Perth Western Australia 2016 Day 6.1 : Sedapnya Cicerello's Fish & Chips In Fremantle | SITI.YANG.MENAIP

Perth Western Australia 2016 Day 6.1 : Sedapnya Cicerello's Fish & Chips In Fremantle

/
40 Comments
August 17, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
03 Jun 2016 [Friday]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | FREMANTLE - E-SHED MARKETS, CICERELLO'S FISH AND CHIPS DAN WATERTOWN BRAND OUTLET. Puas hati mengejar dolphins di Mandurah dan selesaikan pembayaran saman di pejabat pos, hati kembali lega. Tak dihantui dah dengan perasaan takut. Marilah kita pergi bersuka ria dan makan-makan. Kami menuju ke Fremantle dan singgah sekali lag di E-Shed Markets untuk beli souvenirs yang tak cukup. I did not buy anything just bersiar-siar sambil tunggu CHakim beli barang. Perancangan hari keenam di Western Australia hanyalah free and easy. Dari E-Shed Markets terus saja kami ke Cicerello's Fish & Chips yang terletak tak jauh dari bangunan E-Shed Markets. Hari pertama sampai ke Perth kami give up nak makan fish and chips sebab orang terlalu ramai sampai susah nak jumpa parking. Kali ni kami berusaha juga cari parking sampai dapat walaupun kena pusing dua tiga kali. Umat manusia memang ramai walaupun belum weekends. Haaaih..

CICERELLO'S DAN KAILIS FISH AND CHIPS

Cicerello's dan Kailis adalah dua restoran seafood yang popular di Perth. Majoriti semua yang ke Perth mesti singgah makan disini. Kami kenalah rebut peluang yang ada nak merasa juga sedap sungguh atau tak fish and chips di Fremantle. Kalau ditanya mana lagi best, Cicerello's atau Kailis aku tak ada jawapan. Kami hanya cuba fish and chips di Cicerello's memandangkan kebetulan ada meja kosong. Hazab betul orang sangat ramai jadi tak terfikir pula kenapa pilih Cicerello's dan bukan Kailis. Both Cicerello's dan Kailis terletak bersebelahan. Kalau orang tak ramai mungkin aku akan merajinkan diri pergi jenguk kedua-dua kedai dan buat perbandingan. Tak kuasalah rajin time tengah pack. Rezeki dapat meja cepat duduklah apa lagi.












Kami pilih seafood platter dan fried squid. Seafood platter ada tiga keping fillet ikan dan lautan chips yang besar-besar. Sampai rasa muak tengok kentang goreng. Tak lalu nak makan sampai habis. Fillet ikan yang sedap. Ikan tak rasa hanyir dan digoreng dengan batter yang rangup. Tak soggy just nice untuk dimakan. Fried squid yang super delicious kalau harga tak mencekik memang dua tiga bekas aku order. Tak ingat harga makanan cannot recall. Tak tulis jot down main bayar saja dengan balance duit AUD yang kami ada. Pricey seharusnya tapi not bad. Taklah terlalu mencekik darah tak masuk akal. Memang dah harganya begitu nak buat macam mana. Sesekali pergi tempat orang pejam mata dan bayar saja. Kenyang untuk cover sampai dinner time.

Selesai makan kami ambil masa sikit untuk bersiar-siar sekitar kawasan Fremantle. Sangat cantik patutlah ada yang jatuh cinta dengan Fremantle. Langit biru lawa sangat cerah sentiasa. Burung-burung seagull sedia menanti nak sambar makanan-makanan lebihan atas meja. Air laut yang jernih nampak dasar. Suasana lively dengan kemeriahan orang ramai (dah kenyang baru rasa meriah). Kapal-kapal besar berlabuh boleh nampak dari tempat makan. Kalau ada rezeki untuk ke Perth lagi, aku nak lebihkan masa meneroka Fremantle. Banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar Fremantle yang kami tak terjah.

SHOPPING BARANGAN BERJENAMA DI WATERTOWN BRAND OUTLET DAN MAKAN MALAM DI CHARCOAL CHICKEN EXPRESS DANIELLA

Pertama kali memandu masuk ke kawasan Perth CBD menuju Watertown Brand Outlet. Tangan gatal duit nak mengalir keluar. Saja menjenguk kalau ada barangan harga menarik bolehlah sambar. MamiZ bukanlah orang yang suka shopping mall tapi dilayan saja. Tengok-tengok MamiZ sakan shopping sama sana sini murah ada sale. Diborongnya buku-buku nota Typo teringat kat cucu-cucu dan anak-anak saudara di Malaysia. Senang nak dijadikan souvenirs dan orang pun boleh guna. Memang di Malaysia ada tapi harga berganda-ganda murah disana. Rambang mata semua design cantik-cantik belaka. Pandang kiri godaan pandang kanan godaan. Penuh orang dalam setiap kedai. Kami sampai pun dah hampir malam dan tak adalah masa yang lama untuk shopping tapi puas hati jugalah. Dapat beli winter jacket baru dan few other things dengan great bargain. Adidas Nike Levis Fossil semua sale menggila. Tak cukup masa saja nak terjah semua outlet. Next time maybe. Menarik juga Watertown Brand Outlet walaupun tak adalah besar sangat. Who cares barang season lain janji lebih murah berbanding di Malaysia.

