Perth Western Australia 2016 Day 4.2 : Margaret River Chocolate Factory, Kappadokia Kebab & 1849 Backpackers Albany | SITI.YANG.MENAIP

Perth Western Australia 2016 Day 4.2 : Margaret River Chocolate Factory, Kappadokia Kebab & 1849 Backpackers Albany

/
12 Comments
August 02, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
01 Jun 2016 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | MARGARET RIVER / ALBANY - MARGARET RIVER CHOCOLATE FACTORY, KEBAB HALAL KAPPADOKIA DAN 1849 BACKPACKERS ALBANY. Selepas petik buah apples sepatutnya terus saja kami ke Albany. Perlu gerak awal sebab perjalanan sangat jauh tapi sengaja melencong singgah sekejap di Margaret River Chocolate Factory. Sama saja dengan Margaret River Chocolate Factory yang ada di Swan Valley atau Perth CBD. Dimana-mana lokasi pun sama. Rujuk SINI. Alang-alang sehala kami jenguk sekejap nanti di Perth tak perlu pergi dah. Margaret River sebenarnya ada banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati tapi obviously kami tak sempat nak pergi. Kalau ada banyak hari lagi Western Australia aku bercadang untuk spend a night di Margaret River atau Augusta. Dapat pergi ke Cape Leeuwin Lighthouse tapi tak ada kesempatan. There is always next time insyallah.

MARGARET RIVER CHOCOLATE FACTORY

Sebenarnya kalau tak singgah pun tak apa. Not a must unless korang memang spesis hantu chocolates. Otherwise singgah nanti di Perth. Nothing much hanya showroom jual chocolates and cafe. Banyak choices untuk dibeli sediakan duit saja. Tak adalah murah dan tak juga terlalu mahal. Sedang-sedang harga chocolates berkualiti. The best part haruslah makan chocolates for free. Dah sampai jadi marilah beli seketul dua buat bekal nak mengunyah. Not bad rasa chocolates sedap juga. Kalau jual harga mahal tapi rasa biasa-biasa memang mengundang sangat.


Mangkuk-mangkuk bahagia. Chocolates free.




Yang mampu dibawa pulang. Sea Salt Caramel Filling thumbs up.


Sangat tak lama kami disini. Masuk makan chocolates beli sikit keluar tangkap gambar itu saja. Masing-masing sedar diri masih jauh perjalanan nak ditempuh. Perut dah lapar harus pergi makan dulu. Sampai Albany dah malam sangat for sure kedai makanan tak akan buka. Marilah kita tengok apa yang ada di pekan Margaret River yang boleh kita bedal.

KAPPADOKIA KEBABS MARGARET RIVER

The only option yang ada that day. Searched for halal food in Margaret River keluarlah Kappadokia Kebabs. Tak susah untuk cari dan parking juga senang dapat. Marilah kita makan kebab and chips for dinner. They serve fish and chips as well tapi tak lalulah. Nak makan daging. Okaylah makan kebab panas-panas dalam suhu sejuk. Layan juga perasaan. Baru pukul 4.30PM tapi dah gelap senja. Makan also kena cepat-cepat tak boleh lengah-lengah.

Kedai hujung sekali. Banyak lot nak park kereta.


PERJALANAN KE ALBANY YANG MENCABAR

Dari Margaret River ke Albany mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah untuk sampai. Memanglah mencabar lampu jalan langsung tak ada. Bertemankan lampu kereta dan bintang-bintang saja. Keliling ada apa pun tak pasti. Kereta sebiji langsung tiada. Baru pukul 7.30PM tapi dah macam 11.00PM. Tabah CHakim memandu. Aku langsung tak mengantuk seram rasa kalau tertidur tak ada siapa nak baca GPS. Kalau dapat undurkan masa memang aku nak alter balik itinerary hari keempat. Janganlah sesiapa ikut sebab memang tak practical. Tak adalah benda melintas atau bahaya cuma journey terlalu panjang. Pilihan terbaik adalah tidur di Augusta atau di Margaret River. Kalau travel during summer insyallah okay sebab siang yang panjang. Alhamdulillah sampai di Albany around 9.00PM. Terus cari 1849 Backpackers Albany nak check-in. Dah inform lebih awal yang kami akan check in a bit late. This was the cheapest room I could get. Yang lain memang melampau yang amat. Boleh rujuk SINI. Bilik besar dan sangat selesa cuma kena kongsi bilik mandi. Rehatlah.. Esok seharian lagi tenaga diperlukan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. berani betul Siti..boleh geng kak Huda bab driving ni.kalau kat Malaysa drive macam tu mesti dah teringat segala cerita momok, zombie, hantu botol kicap semua kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT tak drive kak sepanjang disana.. MamiZ dengan kawan sorang lagi yang memandu. but kena berjaga sebab tengok GPS. kalo tak tengok GPS memang tak tahula gaung mana kami terjun dah hehehe.. memang kena focus sangat2.. kalau boleh elakkan memandu malam disana..

      Delete
  2. Wah kenyang makan coklat free kat kan... Tapi memang kalau memandu waktu malam di luar bandar Western Aussie ni agak skeri sebab gelap, tak banyak kenderaan dan tak ada kawasan perumahan... Kalaulah kereta rosak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul kenyang ngan coklat free hehe.. alhamdulillah syukur PLM tak ada benda yang tak diingini terjadi. memang cuak walaupun hari masih muda. around 7.30-9.30 malam je.. tapi seram sejuk macam 2-3 pagi..

      Delete
  3. ya Allah.. meleleh air liuq TB nengokkk

    ReplyDelete
  4. Mujurlah not bad rasanya. Kalau tidak, memang tak berbaloi beli mahal2 kan..

    Siti ambil gambar pakai kamera or phone? Gambar cantik dan terang 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah rasa yang free tu yakin sikit rasanya sedap. kalau tak memang tula tak berbaloi dahla mahai hehe.. CT ambil ada guna phone ada guna camera =)

      Delete
  5. wahh..coklat tu..meleleh ayaq lioq..yg free pun byk..
    Alhamdulillah, perjalanan smooth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kami makan yang free tu banyak jugak. tapi beli pun ada jugak. sedap2 chocs dia =D

      Delete
  6. semua chocolate die halal tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada registered halal logo tapi dah double check sebelum beli.
      sila tanya dan pastikan sekali lagi ya..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.