TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 4.1 - SEMPORNA OCEAN TOURISM DAN MAKAN MALAM DI RESTORAN SRI TITINGAN | SITI.YANG.MENAIP

TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 4.1 - SEMPORNA OCEAN TOURISM DAN MAKAN MALAM DI RESTORAN SRI TITINGAN

/
6 Comments
January 20, 2017
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU/SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN - SEMPORNA OCEAN TOURISM DAN RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU. Sampai ke mainland terus contact wakil Semporna Trip untuk dia pick up dan hantar ke Tawau. Terpulang pada korang nak pergi mana. Semporna Trip ikutkan saja. Semua dah termasuk dalam pakej. Kalau nak terus ke Lapangan Terbang Tawau pun boleh cuma tak ada penerbangan untuk balik ke Semenanjung Malaysia waktu petang. Jadi kami decided untuk bermalam di Tawau dan pulang esoknya. Sementara menunggu kami meronda ke Semporna Ocean Tourism yang terletak bersebelahan saja dengan jeti. Andis kata nak beli souvenirs boleh beli disini. Murah dan banyak pilihan. Meronda dan meronda cuci mata. Beli juga sehelai dua tshirt dan fridge magnet. Harga biasa saja taklah terlalu mahal. Standard harga souvenirs di Malaysia.

Kalau korang akan ke Tawau macam kami, silalah shopping souvenirs Semporna di Semporna Ocean Tourism sebab korang tak akan jumpa souvenirs di Tawau. Aku ingatkan nak memborong di Tawau. Obviously di Tawau pun akan ada jual tapi hakikatnya tiada. Hanya tshirt biasa tulis 'Sabah' 'Mount Kinabalu' dan tak ada pun yang tulis 'Tawau' apatah lagi 'Semporna'. Mungkin aku pergi ke tempat yang tak sepatutnya tapi whatever it is silalah shopping di Semporna. Syukur juga dah rembat beberapa helai. Kalau tak memang kempunan sampai sudah. 

JALAN-JALAN SEMPORNA | SEMPORNA OCEAN TOURISM

Tempat yang menarik untuk melepak santai bersama keluarga. Konsep floating maka semuanya pun diatas air. Ada restoran (Pearl City Restaurant - harga sedikit mahal berbanding kedai makan biasa) ada kedai-kedai yang menjual souvenirs ada hotel (Dragon Inn - antara hotel pilihan ramai) dan juga pusat akuatik yang menempatkan ikan-ikan yang sangat besar. Nak masuk kena bayar tapi murah saja. Cannot remember how much. Menarik juga menjenguk ikan-ikan besar dalam sangkar. Kami masuk hari dah lewat petang sangat. Tak habis meronda dah kena tempik panggil keluar. Haih.. Baik dari awal diingatkan waktu beroperasi nak habis dan bagi masuk juga kenapa. Nak untung semata agaknya. Dimarahnya pula kita kata punca dia balik kerja lewat. Macam-macam perangai manusia.




Ikan-ikan besar di dalam sangkar.

Kedai-kedai yang menjual souvenirs. Jangan lupa beli souvenirs disini.


Panas hati sekejap kena tempik tak pasal. Kami singgah minum sekejap di Pearl City Restaurant. Ikutkan perut memang lapar tapi tengok harga terus rasa kenyang. Kemain mark up sampai rasa tak logik. Ramai pengunjung restoran and semuanya order banyak makanan. Mungkin sedap sangat agaknya makanan-makanan yang disediakan. Tapi tak apalah. Sabar sekejap nanti cari makanan di tempat lain. Order minuman saja dan pejam mata bayar. Sunquick segelas RM7. Special agaknya dibancuh dengan rasa penuh kasih sayang. Dah dahaga sangat aku redha. MamiZ dengan Idiq pun pasrah. Kalau di Semenanjung Malaysia sebotol besar Sunquick baru RM14 boleh bancuh minum bekalan sebulan. Pengalaman sungguh.

Jomlah kita gerak ke Tawau pula. Perjalanan mengambil masa satu jam. Sebelum terus ke Heritage Hotel Tawau kami minta nak pergi makan dulu. Memang kebuluran yang amat sangat. Singgah di Restoran Sri Titingan - antara restoran seafood yang terkenal di Tawau.

RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU

Sebelum ke Tawau dan Semporna aku dah tanya pendapat beberapa orang kawan yang pernah kesana dan duduk disana untuk suggest tempat-tempat makan yang sedap. Masing-masing suggest Restoran Sri Titingan jadi marilah kita kesana. Restoran Sri Titingan dah ada beberapa cawangan sekitar Tawau. Mungkin kerana permintaan yang semakin tinggi terpaksa buka cawangan lain. Yang kami pergi adalah yang pioneer. Orang memang ramai dan sangat meriah. Konsep yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Pilih ikan dan makanan-makanan lain dah nak dimasak macam mana. Pilihan masakah juga hampir sama. Tak jauh pun bezanya cuma disini tak main timbang-timbang berapa kilo kecuali ikan. Untuk jenis seafood yang lain, kira ikut bekas dan size. Dah siap ditulis harga jadi senang kita nak adjust perbelanjaan. Diasingkan siap-siap jadi kita pilih nak berapa bekas untuk dimasak. Kami pilih ikan siakap dua ekor, sotong dan udang serta sayur. Tunggu tak lama pun. Service tip top and sangat kena dengan mood kami yang tengah kebulur.

Ikan siakap masak pedas, udang butter dan sotong goreng tepung.


Sedap tapi sedap lagi di Semenanjung Malaysia. Not bad dan kena juga dengan kami bertiga. Nak suggest ke tak haruslah nak suggest. Kalau tak memang tak kongsikan dengan korang. If you happen to be in Tawau dan tercari-cari kedai makan mana yang awesome silalah datang ke Restoran Sri Titingan. Another part yang paling aku suka adalah harga seafood yang sangat murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Dengan amount makanan yang kami pilih macam tak logik saja jumlah yang kami bayar. Total tak sampai pun RM180.00 untuk kesemua makanan dan minuman yang dipilih. Dah terbiasa dengan harga seafood yang mahal di Semenanjung Malaysia, duit pun prepare extra. Sengih depan kaunter bila harga sebenar sangat murah. Memang betul orang cakap, Tawau adalah lubuk seafood.

Jangan lupa masukkan Restoran Sri Titingan dalam plan korang sebagai tempat makan best dan sedap yang patut diterjah sekiranya ke Tawau. Ajak ramai-ramai pergi makan lagi meriah dan seronok rugi sangat kalau terlepas peluang. Selesai makan kami dihantar ke hotel. Selesai urusan dengan pihak Semporna Trip. Service yang bagus dan memuaskan hati. Tak ada dapat discount pun aku puji tapi memang jujur dari seorang customer. Bolehlah korang gunakan khidmat mereka pula untuk enjoy Semporna. Kami check-in hotel dan berehat. Hari yang sangat panjang dan memenatkan tapi manisnya tetap ada. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

6 comments:

  1. wah boleh g lepas ni... pergi Sabah tapi tak pernah sampai Tawau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee boleh dah plan ke Tawau pula.. memang seafood murah2 and the best part boleh bawak balik hehehe..

      Delete
  2. rindu pulak seafood sabah..murah dan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa.. bilala nak pergi lagi. sedapnyaa boleh makan puas-puas..

      Delete
  3. best ye...berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Uncle.. bila kena dengan harga memang kita tak kisah ^^

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.