WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.0 - HELLO BUSAN | SITI.YANG.MENAIP

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.0 - HELLO BUSAN

/
84 Comments
February 09, 2016
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | KUALA LUMPUR KE BUSAN. Bismillah. Jom sama-sama mengembara ke Korea Selatan. Alhamdulillah dapat juga merasa jejak kaki ke Korea awal tahun yang lalu setelah bertahun aku pasang angan-angan. Pengembaraan bermula di Busan sebelum kami bergerak ke Sokcho dan Seoul. Masa aku usulkan cadangan mengajak JM ke Korea, harga tiket ke Busan tersangatlah murah dan kami tak mahu melepaskan peluang, kami terus beli. Kemudian baru fikir langkah seterusnya. JM banyak membantu dan memahami. In fact, itinerary juga JM yang sediakan aku ikut saja. Maaf tak membantu langsung sepanjang penyediaan nak pergi. Banyak dugaan tapi syukur akhirnya diizinkan juga oleh-Nya untuk terbang sama-sama ke Korea.

POCKET / PORTABLE WIFI WIYO UNTUK DIGUNAKAN DI KOREA

Aku memerlukan internet all the time jadi memang kena make sure sentiasa ada. Ramai suggest beli saja simcard atau sewa portable internet bila dah sampai ke Korea. Fikir punya fikir akhirnya aku decided untuk menggunakan WIYO - portable internet dari Malaysia yang boleh digunakan di Korea dan beberapa negara lain. Berurusan direct melalui website dan terus settle payment sebab memang confirm nak. Dah ada kemudahan dari negara sendiri lebih senang berkomunikasi dan adjust semua perkara. Harga berpatutan dan kalau berjalan dalam group yang besar lebih berbaloi sebab ramai boleh guna. Aku tak kisah janji dapat internet. Paling best adalah tempat pick up. Tak perlu pergi jauh sebab WIYO dah ada kaunter khas di KLIA2 yang terletak bersebelahan saja dengan Toys "R" Us. Urusan semua senang. Memang dah tersedia diasingkan datang pick up dan isi borang sikit. Bateri memang dah siap full tak perlu risau. Kita akan diajar cara guna and you are good to go. Coverage juga memuaskan tak meragam sepanjang di Korea dan di atas puncak Mount Seorak pun covergae masih full dan terbaik. Memang aku recommend sangat untuk korang cuba.

Berjanji untuk jumpa JM di KLIA2 seawal 10.30PM (14 Januari 2016). Drop luggage dan seterusnya melangkah ke departure gate. Itu bukan pertemuan pertama dengan JM jadi tidaklah awkward dan malu-malu. Kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum ke Korea. Flight kami pagi seawal 01.15AM (15 Januari 2016) dan tak delayed terlalu lama. Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Memang terkenal macam Seoul juga dan selalu jadi sebutan kalau dalam rancangan-rancangan dari Korea. Pandai sungguh marketing nak mempromosikan negara. Tak hairan kalau Busan pun jadi tempat tarikan tumpuan pelancong. Majoriti sesiapa saja yang ke Korea wajib akan singgah ke Busan juga. Jadi alang-alang Air Asia X dah menyediakan penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Busan, marilah kita meneroka Busan dulu. Perjalanan mengambil masa selama hampir tujuh jam. Naik flight makan dinner terus kami tidur memang tak terasa jauhnya. Terjaga untuk menunaikan solat Subuh (sekadar solat hormat waktu) dan sangat teruja bila semakin menghampiri destinasi.

Alhamdulillah kami dah sampai di Busan.


| Kuala Lumpur - Busan |

GIMHAE INTERNATIONAL AIRPORT

Kami tiba di Gimhae International Airport pada pukul 8.30AM (15 Januari 2016). Teruja sangat rasanya memang tak boleh sorok excited. Lama sungguh penantian terasa nak tunggu detik berlepas dan sampai ke Korea. Memang lama sangat berangan akhirnya Allah izin menjadi kenyataan. Jadi korang jangan risau bertanya bila turn korang pula. Ada rezeki kalau dah tertulis insyallah memang akan sampai. Lambat dan cepat saja. Urusan imigresen tak cerewet sangat. Tak lama pun tunggu semuanya selesai. Perkara pertama kami buat adalah top up T-Money. Aku tak beli pun T-Money sebab JM kasi pinjam dia punya kad. Ada extra (akhirnya jadi hak milik). Selain T-Money, penggunaan kad CashBee juga berleluasa di Korea. Ikutlah mana yang ada. Ada sikit beza  itu pergi research sendiri tapi tibai saja janji dua-dua pun boleh digunakan. Yang penting ada kad pengangkutan untuk digunakan. 

