Perth Western Australia 2016 Day 3.0 : Heading To Byford, Bye Scarborough & South Trigg Beach | SITI.YANG.MENAIP

Perth Western Australia 2016 Day 3.0 : Heading To Byford, Bye Scarborough & South Trigg Beach

/
6 Comments
July 12, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
31 Mei 2016 [Selasa]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | SCARBOROUGH / BEDFORDALE / BYFORD - GOODBYE SCARBOROUGH, SOUTH TRIGG BEACH AND BYFORD. Hari ketiga di Western Australia kami dah mula nak hidup secara nomad berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut itinerary yang dah disusun. Kena rancang perjalanan sebaik mungkin. No rush tapi masih kena berdisiplin. Tak adalah awal sangat kami gerak meninggalkan Scarborough. Masing-masing pun ambil own sweet time untuk bersiap. MamiZ siapkan breakfast jadi kita makan dulu. Ada beberapa tempat menarik yang akan kami terjah sepanjang hari sebelum sampai ke Busselton untuk bermalam disana. Sebelum meneruskan perjalanan panjang kami singgah dulu di South Trigg Beach yang terletak berhampiran saja dengan apartment yang kami sewa.

JADUAL PERJALANAN HARI KETIGA DI WESTERN AUSTRALIA DARI SCARBOROUGH KE BUSSELTON

Scarborough - South Trigg Beach - Waterwheel Persimmon Orchard - Cohunu Koala Park - Restawile Highway Motel Busselton


Near Scarborough area ada Perth-Tours WA office kalau korang nak book tours. Dekat sangat dengan Sunmoon Resort. Boleh rujuk SINI. Banyak packages yang menarik ditawarkan. Senang kalau tak memandu beli saja mana-mana packages yang ada. Sedih pula rasa nak tinggalkan Scarborough sebab aku rasa Scarborough sangat lovely. Tak hectic sangat just nice.

SOUTH TRIGG BEACH SCARBOROUGH

Tak perlu singgah South Trigg Beach pun tak apa. Kami saja membuang masa dan alang-alang dah dekat singgahlah. Sekitar Scarborough ada banyak pilihan pantai yang menarik nak duduk lepak cuci mata. Ada The Esplanade, Mettam's Pool dan Lake Monger. Main attraction adalah Scarborough Beach. Kami ingat South Trigg Beach adalah Scarborough Beach rupanya bukan. Belasahlah dah berhenti sini malas pula nak mencari Scarborough Beach. 

Ombak besar takut tengok. Seramnya siap dengan bunyi lagi.


Ombak bergulung sesuai nak surfing.





Ombak besar dan bergulung-gulung. Setiap kali ombak menghempas memang seram sangat bunyinya. Nak pergi dekat pun takut. Ombak tak menentu. Ramai yang datang ke South Trigg Beach untuk surfing. Di Scarborough Beach keadaan lebih happening mungkin tak ada privacy sangat. Jadi surfers gemar ke South Trigg Beach sebab lebih sunyi. Memang tak ramai orang melepak. Semua yang datang memang untuk surfing. Masing-masing dengan surf board yang cantik-cantik nak tunjuk skill. Kami teruskan perjalanan untuk ke Byford tapi singgah dulu seketika membeli persimmons.

BELI PERSIMMONS DI WATERWHEEL PERSIMMON ORCHARD DAN MENUJU KE BYFORD

Few weeks before kami ke Perth, ada seorang kawan share gambar berlari-lari di ladang persimmon atau pisang kaki. Tergoda dengan gambar yang dishare aku pun masukkan Waterwheel Persimmon Orchard yang terletak di Bedfordale dalam itinerary. Rezeki tak menyebelahi kami sebab season persimmon baru saja habis. Semua buah dah luruh jadi tak ada yang tinggal di pokok untuk kami tengok. Pokok-pokok pisang kaki pun dah hampir togel menjelang kemuncak musim sejuk. Dapat tengok orchard dari luar jaring saja tak dibenarkan masuk. Kalau ada pun hanyalah beberapa biji saja yang masih tinggal di pokok sebab dah rosak. Tunggu mereput sendiri. Untuk mengubati jiwa lara, kami belilah sekotak pisang kaki ada dua belas biji buat bekalan sepanjang perjalanan. Kalau lapar boleh makan pisang kaki sampai kenyang. Sudahlah jangan bersedih sangat. Nanti kita pergi orchard buah lain pula. Marilah kita teruskan perjalanan yang masih panjang. Meninggalkan Perth City dan Bedfordale, kami menuju pula ke Byford.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

6 comments:

  1. mesti segan nak cuci mata tengok surfer's dude sebab ada MamiZ kan?hehe.kalau ngan kak Sal jadi tu. takut la tengok ombak dia.tak pergi petik persimmon ke kat perth?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jeling je curik2.. yang mana melintas depan kita jeling senyap2 ngeh3.. memang ombak besar kuat plak tu bunyi menghempas.. tak dapat petik kak.. dah off season.. semua da luruh..

      Delete
  2. sayangnya tak dpt petik.. mostly kalau nk masuk winter smua farm buah tak ada hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula semua dah mula luruh.. tak ada rezeki. kawan CT pi awal sket dari kami.. dapatlah dia masuk tengok.

      Delete
  3. persimmon..fresh from the farm..nyum, nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan murah yang amat berbanding di Malaysia =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.