WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 3.0 - MOUNT SEORAK + JUNGANG MARKET | SITI.YANG.MENAIP

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 3.0 - MOUNT SEORAK + JUNGANG MARKET

/
22 Comments
March 12, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
17 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SOKCHO - MOUNT SEORAK DAN JUNGANG MARKET. Hari baru hari ketiga di bumi Korea. Selesai bersihkan diri dan bersiap untuk meneruskan perjalanan meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Sokcho. Suhu sangat sejuk jadi terpaksa tambah satu lagi layer. Energy masih banyak nampaknya dan kami merancang untuk ke Mount Seorak dulu yang merupakan tempat wajib terjah buat semua yang sampai ke Sokcho. Wajib masuk dalam list itinerary kalau alang-alang dah sampai ke Sokcho. Mount Seorak sangat terkenal dalam kalangan orang-orang yang dah sampai ke Korea dan katanya different seasons will offer different experiences kepada pengunjung. Excited teramat rasanya. Tak sabar nak pergi Mount Seorak. Baru first time nak pergi jadi kena go through sendiri baru tahu perasaan macam mana.

CARA UNTUK KE MOUNT SEORAK / SEORAKSAN

1. Naik bas nombor  7 / 7-1 ke Mount Seorak dari mana-mana bus stop
2. Turun di Sogongwon Bus Stop 

Depan The House Hostel ada satu bus stop jadi kami tunggu di depan hostel saja memandangkan bas nombor 7 /7-1 akan lalu disitu. Boleh semak pada jadual bas yang ditampal di bas stand. Ada juga kedai runcit GS25 kalau nak top up kad T-Money. Senang cerita lokasi The House Hostel memang pilihan yang terbaik semua ada berdekatan saja. Tak lama pun tunggu bas sampai. Ahjusshi driver macam tahu saja mana kami nak pergi. Senyum ceria dipagi hari menyambut kami. Perjalanan hampir satu jam tak terasa lama sebab permandangan sangat cantik. Dalam bas ramai Ahjumma macam ada rombongan pula. Mesra kemain mencuba sedaya upaya nak sembang. Jadilah juga walaupun banyak sengih banyak angguk saja. Semakin menghampiri Mount Seorak aku notice makin banyak pula snow atas jalan. Hairan sungguh sebab sepanjang malam tak ada pula turun snow malam sebelumnya. Rupanya snow turun di kawasan Mount Seorak sekitar pukul 11:00PM the previous night cuma tak sampai ke kawasan kami menginap. Patutlah. Tak ada rezeki nak tengok snow fall tapi masih ada rezeki tengok snow fresh yang baru turun. Cantiknya.


Snow halus atas jalan. Sumpah excited sangat first time tengok snow.

Bas akan berhenti di Sogongwon Bus Stop. Rasanya memang pit stop terakhir sebelum bas patah balik ke bandar. Kita kena menapak sikit untuk ke entrance. Nak masuk ke kawasan Mount Seorak kena beli tiket yang berharga 3500WON (RM13.30 approx). Macam kita nak masuk ke Taman Negara kita sendiri pun kena bayar. Gitulah gayanya. Nampak Ahjusshi dan Ahjumma tengah get ready nak memanjat bukit. Ada juga yang muda tapi sikit. Memang majoriti yang berusia. Masing-masing check kelengkapan mendaki. Bagus betullah gaya hidup macam ni. Aku memang kagum dari awal sampai asyik jumpa golongan Ahjusshi Ahjumma buat aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar. Dah berumur pun masih fit dan kuat. Aku yang muda stamina pun entah kemana. Lembik sentiasa aku rasa. Dah beli tiket selesaikan semua marilah kita teruskan perjalanan.