Tergedik-gedik nak beli susu pisang Korea yang terkenal.

Duduk bertenang sebentar di arrival hall sambil keluarkan baju sejuk. Kena transform secepat mungkin. Setiap kali pintu automatic terbuka mesti nak ketap bibir angin menderu masuk. Kasar betul angin -6 celcius. Kena salin baju tak kira macam mana pun. Dah terasa sejuk sampai ke tulang. Jenguk groceries shop. Checked !! Dah beli dan rasa susu pisang Korea yang terkenal dengan harga 1300WON (RM4.99 approx) sebotol. Orang panggil Banana Uyu. Not bad dan layak menjadi kegilaan. Aku bukan fan minuman bersusu dan bila mampu pun dah dianggap memuaskan. Jom kita gerak mulakan pengembaraan. First of all haruslah mencari jalan ke Welcome Busan Guest House yang bakal menjadi tempat berteduh untuk satu malam. Welcome Busan Guest House terletak berdekatan dengan Choryang Station (Exit 6). Boleh naik Airport Limousine dari Gimhae International Airport ke Busan Station dan seterusnya menaiki metro ke Choryang Station. Rasanya tambang adalah sebanyak 7000WON (RM26.88 approx) sehala. Kenal pasti lokasi tempat penginapan. Kalau lokasi adalah lebih mudah nak sampai melalui Airport Limousine eloklah naik Airport Limousine.

LALUAN AIRPORT LIMOUSINE BUSAN

Dari Gimhae International Airport
International Terminal - Domestic Terminal – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) - Hyundai Department Store - Busanjin Station - Busan Station - Toyoco Inn Hotel - Jungangdong - Coastal Passenger Terminal - Nampodong - Chungmudong 

Ke Gimhae International Airport
Chungmudong - Nampodong - Coastal Passenger Terminal - Jungangdong - Busan Station - Busanjin Station - Hyundai Department Store – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) – International Terminal - Domestic Terminal

Kami decided untuk tidak menaiki Airport Limousine dan memilih untuk menaiki metro saja terus dari airport. Beberapa laluan baru sudah dibina bagi memudahkan orang ramai. Sekarang dah boleh naik metro kalau nak gerak dari Gimhae International Airport. Tambang pun lebih murah. Hanya 1900WON (RM7.30 approx). Keluar dari arrival hall kena menapak sikit ke kanan. Ada satu bangunan lain dan itulah Gimhae International Airport Metro Station (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple). Bangunan baru rasanya sebab bau cat masih kuat.  Kena tukar beberapa station untuk tukar laluan tapi bagus juga. Cepat sikit belajar cara-cara nak faham laluan metro di Busan. Tak complicated dan memenatkan pun jadi jangan risau. Bila dah sampai sana mesti automatic terus jadi pandai tengok peta metro. Permandangan sekeliling pun cantik belaka jadi terleka memandang.

Laluan metro di Busan.

Gimhae International Airport - Welcome Busan Guest House.
1. Gimhae International Airport (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple) - Sasang (Line 2/Hijau)
2. Sasang (Line 2/Hijau) - Seomyeon (Line 1/Oren)
3. Seomyeon (Line 1/Oren) - Choryang (Line 1/Oren)
4. Choryang Station - Exit 6



Senang sangat nak jumpa Welcome Busan Guest House. Keluar melalui Exit 6 terus pusing ke belakang. Nampak signage. Kawasan langsung tak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Kami disambut mesra oleh receptionist dan kemain baik hati siap tolong angkat luggage. Kad untuk access ke bilik dah diberikan tapi tak boleh check-in lagi. Masih awal pagi dan bilik belum kosong. Faham saja sebab memang kami sampai sebelum waktu check-in. Kami tinggalkan luggage di lobby saja. Nanti pekerja akan terus hantar ke bilik. Pinjam toilet nak touch up sikit apa patut. Terkejut pula orang-orang Korea kalau tengok muka aku tak touch up. Jakun tengok toilet canggih banyak sangat button tak tahu nak tekan yang mana. Takut salah tekan jadi drama lain pula dalam toilet. Semua pula in Hangul lagi pening jadinya nak faham. Mujur ada kepala paip dan small baldi. Dah siap touch up duduk bincang untuk atur langkah kaki kemana mahu pergi. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

