July 2016 | SITI.YANG.MENAIP

Entri sebelumnya di SINI.
01 Jun 2016 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | DONNYBROOK - PETIK EPAL DI SPRING VALLEY ORCHARD. It was so much fun dapat pengalaman petik apples di sebuah ladang apples di Donnybrook. MamiZ memang nak sangat pergi ladang apples dan petik buah. Donnybrook adalah kawasan pengeluar apples terbesar di Western Australia menjadikan Donnybrook diiktiraf sebagai Appletown. Memang banyak sangat ladang buah-buahan especially apples di Donnybrook. Boleh pilih mana-mana satu nak terjah. Musim sejuk adalah musim terbaik nak pergi ladang apples sebab buah apples sedang masak elok untuk dipetik. Kami memilih Spring Valley Orchard memandangkan reviews yang dibaca semua positive. Hampir satu jam pemanduan dari Busselton Jetty ke Donnybrook. Pekan yang kecil dan comel. Gambar apples berada dimana-mana saja. 

TEMPAHAN TOUR KE LADANG APPLE PERLU DIBUAT SEBELUM PERGI KE SPRING VALLEY ORCHARD

I did not know about this. Memang clueless bila pekerja tanya kami adalah group nombor berapa. Memang tak ada group. Janganlah cakap kalau tak booking tak boleh masuk petik apples. Dekat website tak ada notes pun remind kena booking dulu. Ingatkan boleh walk in. Luckily she allowed us untuk join the next trip but we had to wait dalam satu jam jugalah. Kami bersiar-siar saja keliling ladang. Cantik dan kemas. Ada dua ekor kuda yang agak manja. Next time kena booking dulu. Hantar email and note them yang kita nak pergi kesana let them know berapa orang. Wait for their reply let us know pukul berapa session tour kita. Syukur jugalah dapat menyelit join. Session yang dimaksudkan pun ada beberapa orang dari Malaysia. Majoriti adalah dari China dan Singapore. Spring Valley Orchard diusahakan oleh sepasang suami isteri dan dibantu oleh anak-anak mereka. Memang perniagaan keluarga. Bermula dari skala yang kecil sampailah dah berjaya export apples mereka keluar dari Australia ke negara-negara jiran. Pasangan pemilik Spring Valley Orchard juga pernah menetap selama hampir sepuluh tahun di Kuala Lumpur. Malaysia tak asing lagi for them.  

Sebelum kita terus memetik apples, penerangan diberikan kepada semua tentang cara-cara petik apples dengan betul. Tak boleh main ribut saja rentap. Kena ingat, sekali petik nanti pokok nak keluarkan buah lagi so kena gentle dan lemah lembut. We have to twist the apples upright untuk detach dari pokok. Kami juga ditunjukkan process membungkus apples masuk kotak dan macam mana nak kelaskan apples ikut gred. Semua pakai machine zaman dah canggih. In no time semua apples dah berjaya diasingkan ikut size dan standard. Baja yang digunakan hanyalah yang organic. Pesticide langsung tak digunakan untuk sembur pokok-pokok tapi ada chemicals (ubat-ubatan dan vitamins yang khas untuk pokok-pokok apples) digunakan untuk memastikan buah-buah apples membesar dengan sihat.

Beautiful baby maples kalau tak silap.



Kusyuk dengar penerangan.

Potong apples dijadikan tester semua orang boleh makan puas-puas.

Nak lagi potonglah sendiri.

PETIK APPLES DI LADANG SPRING VALLEY ORCHARD

Dengan bayaran sebanyak 10AUD (RM31.70 approx) sekepala, kita akan dibekalkan dengan sebiji bag dan boleh petik sebanyak 1KG buah apples seorang. Kami berempat jadi kami boleh petik 4KG buah apples in total. Nanti dah habis pusing-pusing ladang akan ditimbang. Kalau berlebih, kita akan dicharge sebanyak 5AUD (RM15.85 approx) untuk setiap extra KG. MamiZ main kutip petik tak ingat sampai berlebih-lebih. Mujurlah tak banyak sangat kena. Seronok sangatlah tu jumpa pokok apples. Sihat sungguh kerja makan apples sepanjang berada disana. Sebab banyak sangat petiknya.

