MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 5.1 - MELBOURNE CITY | SITI.YANG.MENAIP

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 5.1 - MELBOURNE CITY

/
74 Comments
October 19, 2015
Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - SEKITAR BANDAR MELBOURNE. Mengikut itinerary yang dirancang, aku dan Kak Sal sepatutnya ke Williamstown. Ada discount 'buy 1 free 1' tiket river cruise melalui coupon yang dikutip di airport. Tapi tak jadi. Kami terus tukar plan. Sebelum kami teruskan dengan plan baru, ada beberapa jam untuk aku dan Kak Sal bersiar-siar sekitar Melbourne City. Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik sekitar Melbourne City yang boleh dilawati seperti Sealife Melbourne Aquarium, Eureka Tower dan Shrine of Remembrance tapi aku tak minat. Kiranya aku tak rasa tempat-tempat tu semua adalah wajib untuk aku lawati. Biasalah. Minat kita lain-lain. Kami tak bercadang untuk pergi jauh because kena balik ke rumah Cik Tia semula. Just menapak ikut langkah kaki mana nak pergi. Tak ada tempat yang specific.

Ini gym. Cuci mata tengok abang-abang mata hijau dan biru tengah exercise.

Yarra River di sepanjang Melbourne City. Boleh ambil package cruise kalau berminat menyelusuri Yarra River.


Sealife Melbourne Aquarium.

Train to suburb area. Hanya gunakan kad MYKI saja. Tak perlu beli tiket lain.

Eureka Tower. Kami bercadang nak naik ke observation deck tapi cancel juga. Ambil gambar bangunan sajalah.

Tram City Circle yang percuma. Rupa lebih klasik dan nampak lama berbanding tram moden di Melbourne. Sila semak jadual perjalanan City Circle semasa merancang perjalanan.

Kan percuma so sendat sikitlah keadaan di dalam tram. Semua berebut nak naik.

CITY CIRCLE TRAM MELBOURNE

Kalau korang ada print peta laluan tram di Melbourne akan ada satu laluan bernombor 35 dan itulah laluan yang khas untuk City Circle Tram Route 35. Kalau nak cut budget pengangkutan memang elok sangat korang plan untuk bergerak sekitar Melbourne dengan menaiki City Circle Tram. City Circle Tram adalah percuma jadi jangan korang tetiba terlebih rajin nak scan card MYKI. Bila dah percuma kenalah sabar berebut dengan orang tempatan dan tourist yang lain. Aku dan Kak Sal naik untuk merasa saja. Kami hanya lintas dua stations untuk pulang ke Flinders Street Station. Jadilah buat pengalaman. 

Kalau tak nak jalan kaki atau naik tram boleh naik kuda.

Disediakan untuk yang berminat pusing Melbourne City dengan menaiki kereta kuda. Nak jadi Cinderella boleh cuba. Jangan lupa lambai-lambai tangan.

Aktiviti-aktiviti seperti diatas adalah normal di Melbourne City. Selagi tak berlaku kekecohan polis tak kacau these people yang bersuara untuk memberi kesedaran.

Krispy Kreme di Melbourne adalah halal. Notis ditampal bolehlah beli alas perut. Harga memang jauh lagi mahal dari di Malaysia. Tapi seriously berganda sedapnya.

Bangga bila tengok nama Malaysia di tram mengelilingi Melbourne.


Sampai di Flinders Street Station kami teruskan menapak sepanjang Swanston Street. Menjenguk keadaan sekeliling dan memerhati gelagat orang ramai. Macam-macam ragam. Cari kedai yang jual setem dan teruskan misi mencari makanan yang halal di Melbourne. Ada juga menjenguk ke kedai-kedai souvenirs tapi harga semua mahal. Memang orang kata jangan convert, tapi tak mungkin kita tak berkira-kira untuk membeli tanpa convert. Kena convert juga untuk tahu berbaloi atau tak. Kami beli kebab di Swanston Street untuk alas perut before lunch di rumah Cik Tia dan headed to salah satu tempat wajib visit di Melbourne. Acah-acah local lagi sambil menikmati kebab.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

74 comments:

  1. waaa menarik betul.. cuma belum ada kesampaian utk kesana.. hehe..
    have a fun ye siti... :)

    ReplyDelete
  2. Abang sado mata merah ada? He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kaler pelangi pun adooo..

      Delete
    2. itu abang sado tak cukup tido

      Delete
    3. tapi CT rasa still akan nampak hensem gak =P

      Delete
  3. SS takut nak kereta kuda tu.. Takut kuda yg naik SS nanti... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu.. rare belom pernah terjadi =P

      Delete
    2. SS takut nak ke takut naik ;p

      Delete
    3. JM lak takut di kudakan hahahah

      Delete
    4. hampa ni macam-macam.. baru feeling princess naik kete kuda..

      Delete
  4. Ha ha ha... akak round city jumpa zombie... lagi lah.... hadoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. zombie ? huurm.. akak ada cek x tu jelmaan ke zombie betoi ?

      Delete
  5. Jalan g state library jumpa star wars pulakkk

    ReplyDelete
  6. Keluar library ada segerombolan riot besar2an... mmg menyusahkan betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha nasib akak la macam2.. bahaya sangat tu tapi dapat tengok keadaan riot kat tempat orang..

      Delete
    2. nasib la xde jumpa benda-benda gitu kan Siti...

      Delete
    3. a ah syukur.. paling teruk pun kita nampak makcik tua sorang dok maki lepas dia turun tram. tapi buat dek je ahaha..

