Perth Western Australia 2016 Day 5.0 : Little Beach Two Peoples Bay, Istanbul Kebabs & Turkish Bakery Albany | SITI.YANG.MENAIP

Perth Western Australia 2016 Day 5.0 : Little Beach Two Peoples Bay, Istanbul Kebabs & Turkish Bakery Albany

/
24 Comments
August 05, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
02 Jun 2016 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | ALBANY - LITTLE BEACH TWO PEOPLES BAY DAN ISTANBUL KEBABS & TURKISH BAKERY. Aku sanggup kembali ke Albany untuk pergi Little Beach again again and again. I did not get enough of this place. Subhanallah cantik yang teramat. Asalnya tak masuk dalam list kami pun. Tengah selesaikan urusan check-out, the worker asked me mana nak merayau di Albany. Cakap nak pegi The Gap and terus nak balik ke Perth. He suggested us untuk ke Little Beach yang berada di Two Peoples Bay Reserve. Dalam setengah jam pemanduan dari pekan kecil Albany. Boleh tahan jauh tapi apa salahnya pergi. The worker said Little Beach adalah pantai favourite dia di Albany. Terhasut maka kami pun terus gerak ke Little Beach. Singgah pekan Albany kedai makanan halal masih belum buka. Awal sangat agaknya jadi kita pergi cari Little Beach dulu nanti kita datang cari makanan pula.

LOKASI LITTLE BEACH TWO PEOPLES BAY RESERVE


Kalau rujuk peta lokasi diatas memang kehujung sungguh Little Beach. Jauh kami memandu hampir give up dan jumpa pantai entah apa-apa rasa macam kena tipu semua ada. Ikut GPS semata-mata tak ada coverage. Masuk ke kawasan Two Peoples Bay Reserve dahlah kena bayar 12AUD (RM38.04 approx) dan boleh guna credit card saja. Luckily we had one at that moment. Tak tahulah kalau tanpa credit card boleh masuk atau tak. Tak ada pengawal pun memang seratus peratus tahap kejujuran yang diukur. Dah hampir kecewa sebab tak jumpa Little Beach. Syukur ternampak signage kecil 'Little Beach' dalam perjalanan patah balik. Memang tak ikhlas tanda jalan yang dibuat. Harapan masih ada. No words can ever be used to describe how beautiful Little Beach is. Memang terkedu kami berempat bila nampak pantai Little Beach terbentang luas dari jauh menyambut kedatangan kami. Cantik yang amat sangat.

LITTLE BEACH TWO PEOPLES BAY














Sekarang faham kenapa hati berat sangat nak tinggalkan Albany. Hati tertinggal di Little Beach. Orang tak ada langsung memang hanya kami berempat. Air sangat kebiruan crystal clear memanggil tapi sejuk sangat. Boleh panjat batu-batu besar yang ada. Permandangan dari atas lagilah superb. Terasa kerdil sangat diri kami. Cantiknya bumi ciptaan tuhan. Kalaulah ada baju ganti memang dah lama terjun dalam air laut. So beautiful dan tak rugi rasanya tersesat bagai semata-mata nak sampai ke Little Beach. Korang kalau dah sampai ke Albany mohon masukkan Little Beach dalam list and tolonglah pergi berendam. Memang aku menyesal sangat tak dapat berenang seround dua. I will make sure kalau ada rezeki next visit akan sedaya upaya cuba nak pergi Little Beach lagi. Memang tak puas sebab terkejar-kejar nak pergi next destination pula. Till we meet again.

ISTANBUL KEBABS & TURKISH BREAD

Breakfast kami that morning adalah kebab lagi. Last night makan kebab this morning pun kebab. Tibailah itu saja ada dijual mana-mana oleh orang Islam. Better than tak ada benda nak makan langsung. Singgah di pekan Albany. Pekan kecil yang tak berapa nak sibuk. The best part adalah pekan Albany mengadap laut and the view sangat spectacular. Sambil memandu turun bukit cari parking terus nampak laut. Tenangnya jiwa penduduk tempatan hari-hari dapat tengok view yang cantik.



Disebabkan masih lagi awal, choices makanan yang ada pun tak banyak. Hanya ada kebab daging yang lain belum siap jadi kami makan apa yang ada saja. Nak tunggu memang akan drag masa dan lambatlah perjalanan balik kami ke Perth. Makan sampai kenyang takut nanti susah nak jumpa kedai makanan halal lagi. Beli roti turkish yang famous nanti boleh makan dengan chocolate spread alas perut. Sedap dan lembut. Makan saja pun dah penuh nikmat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. memang cantik! Rasa tak nak balik! bukan tourist spot kot, sebab tu takde signage apa semua. suka pergi town comel macam ni kan. view Penang pun nampak laut gak CT, boleh acah-acah cam albany.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni tempat perlindungan ngeh2.. tapi kalo tengok website time summer penuh party2 hehe.. ni sebab winter je kot orang tadak. dia buat parking lot lawa2 kemas2 mcm expect orang mai..

      laut penang ?? huuuurm.. huuurmmm... mampu huuurm je =P

      Delete
  2. Rugi rasanya tak sampai ke Albany... nampak cantik pantainya dan yg penting ada tempat makanan halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PLM pegi ke Cape Leeuwin kan ? CT plak rasa nyesal tak singgah sana. nak pergi choc factory punya pasal.. jomla PLM kita pegi WA lagi hehe.. kali ni lebih jauh.. sampai Esperance maybe. jom jom..

      Delete
  3. Khabarnya hari ini (3/7/2017) snow turun di Albany... wahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow seronoknyaaa kalau gitu.. tengah winter kat sana kan..

      Delete
  4. Replies
    1. cantik kak.. hati tertinggal disni tak tahu bila boleh kutip balik..

      Delete
  5. cantiknya tempatnya. teringin nak pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun teringin nak pegi lagi.. tak puas hati rasa tak cukup lagi =)

      Delete
  6. selamat hari raya siti..beraya di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beraya di Bangi kampung.. tapi sekejap saja dah balik ke rumah =)

      Delete
  7. dengar citer kat Australia ketam beso-beso.. dan senang nak tangkap.. betul ke? kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah cuba tangkap ketam.. tapi ada kawan study Adelaide dulu dia cakap pernah dia ikut trip tangkap ketam. yang besar saja boleh ambil yang baby kena lepaskan balik..

      Delete
  8. Cantiknya Little Beach!! Best tengok Siti travel =) Siqah dah follow Siti rupanaya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita jalan-jalan sama hehe.. maaflah lambat follow balik sebab baru ada masa nak tengok kawan2 yang follow. thanks ya Siqah ^^

      Delete
  9. SYM kalau bercuti..gambar mmg ohsem sgt..rs puas hati tgk gambar xyah pi sana pun xpe :)

    ReplyDelete
  10. Cantik betul la yek pemandangan kat sana... Thankz follow blog kite... Kite dh lama follow blog CT yg comel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat cantik.. masih terbayang2 segala-galanya. jom kita pergi lagi hehe.. thanks follow and sorry lambat. CT baru ada masa nak go thru kawan-kawan semua..

      Delete
  11. subhanallah..cantik sangat tengok

    ReplyDelete
  12. Lawanya warna air dia! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tergoda tengok.. kalau tak sejuk memang terjun dah =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.