Banyak juga buah apples yang jatuh atas tanah. Weird sebab sangat banyak. Too sad two days before kami pergi ada typhoon katanya habis buah apples semua jatuh rosak dan sedikit mengganggu hasil pengeluaran. We were lucky sebab that trip adalah yang terakhir dibuka untuk tahun 2016. No more dan those yang nak datang kemudian dah dihantar email terpaksa cancel. Buah apples banyak rosak akibat typhoon dan serangan gagak. Nanti tengok apples ada yang kena patuk semua kerja gagak.  

Jom kita menapak ke ladang apples.



















One with the owner dan anak-anaknya.

I could not help it. Banyak sangat gambar apples sebab geram. Nak share juga dengan korang semua. Tapi sayang sungguhlah buah apples yang rosak. Sangat banyak bertaburan di tanah. Ada beberapa jenis apples merah yang ada di Spring Valley Orchard and my favourite adalah Pink Lady dahlah juicy rangup pula. Petik dari pokok lap sikit terus ngap. Full with goodness memang awesome. Selain apples ada juga products lain yang dihasilkan di Spring Valley Orchard. Ada jem, dried apples dan apple chips. We bought the apple chips memang makanan sihat sangat. No sugar added at all pure rasa apple. Serat terbaik untuk pencernaan perut. Masam manis rasa apples mula tak lalu tapi tanpa sedar sikit-sikit makan habis juga. We had to pay extra 3AUD (RM9.51 approx) sebab MamiZ kutip lebih. Syukur tak banyak sangat extra. Itu pun ada banyak biji kami tapau bawa balik ke Malaysia. Kalau korang ada minat yang sama dengan aku, suka petik-petik buah kenalah datang ke Donnybrook. You have to experience this because its too cool. Singgah di pekan Donnybrook cari secluded park untuk perform prayers. Syukur ada public toilet nearby. Isi minyak full tank and we were good to go.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
01 Jun 2016 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | BUSSELTON - BUSSELTON JETTY. No rush untuk check-out kerana perjalanan diteruskan santai saja. Tapi tak bermakna boleh berlengah-lengah. Tetap kena ikut timing yang dah ditetapkan. Sampai waktu untuk bergerak wajib depart tak boleh tunggu-tunggu. Breakfast simple saja makan pisang kaki alas perut sebelum jumpa tempat makan. Destinasi pertama adalah ke Busselton Jetty sebelum bergerak ke Donnybrook dan seterusnya ke Margaret River dan Albany. Aku rasa perjalanan hari keempat adalah paling mencabar dan paling jauh. Paling memenatkan juga.

JADUAL PERJALANAN HARI KEEMPAT DI WESTERN AUSTRALIA DARI BUSSELTON KE ALBANY

Restawhile Motel Highway Busselton - Busselton Jetty - Spring Valley Orchard - Margaret River Chocolate Factory - Kappadokia Kebab - 1849 Backpackers Albany


Keputusan berani tanggung risiko dengan memilih untuk terus memandu dan bermalam di Albany walaupun sebenarnya boleh ke Augusta atau Manjimup. Perjalanan empat jam direct memandu tanpa henti memang paling mencabar. Kena celik biji mata alert sentiasa baik driver atau tukang baca GPS. Seram sejuk tak terkata keliling memang gelap gelita bertemankan bintang-bintang. Kita ketepikan seketika kisah pemanduan ke Albany.

