LAKSA TELUR GORENG BERSARANG DI KAFE SETINGGAN TAMAN BOTANI IPOH | SITI.YANG.MENAIP

LAKSA TELUR GORENG BERSARANG DI KAFE SETINGGAN TAMAN BOTANI IPOH

/
8 Comments
October 29, 2017

LAKSA TELUR GORENG BERSARANG TAMAN BOTANI IPOH

LAKSA TELUR GORENG BERSARANG DI KAFE SETINGGAN TAMAN BOTANI IPOH | Laksa memang dah sinonim famous dimana-mana saja especially belah utara tanah air. Pergi mana-mana kalau ada laksa dihidangkan memang sentiasa mendapat sambutan. Aku bukanlah peminat laksa tak kisahlah laksa dari negeri mana sekalipun tapi not bad aku boleh makan. Saja-saja aku minta nak makan laksa memang tak akan. Aku prefer laksa kuah ceroi tak suka seredak-seredak ikan ada sekali. Kalau dulu Arwah Tok buat laksa jenuh dia asing kuah bila isi-isi ikan dah mendap. Nanti dia kaut asingkan kalau tak cucu dia tak mau makan. Jangan salahkan aku dilahirkan sebegini sekarang dah dewasa tak mengada sangat dah. Di Ipoh, ada satu kedai laksa yang famous iaitu di Kafe Setinggan dan wajib singgah sekiranya korang memang peminat laksa - orang tak putus-putus datang katanya jadi tertarik jugalah nak pergi jenguk. Bagi yang dah familiar dengan kawasan Ipoh dan Simpang Pulai mesti dah tahu tentang hidangan laksa di Kafe Setinggan ni kan.. Laksa Telur Goreng Bersarang namanya. Hidangan laksa dan telur goreng baru first time dengar. Menarik juga dan rasanya sedap. Dalam tak berapa minat makan laksa dah tiga kali aku pergi makan disana. Lagi-lagi masa pergi memang bawa orang-orang yang hantu laksa jadi berbaloi singgah. 

LOKASI LAKSA TELUR GORENG BERSARANG TAMAN BOTANI IPOH


Aku datang dari arah Exit Simpang Pulai dan tak jauh mana pun. Those yang dari Ipoh pun dah dekat sangat. Terletak di Taman Botani Ipoh aku guna GPS saja cari lokasi. Drive terus saja dalam kawasan perumahan. Dari jauh dah nampak papan tanda Kafe Setinggan. Beroperasi dari pukul 12:00PM ke 07:00PM setiap hari kecuali hari Jumaat. Makin petang makin ramai yang datang makan laksa. Memang betul ramai pelanggan datang makan disini.

MENU DI KAFE SETINGGAN LAKSA TELUR GORENG BERSARANG TAMAN BOTANI

Semestinya laksa !! Dah namanya kedai menjual laksa mestilah ada laksa. Paling famous adalah Laksa Telur Goreng Bersarang. Kenapa bersarang ? Sebab telur goreng tu nampak macam sarang. Hihihi.. Telur kuning digoreng garing diletakkan di atas laksa dan disiram dengan kuah. Nak laksa tanpa telur pun boleh. Lepas tu pilih toppings yang digemari. Sayur-sayuran cili padi dan macam-macam lagi. Self service okay tak ada layanan dari meja ke meja. Tapi service sangat pantas walaupun pelanggan ramai. Sekejap saja beratur dah dapat laksa. Pergi kaunter cakap nak berapa mangkuk isi kuah dah selesai. Nak bungkus pun disediakan station khas di luar kedai. Pantas terus siap tak perlu nak beratur bagai kalau nak bungkus. Tak berapa pasti tentang makanan-makanan lain yang dijual. Tapi kalau tak silap, ada few other selections juga.


Menu makanan dan harga Laksa Telur Goreng Bersarang Taman Botani Ipoh.


Pau cendawan yang sedap.


Itulah telur goreng bersarang yang dimaksudkan. Tak isi kuah lagi..

Dah bermandikan kuah..





Tiga kali pergi dengan rombongan manusia yang berbeza masing-masing puas hati dengan laksa yang dimakan. MamiZ pun suka. Sedap katanya kuah pekat cukup rasa. Aku berjaya habiskan semangkuk kira hebatlah juga. Paling suka part makan telur goreng bersarang dengan kuah laksa. Ngam pula pada tekak aku. Kalau korang bercadang nak jalan-jalan cari makan sekitar Ipoh atau Simpang Pulai bolehlah masukkan Laksa Telur Goreng Bersarang Kafe Setinggan Taman Botani Ipoh dalam senarai. Jauh sikit dari bandar tapi berbaloi untuk dicuba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

8 comments:

  1. Akk suka laksa telur bersarang ni, ritu ada jual kat taman akk ddk ni, murah je rm4, siap delivery, tapi kejap je dah stop, huhu.. Nak buat sendiri tak pandai plak nak buat telur bersarang tu.

    Jauh weyh nak gi Ipoh tu, tapi mana ada rezeki sampai ke sana, boleh je singgah. .Okeh noted.. Kafe setinggan, tapi errr... Knp namanya kafe setinggan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi unik namanya setinggan kan itula orang tertarik nak pergi. sebab dia jual kat rumah kedai lot hujung kot nampak macam kawasan setinggan. itula mana tahu terlajak ke Ipoh bolehlah cuba. rasanya depa pakai telur kuning je.. garing semacam je hehe..

      Delete
  2. wahhh macam menarik nih, kalau pergi belah sana boleh la singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sedap dan menarik. singgahla cuba kalau terlajak kesana =)

      Delete
  3. Salam, dengar macam sedap jer...boleh tambah2 lagi ek..

    ReplyDelete
  4. terliur akk wei....nk cari jugak !

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.