MOUNT SEORAK / SEORAKSAN NATIONAL PARK

Baca information board yang telah disediakan baru tahu sejarah disebalik nama Mount Seorak. Nama Seorak diberikan pun ada sangkut paut dan kaitan dengan snow yang selalunya akan tahan lama dan susah nak cair di kawasan Mount Seorak ni. 'Seol' bermaksud salji dan 'Ak' bermaksud gunung yang besar. Kalau gabungkan jadi Seolak (Seorak) membawa maksud pergunungan besar yang bersalji. Gituuu.. Jadi salji yang turun di pergunungan Seoraksan selalunya lambat cair berbanding di tempat lain. Apa-apa pun aku memang sangat teruja. Perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan macam mana. Bercampur baur ada gembira ada sayu ada segalanya. A mixture of all. That was my first time jumpa snow tengok dengan mata sendiri. Memang impian dari kecil lagi dah lama nak pegang snow dan main-main dengan snow. Angan-angan makin menjadi-jadi sejak tengok cerita Winter Sonata years ago. Come on.. Siapa saja tak berangan bila tengok drama tu. Cantik sangat snow fresh yang turun dan menutupi bumi. Winter wonderland. Subhanallah. Ini baru snow nipis agaknya kalau jumpa snow tebal tak tahu macam mana jadinya. Terus berguling agaknya.



Wajib untuk bergambar disini. Statue beruang terkenal di Mount Seorak tapi alamak separuh kepalanya hilang pula.




My first contact with snow. I just cannot describe the feeling.

CABLE CAR KE PUNCAK MOUNT SEORAK

Puas bergambar di perkarangan entrance Mount Seorak kami masuk ke terminal untuk naik cable car ke puncak Mount Seorak. Fuyooo ramainya umat manusia berhimpit-himpit panjang beratur nak beli tiket. Sampai tangga bawah beraturnya. Iyelah rakyat jelata pun nak bercuti juga. JM kata harga tiket dah naik compared to the last time dia datang ke Mount Seorak. Kami beli tiket cable car dengan harga 10000WON (RM38.00 approx). Dulu tak sampai pun 10000WON. Jadi mungkin korang boleh prepare extra juga mana tahu harga naik lagi di tahun-tahun akan datang. Di tiket dah tertulis waktu untuk boarding. Nanti ada pengumuman (obviously kita tak faham dia membebel apa) jadi alert dengan notice board yang ada. Sistem yang sangat sistematik. Walaupun orang tersangatlah ramai, tabik dengan pengurusan yang cekap. Semuanya dapat dikawal dengan baik. Tengok waktu-waktu yang dipaparkan. Jangan main jauh-jauh pula nanti terlepas waktu boarding dah kena beli tiket baru. Tak sampai 15 minit pun perjalanan dah sampai atas. Sekejap sangat rasanya dah sampai atas. Satu trip cable car rasanya dalam 30 orang boleh naik jadi memang tak ada masalah tunggu lama. Dijamu pula dengan permandangan yang indah belaka. Syukur tak sudah dalam hati. Cantik sangat tak terkata. Bayangkan kalau ada snow fall dan snow lagi tebal.

Sistem yang patut dicontohi. Orang ramai tapi semuanya terkawal.

View dari dalam cable car yang baru nak gerak naik. Kelam kabut aku menonong masuk semata-mata nak duduk depan. Senang nak ambil gambar.

Sungai separuh beku dari atas. Cantik !! Kalaulah boleh celup kaki puas hati.

Ahjumma Ahjumma yang sangat teruja nampak kami berdua. Entahlah kenapa pelik sungguh. Paling terharu bila diajak bergambar. Layankan saja.

Kami nak mengelak dari bertembung dengan orang yang ramai kami ambil laluan ke bawah. Majoriti terus memanjat ke atas kami tak mahu. Tenangnya rasa tengok sekeliling putih bersih. Dah lama dibawah, JM ajak panjat ke puncak cantik katanya. Kena hiking sikit katanya. Dengar hiking takut juga kemampuan diri sendiri. Kang tergeliat mana-mana nanti JM yang susah kena dukung aku. Malu betul bila Ahjusshi Ahjumma yang tua potong line sebab aku dah semput tengah jalan. Gelak diorang tengok aku termengah-mengah. Tak apa tak apa pelan-pelan kita kayuh. Bila dah sampai atas memang tak sia-sia memanjat. Cantiknya walaupun kat atas tu ada batu and salji saja. Memang rugi kalau tak panjat. Thank you JM paksa panjat. Adalah beberapa spots yang salji masih belum disentuh orang tapak kasut pun tak ada. Aku harus mulakan mission aku walaupun dengan salji yang sedikit. Gigih kumpulkan salji untuk buat snowman. Tapi cabaran sungguh sebab salji ciput jadi kita buat snowman kecil jadilah asalkan boleh.