BUSSELTON JETTY - JETI KAYU TERPANJANG DI DUNIA

Kalau dah sampai ke Busselton memang jatuh hukum wajib untuk singgah ke Busselton Jetty, jeti kayu yang terpanjang di dunia sepanajng 2KM ke tengah laut perairan Geographe Bay. Pembinaan Busselton Jetty adalah untuk memudahkan urusan penghantaran kayu balak suatu ketika dahulu. Kapal-kapal dagangan tak dapat berlabuh di Busselton kerana bentuk muka bumi yang landai. Jadi pembinaan Busselton Jetty terpaksa dilakukan untuk menjadi hubungan utama kapal-kapal dagangan untuk mengangkat barang-barangan ke darat. Perkhidmatan tram juga digunakan senang nak angkut barang-barang. Ini sejarah lama Busselton Jetty dan sekarang dah jadi antara tarikan utama di Busselton. Tak ada rezeki kami nak naik tram hingga ke hujung jeti sebab sampai awal sangat tram belum beroperasi. Memang taklah nak menapak 2KM semata-mata nak ke hujung pier. Redha sebab kami tak mahu tunggu. Dihujung jeti pula ada Underwater Observatory. Boleh turun sedalam lapan meter ke lantai laut untuk tengok hidupan-hidupan laut dengan lebih dekat. Hanya muat untuk tak sampai pun lima puluh pengunjung jadi kena gilir-gilir. Tak dapat menampung pengunjung yang ramai. Seram pula jadinya. Semua tarikan-tarikan perlu dibayar dan harganya agak mahal. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. 










Singgah information centre to look around in case ada benda yang menarik beli souvenirs sikit. Itu sajalah aktiviti-aktiviti kami di Busselton Jetty. Ada juga few other things boleh buat tapi main attraction memang nak kena naik train. Rasa rugi sebab tak dapat nak ke hujung Busselton Jetty tapi since dah tak boleh buat apa sangat di Busselton Jetty kami terpaksa beransur gerak ke next destination. Nak tunggu train beroperasi almost sejam lebih lagi memang buang masa. Tak apalah kita terpaksa skip naik train. Ada rezeki boleh datang lagi. Jomlah kita ubat hati yang lara tak dapat petik buah pisang kaki. Kita petik buah lain. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
31 Mei 2016 [Selasa]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | BYFORD - PELUK KOALA DI COHUNU KOALA PARK. I always love animals. Well not all tapi of course yang comel yang adorable yang fluffy memang semua orang pun suka. In Western Australia ada banyak sangat animal parks yang boleh kita terjah. Paling terkenal dan paling dekat dengan Perth CBD adalah Caversham Wildlife Park. Senang nak pergi dan access dengan public transport. Dari awal perancangan lagi aku tak nak pergi Caversham Wildlife Park. Memang nekad dan decided untuk ke Cohunu Koala Park yang terletak di Byford. Hanya satu jam pemanduan dari Perth CBD atau korang nak naik public transport pun boleh senang juga nak access. Hanya perlu naik train sama ada line Kuning atau Hijau dan turun di Byford Station. Jalan kaki sikit saja terus sampai. Ada sebab utama yang aku akan kongsikan kenapa aku memilih Cohunu Koala Park berbanding Caversham Wildlife Park.

COHUNU KOALA PARK BYFORD

Opening Hours :
Everyday from 10:00AM - 4:00PM

ADMISSION PRICES :
Children Under 3 : Free
Children 3- 13 Years : $5.00AUD
Adults 13 Years and Over: $15.00AUD

CONTACT :
Phone : +61 (08) 9526 2966
Email : cohunu1@bigpond.com.au

ADDRESS :
Lot 103 LoNettleton Road, Byford WA 6122, Australia

Cohunu Koala Park adalah hak milik persendirian dan telah mendapat lesen perniagaan menjaga binatang-binatang yang dilindungi di Australia terutamanya kangaroo, koala, emu dan banyak lagi. Kawasan parking yang luas dan selesa sesuai untuk menampung kunjungan yang ramai secara serentak. Tak perlu risau bersesak-sesak. Selesai beli tiket terus masuk disambut mesra oleh burung-burung didalam sangkar. Ada yang rasa tak hairan tengok burung-burung boleh teruskan perjalanan. Kami terharu bila seekor burung kakak tua mengucapkan 'Hello' sebaik saja kami menjengah entrance. Kemain sungguh mesra. Bagi makan popcorn dia cakap 'Thank You' pula. So cute dan manja. Tapi sebenarnya nak popcorn tu yang manja kemain. Banyak juga burung-burung yang boleh bercakap. Memang terlatih dengan baik. Daripada tak berminat dengan burung-burung ramai pula yang tersangkut berhenti tengok.


