SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 4.0 - KIAMA BLOWHOLE + TRAGEDI GRAND PACIFIC DRIVE SEA CLIFF BRIDGE + WOLLONGONG | SITI.YANG.MENAIP

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 4.0 - KIAMA BLOWHOLE + TRAGEDI GRAND PACIFIC DRIVE SEA CLIFF BRIDGE + WOLLONGONG

/
24 Comments
September 02, 2017
Entri sebelumnya diSINI.
20 March 2017 [Isnin]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | ILLAWARRA - BANDAR KECIL KIAMA (KIAMA BLOWHOLE), GRAND PACIFIC DRIVE SEA CLIFF BRIDGE DAN WOLLONGONG. Sangat excited nak memulakan perjalanan hari keempat ke Kiama, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Illawarra. Boleh juga korang masukkan Kiama dalam itinerary sekiranya ada masa yang panjang di New South Wales. Boleh buat day trip balik hari. Selain ke Kiama, boleh lajak ke Shellharbour, Wollongong dan Wingecarribee yang terletak dalam daerah yang sama. Kami tak punya banyak masa jadi setuju untuk ke Kiama saja untuk ke Kiama Blowhole. Kalau ada banyak masa memang lagi jauh pergi. Lake Illawarra, Port Kembla dan Bombo Beach adalah antara tempat-tempat menarik yang selalu dikunjungi. Awal pagi lagi keluar meninggalkan Chippendale. Perjalanan sepanjang lebih dua jam untuk sampai ke Kiama dihiasi dengan permandangan indah pantai dan kawasan perumahan penduduk luar bandar. Banyak options untuk pilih mode pengangkutan ke Kiama dan menaiki train adalah yang terbaik. Selesa dan tak banyak songeh. Mengantuk kepenatan berjalan memang elok ambil peluang tidur berehat.

Meninggalkan Central Station, Sydney.

Menghampiri pekan kecil Kiama.

Kiama Post Office | Pejabat Pos Kiama

Antara tarikan-tarikan menarik di Kiama.


Cuaca sedang elok matahari pun ceria. Tengok weather forecast dari awal pagi djangkakan cerah baru senang hati sikit nak berjalan. Panas terasa tapi angin pun boleh tahan kencang. Terpukau dengan kebersihan dan kecantikan bandar kecil Kiama. Kemas tersusun rapi sangat comel semua bangunan-bangunan berdekatan saja antara satu sama lain. Keluar dari Kiama Station boleh mula berjalan ke kiri atau ke kanan. Kami pilih ke kiri untuk terus ke Kiama Blowhole Point. Berjalan kaki dalam dua puluh minit lalu pejabat pos yang klasik dan Kiama Harbour. Kalau nak meronda pekan Kiama silalah ke kanan. Kenderaan tak banyak memang sangat tenang. Singgah satu teluk dalam perjalanan ke Kiama Blowhole Point. Tergoda nak turun sekejap bergambar. Nampak seorang perempuan gigih berendam mandi seorang diri. Seronok dia layan diri sendiri. Seram tengok ombak walaupun tak tinggi tapi macam tengah mengamuk.

BELI SOUVENIRS DI KIAMA VISITOR INFORMATION CENTRE

Singgah sekejap di Kiama Visitor Information Centre jenguk apa yang menarik. Dihadapan Kiama Visitor Information Centre ada ditampal aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang berlangsung di Kiama. Setiap bulan ada aktiviti. Kalau korang tak tahu nak beli souvenirs dimana bila sampai pekan-pekan kecil di Australia, singgahlah di Information Centre. Confirm ada souvenirs. Lagi-lagi jenis mak-mak acik-acik pengumpul fridge magnet nama-nama tempat. Kalau tak jumpa yang comel cantik memang rasa susah hati. Dah jangan panik.. Ikut nasihat kakak !! Pergi terjah Information Centre. Option tidaklah banyak tapi puas hati walaupun mahal sikit. Dapatlah rembat seketul fridge magnet, beberapa beg totes yang comel dan postcard. Eco friendly katanya. Total kehancuran adalah 9.69AUD (RM36.76 approx). Beli untuk diri sendiri okaylah. Belakang Kiama Visitor Information Centre ada satu cafe hipster yang comel. Kalau baca mana-mana website dan portal rasmi Kiama mesti ada promote cafe @milkandhoney. Singgah saja ambil gambar.



Cantiknya cantiknyaa cantiknyaaa !!


Senarai aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di Kiama.

