TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 5 - KEDAI KOPI TAWAU MEE TAUHU + PASAR IKAN PASAR TANJUNG + INDO CAFE TAWAU | SITI.YANG.MENAIP

TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 5 - KEDAI KOPI TAWAU MEE TAUHU + PASAR IKAN PASAR TANJUNG + INDO CAFE TAWAU

/
18 Comments
January 26, 2017
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN TAWAU - MEE TAUHU SEDAP, BORONG UDANG SEGAR SAGO MANGGA DAN PISANG GORENG CHEESE TERKENAL INDO CAFE. Sebelum pulang ke Semenanjung Malaysia seronok juga kalau dapat spend masa bersiar-siar sekitar bandar Tawau dan jenguk apa yang menarik disana memandangkan sengaja beli tiket balik pada waktu petang. Sempat juga research sikit beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan beberapa cadangan tempat makan yang best sekitar Tawau yang boleh kami cuba. Kita dah ke Restoran Sri Titingan semalam jadi hari ni kita terjah tempat lain. Kalau ikut plan asal memang nak naik teksi saja meronda sebab tak ada transport khas atau sewa di Tawau. Kami beruntung sebab Epi (kawan masa di universiti) sendiri contact aku hari kami sampai di Semporna dan bagitau yang dia berada di Tawau. Epi sudi nak bawa kami meronda memandangkan dia pun free tak ada urusan lain. Seronoklah aku dapat jumpa kawan yang dah lima tahun tak jumpa. Aku lupa sungguh aku ada kawan-kawan yang tinggal di Sabah Sarawak dan tak pula aku ingat nak contact dulu. Kemas barang-barang dan terus bawa turun ke lobby untuk check out. Kami tunggu Epi datang ambil di Heritage Hotel Tawau.

KEDAI KOPI TAWAU MEE TAUHU / RESTORAN AMAT MEE TAUHU DAN NASI KUNING YANG TERKENAL DAN SEDAP DI TAWAU

Trend masyarakat Tawau untuk makan mee tauhu atau nasi kuning as breakfast. Aku dah bagitau Epi siap-siap aku nak rasa mee tauhu jadi Epi terus bawa kami ke Kedai Kopi Tawau / Amat Mee Tauhu yang terkenal di Tawau. Ada juga kedai-kedai lain yang menjual mee tauhu tapi katanya disini paling sedap. Tak tahu pun macam mana rupa hidangan mee tauhu tapi ramai suggested untuk cuba. Jujurnya aku ingatkan tauhu akan digoreng bersama mee tapi tak sama sekali. Bila hidangan sampai macam terpinga-pinga. Kenapa rupa macam mee goreng bodo-bodo (mee goreng kosong tak ada apa-apa isi) saja dan sebiji rupa sepinggan penuh maggi goreng. Rupa saja macam mee maggi tapi bukan. Mee kering yang dah direbus memang kerinting. Harga pun sangatlah murah. Sepinggan mee tauhu hanyalah RM1.50. Datang bersama semangkuk sup warna hitam (sup taucu) dan dua ketul tauhu with additional cost. Tauhu pula sebiji yang basah dan sebiji yang kering. Sedap yang basah dari yang kering. 

Epi cakap memang kegilaan orang Tawau untuk sarapan pagi dengan mee tauhu atau nasi kuning. Kalau tak nak makan di kedai masak sendiri. Selain hidangan mee tauhu, ada juga nasi kuning yang dihidangkan bersama lauk sama ada ayam atau ikan. Macam nasi lemak di Semenanjung Malaysia gayanya. Dekat area rumah aku ada satu kedai nasi kuning yang famous jadi aku tak rasa nak mencuba. Makanan dah sampai marilah kita makan.

Setiap set datang bersama sup tauhu dan sambal cili.



Aku berjaya habiskan sepinggan mee tauhu dengan jayanya. Kalau korang jenis small appetite memang kena kongsi sebab sepinggan memang banyak sangat. Mengah perut nak habiskan. Boleh tahan sedap jugalah walaupun nampak sangat biasa-biasa. Macam makan mee kicap tapi ada rasa unik yang tersendiri. Kena rasa sendiri baru faham tak reti nak describe. Aku tak makan tauhu sekali dengan mee sebab rasa cannot go pula ada kuah bagai. Sup tauhu aku makan asing. Not bad actually dan boleh recommend untuk korang pula cuba. Lulus untuk masuk dalam senarai tempat makan best di Tawau yang layak diterjah. 

