Perth Western Australia 2016 Day 5.1 : Two Gap Natural Bridge Albany & Solat Di Masjid Katanning | SITI.YANG.MENAIP

Perth Western Australia 2016 Day 5.1 : Two Gap Natural Bridge Albany & Solat Di Masjid Katanning

/
20 Comments
August 12, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
02 Jun 2016 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | ALBANY - TWO GAP DAN NATURAL BRIDGE. Ini adalah destinasi pilihan kami sebenarnya di Albany. Terpaksa melencong sikit ke Little Beach. Lepas makan perut dah happy baru kami ke Two Gap dan Natural Bridge yang terletak di dalam kawasan Torndirrup National Park. Tak jauh pun dari pekan Albany sekejap saja dah sampai. The Gap dan Natural Bridge adalah salah satu tourist spots yang utama di Albany. Tak boleh miss jadi kena masukkan dalam itinerary. Parking sangat banyak dan sesuai juga untuk handicap. Jalan selesa dan lebar kalau ada yang kena naik wheelchair. Cuaca sangat terik walaupun angin yang bertiup sangat sejuk. Awan langsung tak ada. Eloklah bawa topi dan jangan lupa apply sunscreen.

TWO GAP DAN NATURAL BRIDGE ALBANY

The Gap terbentuk hasil daripada pukulan ombak-ombak besar dari Southern Ocean menghempas batu-batu granite yang ada disepanjang laut akhirnya terhakis dan terbentuklah The Gap. Ada lekuk yang memisahkan binaan batu dari situlah nama mendapat nama The Gap. Memang bukan kecil gap yang terhasil. Lebar dan setinggi dua puluh lima meter dari paras permukaan air. Sangat menyeramkan. Bunyi ombak-ombak yang kuat menakutkan bertambah dengan angin yang kencang. Tak hairan kalau jarak The Gap bertambah semakin lebar dari tahun ke tahun. Untuk menarik minat pelancong-pelancong untuk datang, lookout point telah dibina dikedua-dua kawasan The Gap dan Natural Bridge. Dapatlah pelancong-pelancong pergi sehingga ke hujung tebing dengan selamat.


Lookout point The Gap.

Acah-acah berani padahal menggigil dah lutut. Takut handphone tercampak ke bawah sebab angin sangat kencang.


The Gap. Air laut masih menghempas-hempas batu. Dijangkakan jarak The Gap akan bertambah dari masa ke semasa.


Look at the colour biru gelap airnya. Boleh bayang berapa dalam air laut tu..

Bertentang dengan The Gap adalah Natural Bridge. Actually batu-batuan juga yang membentuk macam jambatan. That day hari sangat windy tak nampak pula orang berjalan-jalan atas Natural Bridge. Memang sangat kencang. Peringatan jumlah kematian pun banyak disediakan nak make sure semua orang alert dengan keselamatan masing-masing. Kalau check di Instagram ramai pelancong dah bergambar di atas Natural Bridge. Seram memang seram tak ada pagar bagai open space tapi dah sampai kenalah buat. Disebabkan tak ada orang buat aku pun tak berani nak pergi. Memang teringin nak buat juga sebab bukan selalu sampai. Aku acah-acah berani tapi kena tengok dulu orang lain buat. Tak pasal kalau berani sangat masuk pula newspaper Australia front page. Terus famous.

Natural Bridge dibelakang. Atas batu-batu itulah orang selalu bergambar.

Air laut lalu bawah Natural Bridge tapi sendu pula that day.

NAMPAK IKAN PAUS DI TENGAH LAUTAN

Tengah seronok melepak santai, ada seorang pelancong China menjerit-jerit excited sambil pointed out his finger ke tengah lautan. Kami pun cepat-cepat pandang sama walaupun tak faham dia cakap apa. Rupa-rupanya dia nampak ikan paus dan kami pun sama-sama nampak. Rezeki nak nampak ikan paus berenang suka hati. Sempat tengok ekornya flip dipermukaan air tapi tak sempat nak ambil gambar. Terlalu laju. Itupun dah terkedu sebab sangat besar dalam jarak penglihatan yang agak jauh. Macam mana kalau join cruise tengok ikan paus mesti lagi dekat nampak. Seramnya. Usually musim sejuk adalah musim pilihan untuk naik cruise tengok ikan paus. Kena kenal pasti lokasi-lokasi tertentu sebab ikan-ikan paus di Australia tak duduk setempat saja. Kuat berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Dah make sure lokasi, bulan dan musim bolehlah terjah ikan paus.