Belakang tu terus gaung. Hurrrm kembang kaki haaih.


Tercipta jua seketul snowman ini setelah hampir setengah jam menguli snow.

Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sungguh dapat sampai ke Mount Seorak. I shed tears teringatkan DediS. Banyak kisah disebalik perjalanan ke Korea yang sememangnya mencabar. Memang sebak tak tertanggung rasa dalam tak sedar air mata mengalir sendiri. Lari sekejap ke satu sudut duduk diam-diam layan perasaan. Yelaaa aku drama queen bab-bab menangis. Kena control emotion tak boleh tunjuk kat orang lain. Tarik nafas dalam-dalam cari kekuatan balik. Nak jalan banyak tempat lagi jadi kena kuat. On the way nak turun sempat beli tteobokki panas-panas. Terjumpa satu keluarga dari Malaysia. Sembang sikit tanya itu ini. Lama kami di Mount Seorak tak sedar masa berlalu. Leka sangat lepak. Keluar dari Seoraksan National Park terus kembali ke bus stop yang sama dan tunggu bas untuk kembali ke Sokcho. Turun semula di bus stop depan The House Hostel singgah kedai runcit beli barang sikit. Bilik kami dah ready kami dah boleh check in. Owner baik hati tolong angkut barang-barang ke bilik. Menggigil-gigil dia angkat luggage aku. Bilik spacious dan selesa sangat. Balik dari Mount Seorak kami tak ada plan lain. Jadi masing-masing sepakat untuk berehat recharge energy. Hanyut lena kepenatan.

MAKAN MALAM SEAFOOD SEDAP DI JUNGANG MARKET SOKCHO

Salah satu tempat makan best yang aku nak suggest korang terjah. Dah tidur sepanjang petang haruslah lapar bila bangun. Dari pagi belum ada makanan berat yang masuk ke perut. Berdondang sayang sudah minta diisi. Kami sepakat untuk ke Jungang Market atau nama barunya adalah Sokcho Tourist & Fishery Market. Teragak-agak berapa jarak Jungang Market dari hostel tapi rasanya dekat. Macam ternampak masa dalam perjalanan ke Mount Seorak tapi tak pasti jadi kami tahan bas. Bila dah naik bas rupanya dekat sangat-sangat. Tapi iyelah kita pun ingat-ingat lupa. Ala-ala Jagalchi Market juga konsepnya. Ada orang jual-jual ikan dan seafood dan ruang makan-makan terletak di bawah. Market dah tak meriah walaupun malam masih muda. Ahjusshi Ahjumma dah get ready nak tutup kedai. Ada beberapa kedai saja yang masih beroperasi. Cabaran buat kami nak cari laluan ke tempat makan. Pusing-pusing juga sana sini rupanya ada dua tiga laluan yang bawa kita ke basement area. Kalau di Jagalchi Market tempat makan terletak di atas, di Jungang Market tempat makan terletak di bawah. Itu pun kebetulan ada seorang Ahjusshi terjerit-jerit depan tangga melambai-lambai panggil customers.

Dia tengah seru panggil orang-orang ramai yang lalu-lalang yang nak makan kat kedai dia. Aku tak adalah faham sangat dia cakap apa tapi boleh agak sikit-sikit. Eloklah dia promote kedai makan kami memang tengah lapar. Mulalah basic conversation aku cakap tak makan daging nak makan ikan saja. Dia angguk faham sambil sebut dia tahu Muslims makan makanan halal. Dia bawa kami kebawah tunjuk meja semua dan diangkatnya seekor ikan hidup terus dari tangki. Terkejut kami macam mendadak sangat tiba-tiba dia tangkuk ikan. Terus tanya nak tak nak dia nak masak stew. Terima sajalah stew pun stewlah.

Banyak kedai dah mula nak tutup. Tak meriah.



Situasi di kawasan tempat makan. Lebih kurang macam di Jagalchi Market.

