comel sgt korang dok kt tingkap tu... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha.. gambar Kak Sal juntai kaki pun ada.. Kak Sal tu asalnya tanak duduk tau.. CT paksa dia baru nak buat..

      Delete
    2. haha, dah duduk rasa tak nak turun

      Delete
    3. betui betui tu Kak Sal.. nyesal plak naik sampai Emerald je..

      Delete
  7. Comel sgt korang dok kt tingkap tu... hihihi

    ReplyDelete
  8. Dok baca2 rasa mcm pnh baca...

    Rupa2nya baca kt blog Sal...

    Hihihi... comel tul korang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Kak Sal laju gak dia hapdet.. CT peram lama dah ni..
      takot lupa banyak benda.. ngeh3..

      Delete
  9. Siti punya itinerary terbaek....

    Tabik spring akak kt awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.. mine is not that good. still need to be improved =)

      Delete
    2. yang ni saya setuju!

      Delete
    3. saja jeeee korang ni nak kasi iols makin kembang =3

      Delete
  10. Wah..ngeri kot tgk jambatan kayu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak !! jambatan tu klasik tau.. best sebab time kita lintas atas tu ada kereta lalu.. rasa tergantung2 ehehe..

      Delete
  11. Jauh riding nya..perg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalo nak naik sampai stesen ujong memang kena spend one day =)

      Delete
    2. kat hujung skali tu ada apa?

      Delete
    3. ada tasik kalau tak silap hehehe..

      Delete
  12. Replies
    1. jom Kakak Yui.. kita cuti2 Ipoh.. #DekatJe..

      Delete
  13. salam Siti...wahhh..comel bangat gambar yg terjuntai kaki tu..hehehe...adore la penulisan siti..details betul... mekasih bawakan i mengembara dengan pembacaan...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Kak Erny.. this is inspiring.. hope boleh improve my writing as time goes by =)

      Delete
  14. Macam seram pula. Berbunyi tak landasan kayu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbunyi Farah.. macam kayu reput tu ehehehe..

      Delete
    2. haha, bunyi ketapi lagi kuat

      Delete
    3. ngeh3.. yaaa betui tu.. tut tut.. tut tut..

      Delete
    4. Bestnyaaa leh feeling2 dalam keretapi Harry Potter :)

      Delete
    5. ehehe kalaula dapat naik ketapi Harry Potter tu bestnyaaa..

      Delete
  15. best kann juntai kaki.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la 3 lalat macam best ja juntaikan kaki sambil meninkmati pemandangan

      Delete
    2. eheheh juntai kena jaga2 gak.. takut trlanggar pokok =P

      Delete
  16. Mummy selalu nampak org post train ni..hadoii bila gamaknya mummy nak sampai.. :(

    ReplyDelete
  17. Train ohsem.. intai kaki lagi ohsem.. ai so jelesh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eehehhe wajib tau Mummy juntai kaki.. tapi montot sakit sikit sebenarnya.. tahan je la demi bergambar ngeh2..

      Delete
  18. Gambo2 lawoo.. mummy jelesh lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh Mummy pun selalu amek gambar lawa lawa..

      Delete
    2. Akak pun suka tengok gambo lawa2 :)

      Delete
    3. eheh kadang tu rasa nak buat entry bergambar je.. kurangkan membebel..

      Delete
  19. Amboii ngan Cik Sal ajer la ni.. bila nak angkut mummy sekali ni...

    ReplyDelete
  20. adakah train ni ispirasi dari Thomas and friend or Thomas and friend yang tiru train ni.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti Thomas yang tiru Puffing ni.. hewhew.. tapi memang ada gerabak kepala Thomas.. cuma tak jalan je sebab main untuk bebudak..

      Delete
    2. hbs kalo budak2 naik thomas and frend tu, mak pak bole join sekali tak... ? hehehhee

      Delete
    3. ehehe boleh haih.. sanggop ka mak pak naik skali ?? ngeh2..

      Delete
  21. Memang feel sungguh kalo duduk dalam train sambil juntai kaki... waweee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. feel kaki jeeee montot sakit ahahaha..

      Delete
    2. hahahaha :p tapi kalo muntit kaki sbb juntai kaki tuk pic cantekk lagu ni..mummy rela.. hahaha :p

      Delete
    3. ehehehe duduk nak amek gambar je.. tataula macam mana orang lain tahan duduk lama-lama..