Meninggalkan Albany dengan hati yang sangat berat. Masih tersisa rasa rindu pada Albany. Ada rezeki untuk kembali I will make sure Albany masuk dalam list. Tak ada apa sangat tapi sesuatu pada Albany yang tak dapat nak diterangkan. Kena datang dan rasai sendiri. Bergerak ke Perth singgah sebentar di Katanning untuk solat dan makan malam. Termakbul keinginan untuk bergaul dengan muslims di Western Australia kami diberikan kesempatan untuk solat Maghrib berjemaah di Masjid Katanning bersama komuniti muslim disana. Kebanyakan mereka adalah dari bangsa Melayu Kokos yang dah lama berhijrah dan menetap di Western Australia. Sangat mesra dan masih berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu walaupun sedikit pelik untuk difahami. Sakan juga kami bersembang. Ramai makcik-makcik yang dah berusia memenuhi masjid. Alhamdulillah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. cantiknya pemandangan. air laut biru gelap dengan batu batu tu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. air laut gelap sangat takut tengok.. dalam betul tu air..

      Delete
  2. cantik2nya gambar..
    macam tak puas bergambar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul setiap sudut cantik.. tapi jaga2 nanti Gopro terbang sebab kencang sangat anginnya.. hp pun rasa nak melayang..

      Delete
  3. Subhanallah..memang cantik. Biru sebirunya. Tempat macam ni kena berani-berani takut. Hati-hati jugaklah kan..apa-apa jadi kat negara orang susah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. nak berani tak boleh berani sangat. kena beringat juga. btul3 jadi pape memang nauzubillah..

      Delete
  4. Aduhhhhhh..lagi rindu bertandang kt Albany...Albany tu sesuatu sgt kan...ssh nk explain apa yg bestnya...kena sampai baru dapat tau feeling tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg dia mcm takleh nak describe tapi ada satu feeling halus.. kena rasa sendiri baru faham macam mane.. rindu jugak ni. tahla bila nak pergi lagi >.<

      Delete
  5. Bestnya Siti! Azwar belum pernah lagi sampai Perth, cantik betul pemandangan air laut dekat sana! Btw, Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. inysallah ada rezeki sampai tu.. cantik sangat =)
      selamat hari raya too..

      Delete
  6. Air laut biru gelap tu nampak dalam.....kalau tak tahu berenang terjatuh kat dalam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau tahu berenang pun terseksa situ.. ombak ganas sangat..

      Delete
  7. view dan gambar yang siti amik semua cantik2.. segar mata TB nengoknya

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tahu tentang bangsa Melayu Kokos.
    Tak sangka ada juga bangsa ini di Australia..
    Menariklah suka baca.. Gambar pun cantik.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu juga.. kalo x silap dari kepulauan Indonesia kot. sebab cara cakap still macam bunyi Indonesians. depa pencen pun kat Australia. best laa kerajaan sana betul2 jaga warga emas tak kira bangsa agama..

      Delete
  9. Seronoknyaa CT... Ada peluang mmg semua nak pergikan melawat tempat orang.. Tp bezanya mampu dengan x aje.. Untung CT.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jom kita pelan-pelan menabung so that dapat jalan2 jugak.. dah cukup semua kita beli tiket then plan =)

      Delete
  10. takut tengok air laut yang membiru tu, tapi sangat cantik tengok gambarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo sempat snap gambar ekor paus tu mesti lagi ohsem.. laju sangat tak sempat nak standby camera.. air biru gelap sure dah tu dalam.. eerk..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.