Souvenirs di Kiama Visitor Information Centre.


Cafe comel dan hispter @milkandhoney.

KIAMA BLOWHOLE

Tarikan utama di Kiama adalah Kiama Blowhole. Benda apa pula blowhole ni meh kakak nak cerita sikit. Blowhole sebenarnya adalah satu saluran dalam laut celah-celah batu yang tembus ke pemukaan. Orang putih panggil sea caves. Yaaa.. Gua lautan. Jadi bila dah konsep namanya gua adalah laluan keluar dan masuk. Bila air laut bertembung di pintu masuk bawah laut tersemburlah air keluar dari pintu di permukaan batu. Haaa gitulah. Tak faham juga pergi search sendiri. Di Perth pun ada juga ala-ala blowhole di The Gap tapi itu tak mencabar sangat. Air naik sikit saja. Timing is everything sekiranya korang plan nak datang ke Kiama. Boleh check SINI untuk tahu waktu air pasang surut di Kiama. Boleh budget pukul berapa elok sampai untuk tengok air percik yang tinggi. Kami tak ikut sangat sebab kalau tunggu waktu betul air pasang memang sampai ke petang senja kami di Kiama. Depends pada rezeki. Ada yang berjaya tengok air percik tinggi melangit sampai baju pun basah. Kami redha dapat tengok air percik ala-ala sayup segan nak keluar. Jadilah buat cuci mata alang-alang dah sampai ke Kiama.




Malu-malu dia nak keluar. Hihihi..

Kawasan sekitar Kiama Blowhole Point ada banyak batu-batu yang boleh dipanjat. Selagi tak ada papan tanda warning dan penghadang tibai sajalah pergi panjat. Angin kuat sangat. Sedap duduk-duduk melepak kami makan bekalan chocolates yang dibawa sambil gossip. Since aku dan Nurul kawan dari kecil macam-macam cerita zaman tok kaduk keluar. Next kami nak pergi cari kedai makanan halal. Ada satu kedai kebab di pekan Kiama tapi pusing punya pusing tak jumpa. Kedai tutup sebenarnya kerusi semua naik atas meja. Tak tahulah masih beroperasi atau tengah cuti. Akhirnya sebab dah kebulur kami beli fish and chips dua set dan kongsi. Bawa bekalan naik train sebab seterusnya kami nak menjejaki Sea Cliff Bridge di laluan Grand Pacific Drive.

SEA CLIFF BRIDGE - GRAND PACIFIC DRIVE

Grand Pacific Drive adalah laluan sepanjang 140KM bermula dari Royal National Park NSW melintasi tepian laut menuju Illawarra dan seterusnya ke Canberra. Di sepanjang laluan Grand Pacific Drive adalah beberapa iconic spots yang menarik untuk dikunjungi. Salah satunya adalah adalah Sea Cliff Bridge sepanjang 665M. Selalunya laluan Grand Pacific Drive akan dilalui oleh those yang drive kereta untuk ke Canberra. Tapi ada juga yang daring pergi terjah walaupun tak naik kereta. Menariknya Sea Cliff Bridge adalah laluan melengkuk-lengkuk yang dibina ke tengah lautan Pacific. Memang dibina juga laluan buat pejalan kaki. Kami memang berhasrat nak jejak Sea Cliff Bridge ikut panduan mereka yang daring tapi belajar tak habis padah jadinya. Renyah sikit nak cerita serabut pun iya.. Pengalaman sangat. Seram sejuk takut semua adalah. 

Sebenarnya tak adalah susah sangat nak ke Sea Cliff Bridge. Ada dua stations yang boleh kita access untuk ke Sea Cliff Bridge iaitu turun di Scarborough Station atau Coalcliff Station. Ikut perancangan awal kami akan turun di Scarborough Station, jalan kaki sikit sepanjang Lawrence Hargrave Drive dan sampailah ke Sea Cliff Bridge atau naik bus. Ada perkhidmatan bus yang khas untuk turunkan passengers di Sea Cliff Bridge. Kami terlajak station terlepas untuk turun di Scarborough Station. Bila naik train ke outskirt dari Sdyney kena alert. Tak semua pintu gerabak train akan dibuka jadi kena pasang telinga dengar betul-betul pintu gerabak mana saja akan dibuka. Kami dengar announcement tapi tak clear. Coach yang kami duduk pintunya tak dibuka jadi ternganga melopong bila dah terlepas Scarborough Station. Satu lagi option adalah untuk turun di Coalcliff Station. Satu stesen selepas Scarborough.