      Delete
  7. salam dear.. akak baru je menjengah ke sini.. u ke Melbourne is it transit to NZ? ke akak yang terlepas cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe thank you kak sudi singgah.. CT buat masa skarang mampu reply komen saja dlu.. nak menjenguk balik line internet limited..

      tak pegi NZ pun.. memang saja menjenguk ke Melbourne saja =)

      Delete
  8. assalamualaikum Siti
    lama nya tak singgah sini
    wah syok nya melbourne
    kaknoor belum sampai lagi Brisbane je 2 tahun lepas
    sihat ke Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Kak Noor.. dah balik dari Europe ke tuu ?
      tak pe ada tu rezeki boleh sampai Melbourne pulak..

      Delete
  9. ASSALAM MESTI BEST TU RONDA2 MELBOURNE NAIK TRAM YG ADA NAMA MALAYSIA KAN CT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak.. alhamdulillah. tak naik pun kak.. nampak lalu cepat2 snap..

      Delete
  10. Kemain eh cuci mata tengok abang sado mata biru. Hahahaha ! Eh tapi memang biasa kalau pergi tempat orang baru rasa patriotik tu. Ngeh ngeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe otometik jadi patriotik ahah kalo x kat negara sendiri tak peduli pun.. rasa kalo tetiba dengar lagu Negaraku kat tempat orang mesti nangeh..

      Delete
  11. ct belajar kat sana or g bercuti jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe rezeki blaja kat tempat orang tak de lagi kak.. pegi jalan2 je..

      Delete
  12. SYM... SYM everywhere..!
    hahaha

    ReplyDelete
  13. Nassier dah bertugas di Melbourne..Kalau ke sana boleh le hubungi Nassier.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. all the best untuk Doctor Nassier. bila uncle nak pegi ? kot boleh nempek ehehe..

      Delete
  14. Makan kebab pun mengenyangkan sebab portionnya besor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kenyang dan seeeedap !! aaargh tringat2 sentiasa..

      Delete
  15. cantiknya semua tempat-tempat nie ye... bilalah agaknya saya boleh pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. ada rezeki akan sampai punya =)

      Delete
  16. bila dapat ke sana..tapi bestlah di tengah² bandar ada kuda...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe insyallah ada rezeki sampai tu.. betoi. rasa cem Cinderella. tapi mahai jugak tu nak naik.. hehe..

      Delete
    2. Siti Rohaida..plan lah dulu pastu kumpul duit beli tiket terus terbang

      Delete
    3. betul tu.. kadang2 kami ni nak bejalan.. beli tiket setahun awal..
      bukan terus gedebuk gedebak pegi..

      Delete
  17. Wah, first time tengok effort Tourism Malaysia dekat luar negara. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Farah.. akak sokong !! rasa bangga sangat..

      Delete
  18. last day memang better macam ni..rilek2 je..kita kan traveller tak berapa tegar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah last day ke..patutlah guna gear rendah kih kih kih

      Delete
    2. ahaha betul2 tu Kak Sal.. first few days lenjan jalan sakan sampai balik tido kasut pun tak bukak.. last2 tu santai dahla.. gear rendah katanya =P

      Delete
  19. pesal x jadi naik Cruise tu..ce cite ce cite

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ada plan mengejut yang lain.. nantikan ya..

      Delete
    2. Agak2 kita terkejut tak bila baca? he he he..

      Delete
    3. mengejut disini bukan terkejut kakak..

      Delete
  20. kalau tempat like "Sealife Melbourne Aquarium, Eureka Tower dan Shrine of Remembrance" sis JM pun tak minat tak terangsang bila tengok tapi CT minat abg mata biru chiaa chiaa chiaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe weh akak.. abam mata biru hensem. yang comot pun hensem. guanooo tu.. memang tempat2 tu semua wajib visit tapi x minat. maka x pegila..

      Delete
  21. kalau dah FREE...gile x nak hihi..WIFE FREE nak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kat Melbourne weols x pakai free wifi.. sorrylah weols belagak sket.. kami pakai simkad terus =P

      Delete
  22. naik kereta kuda tu pun FREE ke ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bankrap laaa kak kalo free.. free tengok ja =D

      Delete
  23. alaa tu jek..tak puas lagi beramas mesra ngan entri ni sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe takdan nak menaip.. ni pun curik2 masanya buk =D

      Delete
  24. best plak tgk yg kuda tu..hihih..

    bila nak dating ni? mggu depan ari biasa? kat aeon st 18 nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe whatsapp whatsapp ehehe.. insyallah petang lepas waktu sekolah iols is freeeeee ehehe janji Kakak Yui banje..

      Delete
  25. bestnya dapat berjalan ke negeri orang...

    tapi bila ke negeri orang ada tulisan Malaysia memang nampak sempoi juga la kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. rasa cem semangat patriotik sangat =D

      Delete
  26. seronoknya....teringin nak bercuti-cuti gini jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. insyallah ada rezeki tu kak =D

      Delete
  27. masa akak pergi dulu siap ada orang sebut "dirgahayu malaysia", rasanya dia salah ngan Indonesia kot haha...rindunya melbourne city tengok gambar2 ni, last time tak puas sgt round CBD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ramai ingat kami Indonesian gak.. mana2 orang sebut Indonesia dulu kesian Malaysia ehehe.. kena repeat tu.. bila nak pi lagi ?

      Delete
  28. Naik tak kereta kuda tu? Bestnya. Gambar suma cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak naik kak.. rasanya memang mahai nak naik..

      Delete
  29. Bestnya siti naik kuda..

    ReplyDelete
  30. cantiknya suasana bandaraya ni.... ada gabungan klasik dan modern... i looiikkeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Anies.. kat bandar diorang ni memang ada lagi unsur klasik.. menarik sedangkan bandar maju tapi unik =)

      Delete
  31. at least banyak transport boleh pilih.. ada yg free tu msti sendat, janji takda bau keti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha time sejuk2 tadak bau yang harum2.. semua wangi ja hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.