TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 3 - PULAU KAPALAI DAN PULAU MABUL | SITI.YANG.MENAIP

TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 3 - PULAU KAPALAI DAN PULAU MABUL

/
24 Comments
January 11, 2017
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU KAPALAI DAN PULAU MABUL. Hari ketiga di Semporna. Kami dijadualkan untuk ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Pagi hari tak ada aktivit berendam depan resort masing-masing dah sakit badan. Kami hanya tunggu bot datang pick up untuk teruskan perjalanan. Lambat sikit datangnya matahari dah makin mencanak. Hanya kami bertiga saja dengan Pakcik Driver Bot dan tour guide baru bernama Andis. Perjalanan diteruskan ke Pulau Kapalai. Jauhnya rasa journey boleh nak tertidur. Bayangan pulau tak nampak langsung walaupun cantik permandangan laut luas terbentang. Dekat dua jam juga rasanya naik bot akhirnya sampai ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. Dua jam !! Dua jam dalam bot. Memang fikiran kepala melayang merata sudah. Syukur aku bukan jenis yang senang dapat motion sickness.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU KAPALAI

Pakcik Driver Bot berhenti tengah laut dan masing-masing blur. Katanya dah sampai Pulau Kapalai tapi kenapa tengah laut pula. Mana nak turun tak ada daratan langsung. Totally berbeza dari pulau-pulau yang lain. Memang kena terjun terus masuk air dan terus berendam. Jangan harap nak ada pantai berpasir cantik macam pulau-pulau lain. Unik Pulau Kapalai sebab inilah pulau yang tak ada pulau sebenarnya. Terhakis sikit demi sikit. Yang tinggal sekarang adalah peninggalan kesan hakisan. Memang daratan ciput sangat dan hanya ada ditengah-tengah resort lima bintang yang dibina diatas air. Begitu ceritanya. Kalau dari awal aku tahu memang tak singgah pun tak apa. Memang taklah nak terjun terus air tengah pasang bergelora. Gelap gelita pula. Idiq pun tak nak terjun. Ramai yang tengah snorkeling sebenarnya tapi kami tak ada rasa langsung nak ikut sama. Walaupun Pulau Kapalai tersenarai antara pulau tercantik di dunia, kaya dengan corals yang lawa belaka tapi tak apalah. Nak tengok kecantikan kena menyelam dulu. Kalau berani dan memang biasa menyelam silakan. Aku takut menyelam dan tak timbul balik dengan tak ada skill langsung.

Terus saja kami tinggalkan Pulau Kapalai. Hurm..

Kapalai-Sipadan Dive Resort. Resort bertaraf lima bintang yang dibina di atas air.

Masing-masing bersetuju untuk tidak terjun ke dalam air.


JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MABUL

Kami teruskan journey terus ke Pulau Mabul. Dekat saja dengan Pulau Kapalai. Satu lagi pulau yang berdekatan adalah Pulau Sipadan dan antara yang terkenal selalu disebut-sebut. Katanya Pulau Mabul diiktiraf sebagai syurga dunia untuk kaki-kaki divers kental. Acah-acah berani snorkeling celup kaki tak payahlah berangan lebih. Pulau Mabul adalah pulau yang paling banyak pertempatan berbanding pulau-pulau lain. Bekalan elektrik dan air bersih juga ada disediakan. Sekolah pun ada dan suasana lebih meriah dengan jumlah penduduk yang ramai. Andis bawa kami bersiar-siar ke perkampungan penduduk-penduduk di Pulau Mabul and itulah pertama kali juga kami tengok gaya hidup orang-orang disana. Tarik nafas dalam-dalam. Memang hidup serba serbi kurang. Tak tahulah macam mana orang-orang disana menampung kehidupan. Rumah pun ada yang tunggu masa nak roboh. Memang membuka mata sungguh pengalaman di Pulau Mabul. Kanak-kanak bogel sana sini bermain-main tidak berpakaian adalah situasi normal. Tangan menghulur meminta-minta kalau ada apa-apa yang boleh diberikan. Bukan tak mahu memberi. Sendiri jalan-jalan tak bawa apa-apa.

Melihat kehidupan di Pulau Mabul memang membuka mata.








Pulau Mabul boleh tahan luas dan besar juga. Nak meronda sekeliling memang akan mengambil masa. Andis bawa kami to the other side of the island. Selepas melintasi Kampung Sama Relaut kami terus ke Sipadan Water Village Pulau Mabul - antara resort terkenal di Pulau Mabul. Cantik. Sebelum ke Semporna aku memang dah berangan nak bermalam di Sipadan Water Village tapi bilik mampu milik semua full dan yang tinggal hanyalah bilik orang honeymoon. Tak jadi menginap di Pulau Mabul. Kalau duit memang banyak apa salahnya. Aku dah tergedik-gedik nak berendam tengok air jernih sekeliling resort tapi Andis tak bagi berenang. Katanya tak boleh sebab tak dapat kebenaran dari pihak resort. Pihak resort hanya benarkan pengunjung Pulau Mabul bersiar-siar dalam kawasan resort. Open untuk semua kalau nak bergambar. Memang tak ada seorang pun aku nampak tengah berenang. Tak puas hati dan aku nak valid reason kenapa tak boleh. Mesti ada sebab. Hurm.. Ingatkan boleh saja terjun dah kawasan. Kawasan tepi pun tak boleh. Walaupun tak termasuk dalam kawasan resort, tepi saja pun tak boleh. Memang boleh tengok menjamu mata saja.