Bye bye awak..


Menghampiri Coalcliff Station. Cantik rumah-rumah di kawasan ni.

Permandangan dari Coalcliff Station yang terletak di atas bukit - Coalcliff Beach.

Dengan yakin kami turun di Coalcliff Station. Tiga orang kami saja turun seorang makluk pun tak ada di Coalcliff Station. Station master pun tak ada. Dahlah surrounding menyeramkan atas bukit batu-batu keliling. Mula tak sedap hati tapi teruskan juga. Turun bukit cerun gilaaa nak turun dari station ke jalan utama. Kalau mula dari Scarborough Station balik ikut Coalcliff Station taubat nasuha tak mau pergi dah. Dah terfikir kena patah balik ke nanti untuk ke Coalcliff Station. Jenuh.. Dah sampai main road kena menapak turun bukit lagi. Keliling hutan !! Okay mula rasa nak menangis. Kat mana sebenarnya kami dah sampai pun tak sure. Berpandukan Google Maps semata kata dah dekat. Nampak signboard Sea Cliff Bridge tapi menuju kawasan perumahan. Dah sudah !! Nampak macam tak ada kesudahan jalan ikut kawasan perumahan. Masing-masing give up. Tunggu bus di bus stop berdekatan. Nekad kami nak naik saja mana-mana bus yang lalu. Tak sanggup nak mendaki bukit balik ke Coalcliff Station. Setengah jam berlalu satu bayang bus tak ada. Check jadual memang jarang bus lalu. Selang satu jam. Perkhidmatan bus pula hanya sampai pukul 5:00PM. Ada dua jam lebih lagi tapi tetap seram. Akhirnya ada satu bus lalu tapi arah bertentangan. Aku main tahan dan tanya pakcik drive tolong bawa kami to the nearest bus station atau terus ke Coalcliff Station. Pakcik driver tak bagi naik bus katanya kami kena tunggu bus lain datang. Haaaiyoo !!

Tunggu lagi dan lagi.. Akhirnya nampak sebiji lagi bus and the funniest part was, pakcik driver yang sama cuma this time arah yang lain pula. Okay tak tahu nak ketawa ke apa tapi dia kasi naik. Dia tanya macam mana kami sesat sampai situ pot pet pot pet aku explain. Dia cakap betul dah ni jalan ke Sea Cliff Bridge. Haaaih !! Cumanya kami kena menapak ke depan lagi. Sungguh rupanya lalu rumah-rumah orang baru sampai ke laluan walkway Sea Cliff Bridge. Masing-masing mengeluh tak sudah. Tapi pakcik driver pujuk jangan sedih. Ended up kami dapat lalu juga Grand Pacific Drive dengan bus. Cuma tak dapatlah berhenti cuci mata tengok laut. Pakcik driver suggest kami ke Wollongong memandangkan station last bus yang kami naik adalah disana. Tak masuk dalam itinerary tapi apa salahnya.


Bila dah balik buat research sekali lagi baru sedar hakikat sebenar kami di laluan kebenaran. Cuma masing-masing ragu sebab prepare itinerary bermula dari Scarborough Station. Tak jangka nak terlajak ke Coalcliff Station. Kami ended up terperangkap dalam kawasan perumahan yang selonggok itu dan tak berani untuk terus jalan. Jadi sangatlah penting untuk kita prepare itinerary back up sekiranya benda-benda yang kita rasa remeh terjadi. Menggelabah jadinya !! Bagi aku biasa saja kawasan Sea Cliff Bridge. Sesuai sangat untuk yang memandu. Yang tak memandu boleh rujuk SINI untuk better understanding. Andai kata terlepas station macam kami, janganlah give up. Yakin dan teruskan. Apa-apa pun benda dah terjadi alhamdulillah semua okay. Jom kita pergi Wollongong.

BANDAR WOLLONGONG ILLAWARRA

Disebabkan dah agak petang jadi tak jauh pun kami meronda. Pakcik driver turunkan kami berdekatan Wollongong Beach. Katanya jalan sampai ke hujung enjoy pantai sampai jumpa Hotel Novotel dah dekat dengan bus stand untuk ke Wollongong Station. Baiklah pakcik thank you so much melayan kami dengan baik. Cari port untuk duduk hilangkan penat sambil makan fish and chips yang masih berbaki. Biasa saja laut di Wollongong tapi okaylah nak meronda. Wollongong adalah bandar yang agak urban di Illawarra. Ada University of Wollongong yang terkenal. Bila ada institusi pendidikan obviously kawasan cepat membangun. Sibuk juga kawasannya.