Sangat comel and manja. You can even pat them kalau berani.

Semua ada hidden agenda. Manja-manja nak popcorn sebenarnya.



Boleh tahan luas nak menapak dalam Cohunu Koala Park. Matahari terik mencanak atas kepala walaupun angin sejuk. Kalau bawa topi lebih elok nak protect kulit. Kami terus ke kawasan kangaroo dilepaskan. Walaupun Hasif pernah duduk Perth tiga bulan, dia tak pernah pegang kangaroo. Yang lain-lain pun first time nak tengok kangaroo. Jom kita pergi cari kangaroo and pat them puas-puas. I met kangaroo last time in Melbourne but no worries, nak tengok lagi lagi dan lagi pun tak apa.

KANGAROOS DI COHUNU KOALA PARK

Kangaroos di Cohunu Koala Park lebih besar dan menyeramkan dari yang aku jumpa di Maru Koala & Animals Farm Phillip Island. Memang macam agam sangat size kangaroos disini. Tapi yang rasa terbakar, kenapa malas-malas sangat kangaroo di Cohunu Koala Park ni.. Geramnya sebab banyak yang tidur dan duduk-duduk santai malas bergerak. Memang banyak kangaroos dalam kawasan yang disediakan tapi tak aktif tak tahulah kenapa. Faktor cuaca atau sebab dah tengah hari semua nak take power nap tak tahulah. Kalau ada yang melompat-lompat pun macam nak tak nak saja. Yang besar-besar semua duduk melepak. Hulur makanan pun malas nak bergerak. Kena hulur betul-betul kat mulut baru makan. Rasa macam nak cubit geram. Orang datang dari jauh buat perangai pula.


Duduk atas ekor mata kuyu mengantuk. Haih..



Joey dan Mama Kangaroo. Tengah menyusu..

Tengah khayal nak tidur kan.. Menyampah.

Bagi popcorn pun tak layan. Siap hulur bersuap di mulut.

Nak makan tapi malas bangun. Sumpah pemalas.

Overall memang seronok walaupun banyak kangaroos yang sedang bermalas-malasan. Memang conclusion aku semua kangaroos tengah mengantuk sebab dah tengah hari. Cuaca pula sedap sejuk. Memang mengundang lena. Jadi kena datang awal sikit. Hopefully semua tengah ceria hyper barulah kita pun seronok nak sama-sama lompat dengan kangaroos. Selain daripada main animals seperti kangaroos dan koalas, Cohunu Koala Park juga merupakan tempat tinggal untuk beberapa jenis binatang-binatang lain yang jinak. Ada beberapa ekor binatang yang sengaja dibiarkan berkeliaran bebas dan ada yang dikurung. Jangan risau semua binatang tak kejar dan gigit kita. Bonus sekiranya datang ke Cohunu Koala Park dapat pat binatang-binatang lain juga.



Keldai pun pandai posing pandang camera.

Asal hulur makanan mesti datang punyalah.

Kalau tak silap ni kuda padi. Nakal bukan main lagi asyik nak keluar saja.

Cute Bambi.. Ikut saja mana MamiZ pusing. Sebenarnya dia nak makanan.

Aku rasa ni Ilama bukan Alpaca. Tah lebih kurang sama.