84 comments:

  1. Susu pisang tu memang wajib try bila p korea. Adik kak sue p haritu dia kata sedap.

    Toilet tu kalo ada baldi dan pili air dah cukup bersyukur. Tak puas kalo guna tisu jer. Uhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib cuba. ada kat Malaysia tapi kena beli kat sana baru fee hehe.. toilet depa canggih kak.. pinar tatau nak tekan apa.. salah tekan kang air keluar ikut celah mana pun kita tak tau.. hehe..

      Delete
  2. WAH SITI TRAVEL DGN JM KE BUSAN PULA...PANJANG LANGKAH MMESTI MENARIK N3 SETERUSNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thank you to JM sudi teman ke Korea dapatla sampai.. hehe..

      Delete
  3. jm selalu malu2. kat blog pun tak banyak tempek muka sendiri. wahh syok nya rasa musim sejuk sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dia malu tapi dah jadi rerupis tak boleh malu2.. hehe fans ramai =P

      Delete
  4. Amboi sampai ke Busan dah dia =)

    ReplyDelete
  5. hahaha.. lama ea fikir cemana nak posing ngan banana milk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe upload gambar tengah minom cem buruk plak.. xpe tak jadi =D

      Delete
  6. aduilah rindu pulak nak ke Busan lagi. Some how suka jugak dengan life dia yang lebih laid back compared to Seoul, rileks, dengan ahjumma & ahjusshii rajin menegur, view dia yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun rasa lebih tertarik dengan Busan compared to Seoul.. lebih tenang and pakcik makcik lebih friendly. senyum saja kalo selisih.

      Delete
  7. Izin berkunjung ya kak? Salam kenal, semoga sukses AMIIIN :)

    Klik Disini

    ReplyDelete
  8. alahaiii best nyer korea! nanti saya baca 1 per 1 entry ye ;) saya suka entry travel!

    ReplyDelete
  9. travel ngan kak sal je krik krik sebab tak pernah jumpa langsung..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa krik krik kita 10 minit je hahaha..

      Delete
  10. T-money jangan buang,esok lusa mana tau kita ke korea lagi.ewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada dalam beg pegi Korea hahaha.. tak unpack lagi tau dak..

      Delete
  11. susu pisang tu akak rasa overrated..ntah ye je sedap. ayat berlagak nak mampus.kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm tak jugak kot Kak Sal.. as someone yang tak suka susu.. CT rasa susu pisang ni sedap la juga. tapi tak sampai tahap digilai hehe..

      Delete
    2. Siapa si Salbiah ini yg mengatakan si Banana Uyu itu biasa-biasa je..hahahaha

      LOL..just kidding kak Sal! muah ciked

      Delete
    3. heheh Kak Sal belom fall in love lagi dengan banana uyuu.. jangan nanti sebab banana uyulah Kak Sal nak ulang alik Korea je keje hehe..

      Delete
  12. nak pergiiiiiiiiiiiii jugaaaaaaaaaakkk T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti sampai tu.. akak tunggu lama jugak.. penantian yang seksa tapi bahagiaaa gitu =)

      Delete
  13. Assalamualaikum siti..
    terima kasih kerana sering mengetuk rumah akak. kak tersedar dari lamunan..
    terima kasih juga kerana masih mengingati akak walaupun kak dah lama menghilangkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kemana menghilang kak.. hehehe da kembali ke ? boleh CT pi serbu lagi rumah akak ehehe..

      Delete
  14. Apa rasa susu pisang tu..ada rasa pisang tak.hihi

    ReplyDelete
  15. dah start..best2..belum pernah ke Busan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza kak.. akhirnya berjaya kumpul kekuatan nak kongsikan cerita..

      Delete
  16. entry paling dinanti, South Korea!. bestnya

    ReplyDelete
  17. Sejak bila lak JM jadi pemalu nih ... Lepas ni leh join ss lak ... Bagus gak dah ada kepala paip n small baldi . maknanya mrk dah peka dgn keperluan pelancong muslim . hope kat tpt lain ada juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh JM memang pemalu.. memang kat mana2 negara rasanya skrang nak aware.. bagusla. more option..

