Perth Western Australia 2016 Day 2.0 : Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour & Sandboarding Di Lancelin Sand Dune | SITI.YANG.MENAIP

Perth Western Australia 2016 Day 2.0 : Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour & Sandboarding Di Lancelin Sand Dune

/
14 Comments
July 07, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
30 Mei 2016 [Isnin]

JALAN-JALAN KE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERLABUHAN CANTIK SORRENTO QUAY HILLARYS BOAT HARBOUR DAN SANDBOARDING DI LANCELIN SAND DUNES. Permulaan perjalanan road trip ke Perth dan Western Australia yang panjang. Kami akan ke utara Western Australia dahulu dan kembali semula ke Scarborough sebelum ke bahagian-bahagian lain. Road trip ke utara Western Australia adalah antara road trip pilihan pelancong-pelancong. Antara destinasi yang perlu singgah adalah Sorrento, Lancelin, Nambung National Park untuk ke Pinnacles Desert dan seterusnya ke Cervantes untuk makan lobster di Lobster Shack. Kalau ada lebih masa boleh terus lajak ke Jurien Bay dan Kalbarri. Destinasi pertama adalah ke Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour yang terletak di Sorrento. Hanya setengah jam pemanduan dan dalam laluan yang sama untuk ke Lancelin. Alang-alang marilah kita singgah sekejap. Nothing much tapi untuk orang yang suka harbour macam aku, there are lots to see. Aku suka suasana harbour atau marina. Suka tengok yachts dan boats. Kalau tak mahu singgah pun tak apa boleh terus saja ke Lancelin. Asalnya kami nak bermalam di Sorrento atau Lancelin tapi tak jumpa lodging yang sesuai. Majoriti mahal-mahal harganya sebab Sorrento antara kawasan elit juga.

SORRENTO QUAY HILLARYS BOAT HARBOUR

Langit yang cerah dan suhu yang nyaman memang rasa terbuai sangat untuk melepak tepi pantai. Cantik sangat kalau nak bergambar. Setiap sudut di kawasan Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour sangat cantik. Kawasan perairan yang kebiruan airnya. Puas hati tengok air jernih dan bersih. Ada port untuk berkelah dan obviously adalah kawasan bot-bot persendirian berlesen yang besar disimpan. Dapat peluang tengok seorang lelaki tengah nak lepaskan bot ke dalam laut dari kereta. Dia pun mesra semacam senyum memanjang tengok kami yang focus memerhati. Bukan calang-calang orang boleh ada bot mewah sendiri. Mesti kaya..




Begitu caranya nak lepaskan bot dalam air. Sikit-sikit dia tolak.







Kawasan Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour berbentuk teluk dan ada kawasan khas untuk beriadah mandi-manda dan picnic. Air tak terlalu dalam. Just nice nak berendam. Tapi musim sejuk macam ni tak adalah pula orang yang nak berendam sakan. Ada banyak cafe-cafe coffee hipster dan kedai-kedai menjual souvenirs juga. Mungkin kami sampai awal pagi sangat jadi tak ramai orang dan banyak kedai belum beroperasi. Tak apalah.. Bukan nak membeli apa-apa. Saja nak jenguk kawasan. Perjalanan diteruskan laju ke Lancelin pula  iaitu antara lokasi di utara Western Australia yang wajib untuk singgah. Kami terus mencari jalan ke Lancelin Sand Dunes untuk meluncur di atas pasir atau sand boarding. 

SAND BOARDING DI LANCELIN

Lancelin adalah sebuah pekan kecil di utara Western Australia. Kalau singgah ke Lancelin wajib singgah bermain sand boarding di Lancelin Sand Dunes yang terkenal. Dari jalan utama dah boleh nampak timbunan-timbunan pasir yang membukit tinggi. Agak keliru nak mencari jalan masuk. GPS pun pening asyik berpusing-pusing.  Akhirnya jumpa setelah hampir putus asa. Dah nampak pasirnya tapi jalan masuk tak jumpa langsung. Jangan lupa untuk sewa board dari kedai runcit berhampiran atau boleh saja sewa pada penjaga kawasan masuk Lancelin Sand Dunes. Kadar sewaan adalah berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang kira mengikut jam, ada yang mengikut unit dan ada yang ikut kepala. Nasiblah mana yang kita sewa. Kami dapat harga ikut unit jadi dikenakan kadar sewaan 10AUD (RM31.70 approx). Sewa sebiji saja rotate gilir-gilir main. Kita akan dibekalkan dengan wax untuk lumur pada papan boarding. Baru laju meluncur. Orang tak ramai jadi memang kawasan Lancelin Sand Dunes kami yang punya. Ada dua keluarga lain dari Malaysia juga.