      Delete
  22. Train ni slow je kan.. kalo laju confirm korang melayang..hahhaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh tak slow jugak Mummy.. agak laju ehehe.. tapi tak adalah sampai melayang =D

      Delete
    2. alahai bestnya..tgh amik feel ni..ahhahaa :P

      Delete
    3. go go go Mummy !! ehehe..

      Delete
  23. Kayu tu macam nak mereput je.. wahai kayu sila tunggu mummy dtg dulu tau.. then barulah mereput hokay.. tu pun kalo sampai la..hahahhaa :p

    ReplyDelete
  24. rasa macam dah komen...tapi macam tak ada komen...confius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe konon jeeeee tu da komen.. mana ada komen =_="

      Delete
    2. ala ni pun dah kira satu kome jugak Arz..hehe

      Delete
    3. eheheh dia nak tambah komen je sbenarnyaa ehehe..

      Delete
    4. Akak pun miliki perasaan 'rasa dah komen' macam Arz tu...hahahahah

      Delete
    5. Arz, zumal tak tau nak komen cuma jeles

      Delete
    6. hehehe ni mesti sebab komen kat Kak Sal kan kan.. haip Zumal.. tamo cenggitu. cikgu rotan kang..

      Delete
  25. Hi adik Siti ♡
    Lama tak perjalanan sampai ke Emerald tu? Kiranya kalau pergi smpi Emerald dan patah balik memang abes half day ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa kalau nak sampai Emerald huurm.. ye kot half day tapi kalo trip ketapi tu ke Gembrook.. still kena tunggu dia patah balik dari Gembrook baru kita boleh balik ke Belgrave hehe..

      baik naik terus ke Gembrook lalala..

      Delete
  26. syoknyaa.. dduk juntai kaki centu sambil sedut udara sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe best tapi jangan duduk depan.. kena telan asap..

      Delete
  27. woaaaa bestnyaaaaaaaaaaaaa hurrmmm bilalaah ada kesempatan mau pergi berlibur haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dok ajak.. dia yang tamo ekot.. hurm..

      Delete
  28. Wahhhh..Bestnya g jalan2..huhu

    ReplyDelete
  29. besnyer.... permandangan sgt2 epik... cantik...
    pic pon cun sgt...
    xleh pegi, tmpang tgk pic org smbil tbyg disana pom ok..hehe

    ReplyDelete
  30. Unik btl la kretapinya ni...very legend
    Tah bila la dpt sampai ke cn

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lagend klasik pakai kayu api bagai.. eheh..

      Delete
  31. Juntai kaki tu yang mahal :)

    ReplyDelete
  32. Geramnya akak tengok gambar buah yang segar-segar besar-besar tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami geram jugak.. tapi kalau fikirkan dengan currency macam melampau sikit harganya jadi tak jadi beli..

      Delete
  33. bestnya..tapi gayat gak tengok landasan kayu mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. landasan tinggi tu sekejap je kak.. ehehe..

      Delete
  34. Cantiknya, mampu tengok gambar aje....

    ReplyDelete
  35. Cik sal munge buat pe sensorang situ tu? Hi hi hi

    ReplyDelete
  36. Kalu tertinggal ketapi cemana? Hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tertinggal before depart alamatnya xde ride dah for that day.. kalo tertinggal masa nak balik.. hehe kawan2 kena naik pi Emerald amek kami..

      Delete
  37. Suppose pakai sari... Baru ada element Aci hindustan skit... He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. iols bukan minachi hehe.. pastu nari2 atas tren.. ala citer apa tu yang joget atas train.. tak ingat plak..

      Delete
  38. Seronoknya dapat naik trains juntai2 kaki gitu..hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sakit montot sebenarnya.. kitorang duduk nak bergambar je =P

      Delete
  39. Skrg tak dibenarkan lagi menjulurkan kaki keluar keretapi mcm dulu... ada notis larangan setiap gerabak dan kalau ada yg cuba2 jgk, petugas di belakang akan tiup wisel sambil buat isyarat tangan suruh masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaai iyeke skrang cemtu. sayangnya sebab itula tarikan utama pun nak juntai2 kaki. tapi maybe ada case or budak2 yang duduk situ jadi tak selamat. dewasa mungkin pandai nak jaga diri. ataupun takot sangkot kat dahan pokok hihi..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.