Trip Semporna Sabah Day 2 : Trip Ke Pulau Bohey Dulang Pulau Mantabuan Dan Pulau Sibuan | SITI.YANG.MENAIP

Trip Semporna Sabah Day 2 : Trip Ke Pulau Bohey Dulang Pulau Mantabuan Dan Pulau Sibuan

/
29 Comments
January 09, 2017
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU BOHEY DULANG PULAU MANTABUAN DAN PULAU SIBUAN. Kami sangat teruja nak meneruskan journey di Semporna meneroka pulau-pulau cantik yang ada. Tidur nyenyak selesa selepas penat berendam sepanjang petang. Woke up early the next day. Lepas solat tak tidur balik. Dah cerah and the view sangat cantik. Rugi rasanya kalau sambung tidur. Last night dah janji dengan anak owner nak terjun laut lagi awal pagi tapi melihatkan ombak bergelora hari nak hujan seram pula jadinya. Tapi kanak-kanak kan.. Dia tuntut janji. Sendiri datang ketuk bilik ajak turun berendam. Baru pukul 06:30AM. Memang hari gelap tanda nak hujan lebat. Actually dah hujan pun. Itulah sebabnya air kemain berombak. Tapi hujan tak sampai ke resort. Lebatnya hujan sampai hilang bayangan Bohey Dulang. Terfikir nanti nak kesana macam mana kalau dah lebat sangat. Terjun satu round dengan kanak-kanak yang ceria dipagi hari. Idiq join sekali. Kalau dia tak turun aku takut nak turun. At least jadi apa-apa aku percaya adik aku boleh tolong. Air memang dalam tinggi sampai tenggalam tangga nak naik ke resort. Seram juga hati kakak walaupun acah berani. Berenang sekejap patah balik ke tangga. Takut sebab ombak kuat. Pening kepala kena tampar dengan ombak. Kanak-kanak berdua macam tak rasa apa. Tak lama mandi. Surrender plus takut. Marilah naik adik-adik sekalian. Nak muntah sudah rasanya duduk dalam air. Hujan mula menghampiri kami. Sambil lepak depan bilik redha saja disimbah hujan. Rasa macam nak tidur balik tapi rugilah. Pergi mandi siap-siap salin baju. Breakfast dan duduk lepak santai sambil tunggu bot datang ambil kami.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU BOHEY DULANG

Hari pertama island hopping sekitar Semporna kami akan cover tiga pulau. The first one adalah Pulau Bohey Dulang. Dari ceruk mana sekalipun mesti akan sentiasa nampak Pulau Bohey Dulang. Bertentang dengan resort kami Pulau Bohey Dulang tersergam indah. Nampak dekat. Tapi almost 45 minit perjalanan juga nak sampai naik bot. Paling tinggi dan besar sangat. Tak ada petempatan. Tak sesuai untuk didiami agaknya. Aku rasa memang Pulau Bohey Dulang menjadi rujukan pakcik-pakcik Bajau Laut dan nelayan-nelayan disini. Senang nak dijadikan panduan dengan syarat tahu kedudukan sebenar pulau-pulau di sekitar Semporna. Matahari mencanak tinggi dan hujan dah lama berhenti. 

Pulau Bohey Dulang tersergam indah.




Drama sedih untuk semua yang ke Pulau Bohey Dulang that day. Sedih buat yang lain-lain tapi aku biasa saja. Kami tak dibenarkan memanjat ke puncak untuk tengok view dari atas sebab hari hujan. Itulah benda paling utama nak dibuat kalau ke Pulau Bohey Dulang. Boleh juga nak snorkeling tapi lebih kepada aktiviti lasak memanjat bukit. Untuk yang suka memang akan terkilan tak dapat memanjat. Aku tak terkilan sebab aku tak minat. Kalau dapat buat pergilah buat. Kalau tak pun tak apa. Pujuk juga rangers untuk kasi kami naik sebab hujan dah lama berhenti. Tak makan pujuk rayu jiwa kental. Memang sekarang kalau hari hujan automatic tak akan dibenarkan langsung untuk naik ke puncak Bohey Dulang. Nak elak daripada perkara-perkara tak diingini berlaku. Dengan lebatnya hujan pagi tadi pulau pun tak nampak memang kelam harapan nak memanjat. Jadi pengajaran untuk semua. Take note kalau hari hujan silalah tukar rancangan. Jangan harap dapat panjat ke puncak Pulau Bohey Dulang.

Kita ambil gambar sajalah. Janji dah sampai tinggal jejak.

Boleh naik sampai sini saja. Ada palang besar halang jalan untuk keatas.

Wajib yaaa.. Tak ada kasut tak boleh panjat.




JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MANTABUAN

Kita positif. Waktu di Pulau Bohey Dulang jadi sekejap tapi kita panjangkan tempoh berada di pulau-pulau lain. Next island adalah Pulau Mantabuan. First time aku dengar nama pulau ni. Antara pulau-pulau menarik yang ada di Semporna untuk dilawati. Jauh juga perjalanan tapi dengan view menarik sepanjang perjalanan tak langsung terasa lama. Air laut yang jernih dan bersih sampai ke dasar kita boleh nampak. Di Pulau Mantabuan kami teruskan snorkeling swimming dan sun bathing. Salai diri masing-masing bawah matahari. Antara perkara yang aku suka tentang Pulau Mantabuan adalah ada kawasan air lautnya yang tidak berbatu karang dan pasir di lantai laut yang lembut. Kaki pun tak sakit asyik terpijak batu. Walaupun niat utama snorkeling adalah nak tengok creatures under the sea but sometimes aku nak berenang dengan bebas. Pokok-pokok yang tinggi dan meneduhkan kawasan juga banyak. We had our lunch di Pulau Mantabuan. Lunch dah siap dibawa dari mainland. 

Menghampiri Pulau Mantabuan. Perbezaan warna air laut yang ketara.

Warna air dan warna langit yang sangat cantik.

Subhanallah. Crystal clear.



Idiq told me batu-batu corals di tengah sangat cantik. Gigih ajak aku suruh tengok juga. Katanya nanti rugi and sia-sia hangus tapi tak tengok. Fine.. Aku pun ikutlah and YES !! Subhanallah memang cantik. Can you imagine macam mana cantiknya corals kat laut dalam sana kalau kat tepian-tepian pun dah cantik sangat ? Sendiri jadi excited and lupa diri bila dah tengok corals cantik-cantik. Dari acah-acah nak tengok sikit saja terus jauh ketengah kami pergi. Sakan ambil gambar sebab setiap sudut aku rasa cantik. Tapi the fish tak adalah friendly sangat. Because I did not have food with me kot jadi semua pakat lari. Watch your feet mana nak landing. Salah landing takut terpijak landak laut. Ooouch merana nanti. Jangan pula pegi landing atas corals. Kita kena protect corals don't bully them.


Hati-hati.. Dalam excited kena aware juga dengan landak-landak laut.

Happy fish swimming here and there.





Beautiful corals garden.


One with the so called signage before we left for another island.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU SIBUAN

Pulau terakhir yang kami terjah that day adalah Pulau Sibuan. Take note people !! This is my favourite island diantara semua pulau-pulau yang aku pergi di Semporna. This island is beautiful but it is not the most beautiful one. Banding dengan Pulau Mantabuan memang cantik lagi Pulau Mantabuan dengan open sea dan corals yang cantik. Tapi overall tetap nak pilih Pulau Sibuan sebagai yang paling best. The chance that I got to swim with the fish memang tak akan dapat dilupakan. I challenged myself too. Walaupun aku tahu berenang tapi aku penakut. But here in Pulau Sibuan.. Aku pergi jauh ketengah where lantai laut tak dapat jejak and bagi ikan makan. Seronoknya !! Pulau Sibuan juga antara pulau-pulau di Semporna yang ada barisan corals garden yang cantik. Aku memang recommend untuk all of you masukkan Pulau Sibuan dalam list if you wish to visit Semporna. Tolong jangan skip Pulau Sibuan. Wajib !!

Park bot dulu. Nampak tak air laut yang gelap tu.. Itu semua corals !!!



Two sides. You choose belah mana nak swim.










Look at all these beautiful creatures. Cantik and besar-besar semuanya. Geram !!

Pulau-pulau di Semporna dikawal ketat oleh securities. Memang every corner ada polis ada tentera. Memang macam-macam cerita menakutkan kita dengar tentang Semporna. Masuk news benda yang tidak-tidak saja. Memang runsing juga. I had same issues dalam kepala before pergi ke Semporna. Wondering juga betul ke nak ke Semporna. Tapi aku yakin yang semua akan baik-baik saja. Sambil sendiri pun berdoa semuanya selamat. Ikutlah cakap tour guide dan polis. Jangan nak memandai tak tentu hala sangat. They are there to protect us and kita pun kena always jaga diri juga. Kalau polis tak kasi lalu jangan lalu. Jangan gatal pergi tempat-tempat sunyi yang diluar pengawasan. We help them to help us. Begitu saja. Hari beransur petang kami pun meninggalkan Pulau Sibuan dengan berat hati. Tapi berat lagi mataku yang nak terlelap kepenatan. Lenguh kemain segala sendi. Nampak bantal dengan tilam saja. Kembali ke Lato Lato Mun Resort ingatkan nak terus mandi dan solat. Rupanya sangkut satu round berendam depan resort. MamiZ dan Idiq kalut hancurkan nasi nak kasi ikan bawah resort makan. Aku dah surrender. Tak ada energy nak sambung berendam duduk saja memerhati.


Percubaan untuk mengumpan anak-anak ikan.

Sunset mengadap Pulau Bum Bum. Subhanallah..