PENGALAMAN DUKUNG / PEGANG KOALA DI COHUNU KOALA PARK

Inilah reason utama kenapa aku nak sangat datang ke Cohunu Koala Park. Untuk aku scratch out salah satu list dalam senarai bucket list aku - Dukung / Pegang Koala. Kalau masih tertanya-tanya dimana tempatnya yang bagi peluang dukung koala, disinilah di Cohunu Koala Park. Pergi Melbourne dapat tengok saja tak boleh pegang jadi bila ada kesempatan bukan setakat pegang, boleh dukung sekali who on Earth akan lepaskan peluang yang datang. I was so excited sebab memang wishlist sangat but nothing is free in this world. Kena bayar another extra 20AUD (RM63.40 approx) untuk dukung seekor koala for about ten minutes. They will teach us macam mana nak pegang koala properly, area mana yang boleh pegang dan safety precaution takut kena cakar. More than enough seriously sangat berharga sepuluh minit yang diberikan. 

Makan saja kerjanya. Tenangnya hidup seekor koala.

Bermunajat nampak gayanya. Power nap juga ditengah hari.




Sempat jelir lidah.

Memang kena berhati-hati bila dukung koala. Nampak macam manja semacam tapi bila dicengkamnya tangan kita boleh tahan tajam kukunya. Itulah kena berhati-hati jangan biarkan koala rasa insecure takut makin kuat cengkaman. Jangan sentuh muka sebab takut nanti dia ingat jari-jari kita adalah makanan. Bulu agak kesat tak adalah sedap sangat bila membelai. Kena support koala dengan pegang bahagian punggung sebab majoriti beban badan koala disitu. Koala yang kami dukung adalah baby lagi. Tak sampai setahun dan berat pun boleh tahan melenguhkan juga bila dukung. Bayangkan kalau dukung mummy or daddy koala entahlah macam mana hazabnya. Apa-apa pun it was so much fun dapat dukung koala. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kalau korang pun ada keinginan yang sama macam aku, kenalah rancang masukkan Cohunu Koala Park dalam itinerary. Tak rugi sebab bukan boleh dapat di tempat lain. Tak semua koala centers di Australia izinkan kita dukung koala.




Selain daripada tarikan utama dukung dan pegang koala yang dijanjikan, Cohunu Koala Park ada banyak sudut dan replika-replika yang besar-besar untuk kita bergambar. Pandai nak tarik perhatian pengunjung. Seriously tak rugi apa-apa kalau datang ke Cohunu Koala Park in fact you will gain more. Dengan hati berbunga riang, perjalanan diteruskan ke Busselton. Hari dah semakin gelap. Mengikut plan, semua perjalanan jarak jauh akan dilakukan pada waktu malam. Sangat mencabar dan perlukan focus yang tinggi. Thumbs up untuk MamiZ dan CHakim yang menjadi two super drivers yang cemerlang sepanjang di Western Australia. Gigih memandu berjam-jam pada waktu malam dengan jayanya. We had too bukan tak mahu elak sebab waktu siang yang pendek membuatkan pergerakan sedikit perlahan. Kenalah juga korbankan waktu malam untuk perjalanan. Kalau korang dapat elak lebih bagus sebab bahaya memandu pada waktu malam. Alhamdulillah semua selamat tak ada apa-apa yang terjadi. Seekor binatang liar pun tak ada yang melintas.

BERMALAM DI RESTAWILE MOTEL HIGHWAY BUSSELTON

Sebelum ke Busselton sempat juga kami singgah di Mandurah tapi dah terlewat untuk catch the last trip tengok dolphin. Tak apalah nanti kita susun balik itinerary supaya dapat juga tengok dolphin. Sampai di Busselton hampir 9:30PM dan terus cari hotel nak check-in. Ini adalah lodging favourite aku sepanjang di Western Australia. Bilik tidur dan toilet yang luas. Puas hati sangat dengan bilik yang kami dapat. Kereta terus parking depan pintu masuk bilik. Memang aku tak snap gambar lodging. Dua bilik untuk satu malam hanyalah 150AUD (RM475.50 approx). Tak tahulah kenapa malas semacam each time nak ambil gambar lodging. Tapi boleh rujuk SINI untuk dapatkan bayangan apa rupa Restawile Motel Busselton. Dinner kami sangat gempak. Makan pisang kaki dan maggi yang dibawa dari Malaysia. Rehat yang cukup sangat diperlukan. Esok nak mengembara lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.