Menarik atau tak Wollongong ? Menarik. Ceruk Australia semua pun menarik. Disebabkan plan asal memang tak terjah Wollongong jadi kami tak tahu apa tempat-tempat menarik yang ada. Kalau search banyak rupanya. Zoo pun ada selain daripada tempat-tempat nature yang for sure menarik. Panjang pula membebel kali ni. Tak nak pecahkan kepada beberapa bahagian nanti tak feel. Macam-macamlah kau. Thank you kepada yang sudi baca sampai habis. Tahniah juga diucapkan.. Kami sampai ke Sydney semula hampir pukul 10:00PM lama tunggu train di Wollongong Station. Kelesuan yang teramat sangat perjalanan yang jauh sepanjang hari. Pengalaman yang mahal dan banyak benda baru dapat kami belajar. Makan bekalan makanan yang Amy bawa dari Malaysia. Tak larat nak cari makanan lain. Rehat cukup-cukup esok nak guna tenaga lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. Aduh..panjang lebar entry siti ni. Hehe
    Tekun akak baca. Kesiannya terlajak station. Sydney macam tulah, kawasan suburb train xdelah sekerap di kawasan bandar. This part ktorng x pergi. Boleh bayangkan betapa takutnya. Tu mujur ada internet. Kalau xde mesti lagi panik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks Kak Sal sudi baca panjang lebar.. tengah semangat menaip tak mau break entry. betul.. tahu ada dua station dekat tapi prepare satu ja. lesson to be learnt.. kena juga prepare semua cara. syukur ada ramai and yes internet sangat penting juga.

      Delete
  2. Coalcliff Beach tu cantik sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dari atas bukit ja.. Allah izin ceruk negara depa semua cantik-cantik. pentingnyaa sangat bersih =)

      Delete
  3. seram juga if sesat camtu, mujurlah jumpa juga jalan asalnya. suka view australia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. syukur bukan sorang diri. CT dahla jenis panic terlebih. kalau tak memang lagi kalut tataula macam mana..

      Delete
  4. terbaik lah. nasib jmpa jalan balik. tak leh byg kalau sy cuakmcm mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa pasal walaupun ada Google Maps and internet connection yang laju.. still rasa was-was. elokla jalan ada orang sekali. huwaaaa T.T

      Delete
  5. Seronoknya! memang cantik-cantik je view dekat sana :)

    ReplyDelete
  6. kak siti bolehtak lepas ni nak ikut akak gi travel. jeles taw

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure dear boleh insyallah. nanti PM no fon eh.. kalau ada trip akak inform and kalau sudi mehla join =)

      Delete
  7. Never been to Kiama before (:
    Thanks Siti for the sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. didnt know about Kiama pun actually. recommended by one of my students barulah study sikit pasal Kiama. cantik pekannya. kecil and kemas..

      Delete
  8. Cantik semua gambar siti. Suka tgk. Rasa mcm nak terbang ke sana skrg je.

    Alhamdulillah semuanya selamat ye. Biasalah kalau backpacker ni mesti ada dugaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. nak terbang pi sana jugak. bestnya kalo ada pintu doremon. dalam banyak2 perkara kena syukur sentiasa sebab selamat dan dilindungi. pentingnya kita doa semoga terpelihara.

      Delete
  9. Wah bestnya jalan-jalan teringin nak g... sydney jugak... cantik tempat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik. pembangunan pesat dan terancang =)

      Delete
  10. cuaknya klau jadi kat timm pun..
    dah la di tempat org, klau tempat sendiri xpe la..
    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa syukur ada kawan-kawan lain. kalo sorang diri rasanya tak pergi kot situ hahaha cari yang senang2 je..

      Delete
  11. dpt tgk view cantik dan luar biasa, hilang segala kepenatan... lg pun tmpt2 mcm ni tak ada kt tempat kita kan... jg semestinya berbaloi bla jejak ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kita pergi rela jauh2 tu sebab cari benda yang xda kat tempat kita. hilang penat semua walaupun kaki da kebas2 da jalan jauh..

      Delete
  12. pengalaman yg menarik..dari pekan kecik ke bandar..
    mcm tu pulak train nya, pintu tak bukak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalola dapat rakam muka panic tiga-tiga orang ni kalut pintu tak buka mesti kelakar. tapi ada hikmah =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.