Pandai ikan-ikan tak termakan umpan. Ikan pun dah cerdik sekarang menilai. Nak yang sedap saja. Selesai semua lenguh sudah berendam kami bersihkan diri solat. Terlelap juga akhirnya kepenatan. Main dengan air memang confirm tidur nyenyak. Sedar bila dah masuk Maghrib itupun sebab ada orang ketuk pintu panggil makan. Bagus sungguh. Makan siap dijemput berpanggil. Kalau tak ketuk kejut kami bangun memang tak bangun rasanya walaupun perut dah lapar. Simple dinner but yet so scrumptious. Memang dah kebulur teruk jadi makan apa pun sedap. It was a tiring day tapi sangat seronok. Layan perasaan sambil tengok sunset. Jumpa lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

29 comments:

  1. Salam siti. Apa khabar? Lma saya x singgah.. akibat beban kerja yg berlmbak2, x sempat nk blogwalking. Skali stg dh cntik blog ni... ade renovation.... pulau2 di sabah mmg cntik kn.. saya pon suka snorkelling. Diving x pnh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat alhamdulillah. macam inilah seharian hehe.. samalah CT pun lama tak blogwalking. memang tak terkejar. nak jenguk blog sendiri pun kadang-kadang tak menyempat. diving pun CT tak berani lagi hehe..

      Delete
  2. Berbaloi guna pakej, semua siap diuruskan... Wah tera berenang CT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. senang dari airport siap dijemput dah. terer tu tidaklah PLM.. sekarang nak terapung tu bolehla hehe..

      Delete
  3. masa pegi perhentian dulu, kalau nk jumpa corals yg lawa2 cmni mesti kt bahagian air yg dalam sikit
    tpi kalau pegi pulau2 kt sabah ni kat bahagian air cetek pun dh boleh nampak corals tuu T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah betul tu.. yang cetek pun corals dah cantik. tapi banyak juga corals yang dah mati. sayangnyaa.. rosak macam tu saja. kalo yang lagi cantik memang kena diving ke tengah..

      Delete
  4. Kat sabah memang bandar tempat cantik2.. Rugi kalau pergi sehari dua je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe betul kak.. cantik. tapi kalau kat Semporna lama lama memang rentunglah kita hehe..

      Delete
  5. berbaloi beli GoPro tu..haha. Cantik semua gambar coral underwater. Thumbs up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula walaupun Gopro second hand hehe.. banyak berbakti. tapi yang underwater tu bukan Gopro. hehe kite beli camera baru =P

      Delete
  6. I is jeles..berangannya nak gi Semporna dari dulu..tapi tak kesampaian. Huhu. Bab keselamatan tu doa sajalah. Apa pun, stay with group dan janganbuat2 berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla kita pergi lagi hehe.. CT pun rasa tak puas sebab ada benda tak buat lagi kat sana. betul.. bab keselamatan tu jangan berani sangat. ekot cakap orang yang lebih berpengalaman..

      Delete
  7. Subhanallah cantiknya CT...
    seronoknya dpt p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. hehe jom jom kita pi ramai ramai =)

      Delete
  8. Cantiknya. Gambar pun cantikkk. Haritu tak pi pusing pulau2 ni pun. Just kat area mabul je. Maybe next timee..

    Entry kita pi Sabah tak tau la bila nak habisss niiii.
    Mohon ada kekuatan tgk Siti update. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT kat Mabul sekejap saja. tak mandi sangat pun. entahla hehe maybe salah spot kot kami pergi tu. kamoon kamoon !! marilah sama sama kita rajinkan diri =)

      Delete
  9. Seronok tengok gambar-gambar cantik kat atas. Ohsemm

    ReplyDelete
  10. syoknya tengok laut dan hidupannya.. subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zaf.. memula takut sebab dalam. tapi bila dah sampai tu lupa terus takut jadi lupa diri hehe..

      Delete
  11. cantik2 belaka gambar... best nyerrrr... bla laa nk repeat sabah ni... mmmm cuti dah semakin kurus hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar dulu sayang cuti yang semakin kurus itu.. plan baik2.. hehe.. penting tu cuti =D

      Delete
  12. Wahhh cantiknye... suka tengok coral dalam laut tu.... jatuh cinta sudah... InsyaAllah nak pergi jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh mari mari.. CT pun masih tak boleh move on. masing terbayang-bayang teringat-ingat.. hehe..

      Delete
  13. Langit dan lautnya cantik sgt. bila nak sampai sana ni...uhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan kak.. boleh plan bawak anak skali mandi mandi =)

      Delete
  14. Salam siti , terima kasih coz blog siti sgt2 membantu utk akak
    merancang percutian nanti ... Siti boleh bagi no. Tel untuk akak deal dgn trip siti pergi ini ..tq😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak.. btw akak nak no orang yang deal dengan CT pasal trip ya ? boleh ke page Semporna Trip di FB ada nombornya disana. tak simpan da hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.