Selain daripada datang sendiri menyewa kereta, boleh juga book tour dari Perth. Banyak packages yang menawarkan day trip ke Lancelin dan beberapa tempat lain yang popular di utara Western Australia. Boleh rujuk SINI. Tak pasti tentang public transport tapi rasanya memang memandu sendiri atau amek tour adalah pilihan yang terbaik. Terasa pedih juga terik matahari walaupun angin bertiup sejuk. Dasyat rasanya nak buka mata pun susah. Awan langsung tak ada clear langit biru. Tak boleh terus pakai jacket rasa rimas sangat. Lagipun nak bermain-main memanjat pasir kena dalam keadaan yang selesa.







Nampak macam rendah saja bukit pasirnya sekali memanjat tak sampai-sampai. Curam sebenarnya dan bukit yang kami pilih adalah antara yang rendah. Ada yang lagi tinggi memang tak kuasa nak panjat. Sekali pijak kaki tenggelam. Seronok memanglah seronok tapi mengah tak terkata. Dah sekali panjat sampai atas kena fikir pula kalau turun nak panjat lagi atau tak. Angin agak kencang. Sesekali terbangkan pasir kena jaga-jaga memang senang nak masuk mata. Sekali panjat aku duduk termenung dulu lama sikit sebelum meluncur. Hasif dan CHakim sakan tiga empat round main. Okaylah jadilah dua kali aku panjat and meluncur. Jaaadilah. Lebih-lebih memang tak sanggup. MamiZ langsung tak cuba sakan menyembang jumpa kawan baru. 

Makan bekalan yang MamiZ sediakan. Nasi goreng tuna dan broccoli.


Singgah groceries stores beli telur dan roti untuk bekalan hari-hari berikutnya. Rasa pedih kulit muka kalut cari aloe vera rasanya dah sunburn kulit. Betullah orang kata semakin naik ke utara suhu semakin panas. Agaknya macam manalah suhu di Darwin. Nasib bawa juga aloe spray buat bekalan. Kasi sejuk sikit kulit. Lenguh betis hasil memanjat sakan. Nasiblah bukan selalu nak exercise memanjat pasir. Sesekali tak apalah. Jadi jangan lupa masukkan Lancelin Sand Dunes dalam itinerary korang.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

14 comments:

  1. amboii sakan main pasir!! hahahaha...panas sgt eh cuaca sebelah sana? mmg terik la muka kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat main pasir.. telan pasir skali. habis masuk mulut.. makin atas makin panas. bila turun sejuk kemain pulak..

      Delete
  2. bestnyaaaa....ni kalau bawak anak dara akak ni sure dia suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak-kanak sure suka kak.. CT surrender nak memanjat memang perlu ada stamina. main dua tiga round give up tunggu kat bawah jela..

      Delete
  3. cuaca australia memang bikin confuse.panas tapi berangin. pastu muka pedih sebab sunburn. Hillarys tu cantik dan bersih. Lancelin tu memang tak akan misslah kalau sampai Perth. Masuk iti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kak if you love port and harbour macam CT.. ala ala time kita lepak kat jetty St. Kilda hilangkan lenguh kaki tu. yes Lancelin memang wajib masuk iti..

      Delete
  4. Gambar siti semua lawa2. Buat view nmpk lg cantik. Seronok pulak ana tgk.

    Bestnye dpt main pasir. Nmpk mcm dekat Egypt pun ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rajin menapak boleh ke depan lagi tapi kereta tak boleh masuk.. kena jalan sendiri lagi cantik and putih gebu pasirnya. ni berdekatan entrance je sebab tak larat jalan hehe..

      Delete
  5. ini paling teringin nk buat.. tak ada rejeki lg

    ReplyDelete
  6. Hri tu kmi x sempat ke sini..kes missed flifht tu..In Sha Allah nk repeat sni 1st destination to terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. kalo dapat stay sini lagi syiook tapi mahai sikitlah..

      Delete
  7. akk pun tengok yachts berlabuh di marina, nmpk cantik & mewah..berangan, hihi...seronoknya slides di sand dunes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak kan.. rasa seronok dan cantik2 semuanya. itulah suka lepak2 marina ni sambil boleh berangan konon2 dapat naik..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.