Disini ada pilihan makanan halal juga. Ada kebab dan pizza tapi kami memang berniat nak makan di Charcoal Chicken Express Daniella sekali lagi before balik ke Malaysia. Nak rasa lamb ribs yang special because the first time lamb ribs dah habis. Laju meluncur dan alhamdulillah ada rezeki. Memang sedap rupanya lamb ribs di Charcoal Chicken. No doubt silalah cuba kalau berkesempatan. Jangan datang lewat sangat nanti habis. Portion memang besar jadi kena beragak ketika memilih. Boleh balik Malaysia dengan hati yang gembira. Dah dapat makan lamb ribs sedap. Jom balik bilik dan kemas barang-barang.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

40 comments:

  1. Kalau honeymoon sesuai kan kat sini...cantiknya scenery...lagi best tgok seafood tu semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sesuai kak langit biru cantik.. kena plak suhu sejuk2 nyaman gitu nak dating tu sesuai hehehe..

      Delete
  2. syoknyaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. bestnya bercuti kat aussie. lawa sangat view. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita.. menabung dulu cukup tabung kita pegi ^^

      Delete
  4. SERONOKNYA SITI DI SANA JLN2 MKN2 SEAFOOD YG SEDAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbenarnya lebih kurang tempat kita je Kak PI.. tapi da smpai sana jadi bias hehe..

      Delete
  5. Saya belum pernah ke situ. Rancangan nak pergi pun belum ada. Setakat baca kesah di sana pun dah rasa puas.

    ReplyDelete
  6. Lamb ribs kat charcoL chicken xpress tu mmg sedap gila kot...pasta kat cicirello pun sedap gak!
    9h rindu giloss

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Alia.. kami sanggop pi lagi skali smata2 nak rasa jugak hehe.. sbb curious sedap sangat ka habis cepat sangat.. tudia skali makan =D

      Delete
  7. Ngences dibuatnya... portion pun besar. Ambil dua set utk empat orang pun dah cukup rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3 sendiri puj ailio lebih2 while menaip hehe.. amek 1 set ada tiga keping then campur seafood lain. memang kenyang dah patut amek dua keping ja haha.. tapi kenyang makan kentang sbenarnya..

      Delete
  8. Allahu...buka2 blog ni terus nampak scenery yg menarik...i love it...sangat best ..dan teringin lama sangat dah nak ke perth..thank u dear for photo yg menarik ni..terubat pula hati ni..hehe..btw singgah n follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita pergi.. CT ni dok rasa nak mengulang je kesana tapi kena menabong dulu. sekarang da kering hehe.. amek masa sket nak penuh tabung. thank you ^^

      Delete
  9. Entri ni kalau nak travel ke sana baru best layan....
    Gambar cantik cantiklah Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you.. CT nak habiskan cepat2 travelogue penat sebenarnya taip entry travel. habis nak share lain pula..

      Delete
  10. aussie mmg sinonim sgt dengan fish and chips kan...and seafood of course...sedapppp and freshhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. seafood fresh tapi di Malaysia pun okay juga. sedap2 lebih kurang sama saja sebenarnya..

      Delete
  11. semua misi tercapai harus gumbira ria sebelum terbang pulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang tak tercapai tapi tetap puas hati dan seronok.. tak apa ada rezeki kita pergi lagi.. boleh ajak kawan2 jugak ^^

      Delete
  12. nampak sedapnya goreng2an di situ......walahhwei

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sotong goreng tepung tu sedap.. fish and chips CT rasa biasa saja..

      Delete
  13. Assalamulaikum hi cik ct tinggal jejak dulu nanti sambung baca balik.. Hihihihi

    ReplyDelete
  14. Ya Allah cantiknya semua gambar..macammane sis snap gambar jadi sharp & cantik macam semua gambar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT amek guna action cam ada henpon ada.. yang lebih2 tu edit hehehe..

      Delete
  15. Cantiknya permandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tak hujan kak.. malam tu lebat selebat-lebatnya..

      Delete
  16. Lapar pulak tengok makanan2 tu...
    Gambar2 memang cantik...akak bagi 5 bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. sungguh sambil menaip telan ailio teringat2..

      Delete
  17. Cantiknya langit biru <3 Sampai muak haa Siti makan kentang goreng. Kat malaysia sekarang, ada makan kentang goreng tak? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha btul muak sebab depa kasi banyak sangat.. balik tu xdela makan amek masa jugak.. memang kenot go walaupun suka kentang hihi..

      Delete
  18. Sukanya kalau dapat jalan bila cuaca dan langit cantik macam tu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sepanjang kat sana cuaca cantik. last night before balik baru hujan lebat petir kilat semua ada.. hihi..

      Delete
  19. makanan tu paling paling sedap sesuai la harga. heee bila lg dpt mkn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali sampai tempat orang.. spend sikit untuk makanan kan. bukan selalu =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.