      Delete
  18. bila lah ade rezeki sampai sini huhuhuuhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one fine day.. CT pun lama menanti..

      Delete
  19. ade planning juga ngan kengkawan tp mesti jew ade hal,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe xpe jangan givap.. keep on planning. nanti smpai masanya haaa brangkatlah ^^

      Delete
  20. kalau ade jodoh boleh lah pi ngan cik siti yang menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyallah.. ada rezeki boleh kita plan jalan sama-sama ^^

      Delete
  21. my colleague ade planning nak pi for next year , baru cari geng 2, 3 orang but tak confirm lagi ngan kekangan ekonomi , keluarga and the ganf almost semua dah married .. suasah sikit nak travel nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jujurnya yes CT pun rasa kureng nikmat kalo jalan dengan those yang ada hasben and babies.. diorang might pikir their partner first and itu tak salah. sebab tu keluarga diorang. kalo boleh avoide memang CT akan avoid..

      Delete
  22. Susu pisang tu air feveret Sally. Haha :P Seronoknya dah jejak Korea ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul2.. si Sally suka sangat susu pisang ni..

      Delete
  23. asyik2 busan, asyik2 busan.. busan betol.!
    hahahha.. gurau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboooooi busannya rasa Phais hari ni.. amboi sangat !!

      Delete
    2. alalalala.. hehehe

      Delete
    3. tayah lalalala.. nak kena petir gak Phais ni..

      Delete
  24. bestnya Busan.. tak pernah jejak kaki ke sana. teringin juga nak pergi.. ala asalkan korea, memang siqah teringin je. hehe. susu pisang korea, kegemaran kawan siqah. siqah tetap cari coffee di korea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyallah diknon.. ada rezeki mesti sampai. akak pasang angan2 dari umur 17 tahun haaa =P

      Delete
  25. Pergi berdua je ke..amboi dgn JM plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe berdua jelaaah.. saja je ajak2 JM tetiba JM sudi kitaaa proceed laa ^^

      Delete
  26. Tiket murah berapa RM??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa ni tak baca entry lepas ni.. babap !!

      Delete
  27. JM dah otai kat korea ni..senang jgk

    ReplyDelete
  28. Replies
    1. hehehe rajin.. nanti CT kunjung balas ya..

      Delete
  29. sedap ek susu pisang tu. bolehlah nak try beli kat kedai korean kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. rasanya yang ada kat Malaysia ni sama je rasa dengan yang kat Korea. packaging je lain..

      Delete
    2. bolehlah nak cari nanti

      Delete
    3. kat Aeon Jusco rasanya.. selalu nampak situ or grocers yang gempak2..

      Delete
  30. tak ada ke ole2 korea untuk kak ekin tertiba mengidam ni hahahahhaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ole-ole kasi melalui GA je hari tuu.. tak banyak pun beli..

      Delete
  31. nmpk sgt dah rindu dendam dgn susu pisang tu...smpi2 je tu yg dicarinya ya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak pernah minum pun before.. saja nak rasa orang kata sedap sangat =)

      Delete
  32. lepas ni kena usung JM laaa hahahah
    sedap ke susu pisang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM hafal da semua lorong2 kat Korea tu.. sedap susu tu.. untuk yang tak suka susu kata sedap okayla tu..

      Delete
  33. Replies
    1. hehehe Nekcik suka jagalchi jugak ke ? CT rasa makanan situ osem osem..

      Delete
  34. Teringin nak rasa susu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Malaysia ni ada jual kak tapi dalam kotak.. sama je rasanyaa hehe..

      Delete
  35. Perghh seronok tgk CT travel..bestnya dapat travel usia muda ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki kak.. lama CT berangan nak ke Korea..

      Delete
  36. Owh g ngan JM.. Seronoknye., rase nak book tiket plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe maaflah lambat respon.. dah book tiket da ?

      Delete
  37. Wajib bergambar dengan banana uyu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe wajib kan.. rasa macam sangat teruja bila jumpa banana uyu =D

      Delete
  38. hello busan. akak terserempak zombie tak? hahahahahha.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.