Sedap hidangan kami that night walaupun terkejut dibuatnya dihulur ikan hidup. Boleh tahan stew yang Ahjusshi suggested. Aku yakin bukan dia yang masak pun dia just over menangguk ikan. Kami hanya bayar untuk harga ikan seekor yang berharga 30000WON (RM114.00 approx). Aku redha saja ikan apa Ahjusshi kasi aku tak kenal tak jenis apa. Janji sedap masuk tekak kenyang perut kami berdua. Sampai kering kuah kami makan nampak benar mesti lapar sangat dan sebab harganya yang mencekik juga buat kami menghargai setiap hirupan stew. Kemain meriah meja sebelah kami makan ramai-ramai. Dari stew ke sashimi dan alcohol tak payah bilang berapa botol dan tin. Sakan sungguh. Perangai orang Korea yang aku tak berapa berkenan kalau kat kedai makan lepak-lepak sembang mesti nak kuat-kuat. Nak kasi semua orang dengar sembang apa. Dah kenyang marilah kita balik ke hostel. Sempat beli strawberry sebakul. Manis tapi tak semanis yang dibeli di Busan. Paling terbaik so far. Kami balik ke hostel jalan kaki saja sebab dah tahu jarak dekat saja. Sambil tu boleh kita hadamkan makanan yang baru disumbat. Exercise tengah malam.

Aku tak tahu maksud apa tapi ni boleh dijadikan landmark nak cari Jungang Market. Mungkin ni signage ke Jungang Market.


The House Hostel yang comel.

Suasana Sokcho pada waktu malam agak tenang tak banyak kenderaan. Masih ada kedai-kedai yang beroperasi tapi tak banyak. Mungkin tengah kemas-kemas untuk tutup. Kalau nak bersiar-siar melepak ada kedai-kedai kopi. Kami memang terus menonong balik ke hostel ready ready untuk tidur. Esok seharian lagi memerlukan tenaga. Tiket bas ke Seoul esoknya dah dibeli siap-siap jadi kami  kena rancang perjalanan untuk hari seterusnya elok-elok. So much to see so much to do.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. wahh..sempat buat snowman, best salji tebal..
    happy new year 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat jugaklah korek2 kikis2 salji yang cipot itu.. hehe nak buat snowman punya pasal hehe..

      Delete
  2. rindunya kat seorak ni, saya pegi time autumn dulu x dapatlah main salji
    teringin nak merasa salji seumur hidup huhu...
    dulu pun ada pegi jungjang market tu tpi nak dekat tutup dah, haha. btw makanan laut kat sini sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lain musim lain pengalaman kan.. time autumn cantik jugakla kan daun2 colourful mesti lawa.. betul tu ikan stew tu sedap.. hehe..

      Delete
  3. Hostel yg macam hotel... best menginap di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PLM.. comel pun comel tempatnya =)

      Delete
  4. Dapat bayang CT gigih kikis snow nak buat snowman 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nak merasa punya pasal kak.. gigih jugalah kikis hehe..

      Delete
  5. Sempat buat kawan dekat Mount Seorak tuh,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah pasal ahjumma2 tu semua.. memula tu jeling2 saja lama2 dia berkenan pula nak bergambar..

      Delete
  6. Replies
    1. CT pun Uncle.. tapi tahun lepas tak ada rezeki nak bersalji =)

      Delete
  7. Walaupun dah 4 bulan balik Malaysia dari S. Korea, masih rasa macam semalam jalan2 kat Hongdae dalam hujan. Saya pegi masa musim luruh so tak dapat nak rasa salji disana, insha Allah ada rezeki mmg nak repeat balik sbb banyak lagi tempat tak dapat pegi.

    Kalau tak silap saya signboard tu tulis Sokcho Tourism Fish Market or something like that (속초 관광수산시장). Saya suka baca travel diaries blogger lain sbb boleh tukar2 cerita and experience. I just hit your follow button and have a nice day. Sincerely your new follower 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh 4 bulan still teringat2.. CT dah setahun ni dok terbayang2 lagi hehe.. tula tak tahu sign tu tulis apa.. bagusnya boleh baca hangul.. CT cakap sikit2 je janji asal boleh kasi depa faham hehe..

      Delete
  8. seorak san! kalau time spring mesti cantik jg kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT teringin nak pegi lagi autumn tapi entah bila laaa kesempatan tu eheh..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.