Muka dah monyok. Memang moody dari di Pulau Kapalai lagi. Dengan teriknya matahari atas kepala. Kami ke another spot dan Andis cakap situ boleh berenang. Tapi aku pula dah hilang mood. Tak ada selera nak berenang. Spot biasa saja and tak ada corals pun. Normal macam tepi pantai biasa yang aku tak tahu nak describe macam mana. Tak tahu nak tengok apa. Mula nak bebal sebab tak seperti yang dibayangkan. Kenapa orang lain pergi Pulau Mabul boleh berenang suka hati. Celah mana pergi boleh ambil gambar cantik-cantik ? Paaanas tak puas hati tapi diamkan sajalah. Mujur ada Pakcik Bajau Laut datang jual ketam-ketam gemuk memujuk hati. Ada jugalah faedah ke Pulau Mabul. Dapat beli ketam-ketam fresh bawa balik ke resort. Mood dah memang tak baik suruh buat apa pun tak jadi. Ajak Pakcik Driver Bot dan Andis balik ke Lato-Lato Mun Resort. Terkejut Pakcik Driver Bot kami ajak balik. Clueless dia dah kenapa nak balik cepat sangat. Hari masih awal lagi sebenarnya tapi tak ada jiwa dah nak bersiar-siar di Pulau Mabul. Jom sajalah kita balik. Pakcik Driver Bot bawa pusing keliling Pulau Mabul. Lalu di beberapa resort dan chalet yang memang terkenal di Pulau Mabul. Ada Scuba Jeff Sipadan, Big John Scuba, Uncle Chang Bungalow, Scuba Junkie dan banyak lagi pilihan yang boleh dipilih. Semua pilihan tempat tinggal ada menyediakan package diving. Jadi aku buat conclusion sendiri. Nak enjoy Pulau Mabul sama seperti nak enjoy Pulau Kapalai. Kena dive !! Sangat sesuai untuk those yang berani diving. Aku belum berani.

Jom balik Lato-Lato Mun Resort makan ketam.



17 ekor hanya RM150.00. Seekor pun besar dari tapak tangan.

Banyak chalet dan resort lain di Pulau Mabul.


Pakcik Bajau Laut menjual udang lipan kepada pelancong. Begitulah cari rezeki.


Overall aku tak berapa suka trip ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul on that day. Tapi kalau ada kesempatan untuk kembali aku nak pergi lagi. Macam ada sesuatu yang tak lengkap. Aku yakin ada cara sebenarnya untuk menikmati keindahan kedua-dua pulau dengan betul. Nak pergi dengan tour guide lain yang tahu tempat dituju betul-betul and dia boleh bawa aku pusing betul-betul juga. Perhaps next time aku boleh belajar diving. Dapatkan lesen dan bina keyakinan untuk jadi berani. Sekarang takut lagi walaupun dah lulus berenang. Pulang ke Lato-Lato Mun Resort disambut Makcik Resort yang terkejut kami balik awal. Nampak sangat tak berapa teruja dengan trip hari itu. Terus bagi ketam-ketam yang kami beli untuk makcik rebuskan boleh makan for dinner. Tak perlu masak sungguh-sungguh sangat. Rebus saja dah penuh nikmat. Salin baju solat dan tertidur.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. Pemandangan yang cantik atas laut. Kalo dalam laut sure lagi cantik kan. Cepat2 apply lesen diving pulak pasni. Balas dendam nnt datang balik diving sampai lebam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak diving kak tapi ada itu sejenis takut hehe.. itula kat atas acah2 cetek pun dah cantik. ape lagi bawah sana tu..

      Delete
  2. Memang tak boleh terjun depan resort tapi kat pantai bahagian pulau pun cantik juga...

    Wah bestnya sambil dinner sambil mengetam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kenapa tak boleh ? situla lawa clear saja airnya. buatla boleh naik canoe ke apa ke.. cewah macam CT lak manager situ hehe.. pantai kami pergi tak cantik pun. serius tadak selera nak mandi pun.

      mengetam juga yang penuh nikmat =D

      Delete
  3. Anonymous02 May, 2017

    peliknya kenapa dia tk kasi berenang kt situ pulak..tak pasal2 hilang mood orang nk bergembira :(

    ketam tu looks yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla tak tahu kenapa tak boleh berenang situ. tapi memang sorang pun tak ada berenang situ. bila tanya tour guide just cakap orang resort tak kasi. nak jaga quality kot entah hehe..

      Delete
  4. Allah...cantiknya permandangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. terasa rindu pula macam nak pergi lagi =)

      Delete
  5. murahnya 17 ekor hanya rm150 tu, besar2 lak tu. puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee geram tengok hehehe.. hidup lagi masa beli..

      Delete
  6. u kena ulang lagi tu.
    ramai yg bagi tau, this place cantik dan siap tidur2 kat situ lagi.
    akak tak boleh nak ke sana.
    lesen tak lulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tapi huurm.. CT tak tahulah bila nak pegi lagi hehe.. seronok tapi tak sanggup nak sunburn =P

      Delete
  7. CT yang paling comel~~~ rindunyer... lama tak jengah sni :) sihat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tula lama kan tak bersembang2.. alhamdulillah sihat ^^

      Delete
  8. cantiknye view dia.. laut dia bersih je :)

    ReplyDelete
  9. ya Allah cantik nyaaa. bila boleh pi sana jugak ni

    ReplyDelete
  10. Cantik sungguh.. Tp bayangkan jika bawa kanak-kanak mesti kecewa tak boleh berenang. Mahal tak bayaran tidur sini satu hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. kalo menginap sana okay kot. dibawa ke spot yang sepatutnya.. CT pun tak tahu nak komen guano sebab tak tahu =D

      Delete
  11. Assalam siti,
    cantik nye view
    cantik2 belaka gambar semporna...
    bila la dpt wat tangan depa gitu huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. joooom kita pi Semporna.. setiap kali tengok gambar rasa nak pegi lagi tapi satu ja tak tahan.. sunburn =p

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.