PASAR IKAN DAN PASAR TANJUNG TAWAU

Dah namanya datang Sabah memang wajib borong seafood bawa balik ke Semenanjung Malaysia. Epi bawa kami ke Pasar Ikan Tawau untuk jenguk-jenguk hasil tangkapan laut yang segar baru naik. Kami memang berhasrat untuk bawa pulang udang-udang yang besar. Survey harga memang jauh lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Puas hati sungguh orang-orang Tawau dapat makan makanan-makanan laut yang murah dan fresh. Udang besar hanya RM20.00-RM35.00 sekilo. Mana nak dapat harga kasih sayang macam tu kat tempat kita. MamiZ dah mula tak senang duduk berkira-kira berapa kilo nak bawa balik. Siap tanya lagi berat luggage ada space lagi atau tak. Ada jangan risau boronglah asalkan happy. Lagipun bukan boleh check in sekali barang-barang basah. Pening udang-udang nanti kena campak sana sini. Hand carry saja. Semua perkhidmatan sebanyak RM30.00 turut disediakan termasuk kotak ais dan akan dibalut rapi. Selesai urusan beli udang-udang kita tinggalkan di pasar untuk disimpan sebelum pulang boleh datang ambil sebab perjalanan pulang waktu petang. Kalau balut awal-awal nanti ais cair cepat.



Bertentang dengan Pasar Ikan Tawau ada satu bangunan yang tinggi dan besar iaitu Pasar Tanjung Tawau. Kalau di Pasar Ikan Tawau menjual makanan-makanan basah, di Pasar Tanjung Tawau pula banyak menjual makanan-makanan kering. Sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dengan harga pukal dan dalam kuantiti yang banyak. Nak borong ikan bilis dan ikan masin disinilah tempatnya. Naik ke tingkat atas memang banyak deretan-deretan kedai menjual hasil laut yang kering. MamiZ beli ikan masin saja. Katanya harga taklah terlalu murah. Sama saja seperti di Semenanjung Malaysia. Aku tak reti nak shopping benda-benda macam ni jadi kita serahkan pada yang pakar. Keadaan Pasar Tanjung Tawau mengingatkan aku pada Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Lebih kurang saja konsepnya.









Epi bawa kami ke gerai-gerai makan tapi aku tak ingat nama tempatnya. Next to the area adalah satu bangunan yang menjual pakaian-pakaian. Aku ingat nak beli souvenirs di Tawau tapi bila dah sampai memang tak banyak pilihan tak tahu nak beli apa sebenarnya. Memang bersyukur aku dah beli si Semporna. Kalau tak memang rasa terkilan. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai rambang mata tak tahu nak pilih apa. Ada kuih-muih murtabak makanan-makanan berat dan lain-lain lagi. Disebabkan kami nak makan di Indo Cafe, tak mahulah beli makanan banyak sangat disini. Hanya beli dna tapau kepak ayam / chicken wings.



SANGGAR PISANG CHEESE / PISANG GORENG CHEESE DAN SAGO MANGGA SEDAP DAN FAMOUS DI INDO CAFE TAWAU

Wajib singgah sini. Tak boleh kalau tak singgah memang kena singgah. Patutlah ramai yang suggest makanan-makanan di Indo Cafe Tawau sedap. Aku setuju sebab memang sedap. Menu-menu makanan yang ada di Indo Cafe adalah simple sama saja lebih kurang macam di tempat kita. Makanan bergoreng dan ada juga yang datang bersama set. Misi utama adalah untuk mencuba menu yang paling terkenal iaitu Sanggar Pisang Cheese atau Pisang Goreng Cheese dan Sago Mangga yang unik. 'Sanggar' membawa maksud Pisang Goreng. Mesti korang rasa tak logik Pisang Goreng Cheese mana-mana pun sama saja rasanya. Oh no seriously tak sama. Memang sedap dan aku tak tahulah orang-orang di Sabah guna pisang apa untuk digoreng. Sago Mangga pun sama memang unik dan sedap sangat tak tahulah macam mana depa buat. Aku order Sago Betik juga sebab rasa teruja nak cuba. Tak pernah pula aku minum air betik dan sungguh tak mengecewakan. Aku lebih suka Sago Betik berbanding Sago Mangga.


Kepak ayam yang ditapau bersama cili kicap. Yang kuning adalah Sago Mangga dan yang oren adalah Sago Betik. Semuaaa sedap.

Dua set Pisang Goreng Cheese 


Dari awal pagi sampai ke petang kerja kami makan makan dan makan. Epi pun melayan saja mana kami nak pergi. Untung ada kawan local boleh bawa ke tempat-tempat makan yang best. Kalau ada lebih banyak masa di Tawau mesti Epi bawa ke tempat-tempat makan yang lain pula. Macam-macam Epi cerita yang belum kami cuba. Insyallah ada rezeki kita kembali lagi ke Tawau. Epi hantar kami pulang ke Heritage Hotel tapi sebelum tu jangan lupa ambil udang-udang yang kita borong. Dah boleh pick up siap berbalut kemas. Taxi yang ditempah dah sedia menunggu di depan hotel. Aku suruh pihak Heritage Hotel uruskan. Cakap saja pukul berapa nak gerak. Thank you so much Epi sudi bawa kami jalan-jalan melayan karenah yang macam-macam. 

SELAMAT TINGGAL TAWAU DAN SEMPORNA

Sengaja pilih untuk sampai ke Lapangan Terbang Tawau lebih awal. Bekalan makanan yang ditapau masih ada. Banyak sangat order sampai tak habis. Mujur tapau sebab sampai airport lapar balik. Sebenarnya kami bertiga sangat kepenatan tapi digagahi juga nak meronda. Eloklah sampai awal senang nak berehat dan lepak santai. Layan buskers tengah busking dua tiga round boleh tahan suara. Terus saja masuk ke Departure Hall dan duduk menghilangkan lelah. Jangan hilangkan pas masuk ke Sabah yang kita dapat masa sampai. Kena pulangkan pada kastam semula. Orang tak ramai jadi banyak seat yang kosong. Rasa macam nak baring tidur saja. Dengar pengumuman penerbangan ke Kuala Lumpur delay. Tak ada rasa nak merungut pun mungkin dah terlalu penat. Ikut suka hati hampalah.. Janji selamat pergi selamat balik.





Dua jam penerbangan ke Kuala Lumpur delay. Tak tahulah apa masalahnya janji syukur alhamdulillah semua selamat sampai. Naik flight terus tidur tak ingat apa. Lantaklah aku buat konsert ke tak janji nak tidur. Bau makanan pun dah tak tergoda. Terima kasih Tawau terima kasih Semporna. Lima hari yang penuh dengan kenangan-kenangan manis untuk diabadikan. Obviously will be back jika ada kesempatan untuk kembali. Masih banyak lagi tempat-tempat yang belum diterjah dan makanan-makanan yang belum dicuba. Terima kasih juga buat Semporna Trip yang telah membantu kami untuk enjoy pulau-pulau di Semporna to the max. Rasanya kalau nak pergi lagi pun memang akan gunakan khidmat Semporna Trip lagi. Puas hati dijaga dilayan dengan baik. The best things in life are the people you love, the places you go and the memories you make.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

18 comments:

  1. wow! CT tukar template blog ya? baru perasan. Awesome sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee Kak DP sesekali tukar nak ambil new mood kasi dia baju baru hehe.. thanks akak ni pun orang tolong buatkan.

      Delete
  2. fuh...pisang goring cheese dia...tgk bulan2 posa ni dan2 lapaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tergoda tak ? sendiri taip entry dok kontrol ailio..

      Delete
  3. WAH SERONOKNYA CT JLN2 MKN2 DI TAWAU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap-sedap rupanya kak selera makanan orang Tawau =)

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe amacam awak ? okay ke rumah baru kite ni =D

      Delete
  5. Replies
    1. yes suprisingly makanan2 di Tawau dan Semporna sedap sedap =)

      Delete
  6. Bestnya tawau bilalah mama nk sampai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom mama.. kita buat trip ke Tawau and Semporna joom =D

      Delete
  7. alahai. sago mangga nampak sodappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodap saaangat. no wonder kedai tu famous dengan sago mangga tu..

      Delete
  8. slm...bro dari jeti ke lato2 resort brapa minit?

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.